↧
Giveaway Merdeka 2019
↧
Korean Drama My Contracted Husband, Mr. Oh
Review Drama Korea - My Husband Oh Jak Doo / My Contracted Husband, Mr. Oh
Drama Korea My Contracted Husband, Mr. Oh ini mengisahkan tentang Han Seung Joo (lakonan UEE) yang merupakan seorang freelance producer. Dia seorang yang berani dan tegas serta mempunyai seorang ibu dan seorang adik lelaki yang merupakan mata duitan dan sering menyusahkan hidupnya. Han Seung Joo kemudian mendapat satu tugasan untuk membuat dokumentari mengenai pembuat Gayageum (alat muzik tradisional Korea) bernama Oh Hyuk. Han Seung Joo terpaksa pergi ke tempat terpencil untuk mencari Oh Hyuk yang menyamar dan bersembunyi di tempat tersebut. Ketika di sana dia secara kebetulan bertemu dengan Oh Jak Doo (lakonan Kim Kang Woo) yang merupakan seorang pemuda kampung yang kebetulan tinggal di tanah gunung milik Han Seung Joo yang telah diwariskan padanya oleh makciknya yang meninggal dunia. Hidup Han Seung Joo yang tenang mula berubah menjadi huru - hara apabila ada orang berdendam dengannya dan mahu membunuhnya. Han Seung Joo mula diserang panic attack dan tak dapat fokus dengan kerjanya. Dalam masa yang sama, ibu dan adik lelaki Han Seung Joo cuba untuk menjual tanah gunung kepunyaan Han Seung Joo itu secara senyap - senyap tanpa diketahui oleh Han Seung Joo dan membuatkan Oh Jak Doo menjadi risau kerana dia tak mahu berpindah dari situ.
Oh Jak Doo terpaksa pergi ke bandar untuk mencari Han Seung Joo untuk memujuk Han Seung Joo supaya tidak menjual tanah gunung itu dan membenarkan dirinya terus tinggal disitu. Oh Jak Doo juga sempat menyelamatkan Han Seung Joo dari diserang oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya. Demi keselamatannya, Han Seung Joo cuba memujuk Oh Jak Doo untuk kahwin kontrak dengannya serta Oh Jak Doo juga harus menjaga keselamatan Han Seung Joo, sehingga pembunuh yang mahu membunuhnya itu ditangkap polis. Sebagai balasan Han Seung Joo berjanji tidak akan menjual tanah gunung itu buat selama -lamanya. Walaupun ragu - ragu, akhirnya Oh Jak Doo bersetuju. Tak lama kemudian Oh Jak Doo terpaksa berpindah ke bandar dan tinggal di rumah Han Seung Joo buat sementara waktu. Han Seung Joo dan Oh Jak Doo kemudiannya saling jatuh cinta dan Han Seung Joo makin terkejut bila dapat tahu yang Oh Jak Doo sebenarnya adalah Oh Hyuk yang dicarinya selama ini. Kehadiran cinta pertama Oh Hyuk / Oh Jak Doo iaitu Jang Eun Jo yang ingin menagih cintanya kembali turut menyukarkan keadaan. Han Seung Joo terpaksa membuat keputusan drastik bila ibu dan adiknya cuba menyusahkan Oh Jak Doo pula setelah mereka tahu yang Oh Jak Doo adalah Oh Hyuk yang kaya.
Okey itu adalah serba sedikitsinopsis drama Korea My Contracted Husband, Mr. Oh ini. Dari awal episod sampai ke pertengahan episod, drama ini memang best dan buat aku tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Malah percintaan Han Seung Joo dan Oh Jak Doo juga berjalan lancar tanpa banyak konflik. Walaubagaimanapun jalan cerita drama ini mula jadi bosan dan meleret - leret bila Oh Jak Doo menjadi Oh Hyuk dan cuba hidup sebagai Oh Hyuk. Pastu jalan cerita mula bertukar dan memfokuskan kat dokumentari Oh Hyuk dan pembuatan Gayageum pula. Tu belum masuk lagi bila Han Seung Joo start main tarik tali dengan Oh Jak Doo tu, sekejap suka, sekejap tak suka. Watak paling annoying dalam drama ini mestilah jatuh pada ibu dan adik lelaki Han Seung Joo tu. Geram betul tengok kerenah ibu dan adik lelaki Han Seung Joo yang suka cari masalah, mata duitan dan menyusahkan hidup Han Seung Joo tu. Antara watak yang paling diingati dan disukai penonton adalah watak Eric Cho atau Cho Bong Sik lakonan Jung Sang Hoon. Wataknya agak kelakar, pastu suka betul speaking english and then dia sendiri yang akan translate apa yang dia cakap tu dalam bahasa Korea pula hahaha. Scene Oh Jak Doo / Oh Hyuk tinggal sekali dengan Eric Cho tu pun lawak juga sebab bromance diorang comel juga, pastu Eric tu pun ada hati kat Han Seung Joo juga tapi of courselah kan cinta dia bertepuk sebelah tangan je. Walaupun ada rasa cemburu, Eric Cho ni tetap akan tolong Han Seung Joo dan Oh Jak Doo ni, bila diorang ada masalah.
Sebelum tengok drama ni, aku tengok drama Item dulu lakonan Kim Kang Woo juga, tapi dalam drama Item tu, dia melakonkan watak jahat gitu. Bila tengok drama ni, wataknya sweetlah pula hehe, pelakon versatile gitu. Ending drama Korea My Husband Oh Jak Doo ni memng happy endinglah kan, cuma adalah terfikir something masa tengok ending drama ini, tapi aku tak nak bagi spoiler mengenai endingnya kan, kenalah tengok sendiri hehe. Secara keseluruhannya aku bagi 7/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca ini juga ➔ Review Drama Korea Big Issue
➔ Sinopsis Filem Sangkar
~ Blog Miss Banu Story ~

