Quantcast
Channel: Miss BaNu StoRy
Viewing all 2771 articles
Browse latest View live

Sinopsis Telemovie Baba Nyonya Cerekarama TV3

$
0
0
Assalammualaikum..
Cerekarama Tv3 hari ini akan menyiarkan Telemovie Baba Nyonya sempena Tahun Baru Cina tak lama lagi. Telemovie Baba Nyonya ni dilakonkan oleh Vince Chong, Aenie Wong, Hanif Safuan, Syaa Nasir dan ramai lagi. Wahh lama tak nampak Vince kat Tv kan, bagi sesiapa yang lupa, Vince ni dulu adalah Juara AF1. Tengok dari gambar2 n iklan kat TV nampak macam best jer cite Baba Nyonya ni. Telemovie ini diterbitkan oleh MIG Production dan diarahkan oleh Romie. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Telemovie Baba Nyonya

Bersempena dengan Tahun Monyet, Wai Meng (Vince Chong) merasakan bahawa tahun ini merupakan tahun yang bertuah baginya kerana perniagaan kedai runcitnya begitu menguntungkan.Keuntungan yang berlipat ganda itu telah menyebabkan Wai Meng menjadi tamak dan kedekut. Isteri Wai Meng, Mei Mei (Aenie Wong) telah berusaha mencari jalan menyedarkan suaminya bahawa keuntungan yang berlipat ganda itu tidak akan ke mana sekiranya tiada sesiapa di sisi untuk meraikannya.


MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK

$
0
0
♥ Assalamualaikum ♥

"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, akhirnya Mega giveaway ini berjaya dilancarkan. Terima kasih kepada 21 sponsor yang sering memberi kerjasama yang baik. Dengan lafaz "Bismilah" cik akak membuka tirai "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK ".

klik banner - join 
Syarat-syaratnya :-
  • Follow blog, Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page Facebook - Rujuk Entri SINI (syarat Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page FB hanya kepada peserta yang memiliki mana-mana akaun yang dinyatakan seperti di atas).  
  • Letak link blog ini dalam senarai bloglist anda -  [ Cik Akak ] [ Eyja ] & [ Pn. Wawa ] - **syarat ini wajib kepada semua peserta sepanjang tempoh Mega Giveaway ini berlangsung.
  • Buat entri bertajuk "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 01.02.2016 - 26.02.2016
  • Giveaway tamat 26.02.2016 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG & PENGUMUMAN PEMENANG PADA 29.02.2016.

Azlin Juara Seiras Seirama (Ikon Ziana Zain)

$
0
0
Assalammualaikum
Azlin menjadi Juara Seiras Seirama musim pertama, Azlin yang ikonnya Ziana Zain membawa pulang RM20,000 dan sebuah trofi. Azlin yang menyanyikan lagu Tiada Kepastian, Sangkar Cinta seterusnya berduet dengan Aweera untuk lagu Senja Nan Merah berjaya menambat hati juri sekaligus menjadi juara Seiras Seirama. Juri untuk Final Seiras Seirama terdiri daripada Mamat Khalid, Dato Khatijah Ibrahim dan Dato Ac Mizal serta dihoskan oleh Dato Aznil Hj Nawawi. Antara Ikon lain yang terlibat untuk Seiras Seirama Musim Pertama ni terdiri daripada Ziana Zain, Faizal Tahir, Ella, Jamal Abdillah, Misha Omar, Hafiz Suip dan Mas Idayu. Selain itu Aweera, Siti Nordiana, Aishah Aziz, Sufi AF2015, Juzthin, Waris, Adira dan Ezad Lazim menjadi artis jemputan yang berduet dengan para peserta. Kesemua Ikon turut membuat persembahan dengan menyanyi lagu masing2, ada gak yang berduet dan ada gak yang menyanyi lagu daripada ikon lain. 

Hanya Ziana Zain yang tidak menyanyi disebabkan sakit tekak kot. Ziana Zain nak bercakap pun susah, suaranya tak keluar. Hope beliau cepat sembuh nanti. Bagi aku persaingan semua hebat2 memang semuanya ada iras2 dengan ikon masing2 termasuklah dari segi rupa ataupun suara. Salah sorang peserta yang ikonnya Ella tu mempunyai suara yang sebijik sama dengan Ella hehe, sorang lagi plak nak sama dengan Jamal Abdillah. Manakala Azlin pula suara die ketika menyanyi untuk nada tinggi memang nak sama dengan Ziana Zain tapi part tinggi jerla walaubagaimanapun memang sedap suara Azlin ni. Dari segi peserta Seiras Seirama ni, ramai juga yang mencuba nasib termasuklah yang dah ada pengalaman menyertai pertandingan seperti Kilauan Emas, Mentor mahupun Akademi Fantasia. Kemungkinan besar akan ada Seiras Seirama Musim Kedua pulak nanti.


