Quantcast
Channel: Miss BaNu StoRy
Viewing all 2771 articles
Browse latest View live

Sinopsis Filem Pilot Cafe

$
0
0
Assalammualaikum..
Filem Pilot Cafe yang diapdatasi dari novel karya Ahadiat Akashah yang judulnya juga sama akan mula menjengah ke pawagam bermula 30 April ini. Filem Pilot Cafe ini dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Neelofa, Remy Ishak, Eizlan Yusof, Keith Foo dan ramai lagi. Aku sendiri mempunyai koleksi Novel Pilot Cafe ini sekali dengan sambungan Novel Pilot Cafe yang seterusnya. So kalau tengok dari versi novelnya memang best, hope versi filemnya pun akan best laa juga kan hehehe. Aku juga suka dengan lagu tema Filem Pilot Cafe ini yang berjudul Untuk Cinta nyanyian Hafiz dan Adira. Memang sesuai sangat lagu tu dengan filem ni. Apapun pastinya lepas Filem Pilot Cafe ni pastinya ada sambungannya nanti Pilot Cafe 2 sesuai dengan novelnya. Apapun lepas habis Pilot Cafe ni, novel Ahadiat Akashah yang mana pula akan diadaptasi lagi ek.??Apapun jom layan Sinopsis Filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Pilot Cafe

Mengisahkan tentang kehidupan seorang Pilot (Juruterbang) yang bernama Ameer Reza (Fahrin Ahmad). Ameer gemar berfoya-foya dan memainkan perasaan wanita. Hidupnya bergelumang dengan maksiat. Namun segalanya berubah apabila dia kehilangan sahabat baiknya Harris yang maut ketika bertugas sebagai Juruterbang. Ameer mula sedar yang hidupnya selama ini penuh dengan kejahilan dan dirinya insaf serta ingin pulang ke pangkal jalan. Bagi menebus dosa silam, Ameer berhenti dari menjadi juruterbang dan membuat keputusan untuk mengusahakan sebuah restoran yang diberi nama Pilot Cafe.

Di saat kerjaya baru semakin stabil, Ameer bertemu dengan seorang gadis kampung yang bernama Maya. Melihat keadaan Maya yang berada dalam ketakutan membuatkan Ameer terus menghulur bantuan. Ameer membuat keputusan untuk membantu Maya dengan harapan dapat menebus dosa silamnya yang lalu. Sedikit demi sedikit Ameer mula mengetahui kisah hidup Maya dan punca Maya melarikan diri ke Kuala Lumpur. Maya kini berbadan dua kerana terlanjur dengan kekasihnya Rashid (Remy Ishak). Ameer juga mula terkenangkan Sharmila (Neelofa) iaitu salah seorang gadis yang ditidurinya dan tanpa sedar dia juga tertarik padanya namun Sharmila telah menghilangkan diri, selepas Ameer menyuruhnya mengugurkan kandungannya.

Ameer mengambil keputusan untuk menjaga Maya dan memberikan perhatian pada anak yang dikandung Maya. Ini sebagai satu cara untuk Ameer menebus rasa bersalah terhadap semua wanita yang pernah die sakiti sebelum ini. Maya turut meminta Ameer menyamar sebagai suaminya demi memperbaiki hubungan bersama ibu bapanya. Di saat Ameer sedang bahagia bersama Maya, Sharmila muncul bersama seorang anak kecil. Anak kecil itu adalah anak Ameer dengan Sharmila manakala Maya pula ingin kembali pada kekasihnya Rashid. Ameer membatalkan hasratnya untuk meluahkan perasaan cintanya pada Maya setelah Maya memberitahu ingin kembali pada Rashid. Apa yang bakal jadi seterusnya??.


SEGMEN JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ

$
0
0
http://www.papaglamz.com/2015/04/Project-runnaway-catwalk-next-top-model.html

Jom Join Ramai2
Nak Join boleh klik banner diatas k..



SEGMEN REVIEW BLOG BY LON@

$
0
0



Jom Join Ramai2
Due Date- 8 May 2015
Nak Join boleh klik Banner diatas yer..

