Quantcast
Channel: Miss BaNu StoRy
Viewing all 2771 articles
Browse latest View live

Saya Nak RM 100 daripada Lyssa Faizureen


Kumpulan Kucai & Osama Tersingkir Di Minggu Ke-3 Maharaja Lawak Mega 2013

$
0
0
Assalammualaikum..
Jumaat lepas berlangsungnya MLM2013 Minggu ketiga dan Tema untuk minggu ketiga ini adalah Cinta. Rata2 persembahan agak boring cuma ada beberapa kumpulan yang buat sketsa yang menarik dan kelakar. Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi kump Kucai dan kump Osama kerana tersingkir di minggu ketiga ini. Kump Mamu juga turut berada dalam bottom three tapi masih terselamat. Os rasanya x sesuai partner dengan Isma, gandingan Os dan Abon adalah yang paling serasi sebab dua2 mampu jadi feeder dan killer dengan baik sekali so hope next year OSBON kembali bergandingan. Kump Kucai juga agak menghampakan kerana sketsa yang diorang buat tak kelakar pun. Tiada peningkatan dari kump Kucai ni.
Tertarik dengan kata2 OS pada juri yang kelihatan agak kurang adil dalam bab bagi2 bintang tu.Kalau Kump Popular sangat senang mndapat 4 bintang walaupun sketsa yg diorang buat sepatutnya mendapat 3 bintang sahaja. Lagipun pemberian bintang2 dari juri ini boleh mempengaruhi juga undian penonton. Kump Mamu dah 2 minggu x best diorang perlu buat sesuatu kalau tidak minggu depan kemungkinan besar boleh tersingkir. Suka dengan persembahan kump WaLa, terbaik dan banyak punchline. Kump Shiro juga best minggu ini x leh blah sampai tangan patung pun leh tercabut hehe. Kump Zero juga boleh tahan, suka part diorang nyanyi2 tu sambil main gitar. 
Kump Boboi pula lawak tang part AC kaCau2 Afdlin tu, asal pakai rambut palsu gitu mesti akan mngingatkan AC pada isterinya iaitu Emelia hahaha. Jep dan Shahrol mengalami situasi yang sama apabila mic diorang rosak n terpaksa gi belakang balik pastu pandai coverline n ulang semula sketsa diorang hehe terbaik dah mcm kembar diorang ni mic pun sama2 rosak hihihi. Bile cite pasal Mic rosak ni teringat kat JOZAN yang sering menghadapi situasi mic problem iaitu masa Final ML2011 dan Final MLM2012. Kump Jambu okey gak cuma agak kurang sikit minggu ni dari minggu sebelum2 nya begitu juga dengan Nabil. 
Dipermulaan sketsa Nabil agak bagus namun masa pertengahan nabil dah slow down sikit tapi still kelakar. Kump Sepahtu juga kelakar cuma sketsa diorang agak terlalu simple sangat. Apapun aku x sabar tunggu minggu muzikal komedi nanti mesti meriahnyer. Tema untuk minggu depan kalau x silap adalah Parody Filem/Drama kot.

Entri MLM2013 Yang Lain-

Bayangkan Jika Kucing Ada Facebook

Gambar IC VS Gambar Facebook

$
0
0
hehehe comel muka kucing tu kan hihi.

Contest SEO Eridy

$
0
0
Assalammualaikum..
Hari ni saja nak mencuba-cuba join Contest SEO Eridy.. ni. Ini adalah kali pertama join Contest sebegini yang berkaitan dengan SEO semua. Menarik juga Contest SEO ini kerana Pemenang akan ditentukan melalui blog yang berada di kedudukan muka surat pertama carian Google bagi keyword “Contest SEO Eridy” . Carian dibuat di Google.com menggunakan private browsing. 