Pernikahan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

$
0
0
Assalammualaikum..
Nampaknya Shaheizy Sam kini sah suami orang dah hehehe, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah selamat bernikah pada 8 Feb. Majlis Pernikahan berlangsung di Nibong Tebal Pulau Pinang. Hashtag #samtilla juga trending di Twitter. Sam juga pura-pura pengsan untuk suprisekan Syatilla sempena Birthday Isterinya itu. Semoga Berbahagia selamanya buat Sam dan Syatilla Melvin.


Review Running Man Episod 285

$
0
0
Assalammualaikum..
Lama tak sembang pasal Running Man ni, diam tak diam dah masuk episod ke 285 dah. Kadang2 bila rasa rajin macam sekarang ni aku buatla review untuk mana2 episod latest yang aku suka, tapi kalau rasa malas tu memang tak buat la jawabnyer hehe. Kalau dulu nak tengok online Running Man kena tunggu sampai hari Selasa baru la dapat tengok episod lengkap beserta english subtitle nyer sekali, tapi sekarang ni makin awal pulak, RM disiarkan pada waktu petang hari Ahad di Korea dan Isnin pagi dah boleh tengok dah secara online, lengkap dengan subtitle sekali tu, cepat betul. Dalam banyak2 program Variety Show Korea ni aku just layan Running Man jer n kadang2 terlayan 2 Days 1 Night. Berbalik pada RM episod 285 ni, memang seronok tengok episod ni, asyik ketawa jer, walaupun takde artis jemputan pun dah rasa best sangat. Lebih best dari episod2 lepas yang banyak benar guestnyer.
Aku suka tengok first mission diorang bila diorang kena fokus dan berhati-hati dengan persekitaran dan orang sekeliling mereka.Diorang kena protect nametag diorang dari dikoyakkan/ditarik dari sesiapa pun. Part ni memang lawak giler bila diorang start suspicious dengan semua orang dan reaksi diorang sangat best dan lawak. Aku berulang kali tengok first mission mereka ni, semua rasa tak selamat n suspicious terhadap semua orang, tak leh blah krew2, jurukamera, manager diorang sendiri pun jadi dalang n terlibat sama dan tunggu peluang jer nak singkirkan diorang dengan koyakkan nametag diorang masing2. Reaction dan kelakuan HaHa yang paling lawak giler kot, Kwang Soo pun sama, pendek kata semuanya lawak. Result untuk first mission, Ji Hyo dan HaHa berada di kedudukan tertinggi. Manakala Ji Suk Jin berada di tangga terbawah, kemudian Suk Jin dibawa ke sebuah bilik lain untuk diuji lagi.
Lawak gak part ni, bila Suk Jin x perasan langsung yang doktor dihadapannya tu kerap bertukar-tukar ketika Suk Jin leka mengisi borang soal selidik ke ape ntah. Die langsung x perasan yang doktor dihadapannya tu adalah 2 individu berbeza. Member RM lain memerhati gelagat Suk Jin dari monitor yang terletak di bilik lain sambil ketawa giler2 melihatkan gelagatnya. Kemudian diorang bertujuh dibawa ke suatu bilik lain untuk diuji kebolehan dan kekuatan masing2. Kali ini keberanian diorang pula diuji dengan perlu memasukan tangan mencari bola kaca dalam beberapa kotak yang dalamnya terdapat sesuatu yang tidak diketahui. Masing2 membayangkan macam2 binatang yang mengelikan dan menakutkan berada dalam kotak2 tersebut. Memang lawak gak part ni bila setiap sorang ketakutan, geli dan menjerit-jerit mahupun berguling atas lantai hahaha. Kim Jong Kook yang start dulu untuk cabaran ni, die berani, laju jer tapi stil menjerit-jerit gak die ni hahaha.
Lepas Jong Kook, Gary pula start memasukkan tangannya dalam kotak2 tersebut, reaksi Gary juga lawak, menjerit tu tak payah cakaplah kan, tapi takut2 Gary tu pun die berjaya habiskan cabaran tu. Paling best bila die dah tengok benda sebenar yang terdapat dalam kotak tu, rupa-rupanya benda biasa2 jer, langsung tak menakutkan pun, reaksi die masa ni pun lawak, macam menyesal pun ade gak sebab takut sangat masa buat cabaran tu hehehe. Kemudian Kwang Soo punya giliran pulak, macam biase die pun takut habis, reaction die mmg lawak habis, sampai Kim Jong Kook kena paksa dan pegang tangan die tu, tapi memang lawak laa, Jong Kook dan Gary yang jadi penonton pun asyik ketawa giler2. Suk Jin pun takut2 tapi die agak berani la jugak sebab berjaya ambil beberapa bola kaca dari kotak2 tersebut. Jae Suk dan HaHa pula 2x5 jer hehehe, lawak betul diorang ni.
Ji Hyo yang last sekali untuk cabaran tersebut, game ni memang kelemahan Ji Hyo, die sangat tak suka game2 yang macam ni, nampak die cuak, risau, takut, geli untuk masukkan tangan die tu. Sampai menangis Ji Hyo tu sebab sangat takut, Kwang Soo dan Jong Kook cuba bantu die, manakala yang lain2 try bagi semangat kat die. Namun die x berjaya selesaikan cabaran ni, tapi bukan die sorang jer, Jaesuk, Haha pun x dapat nak selesaikan cabaran ni. Kemudian kekuatan diorang pula diujidan menyaksikan Jong Kook berada di kedudukan teratas diikuti Jaesuk, Kwang Soo, Gary dan seterusnya.
Last game yang diorang main mestilah game Ripping Nametang tu. Kali ni kekuatan masing2 diseimbangkan, dan kelihatan Suk Jin, HaHa dan Kwang Soo ada peluang untuk menang disebabkan member RM yang lain mempunyai beberapa kekurangan seperti mempunyai nametag yang sangat besar, ada loceng di kasut dan sebagainya. Ganjaran untuk pemenang episod ini adalah lawatan ke London.
Masa last game ni kelihatan Suk Jin sangat yakin untuk menang, manakala HaHa, Gary dan Ji Hyo membantu Suk Jin menyingkirkan Kwang Soo, Kemudian Jong Kook tersingkir n then HaHa betray Suk Jin dan singkirkan die pulak hihi. Bila tinggal bertiga ni HaHa mula konpius nak geng dengan Ji Hyo mahupun Gary. Nampak macam Gary berpihak pada Ji Hyo tapi malangnya die tersingkir dan HaHa menang disebabkan nametag Ji Hyo agak besar juga. So pemenang RM untuk episod 285 ini adalah HaHa. Apapun episod kali ini memang best, lawak dan seronok ditonton. 

