↧
SEGMEN JOM TUKAR2 BLOGLIST DARI EJULZ
↧
Black Knight : The Man Who Guards Me - Korean Drama Review
Hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Black Knight : The Man Who Guards Me yang disiarkan pada 6 Disember 2017 dan tamat pada 8 Februari 2018 yang lalu. Antara Pelakon Drama Black Knight : The Man Who Guards Me ini adalah Kim Rae Won, Shin Se Kyung, Seo Ji Hye, Jang Mi Hee, Kim Hyun Joon, Kim Byung Ok, Shin So Yul, Park Sung Hoon dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Mad Dog dan kemudian akan digantikan pula dengan Drama Queen Of Mystery 2. Tarikan utama drama ini adalah elemen misteri yang terdapat dalam drama ini, dari segi pelakon pula aku bukanlah peminat Kim Rae Won mahu pun Shin Se Kyung ini tapi aku okey je dengan lakonan diorang dalam drama ini. Malah drama ini turut shooting di luar negara iaitu di Slovenia, cantik betul pemandangan dekat situ, pandai diorang pilih lokasi shooting yang cantik dan menarik. Di episod pertama drama ini penonton dah dapat melihat kesusahan dan nasib malang yang menimpa Jung Hae Ra (lakonan Shin Se Kyung) namun hidupnya mula berubah menjadi bertuah apabila dia ke butik Sharon dan mengambil bajunya yang pernah ditempah oleh ibu bapanya suatu ketika dulu. Dalam banyak - banyak watak dalam drama ini, aku paling suka dengan watak Sharon / Choi Seo Rin (lakonan Seo Ji Hye) sebab wataknya unik dan ada pelbagai karakter seperti kelakar, gila - gila, obses dan juga jahat.
Disebabkan watak Sharon inilah yang berjaya membuatkan aku menghabiskan menonton drama 20 episod ini. Ikutkan aku hampir saja nak drop drama ini, sebab ada beberapa episod yang sangat membosankan. Bermula episod kedua, drama ini dah boring bagi aku sebab jalan ceritanya agak slow namun start di pertengahan cerita, bila perkaitan antara semua watak utama ini mula di fahami penonton, jalan cerita drama ini jadi sedikit best, bila dekat - dekat nak sampai ke penghujung makin best pula drama ini, sebab jalan ceritanya mula menjadi laju dan makin suspen. Tak sangka pula ada plot twist pula di hujungnya, ini ditambah lagi ending drama ini juga sukar dijangka. Kim Rae Won berjaya membawakan watak Moon Soo Ho dengan baik sekali, malah perwatakkannya juga sangatlah gentleman, setia dan baik terutamanya ketika bersama dengan wanita yang dicintainya iaitu Jung Hae Ra. Selain itu 4 pelakon utama drama ini masing - masing perlu membawakan 2 watak, iaitu watak pada zaman dulu - dulu iaitu di zaman Joseon dan juga watak di zaman moden. Awalnya aku suka dengan karakter Sharon yang gila - gila dan cute itu, tapi bila dia dah start jadi obses dengan Moon Soo Ho, sampai sanggup lakukan apa saja untuk dapatkannya tu dah buat aku jadi menyampah pula dengan wataknya itu. Kalau Sharon tu tak obses dengan Moon Soo Ho tu, wataknya nampak okey dan nice saja, contohnya ketika di scene dia hilang ingatan sekejap tu, nampak dia baik je, tapi lepas ingatan dia pulih tu, memang dia jadi jahat betullah kan.
Sharon / Choi Seo Rin dan juga Jang Baek Hee adalah manusia yang telah melakukan kesalahan besar pada zaman dulu kala dan di hukum untuk hidup lama sehingga ke zaman moden ini, mereka turut mempunyai kuasa luar biasa dan menunggu kelahiran semula Boon yi / Jung Hae Ra dan juga Lee Myung Soo / Moon Soo Ho untuk menebus kesalahan mereka dan sekaligus dapat hidup tenang dan menjadi tua. Namun segalanya berubah bila Sharon tidak dapat melupakan Moon Soo Ho dan mula obses untuk mendapatkan Moon Soo Ho kembali. Sharon ini boleh dikatakan jenis yang tidak sedar diri juga sebab dia asyik bertanya tentang apa salahnya sampai di hukum seperti itu, sedangkan dia dah bunuh orang kot tapi masih tak sedar akan kesalahannya itu dan tetap mengulangi kesalahannya itu. Lagu Tema / OST Black Knight : The Man Who Guards Me ini memang best dan sedap di dengar, plus lagu latar drama ini juga sangat awsome terutamanya untuk scene - scene suspen mahu pun misteri. Ikutkan di episod 19, semua persoalan telah terjawab, yang jahat telah dapat balasannya dan ramai yang menjangkakan Ending Korean Drama Black Knight : The Man Who Guards Me ini adalah happy ending. Penonton nak tengok Jung Hae Ra dan Moon Soo Ho akhirnya bahagia gitu, tapi siapa sangka ada plot twist pula secara tiba - tiba dan akhirnya lain yang jadi bila ending drama ini menjadi sad ending.