Bagi yang nak join Contest SEO Eridy ni bolehlaa klik disini yer-- Contest SEO Eridy.. 
Syarat-Syarat Penyertaan adalah seperti berikut..
* Peserta bertandingan atas keyword ” Contest SEO Eridy ” .
* Entri mengikuti kreativiti tersendiri 

Sangat mudah syaratnya, tak perlu nak buat apa hanya perlu buat entry saja, cukup senang, ringkas dan mudah difahami. Contest ini juga ada hadiah yang agak lumayan juga iaitu-
Hadiah untuk contest ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00
Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6
Jadi apa tunggu lagi marilah kita join Contest SEO Eridy ni ramai2. Boleh tambah pengetahuan dan menguji kekuatan blog kita juga dari segi SEO ni. Dah masuk contest ni tentulah sedikit sebanyak nak menang kan hehe walaupun harapan cam tipis tapi sekurang-kurangnya mencuba gak kan. Selamat Berjaya pada semua peserta yang join Contest SEO Eridy ini.

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

Review Running Man Episod 174- Lee Seung Gi & Kwang Soo Menang

$
0
0
Assalammualaikum..
Sape dah tengok Running Man episod 174 nyer..hehe episod ni antara favourite aku. Guest untuk episod 174 adalah Lee Seung Gi, Han Hye Jin dan Bora.Seriously episod ni sangat best dan happening. Han Hye Jin dah pernah jadi guest dlm episod RM di Vietnam dulu. Lee Seung Gi pula dh pernah jd guest dlm episod 120 dan 121 bersama Park Shin Hye dulu.
Aku memang suka tengok Lee Seung Gi jadi guest dalam RM sebab die memang dah biasa dengan variety show serta cepat sesuaikan diri dengan member RM yang lain. Lebih best kalau die jadi Permanent Member kan hehehe. Aku 1st time tengok Lee Seung Gi ni dalam drama My GF is A Gumiho dari situ baru tau die ni penyanyi juga. Sedap gak suara die n die pernah join beberapa Variety Show seperti X-Man, 1 Night 2 Days dan lain2.
Berbalik pada EP 174 ni, Games yang diorang main pun best2 n fun. Bermula dengan cara pilih teammate pun dah kelakar, dengan cara masuk dalam tempat yang dinomborkan mengikut pilihan sendiri. Akhirnya L.Seung Gi memilih no. 4 begitu juga dengan L.Kwang Soo lalu mereka berada dalam 1 team.KJK dgn Bora, HaHa dgn Suk Jin, Hye Jin dgn Jaesuk dan Ji Hyo dengan Gary. Gandingan paling aku suka tentulah LEE Couple iaitu Kwang Soo dan Seung Gi.
Nampak serasi jer dua2 ni, Walaupun Kwang Soo tua dua tahun dari Seung Gi, tapi nampak cam best friend gitu hehe. Seung Gi layankan jer Kwang Soo yang teringin sangat nak jadi leader hihi. Selain tu Monday Couple Ji Hyo dan Gary pun banyak moment yang sweet contohnya masa diorang gi beli buah oren tu, pakcik tu siap suruh ji hyo dan gary tuh kahwin terus hehe sweet jer hihi.
Masa Gary cakap die jealous tengok Kwang Soo bagi buah oren tu kat Seung Gi guna mulut tu pun dah sweet. Seung Gi sangat sporting melayan jer kwang Soo disamping die juga antara yang paling rajin bertanya pada orang2 yang die jumpa semasa tengah main games tu. Kelakar bila tengok semua team bergerak secara asing-asing namun last2 terserempak antara satu lain heehe. Dlm episod ni juga kita dapat tengok Salji dah mula turun di Korea.
Seronok tengok diorang sembang2 pastu naik Bas sama2. Best tengok diorang main teka2 berapa orang yang akan turun dari bus sambil dukung partner sendiri. Gary memang terror game ni, sekali teka jer dah betul.  Pastu Game baling kasut tu pun best. Team Kwang Soo sekali try dah dapat begitu gak team Jaesuk. Final game diorang kena teka nombor akhir dan akhirnya Kwang Soo dan Seung Gi buat kejutan kerana berjaya meneka dengan tepat. 
Pendek kata episod ni memang best, dan ramai yang suka episod ni termasuk aku. Sorry x dpt review details sbb terlampau banyak sgt moment yang best2, apapun Ep 174 Daebakkk hehe. Episod minggu depan iaitu ep 175 pun nampak macam best sebab guest die Gong Yoo ala yg hero drama Coffe Prince, Big dll. Dengar cerita ini adalah kali pertama Gong Yoo join variety Show. Tak sabar tengok RM nanti.