Segmen Ucing Nak Url 3

$
0
0
http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/02/segmen-ucing-nak-url-3.html
Segmen Ucing Nak Url 3

Hi Blogger Segmen Ucing Nak Url kembali Lagi "Ucing Nak Url Bahagian 3" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 2 .Bolehlah Menyertai Segmen ini.40 Penyertaan akan Menyaksikan Artis Popular Dari Hollywood Dalam Bulatan Merah.Siapakah Artis Tersebut .?

Syarat-syarat nya Mudah :

1) Follow Blog Ucing Kadayan Dan Google +
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Url 3 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

 Url Post Anda Akan Saya jadikan Home Blog Anda,Tarikh Tutup Segmen 17-2-2016.Jangan lepaskan Peluang Untuk Menyaksikan Artis Terkenal Dan Popular Dari Hollywood..!!

Chocodina Giveaway by Mastura Aziz

$
0
0

TEKAN BANNER UNTUK TURUT SERTAI

PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN CABUTAN BERTUAH OLEH MAS SENDIRI

GIVEAWAY INI BERMULA PADA 10/2/2016 DAN TAMAT PADA 27/2/2016 (12 TENGAH MALAM)* Penyertaan tidak diterima selepas tarikh tamat

TAWARAN HADIAH :
 CHOCODINA CRISPY SEORANG PEMENANG (Ada 12 jenis perisa.boleh pilih nak perisa apa)
TOPUP RM 5 UNTUK 2 ORANG PEMENANG.

