↧
GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM
↧
Download Ebook Rahsia Sedekah Secara Percuma
Download Ebook Percuma (Rahsia Sedekah - Membina Kekayaan Dengan Bersedekah)
Ebook (Electronic Book) Rahsia Sedekah yang sebelum ini dijual dengan harga RM20, kini telah diberikan secara percuma saja buat semua orang. Korang hanya perlu download saja Ebook ini kerana ianya berformat pdf, maknanya bolehlah kita semua dapat ilmu baru gitu dengan membaca ebook Rahsia Sedekah ini dan turut mendapat pahala dengan menyebarkan kebaikan serta ilmu - ilmu yang baik yang ada dalam ebook ini. Aku kongsikan juga isi kandungan ebook Rahsia Sedekah ini di bawah:-
Isi Kandungan Ebook Rahsia Sedekah
- Pengertian Bersedekah
- Sedekah Wajib dan Sunat
- Luasnya Makna Bersedekah
- Bersedekah Adalah Dinding Dari Api Neraka
- Tujuh Golongan Manusia yang Dinaungi di Akhirat
- Istimewanya Orang Bersedekah
- Azab Bagi Peminta Sedekah
- Hamba Allah yang Paling Baik
- Bersedekah Menambah Rezeki dan Keberkatan
- Sedekah Tidak Mengurangi Harta
- Pahala Orang Bersedekah Sampai Bila-Bila
- Sedekah Yang Tidak Diterima
- Satu Pintu di Syurga Bagi Orang Bersedekah
- Sedekah Yang Paling Afdhal
- Allah Menyusutkan Harta Riba’ dan Memberkati Sedekah
- Setiap Sedekah Akan Diganti
- Sedekah Menghubungkan Silaturrahim
- Balasan Bagi Orang Munafik yang Mencela Orang Besedekah
- Bersedekahlah, Walaupun Dengan Sebiji Kurma
- Sedekah Orang Melayu Terkaya di Malaysia
- Jangan Takut Miskin
- Sedekah Nabi Muhammad s.a.w dan Para Sahabat
- Kisah Orang Berhenti Mencuri Kerana Sedekah
- Sedekah Dapat Menghapuskan Kesalahan
- Sedekah Menyucikan Hati
- Sedekah Digandakan 700 kali ganda
- Bersedekah Menolak Bala
- Amalan yang Melebihi Pahala Bersedekah
- Ubat Penyakit Dengan Bersedekah
- Kehebatan Sedekah di Bulan Ramadhan
- Balasan Bagi Orang yang Kedekut/Kikir
- Orang Kaya Yang Banyak Berderma
Menarikkan isi kandungan ebook ini, jadi kalau korang berminat nak membacanya, bolehlah mendownloadnya dengan Klik Link di bawah ye, moga kita semua dapat manfaatnya, amin.


↧
↧
Segmen: Pencarian Bloglist By Aqilah Shahirah
↧
Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com
Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 14 Februari 2018
Nak Join boleh klik Banner di atas ye..
Azam Baru untuk Tahun 2018 ini adalah untuk lebih rajin dan lebih serius untuk menjana pendapatan menerusi blog ini, sebelum ini saya banyak main - main. So tahun ini saya nak lebih serius dan juga berjaya dari sebelumnya dalam menjana pendapatan menerusi blog. Apa pun kena usaha dan rajin kan.

↧
Sinopsis Telemovie Teksi Love
Sinopsis Telemovie Teksi Love Lakonan Mira Filzah & Fendy Bakry
Telefilem Teksi Love telah pun disiarkan disiarkan di Astro Citra & Mustika HD pada 27 Januari 2017 yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Teksi Love ini adalah Mira Filzah, Fendy Bakry, Julia Farhana Marin, Mak Wan, Zul Helmy, Nazamanas, Azwan Soadi, Naim Shamsol, Zaki Azeman, Afiq Syahmi, Ilman Saldi, Razman Mahayuddin, Fauzi Tah, Meyra Wirman dan ramai lagi. Telemovie Teksi Love ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Best juga telemovie ini, jalan ceritanya sweet juga, ini juga adalah kali pertama Fendy Bakry melakonkan watak hero utama. Sebelum ini aku pernah menonton lakonannya dalam Telemovie Kuntom dan juga dalam drama Kerna Syurga Bukan Percuma. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem Teksi Love ini di bawah ye. Selamat membaca okey..
Sinopsis Telemovie Teksi Love
Nada merupakan seorang pemandu teksi wanita, dia perlu membawa seorang pelanggan yang bernama Khairy ke satu tempat. Khairy yang sentiasa menyuruhnya memandu dengan laju dan cepat membuatkan Nada rimas dan stress, bukan itu saja, Khairy turut mengutuk teksi yang dibawa Nada itu buruk. Nada makin benggang dengan Khairy apabila mengetahui Khairy menipunya, Khairy sebenarnya tergesa - gesa ingin bertemu dan memujuk teman wanitanya. Disebabkan mereka sering bergaduh dalam perjalanan, akhirnya Nada menghalau Khairy keluar dari teksinya. Selepas keluar dari teksi Nada, malang menimpa Khairy, apabila dia dirompak oleh 2 perompak. Nada yang berasa tidak sedap hati kembali semula ke tempat yang dia tinggalkan Khairy itu lalu menolong Khairy dan 2 perompak berkenaan melarikan diri dengan motosikal. Nada dan Khairy kemudiannya pergi ke balai polis untuk membuat laporan dan disebabkan kasihan Nada turut menghantar Khairy ke tempat yang sepatutnya. Dalam perjalanan ke tempat tersebut, Khairy berasa terhutang budi pada Nada, malah mereka berdua juga dah berbaik.
Ketika Khairy sampai ke tempat teman wanita itu, semuanya dah terlambat, teman wanitanya sangat marah kerana Khairy lambat datang lalu memutuskan hubungan mereka. Khairy berasa sangat sedih dan kecewa, lalu berjalan - jalan seorang diri di sekitar kawasan tersebut lalu terserempak sekali lagi dengan Nada yang memanggilnya. Mereka berdua kemudian menghabiskan masa bersama dengan berborak dan meluahkan masalah masing - masing. Khairy meluahkan rasa kecewanya pada teman wanitanya itu dekat Nada, manakala Nada meluahkan masalahnya tentang dia yang ingin menjual teksinya itu bagi membiayai pelajaran adiknya di universiti nanti. Khairy kemudian berasa kagum dengan ketabahan Nada lalu memutuskan untuk menolong Nada untuk membiayai pelajaran adiknya itu. Malah Khairy juga menyuruh Nada supaya tidak menjual teksi kesayangan Nada itu. Akhirnya Nada membawa Khairy ke rumahnya untuk bertemu dengan neneknya dan juga adik lelakinya. Khairy kemudian meluangkan masanya untuk bersama dengan Nada dan keluarganya.
Nada dan Khairy kemudiannya saling jatuh cinta antara satu sama lain, Nada kemudiannya menghantar Khairy pulang ke rumahnya. Namun tanpa disangka, teman wanita Khairy tiba - tiba muncul di situ dan membuatkan Khairy terkejut, manakala Nada pula kelihatan agak sedih lalu pergi dari situ. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, apa tindakan Khairy dan siapakah yang akan di pilih oleh Khairy nanti?.
Jom Baca ini juga ➔ 5 Kenangan Pahit Bergelar Student!