↧
↧
2nd Giveaway by Marina Bashah
↧
Korean Drama Review - The Fiery Priest

Di permulaan cerita, memang akan rasa benggang dengan polis, pendakwaraya yang semuanya memihak pada orang jahat. Kim Hae Il terpaksa berjuang seorang diri untuk menegakkan keadilan buat ayah angkatnya yang juga seorang paderi senior yang sangat dihormati oleh orang ramai. Ayah angkatnya iaitu paderi Lee Young Joon mati dibunuh tapi tiada suspek dikenalpasti, malah paderi Lee Young Joon itu turut difitnah. Disebabkan suatu hal, Kim Hae Il akhirnya dibenarkan untuk menyiasat kes tersebut semula bersama dengan seorang detektif bernama Koo Dae Young yang korupsi. Koo Dae Young telah diarahkan oleh orang atasan untuk menggagalkan segala rancangan Kim Hae Il. Namun lain jadinya bila Koo Dae Young mula berubah menjadi baik bila dia makin rapat dengan Kim Hae Il tu. Scene- scene yang membabitkan watak Kim Hae Il lakonan Kim Nam Gil dan Koo Dae Young lakonan Kim Sung Kyun memang kelakar habis. Diorang siap pecah masuk rumah bagai, tapi dalam masa yang sama boleh lagi bergaduh antara satu sama lain. Tu belum lagi scene diorang pakai topeng untuk pergi menculik dan sebagainya haha. Pendek kata memang enjoy menonton Korean Drama The Fiery Priest ini.
Selain itu watak pendakwaraya dalam drama ini iaitu Park Kyung Sun lakonan Lee Honey tu juga agak annoying di peringkat awal sampai ke pertengahan cerita. Park Kyung Sun sentiasa menggagalkan rancangan Kim Hae Il tu, tapi dalam masa yang sama dia tak sanggup tengok Kim Hae Il masuk penjara atau tercedera gitu. Sampailah Park Kyung Sun hampir - hampir nak kena bunuh barulah dia memihak pada pihak yang betul hehe. Walaupun nampak Park Kyung Sun tu macam ada hati pada Kim Hae Il tu tapi tiada kisah cinta dalam drama ini okey. Ada satu scene bila diorang parodikan drama Korea Mr. Sunshine tu memang terbaik, siap ada lagu background dari drama tu lagi. Bukan watak utama saja yang menyerlah dalam drama ini, malah watak pembantu juga sangat menyerlah okey dan mencuit hati gitu. Antara watak pembantu yang mencuri tumpuan adalah Ssongsak lakonan Ahn Chang Hwan. Ssongsak adalah warganegara Thailand yang datang ke Korea untuk mencari kerja, dia awalnya sering dibuli oleh gangster bernama Jang Kyong lakonan Eum Moon Suk disebabkan dia tidak boleh cakap Korea dengan lancar dan pelat. Tapi siapa sangka, Ssongsak ada ilmu mempertahankan diri Muay Thai yang bagus dan sering menolong Kim Hae Il tu.
Watak gangster Jang Kyong tu pun lawak juga, aku tak boleh blah dengan rambut panjang die yang lurus tu hahaha. Masa episod akhir drama Korea The Fiery Priest ni, Jang Kyong dah potong rambut, boleh tahan comel juga dia ni hahaha. Bila dia potong rambut barulah nampak hensem sikit hehe, kalau tak serabut tengok rambut dia tu. Watak jahat dalam drama ini semua berjawatan tinggi okey, sebab tulah Kim Hae Il dan teamnya susah nak mengalahkan mereka semua sebab diorang ada duit dan kuasa kan. Selain banyak scene - scene komedi dalam drama The Fiery Priest ini, scene - scene serius dan mendebarkan juga ada, terutamanya di bahagian kemuncak cerita dan juga dekat - dekat nak ending tu. OST The Fiery Priest ni aku rasa biasa - biasa saja, manakala ending drama Korea The Fiery Priest ini memang happy ending gitu. Tak sabar nak tunggu season 2 drama ini nanti. Lagi menarik bila pelakon - pelakon drama ini sememangnya rapat antara satu sama lain dalam real life. Secara keseluruhannya drama ini memang best dan aku bagi 8.9/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca Ini juga ➔ Baca Online Novel Cinta Belum Tamat Tempoh
(Blog Miss Banu Story)

↧
Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 September 2019, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga hari esok, 11.30 pagi 19 September 2019. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 September 2019.
** jom support Mia Liana....