LETS JOIN US

Reply 1988 - Sesi Review Drama Korea

$
0
0
Assalammualaikum..
Aku dah habis menonton drama Korea Reply 1988, episod akhir cite ni telah pun disiarkan pada 16 Januari 2016 yang lalu. Drama ini merupakan siri ketiga selepas drama Reply 1997 dan Reply 1994, dan ketiga-tiga jalan cerita drama tersebut memang berbeza sama sekali. Aku sendiri tak pernah tengok ke semua episod dalam Reply 1997 dan 1994, walaupun aku ada gak try tengok 1 episod untuk kedua-dua siri tersebut, tapi aku rasa macam bosan jer hahaha, so aku pun mulanya teragak-agak sama ada nak tengok ke tidak cite Reply 1988 ni, n aku layan gak episod pertama cite tu n guess what memang best la plak hihi walaupun suasana cite tu berdasarkan tahun 1980-an iaitu lebih tepat lagi pada tahun 1988 hingga 1994, manakala tahun 1995 adalah perkahwinan salah satu watak dalam cite ni. Manakala tahun 2015/2016 adalah versi diorang yang telah dewasa dan mengimbau kembali zaman2 diorang remaja gitu hehe. Antara keunikan drama Reply 1988 ni sama juga dengan siri2 sebelum ni apabila para penonton akan cuba meneka-neka siapakah suami heroin dalam cite ni, semuanya menjadi misteri dan penonton akan mula menyokong mana2 hero yang diorang suka hahaha.
Dalam cite ni heroinnyer iaitu Sung Deok Sun yang dilakonkan oleh Lee Hyeri mempunyai 4 kawan baik yang kesemuanya lelaki iaitu Sung Sun Woo yang dilakonkan oleh (Go Kyung Pyo), Choi Taek (Park Bo Gum), Kim Jung Hwan (Ryu Jun Yeol) dan Ryu Dong Ryong (Lee Dong Hwi). Kelima-lima mereka ini bersahabat baik sejak dari kecil lagi dan tinggal berjiran. Ibu Bapa diorang semua juga berkawan baik dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain. Selalunya kelima-lima mereka ni akan lepak di rumah Choi Taek atau secara spesifiknya di biliknya. Diorang ni buat bilik Taek ni macam rumah diorang sendiri, slumber masuk keluar bilik Taek hehe. Di awal episod aku tengok watak Taek ni macam kanak-kanak jer hehe berbanding kawan-kawannya yang lebih aktif. Tapi lama2 nampakla kematangannya dan tak sangka die ni pun suka Duk Seon. Walaubagaimanapun drama ni tak memfokuskan tentang hal percintaan jer semata-mata sebaliknya turut memfokuskan tentang hal keluarga masing2, iaitu tentang masalah yang dihadapi dalam keluarga mereka serta bagaimana mereka mengatasinya.
Deuk Seon ni mempunyai kakak dan sorang adik lelaki, kakak die nama Sung Bora, dan merupakan seorang yang bijak kerana berjaya memasuki Universiti terbaik ketika tu, walaubagaimanapun BoRa ni sangat garang giler, semua kawan2 Duk Seon takutkan Bora, part paling tak boleh blah masa Deok Sun ni bergaduh dengan kakaknya tu, dah macam hobi diorang untuk bergaduh siap menjerit-jerit, tarik2 rambut bagai, ganas diorang ni haha. Masa scene Deok Sun terperasan yang salah sorang kawan baiknya iaitu Sun Woo ada hati padanya tu pun lawak haha, die dah tersalah sangka ingatkan Sun Woo tu suka kat die tapi boleh plak Sun Woo tu tercinta plak kat kakak die yang garang tu haha. Lepas Deok Sun tahu perkara ni die dah jadi menyampah tengok muka Sun Woo setiap kali jumpa Sun Woo, Duk Seon akan naik angin dan marah2 haha. lawak part ni. Orang yang benar2 jatuh hati pada Duk Sun adalah Kim Jung Hwan. Jung Hwan ni sentiasa suka perli dan mengusik D.S (Deok Sun) tapi takde siapa menyangka yg Ju Hwan ada hati pada D.S.
Dari awal2 episod lagi, para penonton telah dibuai dengan scene2 sweet antara Jung Hwan dan D.Sun. Jung Hwan sentiasa memerhati dan mengambil berat pasal D.S dalam diam. Selepas diberitahu oleh kawan2 nya barulah D.S macam syak yang Jung Hwan ada hati dengannya. Namun sikap JungHwan yang teragak-agak nak luahkan perasaan die pada D.S membuatkan D.S jadi x pasti mengenai Jung Hwan dan menganggap takde siapa yang sukakan die. Kemudian Choi Taek buat kejutan yang tetiba bagitau kat kawan2 yg lain kecuali D.S yang dirinya sukakan D.S juga
Bila Jung Hwan dengar pengakuan Taek tu membuatkan dirinya makin serba salah dan tak sanggup nak rampas D.S dari Taek lalu cuba jauhkan diri dari D.S. Masa ni kesian juga kat Jung Hwan, die makan hati jer hahaha tapi diorang ni memang lembut hati sikit dengan Taek dan tak sanggup tengok Taek tu bersedih. Kemudian Taek cuba untuk beranikan diri nak luahkan perasaannya pada D.S namun tak jadi, sebab dari pemerhatiannya Jung Hwan juga sukakan D.S dan kali ni Taek pula serba salah dan last2 dua-dua pun just pendamkan perasaan diorang pada D.S.