↧
↧
Drama Korea Bulan Januari 2018
Drama Korea Bulan Januari 2018
Pada bulan Januari 2018 ini, aku berjaya menghabiskan 2 Drama Korea yang best dan menarik pada aku. Drama Korea tersebut adalah Im Not A Robot dan juga Prison Playbook / Wise Prison Life. Bagi aku kedua - dua drama Korea tersebut memang unik dan terbaik, nampaknya nanti aku kena rombak semula entry aku dulu yang berkaitan Best Korean Drama Of 2017 dan masukkan 2 drama ini dalam list hehehe.
1) Im Not A Robot
Pelakon utama Drama Im Not A Robot ini adalah Yoo Seung Ho dan Chae Soo Bin, sesuai dengan tajuk drama ini, mestilah drama ini berkaitan dengan robot kan. Bagaimana jika manusia menyamar menjadi robot, pasti menarik kan. Nantikan review drama ini, sekarang ini banyak betul Drama Korea yang belum aku buat review lagi hehehe.
2) Prison Playbook / Wise Prison Life
Apa yang boleh aku katakan pasal Drama Korea Prison Playbook ini adalah best giler okey. Walaupun ianya berkisarkan tentang kehidupan dalam penjara, tapi ianya sangat menarik, best, touching, kelakar, suspen dan juga sedih. Ada sesetengah scene yang buat aku tengok berulang kali, sebab best dan lawak betul. Pada yang tak tengok drama ini, memang harus tengok nanti. Antara Pelakon Drama Prison Playbook ini adalah Park Hae Soo, Jung Kyung Ho, Krystal, Jung Hae In, Lee Kyu Hyung, Jung Woong In, Choi Moo Sung, Kim Sung Cheol dan ramai lagi. Rindu pula aku dengan watak - watak dalam drama ini hehe. Nantikan review drama ini okey..

↧
Segmen Jari Jemari Menari Bloglist
Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 20 Februari 2018
Nak Join boleh Klik Banner di atas ye..
untung - untung boleh masuk dalam bloglist Ika selama 3 bulan gitu..
Good Luck dan Salam Perkenalan untuk semua..
Komen tentang Blog Ika :
- Rasanya blog Ika dah okey, nice and simple gitu, maybe Ika boleh banyakkan lagi entry - entry tentang movie review sebab saya memang suka baca pasal review - review drama and movie ni.

