Quantcast
Channel: Miss BaNu StoRy
Viewing all 2771 articles
Browse latest View live

GIVEAWAY KAD RAYA 2016 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK


SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM

$
0
0

Jom Join Ramai2
Nak Join boleh Klik Banner yer..
Pendapat Korang Tentang Blog Shida:-
Pada pendapat saya blog shida sangat cantik, warna yang kebiru-biruan tu membuatkan sejuk mata memandang, Header Blog pun dah cute giler, bertambah seri dengan doodle comel tu. Pendek katannyer saya suka blogwalking ke Blog Shida ni cuma saya sarankan agar Shida rajin2 kan diri update entry2 baru di blog Shida supaya pembaca tak rindu nanti :)

Sinopsis Drama Lambaian Ramadan TV3 (Slot Samarinda)

$
0
0
Sinopsis Drama Lambaian Ramadan TV3 (Slot Samarinda)

Assalammualaikum..
Drama Lambaian Ramadan adalah drama terbaru di Slot Samarinda Tv3 menggantikan drama Demi Cinta Ain yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Adi Putra, Elizad Sharifuddin, Puteri Balqis, Reen Rahim, Qazim Nor, Muntazar Ghufran, Izz Ilham dan ramai lagi. Wow banyak pelakon best2 dalam drama ni disamping itu, drama2 untuk siaran bulan Ramadan sememangnya mendapat sambutan penonton. Drama Lambaian Ramadan ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Along Kamaluddin serta diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Aku dah tengok episod pertama drama ni n sememangnya best dan penuh emosi gitu. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k. Selamat Menonton..

Sinopsis Drama Lambaian Ramadan

Mengisahkan kehidupan rumah tangga Adam (Adi Putra) dan Shila (Siti Elizad) bersama tiga anak, Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghani), Nurin (Puteri Balqis). Kebahagiaan dikecapi pasangan ini mula bergolak dengan kehadiran Warda (Reen Rahim) yang berjaya menawan hati Adam. Warda merupakan kekasih lama Adam yang baru pulang dari luar negara. Warda merayu semula cinta Adam malah sanggup bermadu. Shila yang tahu hubungan Adam dan Warda tidak mampu menghalangnya kerana dialah yang merampas Adam daripada Warda 14 tahun yang lalu. Adam main kayu tiga demi kepentingan perniagaannya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Tanpa disedari, anak ketiga mereka, Nurin menghidap penyakit kronik. Apa yang bakal berlaku seterusnya? dapatkah rumah tangga Adam dan Shila kembali pulih? Bagaimana pula dengan nasib anak mereka iaitu Nurin?..

Lagu Tema / OST Lambaian Ramadan
-->Ingatkan Dia Nyanyian Wings


Bloglist Jun-Ogos 2016 Blog Cinta Itu Indah

$
0
0

Jom Join Ramai2
Due Date- 5 Jun 2016
Nak Join boleh klik banner k..

Keputusan Pemenang Dangdut Star 2016

$
0
0
Fitri Juara Dangdut Star 2016

Assalammualaikum..
Berlabuh sudah tirai akhir Dangdut Star yang menobatkan Fitri sebagai juaranyer di musim pertama ini. Finalis Dangdut Star terdiri daripada Jiwa, Fitri, Elda dan Roger. Manakala Juri tetap Dangdut Star adalah Pak Ngah dan Mas Idayu. Manakala Edry KRU dan Amelina pula menjadi juri jemputan. Siti Nordiana membuat persembahan pembukaan dengan menyanyikan lagu Kopi Dangdut. Sekarang ni memang trend pertandingan setakat 6 minggu jer ek, minggu ke-6 dah final hehehe, sekejap sungguh bertandingnyer. Walaubagaimanapun sayangnya Dangdut Star ni disiarkan secara rakaman jer bukannya siaran langsung. Dari minggu pertama sampai final semua rakaman, kalau live maybe lagi best kot. Maknanya masa semua finalis datang ke program Meletop selasa lalu tu, diorang dah tahulah kan siapa yang menang semua tapi terpaksa kunci mulut hehehe.

Apapun suara2 semua peserta Dangdut Star ni sedap2 gak, sayangnya ramai peserta wanita dah tersingkir macam Zizi AF, Aishah AF semua manakala Felix AF menjadi satu-satunya peserta lelaki yang tersingkir. Tauke Jambu serta DeFam menjadi Hos untuk Dangdut Star ni. Apapun tahniah pada pemenang dan semua finalis..