↧
↧
Sinopsis Drama Cinta Belum Tamat Tempoh
Drama Cinta Belum Tamat Tempoh Lakonan Bella Astilah, Nafiz Muaz dan Fendy Bakry
Drama Cinta Belum Tamat Tempoh adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria bagi menggantikan drama Sweet Dreams yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh ini adalah Nafiz Muaz, Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Darwish Mikael, Zailin Aqeesha, Fikry Kiki, Muntazar Ghani, Radin, Haleeda Mazlin, Sissy Imann, Liza Abdullah, Tia Sarah, Elanie Aidid, Manan Sulaiman, Azhar Amir, Anne Abdullah dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Cinta Belum Tamat Tempoh karya Rehal Nuharis. Selain itu drama Cinta Belum Tamat Tempoh ini diarahkan oleh Khan Mancung dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..
Sinopsis Drama Cinta Belum Tamat Tempoh (Astro Ria)
Setelah kematian ibu bapanya, Qaisara (Bella Astillah) bekerja keras meneruskan kehidupan bersama adiknya, Qalish (Hun Haqeem) sehingga dia berjaya membuka sebuah kafe. Kini adiknya, Qalish sudah dua tahun bertunang dengan Arisa (Dayang Areeda) dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu kerana mahu menjaga hati kakaknya yang belum berkahwin, ditakuti langkah bendul. Qalish mempelawa sahabat baiknya, Radin (Nafiz Muaz) untuk menjadi abang iparnya. Selepas mendapat pelawaan Qalish dan juga desakan daripada mamanya untuk berkahwin, Radin mengambil keputusan untuk mengenali Qaisara dengan usahanya sendiri.
Namun Radin harus bersaing dengan Megat Haikal (Fendy Bakry) yang merupakan CEO dan pewaris syarikat yang merupakan cinta pertama /bekas kekasih Qaisara sewaktu zaman universiti.Perpisahan mereka terjadi apabila Megat Haikal meminta Qaisara memilih dirinya atau keluarga Qaisara. Qaisara memilih untuk bersama keluarganya. Megat Haikal ternyata sudah mempunyai kekasih iaitu Aween Lee (Sissy Iman). Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah Radin memikat hati Qaisara?. Siapakah yang bertakhta di hati Qaisara ? Radin atau Megat Haikal?.
Lagu Tema / OST Cinta Belum Tamat Tempoh
⏩ Ratu nyanyian Faizal Tahir
Jom Baca ini juga ➔ Baca Online Novel Cinta Belum Tamat Tempoh
➔ Sinopsis Telefilem Orang Gaji Puaka
(Blog Miss Banu Story)

↧
Sayonara Stationery Giveaway by NiniHanini
Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 19/10/ 2019
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
Hadiahnya cute giler, rugi tak join tau..
Wish me luck yer hehe
Actually saya tak kisah pun kalau dapat sayo pack or nara pack sebab dua - dua best dan cute..tapi kalau kena pilih juga saya akan pilih Sayo Pack sebab suka dengan notebook tu hehe.
Saya memang obses dengan benda - benda cute ni, especially yang berkaitan dengan stationery atau notebook tu. Jadi kalau menang tu memang beronok - ronoklah jawabnyer hehe.

↧
Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu (Akasia TV3)
Drama Lelakimu Yang Dulu adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Kau Yang Pertama lakonan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Lelakimu Yang Dulu ini adalah Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Arryyan Petra, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Syafnida Shuhaimi, Dato Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee, Omar Abdullah, Rosnah Johari, Hamidah Wahab, Tash Yong dan ramai lagi. Drama 28 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Lelakimu Yang Dulu karya novelis Farah Darianna. Selain itu drama Lelakimu Yang Dulu ini sudah mula bersiaran di tv3 bermula 19 September yang lalu dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini serta diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu - Slot Akasia TV3
Mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul (Sharnaaz Ahmad) dan Daliya (Nelydia Senrose) apabila mereka terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri. Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Daliya ditemukan dengan Nazli (Redza Rosli), Zana (Nadia Brian), dan Ibu Maryam (Azizah Mahzan) apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.
Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya. Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya. Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali?
Lagu Tema / OST Drama Lelakimu Yang Dulu
⏩ Takdir Tercipta nyanyian Hafiz Suip dan Adira Suhaimi
Jom Baca Ini Juga ➔ Baca Online Novel Lelakimu Yang Dulu
(Blog Miss Banu Story)

