Quantcast
Channel: Miss BaNu StoRy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2771

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku

$
0
0
Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama 7 Hari Mencintaiku adalah drama terbaru di Slot Akasia menggantikan Drama Cinta Masam Manis yang telah tamat episodnya. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel 7 Hari Mencintaiku karya Novelis Siti Rosmizah. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifli, Wan Sharmila, Ungku Hariz, Bil Azali, Zulkifli Ismail, Zila Bakarin, Anne Abdullah, Zarynn Min, Idris Md Diah, Lia Natalia, Liza Abdullah, Fikhree Bakar, Faye Kusairi dan ramai lagi. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Wah ramai pelakon best2 dalam drama ni dan aku sendiri pernah baca Novel 7 Hari Mencintaiku ni, so dah tahulaa camne jalan cerita drama ni, walaupun pada awalnya agak clisye juga dengan kisah kahwin paksa semua ni. Aku lebih tertarik nak tengok hubungan Mia Adriana dengan Mak Mertuanya tu yang sentiasa tegang dan asyik bertengkar tu. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku

Mengisahkan Khuzairi, jejaka biasa yang dalam diam mencintai Mia Adriana. Disebabkan sifat sombong dan angkuh Mia, tidak pernah terlintas difikirannya untuk memiliki gadis itu. Memuja kecantikkan gadis itu dari jauh sudah memadai baginya. Namun Mia lupa yang hidup ini bagaikan roda. Beliau tidak akan berada di atas buat selamanya. Keangkuhan dan kesombongannya akhirnya memakan diri sendiri. Mia telah pun bertunang dengan sepupunya sendiri iaitu Khalil. Dek kerana terlalu mempercayai tunangnya, tanpa dia sedar Khalil telah menipu syarikat guaman milik bapanya. Khalili juga tidak muncul pada hari perkahwinan mereka sebaliknya menikahi Rita kerana harta.
Bapa Mia, Datuk Megat, diserang sakit jantung kemudian meminta Khuzairi menjadi menantunya. Demi menjaga maruah keluarga, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupu lelaki itu tidak setaraf dengannyaSelepas berkahwin, mereka menetap di kampung akan tetapi  Mia dibenci ibu tiri Khuzairi, Mak Leha. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada KhuzairiPerkahwinan mereka ada pasang surutnya, akan tetapi suatu peristiwa terjadi membuatkan Mia sedar yang dia mencintai suaminya dengan sepenuh hati dan hanya mempunyai 7 hari untuk meraih kembali cinta suaminya yang telah pudar. 
Lagu Tema / OST 7 Hari Mencintaiku

--> Lelaki Teragung Nyanyian Dayang Nurfaizah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2771

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.