Masih Aku Cinta- Shila Amzah

$
0
0

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada


Jauh di dalam sanubari ku

Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku, kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta


Takkan pernah ada penggantimu
Yang mempertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku



Best gak lagu ni, video klip die pun best, ada Johan Asaari gitu..tarikh video muzik ni release pun mcam ngam2 dengan kontroversi yg melanda Shila, Johan dan Lana tu. Jalan cerita muzik video ni pun mcm kena sangat huhu. Pendek kata mmg layan laguuu ni..

Kumpulan Mamu Tersingkir Di Minggu Ke-4 Maharaja Lawak Mega 2013

$
0
0
Assalammualaikum..
Jumaat lepas telah berlangsungnya MLM2013 Minggu Ke-4 yang bertemakan Spoof/Parody. Setelah 2 minggu berada di bottom three akhirnya kumpulan MaMu telah tersingkir. Selain kumpulan Mamu, Kump Boboi dan Wala juga turut berada di bottom three. Sewaktu di Hot Seat dan di Minggu Pertama MLM2013 Kump Mamu sangat best dengan lawak mereka. Tapi di Minggu kedua prestasi mereka telah menurun dan akhirnya tersingkir di Minggu Ke-4. Bukan mudah nak buat lawak kan,maybe idea x datang2 ker kan. Apapun Kump Boboi turut membuat kejutan iaitu ingin menarik diri untuk memberikan peluang kepada Kump Mamu untuk terus beraksi namun setelah dinasihatkan oleh AC akhirnya mereka meneruskan juga perjalanan kump Boboi di pentas MLM2013.
Kelihatan di minggu ke-4 ini juga, juri2 agak tegas dan berhati-hati dalam memberikan bintang pada para peserta. Buktinya ramai peserta mendapat 3 bintang sahaja. Hanya kump Jambu saja yang berjaya mendapat 4 bintang. Rata2 nya banyak persembahan agak hambar. Nabil kurang menyerlah minggu ini dan hanya dapat 2 bintang dari juri maybe die busy dgn LKD3 kot. Sepahtu pula bermula dengan agak perlahan namun di pertengahan sketsa mereka baru start kelakar, diorang buat parodi Pendekar Bujang Lapok dan bermain dengan perkataan sana situ sini. Jambu mmg best minggu ni, macam2 parodi yang diorang buat bermula dgn parodi filem KL Gangster 2 dll.
Kump Bocey pula membuat parodi filem2 Hindustan seperti filem Mann, Kaho Naa Pyaar Hai dan Mohabbatein. Best juga parody diorang siap berjoget lagu hindustan lagi di akhir persembahan. Lagu yang diorang berjoget part akhir tu mmg best happening jer petikan dari filem Salman Khan iaitu Hello Brother. Kump Shiro pula membuat parodi Filem Juvana best gak tengok siap ada Lan Todak semua hihi. Kump Comey pula membuat parodi filem Nang Nak manakala kump Wala pula membuat Parodi filem Labu Labi.Kump SYJ juga menyerlah dengan pelbagai parodi hihi yang mana Jihan jadi hantu kak limah, Syuk jadi Thor dan Yassin jadi Orick. Tak leh blah bila Thor tetiba bertukar jadi Izzah pula dlm Ombak Rindu hahaha.
Sayangnya bila Yassin masuk sketsa diorang mula perlahan. Rasanya Yassin patut pilih watak lain. Tapi bila Yasin mula jadi King Kong dan peluk gambar KLCC tu lawak jugak hehehe. Kump Boboi pula membawa watak Batman dan Pak Guard, manakala Saywho pula membuat parodi filem Titanic tetiba kat tengah cerita ada gak masuk pasal cite Tanggang sebelum balik semula ke cite Titanic. Kump Zero pula membuat parodi filem Rock oo kalau aku tak silaplah. Kebanyakan kump mendapat 3 bintang termasuk kump Sepahtu. 
Baca Juga Entri2 ini..