↧
SEGMEN BLOGWALKING BY ZATI
↧
Review Drama Korea - Go Back Couple
Dah lama aku nak buat Review Drama Korea Go Back Couple ini, tapi asyik tertangguh saja, ni pun laptop aku buat hal, sekejap okey, sekejap K.O. Berbalik pada drama ini, ianya release pada 13 Oktober 2017 dan tamat episodnya pada 18 November 2017 yang lalu. Antara Pelakon Drama Go Back Couple ini adalah Jang Na Ra, Son Ho Jun, Heo Jeong Min, Han Bo Reum, Chang Ki Young, Ko Bo Gyeol, Lee Yi Kyung, Cho Hye Jung, Kim Mi Kyung, Lee Byung Joon, Kim Byung Ok, Im Ji Kyu dan ramai lagi. Korean Drama Go Back Couple ini mempunyai 12 episod dan disiarkan bagi menggantikan Drama Korea Strongest Deliveryman. Selain itu, Jang Na Ra turut menang Excellent Actress dan Best Couple Award bersama dengan Son Ho Jun menerusi drama ini dalam KBS Drama Awards 2017. Drama ini turut menggunakan konsep time travel yang mana 2 watak utama drama ini kembali ke masa lalu mereka, iaitu ketika mereka di Universiti. Jang Na Ra memang awet muda okey, mukanya sentiasa nampak muda, cute dan comel, siap boleh bawa watak student lagi tu dan juga watak suri rumah. Di awal episod, penonton akan dapat melihat kehidupan Ma Jin Joo (lakonan Jang Na Ra) dan juga Choi Ban Do (lakonan Son Ho Jun) selepas mereka berkahwin dan masalah yang di hadapi mereka sehingga menyebabkan penceraian berlaku.
Aku rasa masalah terbesar Ma Jin Joo dan Choi Ban Do selepas berkahwin dan dapat anak tu adalah masalah komunikasi. Masing - masing sibuk melayan perasaan sendiri sehingga tak sedar dah melukakan hati pasangan masing - masing. Kiranya selepas mereka kembali ke zaman lampau, mereka seolah - olah diberi peluang kedua untuk memikirkan kesilapan diri dan mula memahami perasaan mereka yang sebenarnya. Scene paling sedih dan juga touching sekali adalah ketika Ma Jin Joo yang sangat sedih kehilangan ibunya dan rasa sangat menyesal kerana tak dapat berjumpa dengan ibunya sebelum ibunya mati, kini dapat bertemu semula dengan ibunya ketika dia kembali ke zaman lampau. Reaksi Ma Jin Joo yang dapat berjumpa semula dengan ibunya itu memang terbaik dan agak sedih, Ma Jin Joo tidak melepaskan peluang untuk sentiasa bersama dan bermanja dengan ibunya selama mana yang mungkin. Sehingga menyebabkan ibunya berasa rimas dengan sikap Ma Jin Joo yang asyik ingin bermanja dengannya, malah dia juga pelik dengan kelakuan anaknya yang berubah secara drastik itu. Begitu juga dengan sikap dan reaksi Choi Ban Do yang juga rindukan ibu Ma Jin Joo itu. Selain scene sedih, banyak juga scene - scene kelakar dalam drama ini, antara scene yang paling aku suka adalah scene Ma Jin Joo dan Choi Ban Doo yang sering bergaduh itu.
Malah perangai kawan - kawan Ma Jin Joo dan Choi Ban Doo juga kelakar dan menarik, aku rasa banyak scene - scene kelakar dalam drama ini membabitkan kawan Choi Ban Doo yang bernama Go Dok Jae (lakonan Lee Yi Kyung) yang terlampau obses dengan rambut panjangnya itu. Aku juga suka scene - scene yang membabitkan Go Dok Jae dengan kawan Ma Jin Joo yang bernama Cheon Seol itu sebab diorang ni pun jenis yang senang bergaduh terutamanya Go Dok Jae yang sentiasa geram dan marah melihat harta bendanya dirosakkan oleh Cheon Seol secara tak sengaja hahaha. Apa pun memang banyak perkara lawak yang terjadi ketika Ma Jin Joo dan Choi Ban Doo kembali semula ke zaman universiti itu. Perbezaan yang paling ketara ketika mereka berdua kembali ke zaman universiti itu adalah mindset dan pemikiran Ma Jin Joo dan Choi Ban Doo yang sudah banyak berubah, mereka bukan lagi kebudak - budakkan tapi sudah bersikap lebih matang. Kiranya walaupun diorang dah kembali jadi muda, tapi pemikiran diorang dah berubah iaitu pemikiran orang dewasa ala - ala makcik dan pakcik hahaha, kadang - kadang lawak juga tengok gaya Ma Jin Joo bercakap sebab memang nampak macam ala - ala makcik gitu haha.
Terdapat juga cinta tiga segi yang membabitkan Choi Ban Do dan Ma Jin Joo dengan crush masing - masing, dimana C.Ban Do dan M. Jin Joo awalnya cuba mengorat cinta pertama mereka dulu iaitu Min Seo Young dan Jung Nam Gil. Scene ketika Choi Ban Doo kemalangan ketika cuba menyelamatkan M. Jin Joo tu pun sedih giler, terutamanya bila tengok Ma Jin Joo itu sedih betul dan takut kehilangan Choi Ban Doo itu. Secara keseluruhannya aku rasa jalan cerita drama ini memang menarik dan banyak pengajaran gitu. Plus 12 episod saja rasa macam tak cukup pula hehehe, malah gandingan Jang Na Ra dan Son Ho Jun juga nampak serasi. Ini juga adalah kali pertama aku menonton lakonan Son Ho Jun itu. Ending Drama Go Back Couple ini memang happy ending, plus ada perubahan yang akan berlaku dalam kehidupan mereka setelah mereka kembali ke masa kini. Apa pun aku bagi 8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama Korea Go Back Couple ini.
Jom Baca ini juga ➔ Betul Ke Kadar Bayaran Di Hospital Malaysia Ini Mahal!?..
Jom Baca ini juga ➔ Betul Ke Kadar Bayaran Di Hospital Malaysia Ini Mahal!?..