Lama juga diorang pendamkan perasaan tu, dari diorang masih bersekolah sampaila masing2 dah bekerja. Dari komen2 yang aku baca memang penonton dah berpecah jadi dua dah masa ni, satu Team Taek iaitu pada yang suka Taek dan Duk Seon dan satu lagi Team Jung Hwan. Masing-masing buat spekulasi siapa yang sesuai dan berpotensi untuk jadi suami D.S. Aku awalnya suka gak tengok D.S dengan Jung Hwan tu, sweet jer walaupun diorang kerap bergaduh, tapi aku frust gak dengan sikap Jung Hwan yang terlalu banyak berfikir dan teragak-agak serta mengambil masa yang lama untuk bertindak, last2 memang melepas laa jawabnya. Bila aku tengok D.S dengan Taek pun comel gak hahaha especially masa diorang sembunyikan hubungan diorang dari pengetahuan keluarga sebab keluarga diorang dah kecoh dengan Sun Woo yang nak kahwin dengan Bora tu. Diorang gi dating pun senyap2 hahaha. Bermula episod 18 memang penonton dah boleh agak yang Jung Hwan gagal untuk mendapatkan Deok Sun. Tema episod 18 pun adalah Goodbye My First Love, memang episod khas tentang Jung Hwan yang cintanya tidak kesampaian.
Memang sedih episod 18 tu, Jung Hwan sebenarnya dah buat pengakuan yang dirinya sukakan D.S di depan D.S serta dua kawan diorang lagi iaitu Sun Woo dan Dong Ryong. Masa Jung Hwan tengah luahkan perasaannya tu, Dong Ryong ngan Sun Woo punyalah terkejut besar sebab tak sangka giler hahaha, lawak ekpresi muka diorang especially Dong Ryong. Frust masa ni sebab di akhir pengakuannya tu die cakap tu semua hanyalah gurauannya semata-mata. Ish Ish stress juga time ni patutnya die biarkan jerla pengakuannya tu tergantung x payah ckp tu semua gurauan ker ape. Biar D.S yang putuskan siapa yang die nak, tapi bila Jung Hwan dah cakap gitu so D.S pun just buat slumber jerlaa. 
So lepas dari episod 18 tu, memang Taek laa yang jadi suami D.S diakhirnya, selepas episod 18 memang die tunjuk sweet moment D.S dengan Taek jer la dan kemudian jalan cerita dah memfokuskan tentang masalah perkahwinan kakak D.S iaitu Bora yang nak kahwin dengan Sun Woo, keluarga diorang masing2 menghalang percintaan Bora ngan Sunwoo tu, sampai aku pun heran sape plak yg jadi heroin cite ni haha sebab di akhir2 cerita drama ni lebih memfokuskan pasal Bora jer hahaha. Namun last2 diorang kahwin gak, siap tunjuk majlis perkahwinan diorang semua.
Ending die aku kurang puas hati gak sebab die just tunjuk perkahwinan Bora jer, patutnya tunjuk jugak lah kan perkahwinan D.S dengan Taek tu kan. Manakala ending untuk watak Jung Hwan juga tak jelas, adakah die bertemu pengganti D.S atau tidak, semua jadi tergantung, watak Jung Hwan tetiba hilang di akhir2 cerita, macam x penting plak watak die sedangkan di awal2 cerita, wataknya memainkan peranan penting juga. Begitu juga dengan watak Dong Ryong tidak dijelaskan dengan lebih mendalam apa yang berlaku pada persahabatan mereka selepas itu.
Selain kisah percintaan dan persahabatan, drama ini juga turut memfokuskan tentang isu hubungan adik beradik, contohnya macam hubungan D.S dengan Bora, walaupun diorang sering bergaduh, tapi diorang saling menyayangi sebenarnya, tak leh blah part D.S asyik menangis bila tengok kakaknya kahwin tu hihi. Hubungan baik Jung Hwan (J.H) dengan abangnya iaitu Jung Bong tu turut menyentuh hati. J.H sanggup korbankan impiannya demi menunaikan impian abangnya yang tak kesampaian.
Semangat Kejiranan yang kuat turut ditunjukkan dalam drama ni, bila ada yang susah, ramai2 akan datang tolong gitu. Lagu tema / OST drama ni banyak diambil dari lagu2 lama dan di remake semula. Aku teringat satu scene dimana J.H, Sun Woo dan Dong Ryong masuk pertandingan menari bagi pihak D.S, bukan main lagi diorang menari hehe, pergerakan menari tu cantik dan sama jer n diorang menang dan hadiah kemenangan tu diorang bagi D.S yg sememangnya teringin sgt nak memiliki Walkman hehe. Satu lagi keunikkan drama ini apabila ada jer scene2 yang lawak, maka akan ada sound effect bunyi kambing hehehe, kiranya bunyi kambing tu memang popularlah tiap kali ada scene2 lawak dlm cite ni. Apapun memang berbaloi layann cite ni dan aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk drama Reply 1988 ni. Maaf sebab review kali ini agak panjang berjela-jela hahaha, pening korang nak membaca, apapun selamat membaca yer lalalala...