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

Segmen Ole - Ole Dari New York

Kumpulan OMG Juara Liga Lawak Superstar TV3

$
0
0
Assalammualaikum..
Ahad sudah berlangsungnya Final Liga Lawak Superstar yang menyaksikan 2 kumpulan iaitu kumpulan OMG dan kump Apa Kasih Toq berentap di Final. Kumpulan OMG yang dianggotai oleh Akim, Anas Mentor dan Sathiya muncul juara dan membawa pulang RM 250,000. Manakala Kump Apa Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Shafiq Kyle terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Best gak layan Liga Lawak ni, bagi aku game die lebih kurang macam Super Spontan gak cuma bezanya game die lebih susah sikit dari Super Spontan hehe. Pembukaan Final Liga Lawak dimulakan dengan persembahan khas dari Afdlin Shauki, Johan, Saiful Apek, Cat Farish, dan sape ntah sorang lg x ingat lak nama die hehe. Diorang menyanyikan lagu Berani Punya Budak. Fuhh sekali tengok dah macam kump Rock gitu hihi. Ramai gak artis yang datang tengok Liga Lawak ni, iaitu mereka2 yang telah tersingkir awal dari Liga Lawak, kelihatan gak Fizz Fairuz, Almy Nadia, Intan Ladyana, Ozlyn dan ramai lagi. Johan, Apek dan Achey turut jadi tetamu undangan dalam 1 game ni yang mana peserta kena tiru gaya mereka dan buat apa2 sketsa yg lain.
Terdengar satu cerita Sweet yang mana ketika Iklan Liga Lawak tu ada something sweet terjadi hihi sila baca dibawah ini hehe..

Sweet kan, Zizan jer boleh kiss Johan, orang lain x boleh hihi sebab nanti Zizan marah hehehe comey sgt hihihi..
Berbalik pada Liga Lawak ni, ada 5 game yang diorang main, antaranya Sketsa Mengecut, game meniru tu, pastu game Penyanyi Berkepala Tiga, Sketsa Ayat Awal dan Akhir, Game Karaoke dengan Uncle Lock, Helium, pastu ada gak binatang2 tu n untuk final ada tambahan iaitu kena karen hihi. Kump OMG sentiasa berada di depan menerusi pilihan juri. Walaubagaimanapun Kump Apa Kasih Toq tetap memberikan saingan sengit especially masa game terakhir tu nampak ketiga-tiga mereka bersungguh-sungguh menyanyi.
Nampak Didie melawan ketakutan die dgn binatang2 tu semua dan bersungguh-sungguh menyanyi, begitu juga dgn Syafiq Karl, walaupun kaki sakit kena urut tetap myanyi, Kamal Adli lagilah kena karen tu, nampak sangat muka tengah tahan sakit, kadang2 terdengar gak die menjerit sikit2, tapi tetap komited menyanyi dan nak menari lagi walaupun tengah sakit kena karen siap terbangun dari kerusi lagi tu terbaiklah.
Kump OMG pun sama gak, kesian plak tengok Akim kena karen hihi menjerit gak die sakit kena karen. Aku paling suka OMG masa dalam game Sketsa Ayat Awal dan Akhir tu, lawak betul, Tajuk sketsa diorang lain, tapi lain plak jadinyer tu yang kelakar hehehe n pastu terlupa plak ayat akhir diorang n then boleh plak berbincang sama2 kat atas pentas tu apa ayat akhir sketsa diorang yg telah diberikan lebih awal oleh Afdlin dan Adibah Nor tu hehe. Rasanya dua2 kump sama2 hebat tapi rezeki lebih memihak pada OMG. 
Agak2 musim kedua Liga Lawak nanti sape yang akan masuk jd peserta kan hehehe..hadiah pun lumayan..
Gambar2 diatas Credit to Facebook TV3..

WordLess WedNesday- Love is..