Sinopsis Drama Bidadari Slot Lestary TV3

$
0
0
Assalammualaikum..
Drama Bidadari adalah drama terbaru untuk Slot Lestary Tv3 iaitu pada hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam. Drama ini menggantikan drama Ajaibnya Cinta yang telah tamat episodnya. Drama Bidadari ini dilakonkan oleh Amyra Rosli, Shahz Jaszle, Nonny Nadirah, Sherry Merlis, Zamarul Hisham, Azhan Rani dan ramai lagi. Kalau tengok dari Sinopsis drama ni memang nampak cam best jer, haruslah tengok nanti kan, tambahan lagi Amyra dan Shahz Jaszle ni dah pernah bergandingan bersama dalam drama Kristal Maya sebelum ini. Apapun jom layann Sinopsis Drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Bidadari

Bidadari mengisahkan Suria (Amyra Rosli) anak kepada seorang penyanyi kelab, Delima (Sherie Merlis) yang terpaksa menempuh keperitan hidup dengan bapa tiri, Anjang (Azhan Rani). Anjang yang suka berjudi dan berfoya sentiasa mengambil kesempatan untuk mempergunakan dua beranak itu. 

Diherdik dan sering didera membuatkan Suria sukar menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya. Malah kepolosan dirinya sering mengundang niat jahat daripada insan bergelar lelaki. Ibunya, Delima pula bagaikan menyimpan rahsia terpendam. Walaupun Suria sentiasa menyayangi dan melayan ibunya sebaik mungkin, Delima pula sentiasa beranggapan anak gadisnya itu tidak lebih daripada sekadar menambah beban dalam hidupnya. Namun pada suatu hari, anak-beranak itu nekad meninggalkan rumah yang umpama neraka bagi mereka dan dipertemukan dengan takdir baharu. 
Tengku Iskandar (Zamarul Hisham), pemilik Restoran Melati yang tertarik dengan nyanyian Delima sebelum ini memberikan mereka tempat berteduh untuk memulakan hidup yang lebih baik. Pertemuan singkat itu juga berjaya membuka hati Tengku Iskandar memperisterikan Delima. Jauh di hati Delima, dia hanya menginginkan kemewahan dan sanggup berbuat apa saja demi mencapai impiannya. 

Suria kini memiliki seorang adik tiri bernama Tia, (Nonny Nadirah) yang ikhlas menerima kasih sayang Delima dan Suria. Namun ketamakan Delima bakal memusnahkan segala-galanya apatah lagi mengetahui rahsia bahawa Tengku Iskandar menyimpan isteri pertamanya bernama Melati yang koma dan dirawat di sebuah bilik rahsia. Sebuah harapan keluarga bahagia bakal berubah menjadi satu lagi dugaan besar buat Suria dan Tia. Pada masa sama, Suria didekati dua insan istimewa dalam hidupnya, Adi (Shahz Jaszle) yang ikhlas mencintainya dan Lukman (Syazwan Zulkifli), abang tirinya yang sanggup berubah bagi memenangi hati Suria. Mampukah Suria berhadapan dengan segala rintangan dan kekal sebagai insan berhati bidadari?

Apakah rahsia di sebalik kebencian Delima terhadap Suria? Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Segmen Jom Blogwalking By Syahirah Valiant

$
0
0

Jom Join Ramai2
Nak Join boleh Klik Banner diatas k..

Sinopsis Drama Dunia Generasi Baru Slot Aurora TV9

$
0
0

Assalammualaikum..
Drama Dunia Generasi Baru telah pun bersiaran di Slot Aurora Tv9 sejak beberapa minggu yang lalu. Drama ini akan disiarkan setiap Khamis, 8.30 malam di Tv9 dan mempunyai 13 episod. Drama ini dilakonkan oleh Fadlan Hazim, Kaka Azraff, Erwin Dawson, Ben Amir, Zahirah Macwilson dan ramai lagi. Drama ni ala-ala macam drama Dunia Baru dulu tu yang pernah popular kat Tv3 dulu, tapi drama ni generasi baru plak la kan hehe. Dulu2 aku memang suka tengok drama Dunia Baru tu, siap ada filem Dunia Baru The Movie lagi tu hehe. Rindu plak dengan pelakon2 Dunia Baru dulu tu. Apapun Drama Dunia Generasi Baru ni pun pastinya menarik, jangan lupa tengok. Apapun jom baca Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Dunia Generasi Baru

Mengisahkan kehidupan sekumpulan remaja yang memulakan fasa hidup baru di alam universiti. Pada hari pertama di universiti, kebanyakan pelajar ditemani oleh ibu bapanya. Tetapi tidak bagi Norelle, dia lebih gemar berdikari tanpa ditemani sesiapa. Norelle berkenalan dengan rakan-rakan sebiliknya iaitu Siska, Zahra dan Marina. Siska dan Zahra tidak sehaluan kerana mereka berdua telah berebut katil pada hari pertama. Siska ialah anak kepada bintang rock popular, Rio; Zahra pula berasal dari keluarga sederhana dan perlu bekerja separuh masa untuk menampung kos perbelanjaannya.