Episod 20 drama Black Knight : The Man Who Guards Me ini akan memfokuskan sepenuhnya tentang kehidupan Jung Hae Ra dan Moon Soo Ho, walaupun di luarannya nampak bahagia dan perfect couple gitu tapi masing - masing bimbang dengan apa yang akan berlaku di masa akan datang. Endingnya memang sad ending dan menyedihkan tapi pujian jugalah pada drama ini kerana berani buat kelainan dengan memberi ending yang tidak cliche. Namun rata - rata dari komen yang aku baca ramai yang tidak puas hati dengan ending drama ini, ramai yang marah dan tak suka dengan ending seperti itu. Aku juga baru habis menonton kesemua episod Drama Korea A Korean Odyssey dan ending drama tersebut pun agak tak begitu best hahaha. Berbalik pada drama ini aku bagi 7/10 Bintang untuk drama ini.
Baca Ini juga ➔ Who Is The Woman That Replaced Colonel Sanders In The New KFC Logo?
Baca Ini juga ➔ Who Is The Woman That Replaced Colonel Sanders In The New KFC Logo?

↧
↧
Sinopsis Telemovie Abang Kandung (Cerekarama TV3)
Sinopsis Telemovie Abang Kandung - Cerekarama TV3
Telefilem Abang Kandung telah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 10 Mac yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Abang Kandung ini adalah Izzue Izlam, Syafiq Kyle, Nasir Bilal Khan, Norlia Ghani, Octovia Manrose, Ruminah Sidek, Hafiz Nolan dan ramai lagi. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Rashbir Media Sdn Bhd. Jalan cerita telefilem Abang Kandung ini sangat sedih okey, menyayat hati dan penuh air mata gitu. Banyak pengajaran dalam telemovie ini, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye. Selamat Membaca okey.
Sinopsis Telemovie Abang Kandung (Cerekarama TV3)
Mengisahkan Saiful yang merupakan anak sulung dan menjadi kebanggaan kepada Pak Talib dan Mak Mah serta adiknya, Usop / Yusof. Namun segalanya berubah, apabila Saiful sering berfoya-foya, sehingga dia telah memperkosa Sara. Saiful kemudiannya meninggalkan kampung dan hidup bergelumang dosa di bandar dengan pil khayal, mabuk dan wanita. Bagaimanapun, dia tiba-tiba pulang ke kampung untuk meminta maaf daripada bapanya, Pak Talib, tetapi malangnya Pak Talib menghalau Saiful dan tidak membenarkannya tinggal di rumahnya. Adiknya, Yusof yang berniaga roti canai membawa Saiful ke rumah nenek mereka dan Saiful menumpang di situ. Dia akhirnya bekerja sebagai penoreh getah dan turut membuat beberapa pekerjaan lain. Lama - kelamaan Saiful mula jatuh sakit dan keadaan kesihatannya mula teruk.
Saiful meminta pertolongan adiknya Yusof untuk memujuk bapa mereka supaya membenarkannya untuk pulang ke rumah. Yusof kemudiannya membawa abangnya pulang ke rumah, kemudian Yusof dan ibunya berusaha untuk memujuk Pak Talib, malah Yusof juga berjanji akan bertanggungjawab serta menjaga abangnya itu. Akhirnya bapa mereka mengalah dan membenarkan Saiful tinggal di rumah itu, walaupun begitu Pak Talib masih lagi marah serta benci pada anak sulungnya itu dan sering menyuruh Saiful keluar saja dari rumah itu. Manakala Saiful tetap berusaha untuk mendapatkan kemaafan bapanya itu, walaubagaimanapun Pak Talib masih keras hati dan tidak mahu memaafkan Saiful. Tak lama kemudian keadaan Saiful makin teruk, dia akhirnya muntah darah dan kini berada di hospital, Yusof cuba sebaik mungkin untuk menjaga abangnya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

↧
Cash Giveaway by FarhanaJafri
↧
Hadiah Dari Farhana Jafri Dah Sampai
Hadiah Dari Farhana Jafri Dah Sampai
Sebenarnya hadiah di atas ini dah lama sampai, tapi baru sempat buat entry penghargaan ini, sorry juga sebab kualiti gambar dekat atas ini tak berapa cantik, sebab kelam kabut masa ambil picture tu. Apa pun terima kasih buat Farhana Jafri kerana sudi memberikan hadiah yang best tu, warna pun cantik, suka suka suka hehehe. Jom ramai - ramai singgah ke blog beliau ini ➔ http://www.farhanajafri.com/

↧
↧
Baca Online Novel Tak Ada Cinta Sepertimu
Baca Online Novel Tak Ada Cinta Sepertimu (Drama Adaptasi Novel)
Nampaknya kali ini giliran Novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya novelis Anna Milia pula yang akan diadaptasikan menjadi drama bersiri dan akan mula bersiaran pada 12 Mac 2018 ini di Astro Ria. Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini akan disiarkan bagi menggantikan Drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang telah tamat episodnya. Drama Adaptasi Novel Tak Ada Cinta Sepertimu ini akan dijadikan drama bersiri 16 episod manakala hero drama ini adalah Syafiq Kyle yang akan memegang watak sebagai Hazran. Heroin drama ini adalah Zahirah Macwilson yang akan memegang watak sebagai Athea, manakala Ruhainiespula akan melakonkan watak Bella dan Fadlan Hazim akan melakonkan watak Azam. Apa pun sambil - sambil layan versi dramanya di TV, korang juga boleh Baca Novel Tak Ada Cinta Sepertimu secara online, dengan cara klik saja link di bawah ini ye. Selamat Membaca okey.