Chilok & Kavin Tersingkir Di MLM2016

$
0
0

Assalammualaikum..
Semalam berlangsungnya minggu ketiga Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016) dan menyaksikan Kumpulan Chilok dan peserta solo Kavin tersingkir. Rayza juga turut berada di kedudukan bottom three. Tema Minggu ke-3 adalah Bollywood dan menyaksikan kebanyakkan kumpulan memaparkan watak2 perempuan dan bagi aku sketsa yang disampaikan kesemuanya agak klise dan stereotype kat situ. Tambahan lagi pemilihan lagu2 bollywood/ hindustan yang dipilih peserta pun kebanyakannya asyik2 lagu Kuch-Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhi Ghum dan lagu2 dari filem SRK yang lain. Ikutkan ada banyak kot lagu bollywood yang best2 tapi diorang guna lagu yg sama jer. Juri tetap Bunga Citra Lestari tidak ada di MLM minggu ini dan diganti dengan juri jemputan iaitu Scha Alyahya.

Dalam banyak2 group aku paling suka dengan persembahan / sketsa dari kump Bora walaupun diorang juga berpakaian seperti perempuan tapi sketsa diorang agak lawak juga. Kumpulan Bora, Joras, LoL dan Bocey mendapat 4Ha dari Juri manakala kumpulan Bos, Kavin dan Chilok mendapat hanya 2 Ha dari juri. Selebihnya mendapat 3 Ha dari Juri. Hope next week akan ada lebih banyak sketsa yang best2 dari peserta. Tema apa agaknyer minggu depan..?

First Giveaway By Nadia Syamimi

$
0
0

Jom Join Ramai2
Due Date- 27 Feb
Nak join boleh Klik Banner yer..


Segmen Blogwalking | Cik Nurul

$
0
0

Jom Join Ramai2
Due Date- 29 Feb
Nak join boleh klik banner yer..

Segmen Bloglist NrlSyazwana

$
0
0

Jom Join Ramai2
Due Date- 24 Feb 2016
Nak join boleh klik banner k

Tag
1..2.. & 3..

Sinopsis Novel Tundukkan Playboy Itu

$
0
0
Assalammualaikum..
Novel Tundukkan Playboy Itu karya Anjell akan diadatasikan menjadi drama di Slot Akasia yang akan disiarkan di Tv3 mulai 17 Feb ini. Watak Nurin dalam novel tundukkan playboy itu akan dilakonkan oleh Uqasha Senrose manakala untuk watak Harraz Naufal akan dilakonkan oleh Hafidz Roshdi. Dijangkakan drama 30 episod Tundukkan Playboy Itu akan menjadi kesukaan ramai. Apapun sambil2 tengok drama tu nanti, jom baca jugak sinopsis novelnyer kat bawah ni k
Sinopsis Novel Tundukkan Playboy Itu

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.
“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL
Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!
“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA
Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.
“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL
Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?


Episod Akhir Cinta Si Wedding Planner

$
0
0
Berakhir sudah drama Cinta Si Wedding Planner yang ditayangkan untuk Slot Akasia Tv3. Selepas ini drama Tundukkan Playboy Itu akan menggantikan drama Cinta Si Wedding Planner ini. Ending untuk episod akhir drama Cinta Si Wedding Planner ni mestilah happy ending kan, walaupun pada awal episodnya, Zara masih tidak sedarkan diri di hospital manakala Shira pula cuba membunuh Zara di Hospital. Dalam episod akhir ni gak baru laa penonton tahu siapa Shira dan Nadia sebenarnya yang mana Shira telah lama meninggal dunia ketika masih remaja lagi manakala Nadia pula mengalami gangguan jiwa selepas kematian kembarnya itu. Kejap Nadia jadi diri nyer, kejap plak die jadi Shira hehehe. 
Kemudian Nadia masuk hospital mental, n Zara pula bahagia dengan suaminya Faiz, n then Zara bersalin anak lelaki, pendek katanya happy ending gitu. Drama ni adakalanya aku tengok n adakalanya aku tak tengok hehehe. Nak kata drama ni best sangat tu takdelah, setakat biase2 jer..


Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu Slot Akasia TV3

$
0
0
Assalammualaikum..
Drama Tundukkan Playboy Itu merupakan drama terbaru untuk Slot Akasia Tv3 menggantikan drama Cinta Si Wedding Planner..yang telah tamat episodnya. Drama Tundukkan Playboy Itu dilakonkan oleh Hafidz Roshdi sebagai Harraz Naufal, Uqasha Senrose sebagai Nurin Arissa, Alif Satar, Mawar Rashid, Ridzuan Hashim, Maria Farida, Marisa Yasmin dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 30 episod dan akan mula disiarkan mulai 17 Febuari ini. Rasanya semua pun tahu drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Tundukkan Playboy Itu..karya Anjell. Ni first time aku tengok Uqasha Senrose berlakon jadi watak utama untuk Slot Akasia. Tak sangka juga Tv3 pilih Uqasha jadi heroin sebab die kan banyak kontroversi sebelum ini. Maybe watak Nurin tu sesuai kot dengan Uqasha, apa2 pun sama2 laa kita tengok nanti. Apapun jom baca Sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu
Mengisahkan Harraz Naufal (Hafidz Roshdi) seorang jejaka kaya yang suka bermain cinta dan membuang masa dengan hiburan. Perangainya pula sukar difahami sama ada sebagai seorang majikan mahupun sebagai seorang anak. Adakalanya dia manja, adakalanya juga dia seorang yang panas baran. Sikapnya berubah-ubah dan sukar untuk difahami. Walaubagaimanapun dia seorang yang bertanggungjawab apabila menerajui syarikat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding. Dia sentiasa tepat pada masa dan berusaha menjayakan syarikatnya. Tan Sri Mukhriz (Ridzuan Hashim) dan Puan Sri Rosell (Maria Farida) sebagai ibu bapa Harraz yakin bahawa sudah tiba masanya untuk seseorang yang istimewa hadir dalam hidup Harraz bagi menundukkan sikap playboy anak lelakinya itu.

Tan Sri Mukhriz bertemu Suffian (Mahmud Ali Bashah) rakan lamanya. Di dalam pertemuan itu, Tan Sri Mukhriz bertemu Nurin Arissa (Uqasha Senrose), anak Suffian yang dirasakannya mempunyai sesuatu yang istimewa. Nurin yang baru tamat pengajian sarjana dalam bidang arkitek ditawarkan untuk bekerja di syarikat Harraz. Nurin yang memang menunggu peluang kerja bersedia untuk ditemuduga Harraz namun kecewa apabila Harraz meletakkan syarat untuk dia membuka tudung sebelum diterima bekerja atas alasan syarikatnya bertaraf antarabangsa. Nurin tetap dengan pendiriannya dan walau berat hati dia menolak syarat Harraz. Tan Sri Mukhriz yang cuba membela Nurin memaksa Harraz untuk menerima Nurin sebagai arkitek baru di syarikat mereka. Harraz terpaksa akur dan dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin membenci Nurin. Ada saja cubaan Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja. Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz.

Semakin lama Nurin berkhidmat di syarikat itu, Harraz mula menyedari bahawa Nurin sememangnya pekerja yang cekap dan berkebolehan. Hati Harraz mula berubah namun dia tidak faham akan apa yang dialaminya kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa Harraz. Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz. Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut. Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz. Mampukah Nurin menundukkan sikap playboy ‘Harraz’? Adakah Harraz bakal memahami erti sebenar cinta? Dan apakah yang bakal Elfira lakukan bagi memusnahkan kerjaya Nurin? 
OST / LAGU TEMA TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Lagu : Tak Ada Cinta Sepertimu

Artis : Siti Nordiana & Aliff Aziz



Kesenangan Selepas Kesusahan

Xola Tersingkir Di Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu Ke-4

$
0
0
Assalammualaikum..
Nampaknya di Minggu ke-4 Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016) menyaksikan kumpulan XOLA tersingkir. Xola dianggotai oleh Wan Wala bersama dengan One dan Chot (xoxo). Selain Xola, kumpulan Puteh dan Cham turut berada dalam kedudukan bottom three manakala tema untuk minggu ke 4 ini adalah Komedi Bermoral yang mana peserta perlu buat sketsa yang mengaitkan tentang aspek kebersihan. Tema untuk minggu ini agak susah juga sebab sketsa semua peserta akan memfokuskan tentang kebersihan sekaligus membuatkan lawak mereka agak sama antara satu sama lain, begitu juga dengan kostum dan props. Secara tak langsung menjadi sedikit bosan, manakala kategori Man Of The Match turut diwujudkan semula dan Abam Bocey menjadi pemenang pertama untuk Man of the match untuk minggu ke-4.