↧
↧
Review Drama Korea - Strongest Deliveryman
Strongest Deliveryman - Korean Drama Review
Seperti biasa, hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Strongest Deliveryman yang release pada 4 Ogos 2017 dan tamat pada 23 September 2017 yang lalu. Antara Pelakon Drama Strongest Deliveryman ini adalah Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri dan ramai lagi. Kalau tak silap aku, ini merupakan drama pertama Go Kyung Pyo memegang watak hero utama, selalunya dia sering memegang watak hero kedua dalam banyak drama. Drama 16 episod ini disiarkan bagi menggantikan Drama The Best Hit dan kemudian akan digantikan dengan drama Go Back Couple. Watak Chae Soo Bin dalam drama ini adalah sebagai Lee Dan Ah yang merupakan seorang yang rajin bekerja untuk mengumpul duit supaya dapat ke luar negara untuk belajar dan bekerja di sana. Apa pun watak Lee Dan Ah itu memang agak kasar sikit. Selain itu aku agak annoying juga tengok rambut kerinting watak Choi Gang Soo yang dilakonkan oleh Go Kyung Pyo itu sebab tak sesuai. Nasib nanti dia akan make over rambut dia tu nanti. Lagu Tema / OST Strongest Deliveryman ini biasa - biasa saja bagi aku.
Rasanya siapa - siapa yang menonton Korean Drama Strongest Deliveryman ini pasti akan tersuka dengan hero kedua drama ini iaitu Kim Sun Ho yang melakonkan watak Oh Jin Gyu. Comel dan cute habis dia dalam drama ini hahaha, tak kurang juga ramai yang dah jadi peminat Kim Sun Ho ini lepas menonton drama ini, maklumlah orangnya handsome, lepas itu ada lesung pipit pula tu haha, jadi ramai penonton drama ini yang dah jadi angau dengan dia hahaha. Tak sangka juga, dia sebelum ini ada berlakon dalam drama Chief Kim / Good Manager juga, tapi ramai yang tak begitu perasan sebab wataknya dalam drama itu agak pemalu dan tidak begitu menyerlah berbanding drama ini. Selain itu aku juga suka bromance antara watak Choi Gang Soo dan Oh Jin Gyu dalam drama ini, adorable betul dua - dua orang ini, walaupun ada satu tahap yang diorang akan bergaduh sekejap sebelum akhirnya berbaik semula dan bekerjasama. Tapi part diorang bergaduh ini memang sedih sikitlah terutamanya untuk watak Oh Jin Gyu itu. Selain itu aku juga agak suka dengan karakter Lee Dan Ah yang cantik tapi kasar dan tomboy serta mahir dalam ilmu mempertahankan diri seperti Taekwando, Judo dan sebagainya. Jadi tak mudah untuk orang lain mengganggu hidupnya, walaupun untuk mengoratnya, pasti akan kena belasah hahaha, cuma kadang kala tu aku rasa Lee Dan Ah ini terlampau kasarlah pula.
Watak seterusnya yang agak unik bagi aku adalah Lee Ji Yoon yang dilakonkan oleh Go Won Hee yang merupakan anak orang kaya, yang lari dari rumah untuk mencari kebebasannya. Dia baik, tapi naif dan tidak matang, aku suka part yang dia sukakan Choi Gang Soo tapi akhirnya mengalah sebab Choi Gang Soo sukakan Lee Dan Ah dan dia juga sedar yang dia tak dapat nak lawan Lee Dan Ah kerana Lee Dan Ah sempurna dari segala segi berbanding dirinya. Begitu juga Oh Jin Gyu yang awalnya sukakan Lee Dan Ah tapi mengalah sebab dia merasakan dirinya tidak layak untuk Lee Dan Ah itu. Antara scene yang paling aku suka dalam drama ini adalah scene yang membabitkan watak Oh Jin Gyu dan Lee Ji Yoon, sebab watak diorang comel sangat. Scene ketika Lee Ji Yoon menyelamatkan Oh Jin Gyu dan mengawal hidup Oh Jin Gyu selepas itu juga menarik. Kiranya diorang ini boleh dikatakan couple yang adorable gitu. Dalam keseronokkan menonton drama ini, terdapat juga pengajaran yang berguna dalam drama ini terutamanya untuk watak Choi Gang Soo yang tidak mudah putus asa, yang berani ambik risiko untuk menubuhkan syarikat sendiri dan berani berhadapan dengan cabaran, apabila syarikatnya terpaksa melawan syarikat besar yang sudah berjaya tapi sentiasa cari peluang untuk menindas orang - orang susah,
Paling best mestilah sebab Choi Gang Soo ini jenis yang suka menolong orang terutamanya kawan - kawannya yang susah. Jadi sebab itulah Choi Gang Soo ini mempunyai ramai kawan yang baik dan setia, malah sanggup buat apa saja atas dasar persahabatan mereka itu. Semangat setiakawan mereka semua itu memang terbaik, susah bersama - sama dan senang pun bersama - sama. Scene paling aku suka bila watak Oh Jin Kyu mula bekerja di bawah Choi Gang Soo dan kehadiran Oh Jin Kyu banyak membantu Choi Gang Soo dalam menguruskan syarikatnya disebabkan pengalaman yang ada pada Oh Jin Kyu itu. Pendek kata memang seronok layan Drama Korea Strongest Deliveryman ini dan aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Sinopsis Drama Korea Strongest Deliveryman
Mengisahkan Choi Gang Soo yang bekerja di kedai makan sebagai penghantar makanan / deliveryman. Walaubagaimanpun dirinya tidak kekal lama di sesuatu tempat, sebab dia hanya bekerja selama dua atau tiga bulan saja di sesuatu tempat, kerana dirinya ingin mencari ibunya yang telah meninggalkannya dan ayahnya. Disebabkan telah bekerja di pelbagai tempat dan pelbagai kedai makan, membuatkan Choi Gang Soo juga mempunyai ramai kawan. Tak lama kemudian Choi Gang Soo bekerja pula di sebuah kedai makan yang dimiliki oleh Soon Ae, di situ terdapat seorang lagi penghantar makanan yang bernama Lee Dan Ah. Awalnya Choi Gang Soo tidak begitu suka dengan Lee Dan Ah ini, tapi akhirnya diorang makin rapat. Kemudian dirinya terjumpa pula dengan Lee Ji Yoon yang lari dari rumah dan kelaparan, akhirnya Choi Gang Soo bertindak untuk membantunya dengan memberinya makanan serta tempat tinggal sementara sehinggalah Lee Ji Yoon dapat kerja di Cafe. Manakala Lee Dan Ah pula menyelamatkan Oh Jin Gyu yang cuba membunuh dirinya akibat kecewa dengan sikap bapanya. Disebabkan terhutang nyawa dengan Lee Dan Ah, Oh Jin Gyu berjanji akan memberikannya wang yang banyak. Malah Oh Jin Gyu juga sanggup menggantikan Lee Dan Ah sebagai penghantar makanan kerana Lee Dan Ah sakit dan berada di hospital.
Disebabkan Oh Jin Gyu bekerja sebagai penghantar makanan bagi menggantikan Lee Dan Ah, Choi Gang Soo mula berbaik - baik dan rapat dengan Oh Jin Gyu, mereka berdua mula berkawan baik. Dalam masa yang sama Oh Jin Gyu telah dijodohkan dengan Lee Ji Yoon, kerana mereka berdua sama - sama anak orang kaya. Namun mereka berdua tidak menyukai antara satu sama lain, mak Lee Ji Yoon iaitu Jung Hye Ran merupakan pemilik syarikat yang terkenal dan berjaya, Jung Hye Ran ini merupakan majikan yang tidak bertimbang rasa dan sanggup buat apa saja demi kepentingannya. Disebabkan satu peristiwa, hubungan baik C.Gang Soo dan O.Jin Gyu mula berubah menjadi musuh ketat, C.Gang Soo marah dan menginginkan O.Jin Gyu untuk masuk penjara atas perbuatannya. Tak lama kemudian Jung Hye Ran mengambil Oh Jin Gyu untuk berkerja dalam syarikatnya dan O.Jin Gyu berusaha keras untuk membuktikan kemampuannya. Manakala Choi Gang Soo pula telah mengambil langkah berani untuk membuka satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan secara besar - besaran. Namun syarikatnya itu terpaksa bersaing dengan syarikat Jung Hye Ran yang kendalikan oleh Oh Jin Gyu. Hubungan Choi Gang Soo dan Oh Jin Gyu makin baik tapi tidak seakrab dulu.
Tak lama kemudian Oh Jin Gyu mendapati yang hasil usahanya untuk memajukan syarikat tidak dihargai oleh Jung Hye Ran membuatkan Oh Jin Gyu nekad berhenti kerja. Oh Jin Gyu mula putus asa dan hidup merempat sehinggalah Lee Ji Yoon menyelamatkannya dan mengembalikan semangatnya yang hilang. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Ending Drama Korea Strongest Deliveyman ini memang happy ending gitu. Apa pun berbaloi juga menonton drama ini.
Jom Baca ini juga ➔ Which Type Of Malaysian Driver Are You When You See A Road Accident?