↧
Giveaway Hi Nona !
↧
Gantung The Series - Drama Adaptasi Novel Fixi
Gantung The Series - Drama Adaptasi Novel Fixi
Novel Gantung karya novelis Nadia Khan telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 16 episod yang berdurasi 20 minit untuk setiap episod. Drama Gantung ini telah pun menjalani penggambaran pada tahun 2016 yang lalu dan aku pun memang teruja menanti Drama Gantung The Series ini disiarkan di Malaysia. Walaubagaimanapun setelah dekat 2 tahun, drama Gantung ini masih belum disiarkan di Malaysia lagi namun drama ini telah pun disiarkan di Indonesia terlebih dahulu. Antara Pelakon Drama Gantung ini adalah Randy Pangalila, Hafreez Adam, Ikmal Amry, Gita Sucia, Brandon Salim, Mentari De Marelle, Lina Tan, Intan Najwa, Radhi Khalid, Chew Kin Wah dan ramai lagi serta diarahkan oleh Syamyl Othman. Dikatakan versi dramanya tidaklah sama 100 peratus seperti dalam Novel kerana ada perubahan yang dibuat. Selain itu drama ini juga bergenre seram tapi tidaklah seram mana pun hehehe. Aku rasa antara sebab utama drama ini agak lambat disiarkan di Malaysia disebabkan plot drama ini yang agak direct, berani dan daring habis. Malah dialog yang digunakan juga kasar dan ada 3 bahasa yang digunakan dalam drama ini iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan juga bahasa Inggeris. Tak nampak macam tengok drama Melayu yang standard tapi dah macam tengok drama orang putih gitu hahaha sebab jalan cerita drama ini sangat daring.
Contohnya kelihatan pelajar - pelajar di sekolah tersebut sangat sosial dan mengamalkan gaya hidup bebas yang melampau. Aku tak pastilah jika drama ini disiarkan di Malaysia nanti, akan ada babak - babak yang dipotong nanti. Selain itu awal bulan Mac ini agak kecoh juga bila Drama Gantung The Series ini telah boleh di tonton mahu pun di download secara haram di media sosial seperti Facebook dan Telegram. Aku pun tak nafikan yang aku menonton drama ini secara haram juga sebab tak sabar nak tengok versi dramanya. Tapi aku harapkan drama ini akan cepat - cepat disiarkan di Malaysia supaya semua orang boleh resupport dan menonton kembali drama ini setelah ianya disiarkan di Malaysia nanti. Jadi dengan cara itu barulah drama ini boleh disambung pada musim kedua menjadi Gantung 2. Ini ditambah lagi ending drama Gantung The Series juga agak tergantung. Ada nama - nama watak yang diubah dalam drama ini, tapi cuma nama watak sajalah tapi karakter dan personaliti watak itu masih samalah kan contohnya seperti watak Deepa dalam Novel telah diganti namanya menjadi Ratna untuk versi dramanya dan juga watak - watak lain. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Sinopsis Drama Gantung The Series
“Musketeer Code– no all for one, just one for all.”
Gibbs (Randy Pangalila), Ray (Ikmal Amry), KJ (Brandon Salim) dan Troll (Hafreez Adam) merupakan sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code– peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka untuk bercinta dan mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar… dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Jom Baca ini juga ➔ Kalau Korang Suka Bermain Dengan Imej, Kamera Ni Sure Takkan Kecewakan Korang!
Jom Baca ini juga ➔ Kalau Korang Suka Bermain Dengan Imej, Kamera Ni Sure Takkan Kecewakan Korang!

↧
Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu (Astro)
Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu
Drama Tak Ada Cinta Sepertimu adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria, bagi menggantikan Drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang telah tamat episodnya. Antara Pelakon Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini adalah Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Fikry Kiki, Ardell Aryana, Nazeera Sardi, Hazman Al - Idrus, Alif Muhaimin, Zarina Zainuddin, Zainol Macwilson dan ramai lagi. Drama 16 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya novelis Anna Milia dan sudah mula disiarkan sejak 12 Mac yang lalu. Selain itu drama ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Ini kali pertama aku melihat gandingan Syafiq Kyle dan Zahirah Macwilson, kelihatan gandingan diorang berdua ini serasi malah jalan cerita drama ini juga menarik. Apa pun jom tengok sinopsis drama Tak Ada Cinta Sepertimu di bawah ini ye. Selamat membaca okey.
Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu
Permulaan hubungan Athea (lakonan Zahirah Macwilson) dan Hazran (lakonan Syafiq Kyle) tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qaleef. Keakraban Hazran dan Athea di gunakan Kamarul (lakonan Hazman Al - Idrus) untuk memfitnah mereka demi merebut Bella (lakonan Ruhainies), tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi.
Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea. Kemunculan Azam (Fadlan Hazim) semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Lagu Tema / OST Tak Ada Cinta Sepertimu
⏩ Hilang nyanyian Marsha
⏩ Terasa Ada nyanyian Sufian Suhaimi
⏩ Demi Kita nyanyian Ismail Izzani
⏩ Jangan nyanyian Aziz Harun
⏩ Mimpi Indah nyanyian Amira Othman

↧
↧
Segmen Bloglist April Hingga Jun + Mini Giveaway
↧
Sinopsis Drama Kelip - Kelip Di Kota London (Zehra TV3)
Sinopsis Drama Kelip - Kelip Di Kota London Slot Zehra TV3
Drama Kelip - Kelip Di Kota London adalah drama terbaru di Slot Zehra TV3 yang mula disiarkan di TV3 sejak 14 Mac yang lalu, setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Antara Pelakon Drama Kelip - Kelip Di Kota London ini adalah Hanna Aqeela, Hafidz Roshdi, Rizz Ismail, Putri Hanan, Nadiyah Shahab, Haliza Misbun, Zain Saidin, Ezany Nizariff, Fendi Seman, Tony Eusoff dan ramai lagi. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Murali Abdullah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Kalau tengok dari jalan cerita drama ini, memang nampak menarik gitu, tambahan lagi drama ini shooting di luar negara gitu. Selain itu Drama Kelip - Kelip Di Kota London ini disiarkan bagi menggantikan Drama Cinta Hati Batu yang telah tamat episodnya. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye..
Sinopsis Drama Kelip - Kelip Di Kota London (Zehra TV3)
Berlatar-belakangkan kesibukan kota London, perjalanan cinta dua merpati sejoli menjadi saksi perhubungan sejati pasangan romantis ini. Hubungan cinta di antara Shaufiq (Hafidz Roshdi) bersama Insyirah (Hanna Aqeela) berantakan akibat campur tangan keluarga disebabkan perbezaan darjat. Syed Syaufiq adalah pewaris kepada jenama Al-Haffiy yang gemar menjalani hidup liar di London. Sikapnya itu mula berubah selepas matanya terpaut pada Insyirah, wanita yang sedang menunaikan solat di sebuah taman. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkan Shaufiq dan Insyirah bersatu akhirnya?.
Lagu Tema / OST Kelip - Kelip Di Kota London
➤ Kisah Ku Inginkan Nyanyian Dato Siti Nurhaliza & Judika

↧
Sinopsis Telemovie Tulus Cinta (Cerekarama TV3)
Sinopsis Telemovie Tulus Cinta - Cerekarama TV3
Telefilem Tulus Cinta telah pun disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 17 Mac yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Tulus Cinta ini adalah Elizad Sharifuddin, Amar Asyraf, Puteri Aishah, Shuhanty Hanafiah, Halim Radzi, Jay Iswazir, Anne Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Aman Graseka, Badrul Muhayat dan ramai lagi. Telemovie Tulus Cinta ini diinspirasikan daripada kisah benar dan merupakan telemovie khas sempena DFKL 2018 nanti. Pengarah telemovie ini adalah Ellie Suriaty Omar dan diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Kalau dah Elizad yang berlakon pastilah best telemovie ini kan, plus wataknya juga berat iaitu sebagai Maira yang merupakan pesakit Leukemia. Scene Elizad mengamuk dengan Azim tu memang terbaik, penuh emosi gitu. Walaupun jalan cerita drama ini agak sedih, tapi endingnya happy endinglah juga kan. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem Tulus Cinta di bawah ini yer, selamat membaca okey.