Norelle juga berkenalan dengan Aman yang cuba mencari alasan untuk tidak mendaftar masuk ke universiti dan menipu ibu bapanya. Aman tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sebiliknya, Zuhal dan Rik. Zuhal anak kepada Dato’ Zohari dan Datin Salbi ialah seorang yang ego dan sering menyelesaikan masalah dengan menggunakan duit. Rik pula seorang yang tidak gemar bercerita tentang kisah peribadinya dan dia juga seorang kasanova yang tidak serius dalam hubungan cinta.



Zuhal tidak menyukai Zahra. Dia mencabar Rik untuk memikat Zahra dalam masa yang ditentukan. Jika Rik berjaya membuatkan Zahra jatuh cinta, vespa Zuhal akan menjadi milik Rik. Adakah rancangan Zuhal untuk mengenakan Zahra berjaya?







Love Yourself

Cinta & Benci


BLOGWALKING SEGMENT BY JULIAJAMALUDIN.BLOGSPOT.COM

$
0
0



Jom Join Ramai2
Due Date- 20/5/2015
Nak Join boleh klik banner diatas yer..


Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh

$
0
0
http://www.blogparihh.com/2015/05/segmen-blowalking-cuti-semestar-by.html

Jom Join Ramai2
Due Date- 31 Mei
Nak Join boleh klik banner diatas k..

Fahrin Ahmad & Elena Hani Eleas Kini Sah Suami Isteri

$
0
0
Assalammualaikum..
Pelakon dan Pengacara Fahrin Ahmad menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya Elena Hani Eleas pada pagi tadi 9 Mei 2014. Mereka telah selamat bernikah dan kini suami isteri, tahniah pada Fahrin dan Elena semoga berbahagia selalu :)
gambar credit to Rotikaya

Drama Isteri Separuh Masa Episod 8

Drama Hati Perempuan Episod 13 Hingga 24

Enemy VS Fake Friend

HCube Shop - Kedai Online Kecantikan & Kesihatan Pilihan Ramai

$
0
0

Assalammualaikum.
Rasanya semua pun tahu zaman sekarang ni bukan main banyak lagi produk-produk kesihatan dan juga kecantikan. Syarikat-syarikat pengeluar barangan kecantikan dan kesihatan ni berlumba-lumba mengeluarkan dan memasarkan produk masing-masing pada pengguna. Semua produk-produk berkenaan ada banyak kelebihan yang membuatkanproduk tersebut menjadi popular dan mendapat sambutan hebat dikalanganpengguna. Biasanya produk-produk kecantikan dan kesihatan ini mudah didapati di mana-mana saja, jadi benda ni memudahkan pengguna untuk membeli produk2 tersebut. Tapi di zaman teknologi serba canggih ni, korang dah tak perlu dah nak susah-susah keluar rumah untuk pergi membeli produk-produk Kecantikan dan Kesihatan yang korang suka, just duduk di rumah jer dan beli-belah secara online jer. Sangat mudah, ringkas dan senang.
Tambahan lagi bagi yang busy dan takde masa nak gi beli produk2 kecantikan dan kesihatan di kedai-kedai, jadi membeli-belah secara online adalah satu alternatif yang paling baik. Kat sini aku nak perkenalkan satu blog yang best iaitu Hcube Shop.. ("YourHalaland Healthy Hub"). Blog ini secara khususnya menyediakan perkhidmatan jualan produk-produk Kecantikan dan Kesihatan terkini yang berkualiti dengan hargayangberpatutan. Pendek katanya Hcube Shop.. ni adalah kedai online gitu yang jual produk2 kecantikan dan kesihatan yang tengah hot masa kini. Macam-macam produk yang dijual di blog Hcube Shop.. ni, korang just pilih jer mana-mana produk yang korang berkenan di hati. Antara produk-produk yang terdapat di Hcube Shop.. adalah terdiri daripada produk mencerah, memutih, melembab, merawat wajah, menghilangkan jerawat, menghilangkan parut, penurunan berat badan (kurus), membesarkan payudara, produk rawatan wajah, penjagaan kulit, penjagaan wajah, set makeup, set bersalin, set rawatan resdung dan banyak lagi.
Disamping itu di blog HCUBE SHOP.. ni gak korang boleh dapatkan maklumat produk yang korang nak beli tu dengan lengkap sekali sebab disertakan sekali kebaikan penggunaan, cara penggunaan produk serta testimoni pengguna yang sudah mencuba produk berkenaan. Pendek katanya macam-macam ada kat Blog Hcube Shop ni, so memang rugi kalau tak singgah kat sana dan tengok macam2 produk kecantikan dan kesihatan yang dijual. Selain itu kesemuaproduk-produkkecantikan dankesihatanyang ditawarkanadalah aslidanberkualiti sertajaminanwang dikembalikan. Perkhidmatan penghantaran oleh Hcube Shop..adalahkeseluruhMalaysia. Berikut adalah senarai produk-produk yang terdapat di Hcube Shop.. ini. (boleh klik di nama produk di bawah ni untuk maklumat lengkap mengenai produk berkenaan)