↧
Review Drama Korea - Romance Is a Bonus Book
Romance Is A Bonus Book - Korean Drama Review
Antara yang menarik dalam drama ini bila penonton dapat melihat dengan lebih dekat tentang industri penerbitan buku. Bukan senang nak terbit sebuah buku yang bagus, banyak cabarannya. Labih tragis bila buku - buku yang tak laku terpaksa dimusnahkan untuk dikitar semula kertasnya tu. Dari segi keserasian pula, Lee Jong Suk memang tak ada masalah nak cipta keserasian dengan pasangan heroinnya. Gandingan Lee Jong Suk dan Lee Na Young memang nampak cute dan sweet je. Aku suka dengan semua scene - scene lawak dalam drama ni especially scene Kang Dan Yi lakonan Lee Na Young yang tiada tempat tinggal cuba curi - curi duduk di rumah Cha Eun Ho lakonan Lee Jong Suk secara senyap - senyap tanpa diketahui oleh Cha Eun Ho yang sudah dianggapnya seperti adik angkat. Selain itu scene ketika rakan sekerja Cha Eun Ho iaitu Song Hae Rin yang akhirnya sedar yang cintanya bertepuk sebelah tangan tu agak sedih juga, dah laa kena reject dengan Cha Eun Ho tapi terpaksa mengadap Cha Eun Ho hari -hari di tempat kerja. Nak tak nak kena tebalkan muka jugalah datang kerja dan berlakon macam tak ada apa - apa berlaku bila berborak dengan Cha Eun Ho tu..
Selain itu agak terhibur tengok telatah pekerja baru paling junior dan paling muda dalam syarikat buku tu iaitu Park Hoon dan Oh Ji Yool yang banyak mendatangkan masalah hehehe. Aku agak kagum jugalah dengan cinta Cha Eun Ho pada Kang Dan Yi tu yang tak pernah padam dan dia juga tak pernah move on walaupun masa tu Kang Dan Yi dah kahwin n ada anak dah pun. Berbeza dengan Kang Dan Yi yang tak pernah sedar tentang perasaan Cha Eun Ho yang dah lama jatuh cinta padanya, sebaliknya dia melayan Cha Eun Ho macam adik sendiri. Manakala OST drama ni biasa - biasa saja bagi aku, walaubagaimanapun aku tak nafikan yang drama ini agak slow pace sampai kadang - kadang jadi membosankan. Selain itu aku lagi suka tengok Lee Jong Suk berlakon dalam drama - drama yang suspen gitu berbanding drama yang bergenre romantik komedi seperti drama ini. Namun drama ini tidaklah mengecewakan sangat, masih boleh layannn lagi. Manakala ending Korean Drama Romance Is a Bonus Book ini mestilah happy ending kan. Secara keseluruhannya aku bagi drama ini 7.2/10 bintang untuk drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Sinopsis Drama Korea Romance Is a Bonus Book
Mengisahkan tentang Cha Eun Ho dan Kang Dan Yi, mereka berdua sangat rapat dan telah kenal lama. Cha Eun Ho dah mencintai Kang Dan Yi sejak dia masih bersekolah lagi. Manakala Kang Dan Yi pula seorang wanita cantik yang suskses dalam kerjayanya. Namun selepas dia berkahwin dan mempunyai anak, Kang Dan Yi memutuskan untuk berhenti kerja dan fokus pada keluarganya. Kang Dan Yi kini menjadi suri rumah sepenuh masa, namun suami Kang Dan Yi mula berasa bosan dan ada perempuan lain. Akhirnya suaminya ingin bercerai dengan Kang Dan Yi, namun Kang Dan Yi merayu agar dirinya tidak diceraikan. Namun suaminya nekad untuk bercerai dan akhirnya Kang Dan Yi hilang segala- galanya, dia juga hilang rumah dan tiada tempat tinggal. Kang Dan Yi mula mencari kerja namun setiap kali dia pergi interview, dirinya akan direject kerana terlampau berkelayakan dan banyak syarikat tidak mahu mengambil dirinya bekerja. Cha Eun Ho langsung tidak mengetahui masalah Kang Dan Yi. Cha Eun Ho berasa yang Kang Dan Yi kini bahagia dengan keluarganya dan dia tidak mahu mengganggu Kang Dan Yi. Disebabkan terdesak, Kang Dan Yi terpaksa menyamar sebagai orang gaji di rumah Cha Eun Ho dan turut tinggal disitu secara senyap - senyap.
Kang Dan Yi akhirnya membuat keputusan untuk menipu dalam resumenya supaya dia mudah mendapat kerja. Kang Dan Yi akhirnya diterima bekerja di syarikat penerbitan buku tempat Cha Eun Ho bekerja. Kang Dan Yi turut meminta Cha Eun Ho untuk merahsiakan mengenai penipuannya itu serta menyuruh Cha Eun Ho berpura - pura untuk tidak mengenalinya di tempat kerja mereka. Kang Dan Yi juga terpaksa berterus - terang pada Cha Eun Ho mengenai situasinya dan meminta kebenaran Cha Eun Ho untukk tinggal di situ selama 6 bulan sebelum dia mencari rumah lain. Ketika bekerja, Kang Dan Yi terpaksa bermula dari bawah, dia terpaksa membuat kerja- kerja remeh dan tidak penting di situ. Walaubagaimanapun Kang Dan Yi sentiasa mencari peluang untuk menunjukkan kemahirannya. Sejak tinggal sekali, Cha Eun Ho cuba untuk memikat Kang Dan Yi namun hal menjadi makin kelam kabut apabila ada seorang lelaki muda bernama Ji Seo Joon lakonan Wi Ha Joon turut ada hati pada Kang Dan Yi. Apa yang berlaku seterusnya?..
Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Han Byul - Finalis Big Stage 2019
➔ Drama Korea Yang Menarik Untuk Ditonton - Big Issue (2019)
(Blog Miss Banu Story)

↧
↧
Sinopsis Filem Felina Lakonan Raja Ilya
Sinopsis Filem Felina (2019)
Filem Felina sudah pun ditayangkan di pawagam pada 17 Januari 2019 yang lalu dan merupakan filem terawal yang ditayangkan untuk tahun 2019 ini. Antara pelakon filem Felina ini adalah Raja Ilya, Shafiq Jamil, Nur Qistina Raisah, Zaidi Omar, Kamal Rezuan, Nashra Shah, Clarence Kuna, Seha Monica, Khairul Anuar dan ramai lagi. Manakala pengarah filem Felina ini adalah Sandosh Kesavan dan diterbitkan oleh Janu Talkies Sdn Bhd. Selain itu filem Felina ini bergenre seram dan skrip filem ini adalah hasil karya Atiqah Jani. Review - review untuk filem ini kebanyakkannya adalah negatif. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon serta sinopsis filem ini dibawah ye..
Watak - Watak Pelakon Dalam Filem Felina
Raja Ilya sebagai Felina
Syafiq Jamil sebagai Adam
Nur Qistina Raisah sebagai Qistina
Zaidi Omar sebagai Tok Rawa
Nashra Shah sebagai Ekawati
Kamal Rezuan sebagai Mutalib
Clarence Kuna sebagai Muni
Seha Monica sebagai Suri
Adam (Shafiq Jamil) dan Felina (Raja Ilya) sedang menjalani sebuah ekspedisi di dalam hutan tebal. Sepanjang ekspedisi, Adam dan Felina terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran selain harus akur dengan segala pantang larang. Pada suatu malam, sebaik sahaja kembali ke hotel tempat mereka menginap, 2 orang pekerja hotel tiba-tiba menyedari akan perilaku aneh Felina. Adam masih belum dapat meredakan emosinya menyaksikan keadaan Felina yang tidak dapat ditafsirkannya melalui rakaman video yang disaksikannya.
Demi merungkai jawapan dan menyelamatkan Felina, Adam meminta bantuan Mutalib (Kamal Rezuan) yang menjadi penunjuk jalan sepanjang ekspedisi mereka. Sejak bermulanya ekspidisi, banyak persoalan timbul di antara mereka. Siapakah Qistina (Nur Qistina Raisah)? Siapa pula wanita Jawa yang muncul di antara mereka? Angkara siapakah kejadian aneh yang menimpa mereka? Mampukan Adam menyelamatkan diri dan semua? Atau mungkinkah, "Felina" adalah jawapan kepada persoalan-persoalan mereka?
Jom Baca ini juga ➔ Sinopsis Filem Dendam Pontianak Lakonan Fazura & Remy Ishak