Sinopsis Telefilem Tulus Cinta - Cerekarama TV3
Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya, itulah nasib Maira yang merupakan seorang pesakit leukemia yang ditakdirkan untuk bertemu dengan Azim, sehingga mereka manjadi kawan baik. Azim sentiasa menemani Maira di hospital ketika kesihatannya kritikal. Walaubagaimanapun Azim sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati yang bernama Hana, malah mereka juga bakal berkahwin tak lama lagi. Hana juga sangat setia dengan Azim dan telah lama menunggu Azim untuk mereka berkahwin. Namun Hana mula curiga dengan tingkah laku Azim yang berubah, malah Azim juga sering menghilangkan diri dan susah untuk dihubungi. Akhirnya Hana mendapat tahu bahawa Azim dan Maira semakin akrab, lalu Hana bertindak untuk pergi berjumpa dengan Maira sendiri dan menyuruh Maira supaya tidak menggangu Azim lagi. Maira amat terkejut mendengar pengakuan Hana itu yang mengaku dirinya adalah kekasih Azim. Maira kemudiannya marah dan mengamuk dengan Azim kerana merasakan dirinya sengaja dipermainkan oleh Azim. Azim mengaku cintakan Maira namun tidak dapat melepaskan Hana pergi dari hidupnya, dia inginkan Maira menjadi cinta hatinya yang kedua. Pengakuan Azim itu membuatkan Maira bertambah marah dan meninggalkan Azim. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Siapakan pilihan Azim?
Jom Baca ini juga ➔ Ini Adalah Cara Paling Menyeronokkan Untuk Buang Lemak Degil. Senang & Confirm Best!

↧
Birthday Giveaway by Mrs Pip
↧
↧
Review Drama Korea - A Korean Odyssey
A Korean Odyssey - Korean Drama Review
Macam biasa, hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang sangat popular dan menjadi kegemaran ramai iaitu A Korean Odyssey (Hwayugi / Hwayuki). Antara Pelakon Drama A Korean Odyssey ini adalah Lee Seung Gi, Cha Seung Won, Oh Yeon Seo, Lee Hong Ki, Lee El, Kim Sung Oh, Yoon Bo Ra, Lee Se Young, Sung Hyuk, Song Jong Ho, One, Kim Ji Soo dan ramai lagi. Korean Drama 20 episod ini mula disiarkan pada 23 Disember 2017 di TVN dan tamat episodnya pada 4 Mac 2018 yang lalu serta merupakan adaptasi daripada Classic Chinese Novel Journey To The West, yang berlatarbelakangkan zaman moden dan mempunyai romantik Fantasi twist. Selain itu, drama ini mempunyai ramai pengarah manakala penulis skrip drama ini adalah Hong Sisters yang pernah menulis skrip drama - drama best seperti My Girl, You're Beautiful, My Girlfriend Is A Gumiho, The Greatest Love, Big, Master's Sun, Warm and Cozy dan banyak lagi. Aku memang teruja menungu hasil karya terbaru daripada Hong Sisters ini, sebab karya mereka yang terakhir sebelum ini iaitu drama Warm and Cozy agak kurang best bagi aku. Drama A Korean Odyssey ini disiarkan bagi menggantikan drama The Most Beautiful Goodbye dan kemudian akan digantikan pula dengan drama Live yang dilakonkan oleh Lee Kwang Soo. Pelakon popular Park Bo Gum telah ditawarkan untuk membawakan watak Son Oh Gong dalam drama A Korean Odyssey ini tapi dia telah menolak dan kemudian watak tersebut menjadi milik Lee Seung Gi yang baru saja tamat menjalani khidmat ketenteraan selama 2 tahun.
Awalnya aku mengharapkan Shin Min Ah menjadi heroin drama ini sebab gandingan Shin Min Ah dan Lee Seung Gi dalam drama My Girlfriend Is A Gumiho sebelum ini memang terbaik, kalau tak pun jadi cameo pun okey gak sebab rindu nak tengok gandingan diorang berdua. Walaubagaimanapun Shin Min Ah memang tak terlibat langsung dalam drama ini, namun lakonan Oh Yeon Seo sebagai Ji Sun Mi / Sam Jang itu juga memang best, scene ketika Oh Yeon Seo membawakan watak Ahn Sa Nyeo yang mengambil alih badan Ji Sun Mi atau Sam Jang itu memang terbaik, nampak betul perbezaan karakter itu dan hal tersebut membuktikan Oh Yeon Seo sememangnya pelakon yang hebat. Kalau korang pernah tengok lakonan Oh Yeon Seo dalam drama Come Back Mister tu lagilah rare dan gila betul hehehe. Ramai yang tak dapat lari dari membuat perbandingan drama Goblin dengan drama ini sebab kedua - dua drama ini bergenre fantasy, misteri dan pelakon Lee El turut terlibat dalam kedua - dua drama tersebut. Agak kelakar juga bila kelihatan Lee El sangat sesuai berlakon dalam drama yang bergenre sebegini, malah Lee El turut berlakon dalam drama Black yang juga bergenre seperti drama ini. Boleh dikatakan drama A Korean Odyssey ini telah berjaya menggabungkan semua elemen yang terdapat dalam drama lain seperti drama Master's Sun, Goblin dan Let's Fight Ghost menjadi satu dan membuatkan drama ini bertambah menarik kerana macam - macam ada. Tarikan utama drama ini pastilah sebab barisan pelakonnya yang memang hebat - hebat belaka serta jalan cerita drama ini yang agak unik, sweet, lawak dan suspen.