Good Doctor - Korean Drama Review

$
0
0
Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama Korea yang bertajuk Good Doctor yang dilakonkan oleh Joo Won, Moon Chae Won, Joo Sang Wook dan ramai lagi. Drama ni dalam kategori Medical Drama dan mempunyai 20 episod kesemuanya. Ikutkan aku x berapa minat sangat medical drama ni semua, sebab rasa cam boring gitu. Tapi beza dengan drama ni sebab ia unik kerana mengangkat watak utamanya sebagai seorang penghidap penyakit "Autistic Savant" namun mampu menjadi seorang doktor (pakar bedah) yang berkaliber, walaupun pada peringkat awal die terpaksa menempuh pelbagai halangan, seperti penyakitnya dan persepsi masyarakat, rakan sekerja dan orang ramai padanya. Drama ni banyak pengajaran dan nilai2 murni didalamnya. Walaupun 20 episod tu agak panjang juga, tapi setiap episod x membosankan langsung, dan menjadi sangat menarik.
Para pelakon dalam drama ni hebat2 belaka dan berjaya membawa watak masing2 dengan berkesan. Joo Won berjaya bawa watak die dengan cemerlang sekali sebagai penghidap Autistic Savant dari segi percakapannya, reaksi mukanya, cara die berjalan dan sebagainya. Joo Sang Wook yang melakonkan watak Prof Kim Dohan juga terbaik. Die berjaya melakonkan watak sbg Kim Dohan yg garang dan juga yang baik. Latar tempat dalam cite ni banyak membabitkan di hospital iaitu di Wad Kanak-Kanak, Bilik pembedahan dan lain-lain lagi. Drama ni juga baru habis ditayangkan di Korea sekitar Oktober yang lalu. Apapun mmg enjoy tengok drama ni dengan gelagat para pesakit yang bermacam ragam, begitu juga dengan gelagat doktor yang setiap dari mereka mempunyai masalah masing2.
Selain itu dalam drama ini diselitkan juga dengan kisah percintaan antara Joo Won (Park Shi On) dan Moon Chae Won (Cha Yoon Seo). Yang mana Watak Joo Won telah jatuh hati pada Dr Cha Yoon Seo yang sentiasa memberi semangat dan baik padanya. Namun Cha Yeon Seo telah menolak cinta Park Shi On kerana hanya menganggap dia sebagai adiknya saja. Namun lama kelamaan Cha Yoon Seo mula sedikit demi sedikit tertarik dan jatuh hati pada Park Shi On dan akhirnya mereka bercinta. Namun percintaan mereka ni tidak dapat diterima oleh rakan sekerja dan kawan2 mereka kerana Park Shi On dianggap tidak layak dan setaraf dengan Cha Yoon Seo.
Apapun Jom tengok sinopsis drama ni k.

Sinopsis
Park Shi On semasa kecil sentiasa didera oleh ayahnya kerana ayahnya malu mempunyai anak yg cacat serta dirinya sentiasa dipulau dan dibuli oleh rakan-rakannya. Hanya abangnya saja yang die rapat dan menyayanginya, namun abangnya telah mati ketika mereka masih kecil, Sejak dari itu Shi On telah memutuskan hendak menjadi seorang doktor apabila besar kelak. Mak Shi On melarikan diri dari rumah dan ayahnya x pedulikannya langsung. Akhirnya ada seorang doktor yang bersimpati dengan Shi On lalu membimbing dan mengajarnya& Shi On dibesarkan di rumah anak yatim. Walaupun begitu Shi On sangat genius dan pintar die akhirnya berjaya menjadi seorang doktor pelatih di sebuah hospital terkemuka. 
Walaubagaimanapun Shi On menghadapi masalah bila dirinya sentiasa dipandang rendah oleh rakan sekerja dan orang lain. Prof Kim Dohan yang merupakan ketuanya juga melayan melayan dirinya dengan amat kasar. Hanya Dr Cha Yoon Seo yang melayannya dengan baik serta sentiasa memberikn sokongan. Semua orang sentiasa mencari kesalahan P.Shi On dan hendak singkirkannya dari hospital berkenaan. Cha Yoon Seo berasa sangat kasihan pada Shi On dan merayu Prof. Kim Dohan memberikan P.Shi.On peluang untuk membuktikan dirinya layak berada di situ. Akhirnya Prof Kim Do Han memberikan Shi On peluang. Shi On berusaha keras dan Prof Kim Dohan mula melayannya sedikit baik berbanding dulu. Ketika semua berjalan lancar mak Shi On kembali begitu juga ayah Shi On yg panas baran itu juga mula datang ke hospital berkenaan untuk mencari Shi On.
Shi On amat terkejut apabila bertemu dengan ayahnya semula lalu dia mula trauma dan menjadi takut lalu pengsan. Apakah yang terjadi seterusnya kenalaa tgk drama ni hehe.