↧
Han Byul Juara Big Stage 2019
Menepati ramalan bila Han Byul dinobatkan sebagai Juara Big Stage Musim Kedua mengalahkan finalis lain. Manakala Neeta mendapat tempat kedua, diikuti Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata. Misha Omar menjadi juri jemputan untuk konsert akhir Big Stage 2019. Ikutkan memang dah agak dah Han Byul akan jadi juara sebab setiap minggu selalu konsisten serta sentiasa berada dalam kedudukan top 3 especially di tempat pertama selepas konsert berakhir. Dia juga sering mendapat markah tinggi dari juri serta mendapat banyak undian daripada peminatnya. Manakala pencabar terdekatnya pastilah Neeta yang juga sentiasa konsisten tapi nak buat macam mana bila tuah menyebelahi Han Byul untuk menjadi juara. Apa pun tahniah buat semua finalis Big Stage 2019, kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Han Byul ni, bolehlah tengok biodatanya dengan klik link di bawah ini okey..
gambar - gambar di atas credit to Berita Harian dan Kosmo
(Blog Miss Banu Story)

↧
Movie Review : Blank (Bollywood Movie)
Lama tak buat review filem hindustan ni kan, hari tu sempat layan 2 movie kat Astro iaitu Blank dan juga De De Pyaar De De. Jadi hari ini aku nak buat review filem Blank lakonan Sunny Deol dan Karan Kapadia sebagai tunjang utama filem ini. Hindi Movie Blank ini release pada 3 Mei 2019 dan diarahkan oleh Behzad Khambata serta filem ini berdurasi 107 minit. Antara pelakon filem Bollywood Blank ini adalah Sunny Deol, Karan Kapadia, Ishita Dutta, Karanvir Sharma dan ramai lagi. Hindi Movie Blank (2019) ini juga adalah filem pertama lakonan Karan Kapadia yang merupakan anak saudara pada pelakon veteran Dimple Kapadia. Bagi yang tak tahu Dimple Kapadia ni mak pada Twinkle Khanna dan juga mak mertua pada Akshay Kumar dan no wonder lah Akshay Kumar pun turut jadi cameo untuk lagu Ali Ali di bahagian akhir filem Blank ini.
Filem Blank ini mengisahkan tentang Hanif (Karan Kapadia) yang merupakan seorang pengganas yang sedang dalam perjalanan untuk menunaikan misinya, namun dia mengalami kemalangan dan dibawa ke hospital. Doktor terkejut melihat ada bom yang melekat didadanya dan akhirnya menghubungi polis. Hanif juga disahkan hilang ingatan buat sementara waktu kesan daripada kemalangan terbabit. SS Dewan (Sunny Deol) an Anti Terrorism Squad Officer ditugaskan untuk menyiasat siapa Hanif sebenarnya. Bom tersebut terus berada di dada Hanif dan SS Dewan yakin yang Hanif sememangnya seorang pengganas dan hanya berpura - pura naif. Akhirnya Hanif dibawa ke tempat yang lapang untuk ditembak mati kerana bimbang bom di badan Hanif akan meletup. Namun sekumpulan pengganas lain tiba - tiba datang dan menyelamatkan Hanif.

Tak lama kemudian Hanif mendapat ingatannya kembali dan turut menelefon SS Dewan untuk memberitahu siapa dirinya yang sebenar. Rupa - rupanya ada kisah lain yang membabitkan bapa Hanif dan SS Dewan ni masa dulu - dulu. Itu adalah serba sedikit sinopsis filem Bollywood Blank (2019) ni. Pendek kata filem Blank ni ada plot twist gitu tentang siapa sebenarnya Hanif ni dekat hujung - hujung tu hehe. Filem ini macam tak ada heroin sebab memang memfokuskan watak Hanif dan SS Dewan ni saja. Lagu tema / OST Bollywood Movie Blank ni biasa - biasa saja, tak ada yang menarik minat aku pun. Even lagu Ali - Ali yang ada Akshay Kumar tu pun macam tak best. Aku suka dengan plot twist filem ini, tapi secara keseluruhannya filem ini biasa - biasa saja, tak best mana pun, setakat kalau nak layan masa boring tu okeylaa. Filem ini pun flop di India tak dapat untung pun. Jadi aku bagi 6.3/10 bintang untuk movie Blank ini.
Jom Baca ini juga ➔ Sinopsis Drama Sara Sajeeda (TV3)
(Blog Miss Banu Story)