↧
PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan
[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]
PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.
Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.
Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
- Manulife ManuProtect Term Life Insurance
Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal.
Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;
- Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
- Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
- Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
- Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
- Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
- Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa
Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
- Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi
- Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
- Dibayar kepada penama
- Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
- Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
- Dibayar kepada orang yang membayar insurans
- Kematian disebabkan oleh kemalangan
- 2X ganda daripada amaun keseluruhan
- Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
- Penyakit kritikal
- 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
- Dibayar kepada orang yang membayar insurans
Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview
2. AXA 200 Cancer Care
Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.
Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
- Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
- Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
- Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
- Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
- Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma
- Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
- Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
- Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care
Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.
Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
- Manfaat untuk Rawatan Terapi
- Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan menerima bayaran insurans minimum RM30K.
- Manfaat Untuk Sembuh
- Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
- Pendapat Perubatan Kedua
- Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
- Manfaat untuk Penama
- Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
- Servis Penjaga
- Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
- Baucer Pemeriksaan Kesihatan
- Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian pakej AXA 200 Cancer Care.
Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview
3. MSIG Take It Easy Pet Insurance
Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal.
Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;
- Dijamin oleh MSIG
- Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
- Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
- Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
- Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
- Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
- Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
- Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.
Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
- Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
- Manfaat Kematian
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
- Manfaat Untuk Pengebumian
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
- Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
- Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
- Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.
Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview
Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet
Mudah Digunakan
Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda.
Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan
Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.
Harga Yang Berpatutan
Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.
Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!
PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;
Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html

↧
Baca Online Novel Dia Anak Jeneral
Baca Online Novel Dia Anak Jeneral
Novel Dia Anak Jeneral karya Novelis Hezzy Azra sudah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 26 episod dan kini tengah disiarkan di TV2 (RTM), setiap Rabu dan Khamis jam 8.30 malam. Antara Pelakon Drama Dia Anak Jeneral ini adalah Fattah Amin, Niena Baharun, Dato Tarmimi Siregar, Mas Khan, Aida Khalida, Mimi Ernida, Adiba Yunus, Kodi Rasheed, Fatimah Azzahra, Azam Pitt, Fad Anuar dan ramai lagi. Kalau korang nak baca Online Novel Dia Anak Jeneral ini bolehlah Klik Link yang ada di bawah ini ye, di samping itu aku sertakan sekali watak - watak pelakon Drama Dia Anak Jeneral beserta sinopsis novelnya sekali okey, Selamat Membaca.
Baca Novel Online Dia Anak Jeneral Bab 1 Hingga Bab 6
Watak Pelakon
Fattah Amin sebagai Zakhif
Niena Baharun sebagai Syirin
Datuk Tarmimi Siregar sebagai Dato Hambali
Aida Khalida sebagai Noriah
Mas Khan sebagai Nukman
Mimi Ernida sebagai Diara
Fatimah Azzahra sebagai Shima
Adiba Yunus sebagai Shida
Kodi Rasheed sebagai Syafiq
Fad Anuar sebagai Nuar
Azam Pitt sebagai Kudin
Sinopsis Novel Dia Anak Jeneral
KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur…termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur. Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu. Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.
“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya…saya terima pinangan awak.”
Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh…ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.
Jom Baca ini juga ➔ Betul Atau Tidak Hospital Kerajaan Mahal!?..

↧
Sinopsis Filem Bukan Cinta Malaikat
Sinopsis Filem Bukan Cinta Malaikat Lakonan Nora Danish
Filem Bukan Cinta Malaikat sudah pun ditayangkan di pawagam pada 25 Januari 2018 yang lalu. Walaubagaimanapun filem ini sudah pun ditayangkan di Indonesia terlebih dahulu pada iaitu Julai 2017, malah filem ini turut menggabungkan pelakon Malaysia dan juga pelakon Indonesia. Antara Pelakon Filem Bukan Cinta Malaikat ini adalah Nora Danish, Fachri Albar, Ashraf Muslim, Donita, Dewi Irawan, Dynas Mokhtar, Afida Es, dan ramai lagi. Filem ini bergenre drama dan diarahkan oleh Aziz M. Osman. Filem ini turut shooting di lokasi - lokasi menarik di Madinah, Jeddah, Indonesia dan juga Malaysia serta diilhamkan dari kisah benar. Jalan cerita filem ini nampak menarik dan aku juga suka dengan poster filem ni sebab nampak cantik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis Filem Bukan Cinta Malaikat di bawah ini, selamat membaca okey..
Sinopsis Filem Bukan Cinta Malaikat
Apa yang bakal berlaku seterusnya? sinopsis di atas credit to URTV
Jom Baca ini juga ➔ Adakah Kos Bayaran Hospital Kerajaan Makin Mahal!?..

↧
↧
Forgive And Forget
↧
FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner
Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 17 Februari 2018
Nak join boleh Klik Banner di atas ye..
apa pun kena jawab satu soalan terlebih dahulu, soalannya berbunyi:
Apa yang anda suka baca dalam Blog seseorang?
- Saya suka baca entry - entry yang berkaitan pengalaman yang dikongsikan oleh Blogger di blog masing - masing. Contohnya seperti pengalaman hidup blogger itu sendiri, jadi kita sebagai pembaca akan turut mendapat manfaat darinya serta belajar dari pengalaman blogger tersebut. Begitu juga dengan pengalaman blogger mencuba sesuatu perkara yang baru mahu pun pengalaman mereka mencuba sesuatu produk. Selain itu saya juga suka membaca entry - entry yang berkaitan Review drama mahu pun filem, malah saya juga suka membaca entry - entry yang berkaitan sukan Badminton dan juga hal - hal yang berkaitan isu semasa dalam Blog yang dikongsikan oleh para blogger.