Malah drama ini turut menggabungkan ramai pelakon yang pernah berlakon dalam drama karya Hong Sisters sebelum ini, contohnya Lee Seung Gi adalah hero dalam drama My GF is A Gumiho, Cha Seung Won pula adalah hero drama The Greatest Love, manakala Lee Hong Ki pula adalah pelakon utama dalam drama You're Beautiful, malah Jang Geun Seuk yang sebelum ini adalah hero dalam drama You're Beautiful turut jadi cameo dalam drama ini serta Kim Sung Oh turut menjadi pelakon utama dalam drama Warm and Cozy. Nampak tak mereka semua digabungkan dan kini berlakon dalam satu drama yang sama hehehe. Selain itu Lee Seung Gi dan Cha Seung Won turut renion semula drama ini kerana mereka telah pernah bekerjasama dan berlakon sekali dalam drama You're All Surrounded (2014), malah Lee Seung Gi juga pernah jadi cameo dalam drama lakonan Cha Seung Won iaitu The Greatest Love. Kebiasaannya aku jarang menonton episod yang aku dah tengok lebih dari sekali, tapi drama ini berjaya membuatkan aku menonton beberapa episod drama ini lebih dari sekali dan ada yang berkali - kali, malah ini juga adalah kali pertama aku cuba menonton beberapa episod drama ini dalam versi raw iaitu tanpa ada subtitle langsung hahaha sebab english subtitle keluar lambat betul, letih menunggu, jadi sebab tak sabar tu yang tengok juga, walaupun tanpa ada english subtitle, sekaligus menguji kefahaman aku tentang bahasa Korea yang sememangnya susah nak faham. Selain itu bromance antara watak Son Oh Gong lakonan Lee Seung Gi dan Ma Wang lakonan Cha Seung Won itu juga sangat menarik untuk ditonton. Bromance diorang boleh diibaratkan seperti love - hate relationship, sangat kelakar okey, diorang berdua memang sakan saling mengenakan antara satu sama lain.
Karakter watak Ma Wang itu sendiri pun memang dah kelakar gila - gila dari segi body language, gaya dan cara dia bercakap. Selain itu Ma Wang ini juga senang untuk terpengaruh dengan kata - kata orang lain, misalnya dia terpengaruh dengan cakap Ahn Sa Nyeo itu. Malah gandingan Lee Seung Gi dan Oh Yeon Seo juga nampak serasi dan sepadan. Awalnya aku ingatkan Lee Se Young yang membawakan watak Park Sae Ra atau nama manjanya Buja, zombie ini hanya watak sampingan saja, tapi tak sangka juga, wataknya memang penting dalam drama ini terutamanya bila dia berubah menjadi Ahn Sa Nyeo itu. Karakter wataknya juga berubah dari lemah - lembut dan baik menjadi jahat dan penuh agenda, cara makeup pun berubah sebab dia sukakan warna merah yang terang gitu. Bila tengok drama ini, selain watak utama, korang pastinya akan suka dengan watak - watak lain dalam drama ini sebab semuanya pun best - best belaka dan mempunyai pelbagai personaliti yang unik dan pelik. Malah lagu tema / OST A Korean Odyssey ini juga sangat best okey, sampai aku pun boleh tersuka dengan OST drama ini. Ada 3 lagu yang aku suka dalam drama ini iaitu lagu Let Me Out nyanyian NU'EST, lagu When I Saw You nyanyian Bumkey dan lagu If You Were Me nyanyian Jimin, Yuna (AOA) featuring Yoo Hwe Seung (N.Flying). Jalan cerita drama ini bermula dengan baik serta sangat tersusun, namun di penghujung drama ini, jalan cerita drama ini mula berubah jadi sedih dan serius. Bermula dengan pertemuan pertama kali Jin Sun Mi yang masih kanak - kanak bertemu dengan Ma Wang diikuti dengan dirinya membebaskan Son Oh Gong sebelum kontrak perjanjian antara Son Oh Gong dan Ji Sun Mi dilanggar oleh Son Oh Gong seterusnya melepaskan dirinya. Selepas 25 tahun Ji Sun Mi dan Son Oh Gong bertemu semula, namun Ji Sun Mi masih gagal untuk membuatkan Son Oh Gong untuk melindunginya dan mengikut perjanjian mereka.