↧
100th Post Celebration Japan Planner Giveaway
↧
↧
Sinopsis Drama Demi Rindumu Lakonan Sean Lee & Janna Nick
Drama Demi Rindumu Lakonan Sean Lee dan Janna Nick (Astro Ria)
Drama Demi Rindumu ini sudah pun bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria bermula 7 Oktober 2019 yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan mempunyai 16 episod. Drama Demi Rindumu ini disiarkan bagi menggantikan drama Cinta Belum Tamat Tempoh yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Demi Rindumu ini adalah Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim, Elvina Mohamad, Sherry Ibrahim, Riz Amin, Aleza Shadan, Mustapha Kamal, Azri Sabri, Raja Norbaizura, Hafeez Mikael, Fazli Daniel Ali, Qazem Nor dan ramai lagi. Seperti biasa drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Demi Rindumu karya novelis Diya Jamal. Selain itu drama Demi Rindumu ini diarahkan oleh Haris Fadzillah dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Picture Sdn Bhd. Memang nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Sinopsis Drama Demi Rindumu - Slot MegaDrama Astro Ria
Nurhana (Janna Nick) pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul (Norman Hakim) ingin berkahwin dengan Rania (Elvina Mohamad), gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan (Azri Sabri). Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya. Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik (Sean Lee) yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.
Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Nurhana merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania. Apa yang berlaku seterusnya?.
Lagu Tema / OST Drama Demi Rindumu (Senarai Penuh)
➤ Yang Satu nyanyian Akim & The Magistrate
➤ Khayal nyanyian Stacy
➤ Stereotype nyanyian Akim & The Magistrate
➤ Apa Macam nyanyian Jonathan Tse Feat Altimet
➤ Abadi Tak Semestinya Indah nyanyian Margosa
➤ Parut Lama Luka Baru nyanyian Margosa
➤ Kau Sempurna - SOG feat Annatasha
➤ Bulanku nyanyian SOG
➤ Raisa - Taman Selayang
➤ Elok - Elok nyanyian Adinda Ceria Popstar
➤ I Like You - Pasqa
➤ Takkah Ini Cinta nyanyian Ziha
➤ Pudar nyanyian Indah Ruhaila
➤ Teristimewa nyanyian Erul Samah
➤ Berdiam Saja nyanyian Bila AF2015
➤ Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip
➤ Landasan nyanyian Oceanlights
➤ Pulang - Oceanlights
➤ Ini Cinta nyanyian Oceanlights
Jom Baca ini juga ➔ Baca Online Novel Demi Rindumu Karya Diya Jamal
(Blog Miss Banu Story)

↧
Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi
↧
Review Drama Korea Fate and Furies
Fate And Furies - Korean Drama Review
Korean drama Fate and Furies ini mengisahkan tentang Goo Hae Ra (Lee MinJung) yang hidup dalam kesusahan selepas kematian ayahnya manakala kakaknya pula berada dalam keadaan koma di hospital. Goo Hae Ra mewarisi bakat ayahnya dalam membuat kasut. Pertemuannya dengan Tae In Joon (Jo Sang Wook) serta Jin Tae Oh (Lee Ki Woo) mengubah hidupnya. Tae In Joon merupakan anak orang kaya yang kini berada dalam situasi perebutan harta dengan abangnya yang tamak. Bagi mengelakkan semua harta jatuh ke tangan abangnya, Tae In Joon sanggup untuk berkahwin dengan Cha Soo Hyun (Soo YiHyun) yang merupakan seorang announcer dan model terkenal walaupun sebenarnya Tae In Joon tidak menyintai Cha Soo Hyun. Manakala Cha Soo Hyun pula hanya mengikut kehendak keluarganya, walaubagaimanapun lama - kelamaan dia jatuh cinta pada Tae In Joon dan menjadi obses dengan Tae In Joon. Manakala Jin Tae Oh pula mengupah Goo Hae Ra untuk mengorat dan merebut cinta Tae In Joon supaya Tae In Joon akan membatalkan perkahwinannya dengan Cha Soo Hyun. Jin Tae Oh dan Cha Soo Hyun pernah bercinta suatu masa dulu dan mereka berdua turut mempunyai seorang anak perempuan yang sakit. Namun Cha Soo Hyun meninggalkan dirinya dan anak mereka untuk kembali pada keluarganya.
Disebabkan anaknya memerlukan buah pinggang ibunya untuk terus hidup, membuatkan Jin Tae Oh terpaksa bertindak kejam dengan memaksa Go Hae Ra untuk terus merebut cinta Tae In Joon, walaupun ada ketikanya Goo Hae Ra ingin berhenti. Kehadiran Goo Hae Ra dan Jin Tae Oh yang cuba menghalang perkahwinannya dengan Tae In Joon membuatkan Cha Soo Hyun semakin nekad untuk berkahwin dengan Tae In Joon. Keadaan makin rumit apabila Goo Hae Ra dapat tahu yang Tae In Joon dan keluarganya menjadi punca kakaknya koma. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey tu serba sedikit sinopsis drama Korea Fate and Furies ini. Jalan cerita drama ini agak menarik juga, terdapat plot twist di hujung cerita, Lee Min Jung memang nampak lawa dalam drama ni. Tapi aku agak pelik dengan makeup Soo Yi Hyun tu yang tak habis - habis pakai lipstick merah menyala tu hahahaha. Tahula watak dia watak jahat tapi tak adalah jahat sangat sampai semua scene pun makeup dia macam tu je. Paling menyampah dengan mak tiri dan abang sulung Tae In Joon tu yang tamak dan jahat giler. Selain itu agak kesian juga pada kakak ipar Tae In Joon yang selalu kena buli, kena dera dan jadi hamba abdi dalam rumah tu. Cuma tak sangkalah ada plot twist untuk watak kakak ipar Tae In Joon tu. Selaien itu aku agak stress juga tengok perangai Goo Hae Ra yang tak selidik betul - betul tentang siapa yang sebenarnya salah pastu pi balas dendam terhadap orang yang salah.
Kemudian dalam drama Korea Fate & Furies ini juga memang ada banyak scene pandang - memandang, jeling - menjeling, renung - merenung dalam jangka masa yang lama okey pastu diiringi dengan muzik yang suspen hahaha.
Manakala lagu tema / OST Korean Drama Fate and Furies ini dinyanyikan oleh Aalia dengan tajuk Fate and Furies juga, sama tajuk dengan drama ni. Bahagian Chorus lagu Fate and Furies ini memang sering digunakan dalam drama ini. Ending drama Korea Fate and Furies ini memang happy endinglah kan tapi ending untuk watak Cha Soo Hyun dan Jin Tae Oh tu tak berapa happy ending sebab lebih pada open ending gitu. Apa pun aku bagi 7.5/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca Ini Juga ➔ Tips Putihkan Gigi Menggunakan Kaedah Tradisional
(Blog Miss Banu Story)