↧
Review Drama Korea - The Package
The Package - Korean Drama Review
Seperti biasa, hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk The Package yang release pada 13 Oktober 2017 dan tamat episodnya pada 18 November 2017 yang lalu. Selain itu Korean Drama The Package ini disiarkan di JTBC dan mempunyai 12 episod saja serta mempunyai 2 pengarah. Antara Pelakon Drama Korea The Package ini adalah Lee Yeon Hee, Jung Yong Hwa, Choi Woo Sik, Ha Shi Eun, Ryu Seung Soo, Park Yoo Na, Jeong Gyu Su, Lee Ji Hyun, Yoon Park, Chae So Young dan ramai lagi. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Korea Age Of Youth 2 dan kemudian akan digantikan pula dengan drama Untouchable. Penulis skrip drama ini pernah menulis skrip untuk drama - drama yang best seperti The Slave Hunters, 7th Grade Civil Servant dan lain - lain lagi. Antara keunikkan drama ini bila lokasi shooting drama ini kebanyakkannya di buat di France / Perancis. Jadi sinematografi drama ini memang cantik betul, plus kita sebagai penonton juga dapat melihat banyak tempat - tempat menarik dan indah di Perancis itu.
Secara ringkasnya Drama The Package ini berkisarkan tentang pemandu pelancong dan juga beberapa pelancong dari Korea yang datang bercuti di France. Kesemua mereka mempunyai kisah yang tersendiri dan sebab tertentu kenapa diorang datang ke France itu. Banyak peristiwa suka dan duka yang diorang alami ketika bercuti di France itu. Awalnya masing - masing tidak rapat dan buat hal sendiri saja, tapi di akhir - akhir percutian mereka, kesemuanya mula menjadi akrab dan rapat pula. Di samping dapat melihat tempat - tempat menarik yang ada di France itu, penonton juga akan dapat menyelami setiap kisah sedih dan gembira semua watak tersebut. Tak silap aku drama ini merupakan drama kedua lakonan Lee Yeon Hee yang release pada tahun 2017 selepas drama Reunited Worlds itu. Kalau dalam Drama Reunited Worlds itu, ramai yang annoying dengan rambut Lee Yeon Hee tu, tapi dalam drama ini, rambutnya okey hahaha, plus lakonannya sebagai travel guide di France itu juga nampak meyakinkan sekali, siap berdialog dalam bahasa Perancis gitu. Selain itu dah lama tak nampak Jung Yong Hwa ni berlakon, last dramanya adalah pada tahun 2014 iaitu The Three Musketeers.
Ada banyak juga scene - scene kelakar dalam drama The Package ini terutamanya di episod - episod awal, antara scene yang paling aku ingat bila semua pelancong berlari sakan dalam bentuk slow motion gitu, tapi diorang tak tahu kenapa diorang kena berlari, semuanya sebab mengikut cakap travel guide diorang yang suruh diorang berlari, sebab nak mengelak dari seorang lelaki yang cuba nak berjumpa dengannya. Selain itu scene - scene kelakar juga banyak datang dari watak San Ma Roo lakonan Jung Yong Hwa yang sentiasa cari masalah disebabkan sifat ingin tahunya itu. San Ma Roo ini dari awal lagi, ketika baru sampai di France dah buat masalah bila pemandu pelancong dan semua pelancong lain terpaksa menunggunya berjam - jam lamanya di lapangan terbang France disebabkan dia ditahan dan disoal - siasat disebabkan barang - barang yang dibawanya itu. Selain itu scene ketika mereka melawat di suatu tempat, San Ma Roo telah mencuba memakai something yang ada di tempat tersebut lalu menimbulkan masalah pada pemandu pelancongnya iaitu Yoon So So lakonan Lee Yeon Hee sebab barang tersebut tidak dapat di tanggalkan dari pinggang San Ma Roo dan akhirnya menyusahkan semua orang hahaha. Tapi scene ini memang lawak habis hahaha.
Masa menonton drama ini, aku tertanya - tanya juga siapa lelaki misteri lakonan Yoon Park yang cuba bersungguh - sungguh untuk mencari dan mengejar Yoon So So di France itu. Awalnya aku ingatkan lelaki misteri itu adalah ex - boyfriend Yoon So So tapi rupanya bukan, semua sangkaan aku tak tepat haha, kalau korang nak tahu siapa lelaki misteri itu kenalah tengok drama ini, sebab aku tak naklah bagi spoiler bagi yang tak menonton drama ini lagi. Begitu juga dengan watak Jung Yeon Sung (lakonan Ryu Seung Soo) yang merupakan pelancong yang turut ditemani oleh seorang perempuan muda, semua orang menyangka perempuan tersebut adalah perempuan simpanannya tapi bukan juga rupanya hehehe. Selain scene - scene kelakar, banyak juga scene - scene sedih dalam drama ini, terutamanya watak Oh Gab Soo dan Han Book Ja yang merupakan pasangan suami isteri yang paling berusia dalam group pelancong tersebut. Sikap Oh Gab Soo yang sangat degil dan panas baran memang buat semua orang annoying dengannya, berbeza dengan sikap isterinya yang baik hati dan lemah - lembut itu, dia sentiasa meminta maaf bagi pihak suaminya, siapa sangka Han Book Ja ini sakit dan sentiasa berasa sedih.
Awalnya aku ingatkan Oh Gab Soo ini kejam dan tidak mempedulikan isterinya tapi aku salah, agak mengejutkan sebenarnya bila Oh Gab Soo ini sangat menyayangi isterinya tapi dia tak tahu nak tunjuk rasa sayang tu, jadi apa yang dia boleh buat adalah marah - marah. Paling best bila Oh Gab Soo tahu mengenai penderitaan yang dialami oleh isterinya itu. Memang agak touching jugalah kisah diorang ini. Selain itu terdapat juga kisah percintaan antara San Ma Roo dan travel guidenya itu iaitu Yoon So So, walaubagaimanapun aku tertanya - tanya juga bagaimana dengan kesudahan kisah percintaan diorang ini sebab macam tergantung sikit. Apa pun aku suka dengan kisah cinta diorang ini sebab nampak sweet gitu, plus diorang berdua juga nampak sepadan dan serasi. Selain itu aku juga suka dengan hubungan persahabatan yang terjalin antara semua pelancong tu walaupun diorang dah balik ke Korea. Diorang siap reunion semula kat kedai makan milik Oh Gab Soo itu, walaubagaimanapun agak kesian jugalah dengan San Ma Roo yang terpaksa menghadapi masalah besar pasal kerjanya setelah pulang semula ke Korea itu.
Ending Drama Korea The Package ini memang happy ending, tapi itulah kisah cinta antara San Ma Roo dan Yoon So So agak tergantung, so penonton yang kena buat ending sendiri mengenai kisah cinta diorang. Secara keseluruhan drama ini memang best untuk di tonton dan aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.
Jom Baca ini juga ➔ Adakah Kos Bayaran Hospital Kerajaan Makin Mahal!?..

