Quantcast
Channel: Miss BaNu StoRy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2771

Sinopsis Oh My English - Villa Isabellaaa

$
0
0
Assalammualaikum..
Oh My English kini kembali dengan telefilem terbaru yang berjudul Villa Isabellaaa. Ianya merupakan telefilem ketiga daripada siri komedi pendidikan popular itu selepas Oh My Ganu dan Oh My English- Hello America. Berbeza sedikit dengan telefilem yang terdahulu, OME Villa Isabellaaa ini mempunyai sedikit unsur misteri dan suspen yang akan menjadi tarikan pada penonton. Wahh mesti best ni, tak sabar nak tengok kan. Apapun sebelum tu jom layan Sinopsis OME Villa Isabellaaa kat bawah ni k..

Sinopsis Oh My English - Villa Isabellaaa!

Kisah bermula ‘Oh My English: Villa Isabellaaa!’ bermula apabila para pelajar kelas 4 Merah dan Mr Middleton berhasrat untuk melawat See Yew Soon selepas berita pemergiannya ke Singapura dalam episode kemuncak musim ke-3.

Atas semangat setia kawan, Mr Middleton, Jibam, Jojie, Zack, Mazlee, Cikgu Bedah, Aiman dan Sarjan membuat keputusan untuk melawatnya.

Malang menimpa apabila van yang dinaiki pancit dan mereka terkandas dikawasan asing. Mereka kemudiannya mencari bantuan namun gagal.

Sebeliknya mereka menemui Villa Isabella yang dimiliki oleh Puan Tiana. Di sinilah bermula segala kisah seram mereka setelah mereka menerima pelawaan Puan Tiana untuk bermalam dirumahnya.

Apakah yang bakal berlaku kepada mereka? Benarkah Puan Tiana adalah hantu seperti yang dianggap oleh Jojie? Mampukan mereka melarikan diri dari Villa Isabellaaa!?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2771