↧
Review Drama Korea Spring Turns To Spring
Korean Drama Spring Turns To Spring ini mempunyai 32 episod, setiap episod hanya setengah jam, jadi kalau gabung jadi satu jam, maknanya drama ini hanya 16 episod jela dan disiarkan di channel MBC. Antara pelakon drama Korea Spring Turns To Spring ini adalah Lee Yu Ri, Uhm Ji Won, Lee Jong Hyuk, Choi Byung Mo, An Se Ha, Kim Nam Hee, Son Eun Seo, Kim Kwang Kyu, Lee Seo Yeon dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Children Of Nobody dan kemudian akan digantikan dengan drama The Banker. Drama Korea Spring Turns To Spring ni mula bersiaran pada 23 Januari 2019 dan tamat episodnya pada 21 March 2019 yang lalu. Aku memang suka menonton drama – drama lakonan Lee Yu Ri ni, sebab drama lakonannya memang semuanya best – best. Drama ini memang memfokuskan 2 watak utama iaitu Kim Bo Mi lakonan Lee Yu Ri dan Lee Bom lakonan Uhm Ji Won. Mereka berdua adalah 2 wanita yang berbeza personaliti, gaya hidup dan kerjaya terpaksa bekerjasama apabila mereka bertukar badan tanpa sengaja , selepas terminum air yang mengandungi formula unik yang dicipta oleh seorang saintis bernama Heo Bom Il lakonan Kim Nam Hee.
Berbanding drama lain yang mempunyai genre yang sama, drama ini memberi penjelasan yang mudah kenapa diorang boleh bertukar badan, kiranya tak ada unsur mistik atau misteri yang terlibat. Hal ini membuatkan penonton lebih mudah untuk memahami jalan cerita sebab ianya dijelaskan secara straight to the point. Memang enjoy menonton drama Korea Spring Turn To Spring ni sebab lawak habis especially bila Kim Bo Mi yang merupakan seorang announcer dan juga wartawan yang mempunyai personaliti yang garang, tegas , gila - gila dan bercita – cita tinggi tertukar badan dengan Lee Bom yang merupakan bekas pelakon popular yang kini menjadi suri rumah serta mempunyai personaliti yang lemah – lembut, penyayang, kaya – raya dan mempunyai seorang anak perempuan yang sudah remaja serta suaminya terlibat dalam politik. Part paling best bila Lee Yu Ri yang melakonkan watak yang tegas, garang dan gila – gila bertukar jadi lemah – lembut hahaha, suara dia halus je bila jadi lemah – lembut, adorable dan comel habis hehehe. Pujian buat Lee Yu Ri dan Uhm Ji Won yang berjaya melakonkan watak mereka dengan baik sekali, bukan senang nak berlakon jadi garang sekejap pastu lemah lembut pulak secara berselang – seli dan banyak kali dalam drama ini.
Simpton dan tanda – tanda awal ketika diorang nak bertukar badan tu pun diterangkan dengan jelas, diorang akan menggaru – garu seluruh badan kemudian bersin dan kemudian jeng jeng jeng, bertukarlah mereka berdua hehe. Selain itu aku juga suka melihat lakonan Kim Nam Hee sebagai Heo Bom Il dalam drama ini, cara dia bercakap pun best ada slang orang putih gitu maklumlah saintislah katakan. Nampak Kim Nam Hee banyak berlakon watak komedi pula sekarang, bermula dalam drama ini diikuti drama Search WWW. Siapa boleh lupa watak jahat yang dilakonkan Kim Nam Hee ini dalam drama popular Mr. Sunshine iaitu sebagai ketua tentera Jepun yang kejam. Selain Kim Nam Hee, pelakon Son Eun Seo juga turut cuba keluar dari zon selesanya dengan membawa watak jahat. Bagi yang dah tengok drama Voice, Voice 2 dan Voice 3 ni pasti akan kenal dengan Son Eun Seo ni sebab dia berlakon dalam ketiga – tiga season drama Korea Voice tu. Dalam drama ini Seo Eun Seo akan melakonkan watak Choi Seo Jin yang merupakan kawan dan juga pembantu peribadi Lee Bom tapi dalam masa yang sama turut ada hubungan sulit dengan suami Lee Bom iaitu Park Yeon Cheol lakonan Choi Byung Mo.
Memang geram tengok Choi Seo Jin dan suami Lee Bom tu berpura – pura baik depan Lee Bom tu. Selain itu tiada kisah cinta dalam drama Korea Spring Turns To Spring ni ye,walaupun nampak macam Kim Bo Mi dan Lee Hyung Seok lakonan Lee Jong Hyuk tu sepadan dan serasi, walaupun pada pandangan Lee Hyung Seok tu, Kim Bo Mi adalah perempuan gila hahaha. Memang banyak scene – scene lawak dalam drama ni, malah lagu tema / OST Korean Drama Spring Turns to Spring juga comel habis dan berentak rancak gitu sesuai dengan genre drama ini iaitu komedi. Manakala ending drama Korea Spring Turns To Spring ni happy ending dan tetap lawak. Bagi yang nak release stress ke tension ke bolehlah try layan drama ni sebab boleh buat korang ketawa, especially dengan watak Kim Bo Mi lakonan Lee Yu Ri tu. Jadi aku bagi 8.8/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca ini juga ➔ Review Drama Korea Save Me 2 : The Fake
(Blog Miss Banu Story)
Memang geram tengok Choi Seo Jin dan suami Lee Bom tu berpura – pura baik depan Lee Bom tu. Selain itu tiada kisah cinta dalam drama Korea Spring Turns To Spring ni ye,walaupun nampak macam Kim Bo Mi dan Lee Hyung Seok lakonan Lee Jong Hyuk tu sepadan dan serasi, walaupun pada pandangan Lee Hyung Seok tu, Kim Bo Mi adalah perempuan gila hahaha. Memang banyak scene – scene lawak dalam drama ni, malah lagu tema / OST Korean Drama Spring Turns to Spring juga comel habis dan berentak rancak gitu sesuai dengan genre drama ini iaitu komedi. Manakala ending drama Korea Spring Turns To Spring ni happy ending dan tetap lawak. Bagi yang nak release stress ke tension ke bolehlah try layan drama ni sebab boleh buat korang ketawa, especially dengan watak Kim Bo Mi lakonan Lee Yu Ri tu. Jadi aku bagi 8.8/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca ini juga ➔ Review Drama Korea Save Me 2 : The Fake
(Blog Miss Banu Story)