↧
Telemovie Adakah Aku Bersalah - Cerekarama TV3
Telemovie Adakah Aku Bersalah - Cerekarama TV3
Sempat juga aku menonton Telefilem Adakah Aku Bersalah yang disiarkan di Slot Cerekarama pada Sabtu lepas. Dikatakan telemovie ini berdasarkan kisah benar dan Pelakon Telemovie Adakah Aku Bersalah ini adalah Hasnul Rahmat, Farah Nabilah, Wilma Muhammad, Oktovia Manrose, Shah Jazle dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Selain itu, telemovie ini juga disiarkan bersempena DFKL2018. Rasanya ini kali pertama aku melihat Farah Nabilah membawa watak jahat iaitu sebagai isteri kedua dan menganiaya isteri pertama serta anak - anaknya. Memang berkesan lakonan Farah Nabilah itu, sampai berjaya buat aku marah dengan wataknya itu.
Cuma yang tak leh blah tu, macam manalah isteri pertama tu boleh bersabar sampai macam tu sekali, sampai aku pun stress dengan perangai isteri pertama yang selalu mengalah, lembik dan terima je apa pun. Tak pasal - pasal jadi geram juga dengan isteri pertama yang terlampau baik tu. Ending Telemovie Adakah Aku Bersalah itu agak sad ending juga. Memang jawapan pada tajuk telemovie ini adalah ye, memang watak bapa dan suami dalam drama ini bersalah, disebabkan dia dan juga isteri keduanya itu, seluruh keluarganya musnah. Apa pun drama ini memang ada pengajarannya, tambahan lagi drama ini berdasarkan kisah benar kan.
Jom Baca ini juga ➔ Adakah Kos Bayaran Hospital Kerajaan Makin Mahal!?..

↧
↧
Lagu Jampi Menang AJL32
Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 32 (#AJL32)
Rasanya ramai yang menonton Anugerah Juara Lagu Ke -32 / AJL32 semalam kan?. Tahniah buat Hael Husaini kerana lagu nyanyiannya dan juga lagu ciptaannya menang besar semalam. Rasanya semua finalis AJL32 memberikan persembahan yang terbaik, vokal semua memang mantap - mantap. Apa pun agak kesian juga pada Ara Johari kerana tidak sihat pada hari pertandingan, jadi memang kelihatan jelas suaranya serak dan pecah tapi still maintain menyanyi. Aku juga susah nak ramal siapa yang akan menang Anugerah Vokal Terbaik itu sebab calon pemenang memang ramai hahaha. Aku rasa antara vokal yang paling memukau untuk AJL32 ini adalah Dayang Nurfaizah, Salma, Syamel & Ernie Zakri, Hael Husaini dan ramai lagi. Tapi ternyata tuah memihak pada gandingan Syamel dan Ernie Zakri untuk lagu Aku Cinta. Aku juga dengan persembahan Stacy yang membuat persembahan pembukaan AJL32 dengan lagu - lagu popularnya seperti lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang. Bagi aku persembahan lagu - lagu Pop Yeh Yeh yang disampaikan oleh Dato A Rahman Hassan, Dato Awie, Siti Sarah dan Dato Jeffrydin memang best giler hahaha, memang penonton dekat stadium tu pun layan habis siap bergoyang sekali dan menari hahaha.
Memang sekali sekala dengar lagu Pop Yeh Yeh ni boleh buat rasa terhibur gitu, idea TV3 nak selitkan lagu Pop Yeh Yeh ini memang terbaik, malah pemilihan penyanyi pun best. Pujian juga buat Hos AJL32 ini iaitu Alif Satar dan Sherry Al -Hadad yang serasi, spontan, best dan lawak. Apa pun jom tengok Senarai Pemenang AJL32 di bawah ini okey. Tahniah buat semua pemenang.
Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 32 (AJL32)
Juara Anugerah Juara Lagu Ke - 32 #AJL32
- Jampi (Hael Husaini)
Tempat Kedua AJL32
- Sejati (Azmi Caliph Buskers)
Tempat Ketiga AJL32
- Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)
Vokal Terbaik AJL32
- Syamel dan Ernie Zakri (Aku Cinta)
Persembahan Terbaik AJL32 Pilihan Penonton
- Altimet (Amboi)
Penyanyi Pilihan Samsung
- Khai Bahar
Jom Baca ini juga ➔ Top 16 New Cafes In KL To Check Out This 2018