Trivia
#-Joo Won ada join Variety Show iaitu 1 Night 2 Days& Jo Sang Wook pernah muncul dalam Running Man di episod 76, 77 dan 169.

Review Drama Lakonan Joo Won yang terdahulu:-

Review Drama Lakonan Moon Chae Won yang terdahulu:-

Rozita Che Wan & Zain Saidin Kini Bergelar Suami Isteri.

$
0
0
Assalammualaikum..
Pada Rabu lepas Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah selamat bernikah di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Tengok dari gambar2 ni mmg majlis tersebut gah, cantik dan meriah gitu. Tahniah buat Che Ta dan Zain Saidin, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
Wedding Of The Year gitu.. ;)
Gambar2 credit to Beautiful Nara.. 

Dilema Bila Mendownload

$
0
0
Assalammualaikum..
Sesape yang rajin mendownload Movies/Video/Game atau apa2 jer pasti pernah menghadapi masalah Lost Connection ni. Dah lama menunggu tetiba lost connection lak haha pengsannn hihi. Tu belum lagi bila kita mendownload lagi n masalah yang sama berulang dua tiga kali hihi rasa nak hempuk jer laptop tu hehe..tapi tu memang masalah biasa yg sering terjadi pada mereka yg gemar mendownload ni semua.

Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM 20)

$
0
0
Assalammualaikum..
Sabtu lalu berlangsungnya Anugerah Industri Muzik (AIM20) yang telah dihoskan oleh Dato Aznil Hj Nawawi bersama dengan Nabil Ahmad. Ternyata gandingan Paknil bersama Nabil agak menghiburkan, Sakan Nabil membahan artis yang ada pada malam tu hehe n sempat gitu suruh org undi die di MLM tu hehe. Paknil layankan jer n seronok gak tengok Paknil bahankan Nabil juga. Apapun jom tengok Senarai Pemenang AIM yang Ke-20 ini.

Senarai Pemenang AIM20

1. Album Terbaik-> Luahan Hati Anak Seni~ Hafiz Suip
2. Lagu Terbaik-> Lelaki~ Yuna
3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dlm Lagu (lelaki)-> Hafiz Suip~ Bahagiamu Deritaku
4. Persembahan Vokal Terbaik Di Dlm Lagu (wanita)-> Dayang Nurfaizah~ Seandainya Masih Ada Cinta (Live)
5. Persembahan Vokal Terbaik Di Dlm Lagu (berkumpulan)-> Saujana~ Salam Atasmu
6. Lagu Pop Terbaik-> Lelaki ~ Yuna
7. Persembahan Vokal/Duo Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu-> Anuar Zain & Dayang Nurfaizah~ Sedetik Lebih.
8. Kulit Album Terbaik-> Penglipur Lara~ Hazama
9. Rakaman Album Terbaik-> Luahan Hati Anak Seni~ Hafiz Suip
10. Video Muzik Terbaik-> #1~ Pretty Ugly & Altimet
11. Lagu Pop Etnik Terbaik-> Pahlawan Zafana~ Ihab Ismail
12. Lagu Nasyid Terbaik-> Mawar Berdarah~ Rabbani.
13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik-> In The House~ Goldfish & Blink Feat Altimet & ZE
14. Lagu Hip Hop Terbaik-> Aku Pelat~ Salam Muzik Feat Zion Dread
15. Lagu Rock Terbaik-> Dibawah Gerbang Skaea~ Amy Search
16. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara-> Hilang Naluri~ Once
17. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu-> Bila Resah~ Anuar Zain & Dayang Nurfaizah
18. Anugerah Sri Wirama-> Tan Sri Dr Tony Fernandez.
19. Anugerah Kembara-> Shila Amzah
20. Artis Baru Terbaik-> Alex Subryn

Khas Untuk Anda Semua, Jom Shopping

$
0
0
Ho ho ho! Christmas is just around the corner ladies! How’s your Christmas preparation? Looking for the perfect dresses and shoes or maybe gift for your loved ones? It is time to fulfill their wishes and for you who wish to make an entrance on this holiday season with our head-to-toe dazzling collection! 
Tick tock tick tock! The clock is ticking and you still got no time to shop? – “Alamak, I kerja la on weekdays. Weekend pulak mesti ramai orang” , “Malas lah nak bersesak. Traffic mesti teruk”, “Nak shopping tapi ada baby. Leceh la” No worries ladies. It happened all the time and we have a solution for you. So, have you ever experienced online shopping? Or do you familiar with online shopping sites? Here is a quick introduction.