↧
↧
Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki (Akasia TV3)
Drama Setelah Ku Dimiliki ini telah pun disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 29 Oktober yang lalu dan mempunyai 28 episod. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry dan drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Lelakimu Yang Dulu yang telah tamat episodnya. Selain itu drama Setelah Ku Dimiliki ini disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3. Antara pelakon drama Setelah Ku Dimiliki ini adalah Zul Ariffin, Intan Najuwa, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Macam best je drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Tapi sebelum tu jom tengok juga watak - watak pelakon drama Setelah Ku Dimiliki.
Intan Najuwa sebagai Sarrafia
Zul Ariffin sebagai Adriz
Tiz Zaqyah sebagai Sarlina
Zaki Azeman sebagai Noh
Lia Natalia sebagai Hirda
Fahmi Reza sebagai Haqif
Rahhim Omar sebagai Rahimin
Zulhelmy sebagai Halil
Adeline Tsen sebagai Ufaira
Kuza sebagai Bonda Ummi
Aleza Shadan sebagai Sabrina
Hilal Azman sebagai Shamsul
Daniella Sya sebagai Ann
Halim Radzi sebagai Zakir
Zul Ariffin sebagai Adriz
Tiz Zaqyah sebagai Sarlina
Zaki Azeman sebagai Noh
Lia Natalia sebagai Hirda
Fahmi Reza sebagai Haqif
Rahhim Omar sebagai Rahimin
Zulhelmy sebagai Halil
Adeline Tsen sebagai Ufaira
Kuza sebagai Bonda Ummi
Aleza Shadan sebagai Sabrina
Hilal Azman sebagai Shamsul
Daniella Sya sebagai Ann
Halim Radzi sebagai Zakir
Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki Slot Akasia TV3
Mengisahkan mengenai konflik cinta di antara Sarra dan Adriz yang diuji dengan pelbagai dugaan. Kerana dosa silamnya, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju. Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Azirah. Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah. Encik Rahimin yang juga pengasas Rumah Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Azirah.
Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarra, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarra. Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarra bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarra, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya. Namun, rumah tangga mereka mula menemui cabaran apabila kakak tirinya, Lina sendiri ingin memiliki Adriz tanpa pengetahuannya. Adakah Lina berjaya merobohkan istana cinta Sarra yang terbina bersama Adriz? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarra dan Adriz?
Lagu Tema / OST Drama Setelah Ku Dimiliki
⏩ Damaikanlah nyanyian Ika Mustafa
Jom Baca Ini juga ➔ Baca Online Novel Setelah Ku Dimiliki Karya Zaza Qry
(Blog Miss Banu Story)

↧
Drama Dia Pengantinku Lakonan Saharul Ridzwan dan Mawar Rashid
Drama Dia Pengantinku sudah mula disiarkan di slot Widuri TV1 bermula 24 Oktober 2019 yang lalu, setiap Khamis hingga Ahad, jam 7 malam. Antara pelakon drama Dia Pengantinku ini adalah Saharul Ridzwan, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Tisha Shamsir Alam, Esma Daniel, Aleza Shadan, Catriona Ross, Azhar Amir, Azar Azmi, Elya Miera Ismail, Meor Mohd, Nynaa Harizal, Izzy Reef, Nada Nursyuhada dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Dia Pengantinku karya novelis Nurfaza Alisya dan drama ini mempunyai 26 episod. Selain itu drama Dia Pengantinku ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh Tekun Resmi Sdn Bhd. Nampak menarik drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Sinopsis Drama Dia Pengantinku - Slot Widuri TV1
Aimi Najwa (Mawar Rashid) seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak. Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif? Entah di mana harus disorok wajahnya. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinganya berdesing sebaik terdengar suara gemeresik Syed Ashraf (Saharul Ridzwan) memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling benci didengarnya. Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya.
Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin! Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar ada perasaan yang ‘bertamu’ di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang. Dalam resah hati terpaut. Dalam benci ada cinta. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan yang terbongkar. Semakin dia menjauhi insan yang menyintainya, hatinya mula disirami rasa rindu. Diundang pula dengan rasa cemburu terhadap Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya. Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf?
Lagu Tema / OST Drama Dia Pengantinku
⏩ Semua Untuk Cinta nyanyian Indah Ruhaila
Jom Baca ini juga ➔ Baca Online Novel Dia Pengantinku

↧
SNM Bloglist Batch 1
↧