Untuk Maklumat Lanjut sila lihat dibawah:-

Laman Blog Hcube Shop  http://hcubeshop.blogspot.com
Facebook Rasmi Hcube Shop https://www.facebook.com/hcubeshop

Untuk Sebarang Pertanyaan atau Tempahan sila hubungi:-
 Najihah - 017 366 4440
 Email - hbeshop@gmail.com

10 Perkara Perlu Dielakkan Di Facebook & Twitter

Jam Tawaf Anticlockwise Pilihan Masa Kini

$
0
0
Assalammualaikum..
Sape yang belum tahu pasal Jam Tawaf Anticlockwise yang semakin mendapat sambutan hangat dikalangan pembeli? atau adakah korang dah pun memiliki Jam Tawaf Anticlockwise ini?. Bagi yang belum tahu dan belum memiliki Jam Tawaf ni meh sini ramai2, sebab aku nak kongsi info tentang Jam Tawaf Anticlockwise ini. Jam ini dinamakan sebagai Jam Tawaf kerana jarumnya bergerak mengikut pergerakan semasa kita bertawaf iaitu dari kiri ke kanan. Jika kita tengok Jam biasa pula, jarumnya bergerak dari kanan ke kiri dan dikenali sebagai pergerakan clockwise. Jadi untuk Jam Tawaf, pergerakannya adalah secara anticlockwise dan sebab itulah Jam Tawaf turut dikenali dengan nama jam anticlockwise.

Konsep Jam Tawaf

Pergerakan ke kanan atau arah lawan jam (counterclockwise) adalah pergerakan semulajadi alam. Begitulah dengan konsep jam tawaf, pergerakan atau pusingan ke kanan mampu memberi kelebihan kepada individu (anda) secara semulajadi.Pergerakan Tawaf juga adalah pergerakan putaran arah kanan (lawan arah jam). Elektron yang mengelilingi nukleus dalam atom juga bergerak ke arah kanan. Kanan melambangkan kebaikan sejagat, Jam putaran arah kanan yang menggunakan konsep ke kanan ini akan mengembalikan keseimbangan fikiran dan peredaran darah dalam tubuh secara semulajadi. Antara contoh lain yang dapat dilihat adalah apabila seseorang itu berjoging di dalam track, korang akan menggunakan putaran ke kanan dan ianya akan menyebabkan badan menjadi ringan dan bertenaga. Cuba korang tukar pergerakan tersebut ke kiri, berkemungkinan korang mengalami simpton pening dan kurang bersemangat dengan aktiviti tersebut.

Kelebihan / Kebaikan Jam Tawaf

1- Bertindak sebagai pengimbang semulajadi
2- Menenangkan fikiran
3- Memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga

Hukum 7 Kuasa yang dimaksudkan adalah seperti berikut-

1- Keberanian mengatasi kesilapan
2- Kelajuan mengatasi kelewatan
3- Kemudahan mengatasi rintangan
4- Kestabilan mengatasi kucar-kacir
5- Kekuatan mengatasi kelemahan
6- Keuntungan mengatasi kerugian
7- Kejayaan mengatasi kegagalan

Cara Untuk Mendapatkan Jam Tawaf Anticlockwise

Bagi korang yang berminat nak dapatkan Jam Tawaf bolehlaa membelinya dari:
Jual Beli Jam Tawaf Anticlockwise (JBJTA)
Encik Badrol Isam (011-10766227)
Instagram -> JamTawaf_jbjta..