Online Shopping: Basically similar with virtual shopping but all the processes and transactions are through online.

So if you still wondering – “What are the benefits?”, “Selamat ke?”, “Barang sampai lambat tak?”.. Well, you can save more with online shopping – petrol, time and satisfaction guaranteed :)

This is the perfect time to make a shout out for all women out there! Lai! Lai! Browse our page for online shopping Malaysia.. 
The biggest online fashion store, and enjoy special deals from us now! 

So what are you waiting for ladies? All are in one-store and at a good price. Shop now while stock lasts and enjoys free shipping with us. C.O.D is available for certain areas and all items are returnable within 30 days for free of charge. Have a joyful Christmas! XOXO.

Kumpulan Zero Tersingkir Di Minggu Ke-5 Maharaja Lawak Mega 2013

$
0
0
Assalammualaikum..
Minggu Ke-5 MLM2013 menyaksikan Kump Zerotersingkir selepas mendapat undian terendah. Penyingkiran Kump Zero juga menyebabkan tiada lagi peserta Hot Seats yang tinggal di MLM2013. Tema untuk minggu ke-5 ini adalah Bebas. Jadi peserta bebas melakukan apa2 Sketsa mengikut kreativiti masing2. Bagi aku untuk minggu ke-5 ni aku paling suka persembahanWala dan mereka satu-satunya kumpulan yang mendapat 4 bintang. Kump yang lain rata2 nya mendapat 3 bintang jer.
Nabil mengulang Watak penjual burger tu n sedikit bosan sebab kurang lucu. Manakala persembahan Shiro agak lawak juga cuma waktu nak last agak slow sikit. Jambu pula agak santai tpi kelakar part penyakit Karbon Dioksida tu. Bocey pula membuat sketsa berkaitan talkshow Primadona tu yang telah ditukar namanya. Kump Boboi pula membuat sketsa ala2 sindiran pada juri2. Terbaca satu artikel yang Nora Danish tersinggung dengan lawak kump Boboi yang menyindir juri itu. Manakala Afdlin menegaskan yang Juri x patut teringgung atau berkecil hati sebab itu hanya persembahan lawak.

Kump Sepahtu masih meneruskan persembahan lawak mereka secara sangat santai iaitu lepak2 dan borak2. Ramai juga penonton yang memberi komen tidak berpuas hati dengan persembahan Sepahtu. Jep turut terkena tempias kritikan yang dirinya mengutuk ahli kumpulan sendiri. Maybe tu cara Jep bergurau manja dgn geng die. Biasalah pelawak memang suka bergurau kasar hehe. Tapi rasanya Sepahtu tu okey jer dan rapat antara satu sama lain. Persembahan SYJ juga agak lawak especially part diorang kaitkan Nora Danish dan Fasha Sandha tu. Masuk jer AC terus die mention pasal Jejai hehe terus semua org ketawa.
Persembahan Saywho juga agak boring dah tak macam dulu2 maybe ketiadaan Eko agak memberi kesan dari segi idea untuk kump Saywho ni. Saywho buat sketsa pasal hantu2 memang bosan sikit. Manakala persembahan kump Comey agak boleh tahan juga. Bagi aku untuk Minggu ke-5 ni, persembahan semua peserta agak sederhana. Satu, Dua kumpulan jer yang agak menyerlah. Tak sabar tunggu minggu Muzikal Komedi hehe.

Gambar2 diatas cedit to Astro Gempak Dan Facebook Maharajalawak.

Baca Yang ni jugak k..

Sahabat Dan Persahabatan

Viewing all 2771 articles
Browse latest View live