Kemudian Son Oh Gong dapat tahu yang Ji Sun Mi adalah Sam Jang dan bermulalah sesi Son Oh Gong yang cuba untuk memakan Ji Sun Mi hahaha part ni memang lawak betul. Kemudian bermula campurtangan Ma Wang dengan memberikan Ji Sun Mi satu gelang yang mampu membuatkan Son Oh Gong mengikut segala cakapnya serta melindunginya. Gelang tersebut memang memainkan peranan besar dalam drama ini sebab selepas Son Oh Gong memakai gelang tersebut, hati dan perasaannya terus berubah dari menganggap Ji Sun Mi atau Sam Jang itu makanannya kepada orang yang paling dicintainya. Selepas itu pelbagai perkara menarik yang berlaku dalam hidup Ji Sun Mi dan Son Oh Gong. Aku tak naklah ceritaSinopsis Drama A Korean Odyssey ini panjang - panjang nanti jadi spoiler pula hehe. Aku juga tertarik dengan watak Lee Han Joo yang dilakonkan oleh Kim Sung Oh itu yang merupakan satu - satunya pekerja setia Ji Sun Mi. Karakter Lee Han Joo ini memang kelakar, tapi dalam masa yang sama penakut pula tu, memang enjoy tengok lakonan diorang semua ni. Jalan cerita drama ini memang terbaik dan best hingga episod 18, namun episod 19 dan 20 drama ini telah mendapat kritikan penonton kerana watak Sam Jang masih nampak lemah dan tidak nampak penting serta tidak mampu melakukan tugasnya sebagai seorang Sam Jang dan Son Oh Gong perlu campur tangan untuk menyelesaikan tugas Sam Jang. Malah ending untuk watak Jin Sun Mi atau Sam Jang sepatutnya menjadi sangat sedih tapi tak begitu sedih bagi aku. Rasanya lebih sedih melihat apa yang berlaku pada watak Alice / Ok ryong (lakonan Bo Ra) yang cuba menyelamatkan P.K (lakonan Lee Hong Ki) yang terbakar tu.
Scene ketika Song Oh Gong berlawan dengan naga itu juga tidak nampak suspen langsung, setakat menghayunkan pedang dari jauh je pun hehe. Patutnya scene penting macam tu kena lebih suspen dan dramatik kan, tapi rasanya pihak produksi drama ini tak ada banyak masa, sebab asyik terkejar - kejar dateline untuk drama ini sempat disiapkan dan disiarkan di TV mengikut tarikh yang ditetapkan. Selalunya drama yang bergenre fantasi seperti ini memerlukan banyak CGI (computer-generated imagery -special visual effects created using computer software) namun CGI untuk part naga tu memang kelakar habis dan teruk dikritik oleh penonton kerana naga tersebut tak nampak real sebab nampak macam kartun pula tu, mata naga tu lagilah teruk, tak menakutkan langsung sebab ramai yang tergelak tengok rupa naga tersebut yang kononnya dikatakan mengandungi banyak evil spirit. Rasanya scene penting seperti ini harus disiapkan lebih awal dan diberi perincian yang teliti untuk membuatkan scene tersebut nampak menyakinkan. Walaubagaimanapun lokasi shooting drama ini memang cantik betul dan dalam hal yang berkaitan CGI ini, CGI yang terdapat dalam drama Goblin jauh lebih baik dari drama ini. Walaupun terdapat isu dengan CGI yang ada dalam drama ini, tapi drama ini tetap menghiburkan dan menarik untuk ditonton. Manakala Ending Drama Korea A Korean Odyssey ini agak sad ending dan juga open ending, kiranya penonton kena bayangkan dan buat ending sendiri tentang apa yang berlaku seterusnya. Ramai yang tak berpuas hati dengan ending drama ini sebab penonton inginkan happy ending.
Bila dah open ending ini, jadi kurang best sikit sebab ianya tergantung kan, ramai juga penonton yang inginkan season 2 tapi memang mustahil sikit drama yang bergenre seperti ini untuk ada musim kedua. Kalau drama yang bergenre jenayah, polis semua itu senanglah sikit untuk ada musim kedua seperti drama Mrs Cop 2, Queen Of Mystery 2 dan lain - lain lagi. Apa pun aku bagi 9.5/10 bintang untuk drama Korea ini.

↧
Kaella Beloved Fellas
↧
March Giveaway By Penselduabee
↧
Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi
↧
↧
Sinopsis Drama Turki New Bride (Yeni Gelin) NTV7
Sinopsis Drama Turki New Bride (Yeni Gelin) NTV7
Sejak kebelakangan ini dah ada beberapa Drama Turki yang mula disiarkan di TV contohnya seperti Drama Heart Of The City, 1001 Night, Magnificent Century, Insider dan lain - lain lagi. Ada sesetengah drama Turki dialih bahasa ke bahasa Melayu dan ada juga drama yang hanya ada sarikata bahasa Melayu saja. Apa pun kali ini aku nak share pasal Drama Turki terbaru yang bertajuk New Bride / Yeni Gelin yang tengah hangat disiarkan di NTV7. Turkish Drama New Bride ini boleh dikatakan drama baru gitu sebab ianya baru saja disiarkan di Turki pada Mac 2017 yang lalu dan kini dah pun disiarkan di Malaysia. Dikatakan juga drama New Bride atau Yeni Gelin ini sangat popular dan mendapat rating yang tinggi di Turki, sehingga ada musim kedua. Antara Pelakon Drama Turki New Bride ini adalah Jessica May Drociunas yang akan memegang watak sebagai Bella, Tolga Mendi sebagai Hazar, Daghan Kulegec sebagai Kagan, Mustafa Avkiran sebagai Kalender Agha, Yonca Sahinbas sebagai Asiye, Sema Kecik sebagai Mohteber, Zeynep Kankonde sebagai Ayse, Esin Gundogdu, Murat Kocacik, Lale Basar dan ramai lagi. Pengarah drama ini adalah Ersoy Guler dan drama New Bride ini disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam di NTV7.