Senarai Jam Tawaf & Harga

JBJTA (Jual Beli Jam Tawaf Anticlockwise) menyediakan Jam Tawaf dari dua jenama iaitu MEM WATCHES dan HIJRATIMEPIECE. Kat bawah ni korang boleh tengok beberapa pilihan model Jam Hijrah yang boleh korang miliki dengan harga yang berpatutan.

~ MEM OCEAN PAIR (Sepasang)
RM 240, Postage RM 10 (Model Terlaris)

~ MEM BRAUNE (Men, Normal/Arabic) 
RM 150, Postage RM 9 (Model Terlaris)

~ MEM KARLENE BROWN (Women, Normal/Arabic)
RM 190, Postage RM 9

~ HIJRATIMEPIECE STAINLESS STEEL (Men/Woman, Normal/Arabic)
RM 150, Postage RM 9

~ HIJRA JUNIOR
RM 50, Postage RM9



Kelebihan Pembelian Model Jam HIJRA dan MEM

1- Warranty Premium satu tahun dari tarikh pembelian
2- Kalis Air
3- Tahan Karat
4- Original
5- Antik

Jadi tunggu apa lagi, cepat2 lah dapatkan Jam Tawaf Anticlockwise yang cantik lagi menarik ni, jangan lupa singgah ke Facebook dan Instagram JBJTA untuk melihat lebih banyak koleksi2 jam yang lain. Rugi kalau tak dapatkan Jam Tawaf yang best ni.

Sinopsis Filem Suami Aku Ustaz Lakonan Adi Putra & Nora Danish

$
0
0
Assalammualaikum..
Bermula 14 Mei ini filem Suami Aku Ustaz lakonan Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam, Betty Rahmat, Jue Aziz dan ramai lagi akan menjengah ke pawagam. Filem Suami Aku Ustaz ini adalah adaptasi novel terlaris yang tajuknya juga sama. Pengarah filem ini adalah Ghaz Abu Bakar dan Adi Putra. Aku sendiri pun belum baca Novel Suami Aku Ustaz ni n dah kuar versi filem gitu, mesti best ni, tengok dari trailer jer pun dah rasa macam best n sweet. Apapun jangan lupa tengok di pawagam. Meh baca Sinopsis Filem Suami Aku Ustaz kat bawah ni dulu k..
Sinopsis Suami Aku Ustaz

 Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah.
Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam). Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.
Apa terjadi setelah rahsia status Alisa dengan Ustaz Hafiz terbongkar? Akan wujudkah cinta Alisa buat suaminya dan bertahankankah jodoh mereka berdua? Saksikan kesudahannya dalam Suami Aku Ustaz, filem adaptasi novel terlaris di pawagam bermula 14 Mei 2015!
Gambar & Sinopsis credit to budiey.com..

Episod Akhir Drama Hati Perempuan Slot Akasia TV3

$
0
0
Assalammualaikum..
Drama Hati Perempuan untuk Slot Akasia telah pun tamat episodnya. Seperti drama2 terdahulu drama ini juga ada fenomenanya tersendiri. Ramai gak yang suka tengok drama ni, tapi bagi aku jalan cerita drama ni agak klise dan biase jer. Lelaki anak orang kaya suka dekat perempuan ni pastu perempuan tu terpaksa kahwin paksa dengan lelaki tu, bila dah kahwin start jatuh cinta pastu bekas kekasih datang menggangu hubungan diorang, tu jer la hehehe. Tapi maybe cara pelakon tu atau banyak adegan2 yang buatkan penonton terus tertarik untuk tengok drama ni. Bagi peminat drama ni jgn lak marah aku yer sbb ni pendapat aku jer hehe.

Bagi sesape yang terlepas nak tengok cite ni, aku nak share link untuk korang tengok online drama ni untuk episod 25 hingga 28. Selamat menonton..

Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa Slot Akasia TV3

$
0
0
Assalammualaikum..
Drama Dia Isteri Luar Biasa adalah drama terbaru Tv3 untuk Slot Akasia menggantikan drama Hati Perempuan yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Nur Fathia, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, Syatilla Melvin dan ramai lagi. Drama ini akan bersiaran mulai 18 Mei ini dan drama ini adalah adaptasi daripada Novel karya novelis Umie Nadzimah. Lagu Potret dari Akim & The Magistrate akan menjadi OST atau lagu tema drama ini. Dijangka drama ini juga akan menjadi fenomena dan popular seperti drama2 terdahulu. Apapun jom layan Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa kat bawah ni k..
Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat. Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. 

Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi. Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar.
Mampukah Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi? Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?
Viewing all 2771 articles
Browse latest View live