↧
Review Manjhi : The Mountain Man - Bollywood Movie
Review Bollywood Movie - Manjhi : The Mountain Man (2015)
Hari ini aku nak buat Review Filem Hindustan pula hehehe, actually sebelum ini, aku tak pernah tahu pun pasal kewujudan filem Manjhi ini. Baru beberapa hari lepas, aku ada baca pasal kisah benar mengenai Dashrath Manjhi di Twitter dan baru aku tahu ada movie yang dibuat berdasarkan kisah hidup Dashrath Manjhi ini dengan taglines movie tersebut adalah The Man Who Broke A Mountain For Love. Jadi disebabkan aku memang suka menonton filem yang berdasarkan kisah benar, jadi mestilah aku akan tengok movie ini kan. Filem Manjhi ini diarahkan oleh Ketan Mehta serta release pada 21 Ogos 2015 dan bergenre Drama, Adventure & Biografi. Antara Pelakon Filem Manjhi : The Mountain Man ini adalah Nawazuddin Siddiqui, Radhika Apte, Tigmanshu Dhulia, Pankaj Tripathi, Gaurav Dwivedi, Ashraful Haque, Deepa Sahi dan ramai lagi. Filem ini seboleh mungkin cuba menunjukkan kisah hidup Dashrath Manjhi yang berasal dari kawasan kampung terpencil di India yang struggle untuk mencari duit dan juga makanan. Diorang memang miskin betul, plus ketua kampung pula jahat gila. Walaubagaimanapun memang sweet tengok kisah cinta D.Manjhi ini dengan isterinya Phaguniya, walaupun miskin diorang hidup bahagia.
Konflik dalam filem ini bermula selepas isterinya mati dan Dashrath Manjhi menyalahkan gunung besar yang berada di kampungnya itu menjadi penyebab kematian isterinya yang tercinta. Kampung mereka ini memang kawasan paling terpencil, tiada jalan raya, cuma ada gunung besar saja, jadi kalau nak ke bandar memang sangat susah sebab penduduk kampung perlu mendaki gunung tersebut terlebih dahulu untuk ke mana -mana. Malah kalau ada kecemasan seperti sakit dan sebagainya perlu mendaki gunung itu juga. Rata - rata penduduk kampung itu juga memang miskin gila dan kebanyakan mereka adalah hamba pada ketua kampung sebab berasal dari kasta yang paling rendah. Seluruh penduduk kampung tiada motor apatah lagi kereta, hanya ketua kampung saja yang kaya dan mempunyai kenderaan di kampung itu, tapi dia langsung tidak mempedulikan penduduk kampung yang lain, sebaliknya membiarkan saja penduduk kampung itu mati tanpa menolong mereka. Manakala menteri pun hanya akan datang ke kampung tersebut jika tiba musim pilihanraya saja. Apa pun aku suka dengan kepercayaan dan kegigihan Dashrath Manjhi yang luar biasa, dia melakukan sesuatu yang luar biasa walaupun ramai yang memperlekehkan usahanya itu dan menganggapnya sebagai orang gila dan hasil dari usahanya itu juga memang luar biasa serta memberi kebaikan dan manfaat pada orang lain.
Isterinya Phaguniya ketika mengandung anak kedua telah terjatuh dari gunung besar berkenaan, ketika mendakinya untuk membawakan makanan pada suaminya yang bekerja. Disebabkan agak lewat menghantar isterinya ke hospital kerana terpaksa mendaki gunung berkenaan terlebih dahulu, isterinya Phaguniya akhirnya mati ketika melahirkan anak perempuan mereka. Akibat marah dan kehilangan isteri tersayang, Dashrath Manjhi telah membakar gunung berkenaan dan mula menganggap gunung berkenaan adalah musuhnya. Dashrath Manjhi di bantu oleh ayahnya untuk menjaga 2 anak - anaknya itu, manakala D.Manjhi akan fokus untuk mengukir dan membuat jalan melalui gunung tersebut seorang diri dengan hanya menggunakan tukul dan pahat saja. Dia tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama dengannya sebab itu dia tekun membuat jalan, memecahkan segala batu - batu untuk membuat jalan seorang diri selama 22 tahun, tanpa mengenal erti penat, lelah dan tidak mudah putus asa, selain bekerja keras siang dan malam. Wow 22 tahun tu, bukan satu jangka masa yang singkat kan, tapi Dashrath Manjhi tetap tekun dan percaya dengan apa yang dilakukannya. Paling sedih ada juga yang nak mengambil kesempatan atas usaha ikhlas yang dilakukannya itu.
Ada pihak yang tak bertanggungjawab cuba menipu Dashrath Manjhi mengenai bantuan kerajaan yang dia dapat untuk membuat jalan berkenaan. Duit tersebut disonglap disebabkan sikap Dashrant yang mudah percaya orang lain kerana dia tidak berpelajaran serta buta huruf. Kemudian bermula pula cabaran baru pada dirinya dan pelbagai halangan lain yang terpaksa ditempuhinya sampai ada ketikanya dia mula putus asa tapi cuba mengumpul semangatnya semula untuk terus berjuang dan tanpa menyangka ada kejutan yang dia terima di penghujung cerita. Aku tak naklah bagi spoiler kan, kalau nak tahu apa cabaran dan kejutan tersebut kenalah tengok filem ini nanti kan. Malah Rating IMDb untuk filem ini juga agak tinggi iaitu 8.1/10 gitu. Secara keseluruhannya bagi yang suka menonton filem biografi dan juga berdasarkan kisah benar haruslah layan movie ini nanti dan aku bagi 7.5 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini.

↧
Ending Drama Kekasih Paksa Rela
Ending Drama Kekasih Paksa Rela
Akhirnya tamat sudah Drama Kekasih Paksa Rela yang bersiaran selama 28 episod di Slot Akasia TV3, drama ini juga meninggalkan impak yang besar pada penonton kerana ramai yang suka menonton drama ini. Walaupun dibarisi dengan ramai pelakon baru, drama ini tetap berjaya mendapat tempat di hati penonton. Aku sendiri pun boleh terlayan drama Kekasih Paksa Rela ini, sebab sebelum ini aku tak begitu layan kecualilah kalau drama tersebut best. Gabungan pelakon baru dan lama seperti Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan A.Rahman, Dayang Areeda, Fizz Fairuz, Emelda Rosemilamembuatkan drama ini makin best. Aku agak terkejut juga dengan ending drama Kekasih Paksa Rela ini bila Rosnaida akhirnya bercerai juga dengan Adham, walaupun Adham tak sanggup nak melepaskannya. Aku ingatkan Rosnaida sanggup bermadu dengan Hanan tu, tapi rupanya tidak, manakala Hanan pula awalnya sanggup nak undur diri demi kebahagiaan Ros dan Adham walaupun dirinya tengah berbadan dua.
Namun bila mak Hanan iaitu Suraya beritahu Adham mengenai perkara sebenar dan Rosnaida pun tahu pasal Hanan yang tengah mengandung tu, maka Rosnaida pun mengambil keputusan untuk undur diri dan bercerai dengan Adham. Jadi walaupun Adham sudah tidak beristeri dua, ending drama ini tetap happy ending gitu, bila Adham hanya milik Hanan Khaira saja hehe.
Jom Baca ini juga ➔ Jom Tengok Short Film 5 Sekawan Selamanya By Celcom..

↧