Quantcast
Channel: Miss BaNu StoRy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2771

Blog Bertukar Wajah Sempena Tahun 2014

$
0
0
Assalammualaikum..
Perasan tak perubahan blog ini, sebenarnya dah beberapa hari dah blog ni dah bertukar wajah, cuma hari ni baru sempat publish entry ini. Sebelum ni busy dengan entry pasal Kwang Soo tu hehehe. Sebelum ni Blog Miss BaNu Story ni berwajah dan bercolour macam gambar kat atas tu. Start guna design atas tu sejak tahun 2012 sampailaa 2013. Bila masuk tahun 2014 ni rasa nak tukar angin sikit, sebab dah rasa bosan tengok design lama jadi nak tukar yang baru. Kali ni warna tema blog yang aku pilih adalah biru.

Tapi bukan aku yang edit blog aku ni, sebab aku ni memang x berapa reti nak edit2 blog ni semua hehe. Aku tempah pada kat sorang blogger yang sememangnya terror dan kreatif bab2 edit mengedit ni. Sape lagi kalau bukan kat akak Cik Rose Cute.. kite ni. Sebelum ni dah pernah tempah header kat die, sekarang ni suruh die edit full blog pula. Orangnya sporting jer n senang nak bekerjasama dgn die. So pada yang nak edit blog masing2 bolehlaa tempah kat Cik Rose Cute.. Lagu dlm blog ni pun aku tukar juga hehe.

Bila dah tukar design baru ni, semangat sikit nak update blog hehe..Ada yang tanya pasal video2 masa Fan Meeting Lee Kwang Soo kat Malaysia hari tu, nanti aku letakkan video2 tu kat blog ni, stay tune k..paling syok tengok video yang die buat Gwiyomi tu hehe sangat cute gilerr okey hehe.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2771