Rasanya dah lama aku tak tengok channel NTV7 ini sebab sebelum ini program - programnya tak menepati selera aku sebagai penonton. Walaubagaimanapun dah ada beberapa perubahan di NTV7 yang mula menyiarkan drama - drama dari luar negara yang best - best. Teringat masa dulu - dulu bila filem Bollywood pun ditayangkan dekat NTV7 tu hehe tapi sekarang ini dah tak ada dah. Berbalik pada drama New Bride ini, walaupun jalan cerita drama ini nampak simple and straight to the point, tapi secara tak langsung penonton boleh belajar bagaimana budaya dan cara hidup orang Turki ini menerusi drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat Membaca, okey.
Sinopsis Drama Turki New Bride (Yeni Gelin) NTV7
Bella is a well-travelled, educated girl from an aristocratic background. Though she has a modern outlook on life, it is still her dream to meet a fairy tale prince. And when she finds him at university, she is thrilled to meet a man from a different culture - the heir of a tribe from the East of Turkey. When he proposes, Bella sees her opportunity to start an exotic Eastern adventure and gladly follows him home to meet his family, despite her own parents’ reservations. After some initial hesitations, Bella is welcomed with a beautiful wedding ceremony and her life in the tribe looks set to fulfill her expectations. However, the day after the wedding it becomes clear that her place in the family, as the New Bride, is at the bottom of the hierarchy. She is expected to act as a maid, acting on orders from the rest of the family.
Even though she has a university degree and a modern outlook, she tries to do her best in order to get Bozok family's approval. But Bella's job is not easy at all. She has 1 father in law, 3 mother in laws, 2 brother in laws, 2 co sisters in laws, 1 aunt, 1 uncle, and 1 sister in law who are all living in the same house. Her father in law Kalender Agha has been married with 3 women Asiye, Mohteber and Ayse. Bella finds it so hard to please the women of the Bozok family. This is because, all woman of the Bozok family take a decision and act together in order to send back Bella. Thus, they try to do everything that would make Bella unhappy and discouraged. The story becomes more complicated when Bella's parents also come to Adana to take care of their daughter.

↧
SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger
Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 30 March 2018
Nak Join boleh Klik Banner okey,
Okey kena jawab soalan di bawah ini dulu..
Bila Blog Ditubuhkan?
- Blog ini ditubuhkan sejak September 2009 dan masih kekal sampai sekarang.
Maksud tersendiri nama blog dan url blog?
- Nama blog dan url blog mengandungi nama saya, perkataan mulan tu saja - saja je tambah. Patutnya url blog ini kena guna miss banu story juga, barulah kena dengan nama blog, tapi nak buat macam mana, malas nak ubah sebab akan memberi kesan pada blog kalau ubah url nanti. Plus tak bersedia lagi nak bertukar untuk mempunyai domain sendiri, better guna yang free saja.
Ceritakan Pahit Manis sebagai seorang Blogger?
- Pahitnya apabila apa yang kita tulis di salah takfsir dan entry yang kita karang panjang - panjang dengan sepenuh hati di copy paste atau di auto copy paste.
Manis pula bila ada yang suka baca entry yang kita buat, siap request untuk buat entry tertentu lagi. Plus boleh menjana pendapatan menerusi blog ini.
Nasihat Kepada Blogger lain?
- Jangan copy paste bulat - bulat entry blogger lain, paling tidak pun kenalah letakkan credit, jangan mudah putus asa dalam berblogging ini, sebab semuanya kena bermula dari bawah.
Nasihat Kepada Blogger lain?
- Jangan copy paste bulat - bulat entry blogger lain, paling tidak pun kenalah letakkan credit, jangan mudah putus asa dalam berblogging ini, sebab semuanya kena bermula dari bawah.

↧
Hadiah WOW !!! Surprise Giveaway Dah Sampai
Hadiah WOW !!! Surprise Giveaway By Pok Ucu Dah Sampai
Sebelum ini aku ada join Wow Suprise Giveaway Contest anjuran Pok Ucu ( http://www.pokucu.com ) dan aku menang Eyeshadow Pallette dan Bracelet dari Indonesia. Alhamdulilah tak sangka menang hadiah yang best ini, terima kasih buat sponsor dan juga Pok Ucu kerana menganjurkan giveaway yang awsome ini. Hadiah ini sampai dah lama dalam awal bulan march ini, cuma baru sekarang sempat buat entry penghargaan ini hehe.
Seriously Eyeshadow Pallette dan Bracelet tu comel sangat okey, terima kasih sekali lagi. Harap lepas ini ada rezeki lagi menang giveaway yang lain pula.

↧