Quantcast
Channel: Miss BaNu StoRy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2771

Pesawat MAS MH17 Terhempas Di Ukraine

$
0
0
Assalammualaikum
 Satu lagi tragedi mengejutkan negara apabila Malaysia Airlines (MAS) mengalami satu lagi kemalangan pesawat selepas MH17 dilaporkan terhempas di Ukraine. 
Berita terkini oleh media asing melaporkan MH17 "ditembak jatuh" ketika ia berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Pesawat MH17 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. 

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.
Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi. Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat. Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.


P/s- Malaysia diuji lagi, Takziah untuk semua keluarga mangsa..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2771