Nora Danish menjadi Juri Jemputan untuk minggu ini, manakala Johan dan Sharnaaz Ahmad pula menjadi Chief Lawak, dimana diorang berdua akan memberikan komen pada persembahan peserta menerusi Twitter. Tak leh blah gimik Astro kononnya Johan bergabung dengan Sharnaaz jadi Jonas untuk join MLM hehehe. Kumpulan Xola, Shake dan Cham mendapat 2Ha dari Juri dan Kump Bocey mendapat 5 Ha dari juri Nora Danish, rasanya 4 Ha pun dah okey kot, cuma aku x faham sangat moral yang disampaikan kump Bocey tu? Binatang tak boleh ada dalam troli? kebersihan ker tu? Vegetarian ker hehehe. Kump Cham pula gagal menyerlah, sketsa diorang kurang lawak, banyak menjerit pastu pukul2 sana sini. Hope minggu depan Kump Cham akan bangkit sbb dah bbrp minggu sketsa diorang kurang lawak. Apapun Good Luck untuk semua peserta.

Sinopsis Reza, Arman dan Bill (Cerekarama TV3)

$
0
0

Assalammualaikum..
Telemovie Reza, Arman dan Bill akan disiarkan di Tv3 pada 20 Feb ini dan dilakonkan oleh Fimie Don, Shafie Naswip, Aedy Ashraf, Mawar Rashid serta ramai lagi. Diarahkan oleh Yeop Hitler dan merupakan terbitan Country & Universal Sdn Bhd. Dari sinopsis Telemovie Reza Arman & Bill ni nampak macam ianya berkisarkan tentang bola sepak / Futsal gitu. Menarik juga jalan cerita telemovie ni, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Telemovie Reza, Arman dan Bill

Mengisahkan Reza seorang pemuda yang gilakan bola sepak. Sehariannya tidak lengkap tanpa membincangkan tentang bola sepak. Dia juga seorang pemain amatur yang hebat, terutama bermain futsal. Namun setelah dia cedera, yang mana kecederaan itu telah disengajakan oleh musuhnya, Arman, dia tidak mampu untuk bermain lagi. Perasaan untuk terus bermain bola juga lenyap, apatah lagi selalu diganggu oleh Arman dan rakan-rakan yang mengatakan dia seorang kaki bangku. Satu hari Reza dibuli teruk sehinggakan seorang pemain bola sepak yang menyedari kejadian tersebut datang menyelamatkannya dan menghadiahkan sepasang kasut bola kepada Reza. Kasut itu dikatakan mampu membantu Reza bermain kembali namun dengan syarat, kasut itu harus dijaga dengan baik dan tidak boleh hilang kerana ia akan menentukan nasib Reza.

GIVEAWAY BIRTHDAY WISHES TO ME AND BLOGLIST 2016 by Noor Akma

$
0
0
Nak Join boleh klik Banner
Due Date- 2 Mac 2016

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Noor Akma, moga ceria dan bahagia selalu ;)
Terimalah Pantun dari saya sempena Birthday awak :)

Petang Hari Menjala Ikan, 
Sambil Menyiram Bunga Di Taman,
Selamat Hari Lahir Saya Ucapkan,
Kepada Noor Akma Yang Budiman..

Tanam Betik Di Pinggir Laman,
Buahnya Lebat Enak Dimakan,
Semoga Rezeki Sentiasa Dimurahkan, 
Umur Pula Dipanjangkan Tuhan..

Sakitnya Kaki Terpijak Duri,
Kerana Hendak Menangkap Ikan,
Kepada Tuhan Kita Syukuri,
Atas Usia dan Rezeki Yang Diberikan..

Bukit Tinggi Kita Mendaki, 
Melihat Pemandangan kita terpegun,
Dengan Rasa Setulus Hati,
Saya Ucapkan Selamat Ulang Tahun..

Segmen Bloglist Mac 2016 Bersama DRAMATIC UNIQ

$
0
0



Jom Join Ramai2
Due Date- 29 Feb
Nak Join Boleh Klik Banner yer..
Viewing all 2771 articles
Browse latest View live