Keputusan Pemenang Dangdut Star

Juara Dangdut Star 2016 - Fitri
Naib Juara - Elda
Tempat Ketiga - Jiwa
Tempat Keempat - Roger

Neighborhood Hero - Korean Drama Review

$
0
0
Neighborhood Hero - Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Ikutkan dah lama dah tengok drama Korea Neighborhood Hero / Local Hero ni, sekarang baru ada masa nak buat Review cite ni. Drama ini disiarkan di Korea pada 23 Januari - Mac 2016 dan mempunyai 16 episod serta dilakonkan oleh Park Shi Hoo, Lee Soo Hyuk, Kwon Yuri (Girls Generation), Jo Sung Ha, Yoon Tae Young dan ramai lagi. Lama tak tengok Park Shi Hoo ni berlakon, tambahan lagi die dilanda kontroversi yang teruk sehingga mengambil masa untuk die buat comeback. Last tengok die berlakon dalam drama Cheongdamdong Alice bersama Moon Geun Young. Drama ini bergenreAksi, Thriller, Misteri dan Jenayah. Episod pertama cite ni maybe sedikit bosan namun ianya jadi makin best masuk episod kedua dan seterusnya. Lee Soo Hyuk dapat watak yang sesuai dengannyer, aku suka tengok watak die dalam cite ni berbanding drama die sebelum ni yang die jadi pontianak jahat ker ape ntah hehehe. Ni kali pertama gak aku tengok Yuri dari kumpulan Girls Generation berlakon. Park Shi Hoo banyak melakukan adegan aksi dalam cite ni.
Drama ini mengisahkan tentang Baek Shi Yoon (Park Shi Hoo) yang merupakan bekas Agent / Spy Rahsia yang baru keluar dari penjara selepas mision di Macau gagal disamping rakannya juga mati disebabkan misi itu. Dia kemudian membeli sebuah Bar yang diberi nama Neighborhood Bar dan menyembunyikan identitinya dari semua pekerja dan pelanggannya di situ. Dia kemudiannya menjadi rapat dengan bekas owner bar yang dibelinya itu dan akhirnya die mengetahui yang ex owner tu pun bekas spy juga dan rupa-rupanya Neighborhood Bar ini menjadi tempat lepak bekas2 agen rahsia yang lain dan kesemuanya mempunyai rahsia mereka yang tersendiri. B.Shi Yoon juga mempunyai agendanyer yang tersendiri, dimana dalam diam, dia cuba menyiasat sekaligus ingin membalas dendam terhadap dalang / "orang dalam" yang menyebabkan kegagalan misinya di Macau dan juga kematian kawan baiknyer. Di samping itu Baek Shi Yoon juga menyamar sebagai "Shadow" dan mengguna kemahirannya dalam berlawan untuk menolong orang2 yang ditindas atau diganggu oleh orang jahat di kawasan terbabit.Choi Chang Gyu (Lee Soo Hyuk) pula bercita-cita ingin menjadi pegawai polis, suatu hari die diupah oleh Detektif Im Tae Ho untuk memantau secara rahsia mengenai aktiviti harian beberapa bekas agen / spy rahsia yang telah bersara.
Walaubagaimanapun semua ex - agen / spy yang dipantau oleh Choi Chang Gyu akhirnya dibunuh oleh seorang yang tidak diketahuinya dan menyebabkan C.Chang Gyu menjadi suspek utama kes pembunuhan tersebut namun akhirnya dibebaskan. Kemudian C.Chang Gyu ditugaskan untuk memantau aktiviti Baek Shi Yoon dan menyebabkan C.Chang Gyu harus sering berada di Neighborhood Bar kepunyaan Baek Shi Yoon. Disitu juga C.C.Gyu telah jatuh cinta dengan Bae Jung Yeon (Yuri) yang bekerja disitu. B.Shi Yoon dapat mengagak yang dirinya kini dalam perhatian, dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Dalam suatu kejadian lain, Choi Chang Gyu telah mengetahui rahsia Baek Shi Yoon yang lain iaitu The Shadow yang menjadi sebutan ramai itu. Kemudian C.Chang Gyu merayu kepada Baek Shi Yoon agar mengajarnya ilmu mempertahankan diri supaya die dapat mengikut jejak langkah B.Shi Yoon sebagai "Shadow" yang seterusnya. Agak geram juga bila tahu yang dalang semua ni adalah orang atasan Baek Shi Yoon juga. Memang banyak aksi lawan2 dalam cite ni dan jalan ceritanya makin best dan suspen episod demi episod. Selain itu drama ini juga tak memfokuskan tentang cinta tiga segi ker apa ker cuma diselitkan sedikit tentang percintaan B.Shi Yoon dengan ex-girlfriend die dulu yang juga merupakan seorang agen rahsia.
Walaupun Park Shi Hoo dan juga Yuri adalah hero dan heroin drama ni namun watak diorang takkan bercinta kerana watak Yuri akan bercinta dengan watak Lee Soo Hyuk. Manakala hubungan watak Yuri sebagai Bae Jung Yeon dan Baek Shi Yoon hanyalah sekadar pekerja dan majikan, namun setelah B.Jung Yeon mengetahui identiti sebenar Baek Shi Yoon iaitu sebagai bekas agen rahsia dan juga "Shadow"die makin mengagumi B.S.Yoon dan menganggap B.S.Yoon sebagai wira gitu. Walaubagaimanapun aku agak kurang gemar dengan bekas girlfriend B.S.Yoon yang tiba2 muncul balik dalam hidup BSY tu, rasanya watak die kalau tak dipanjangkan pun takpe kot hihihi. Muka pelakon yang memegang watak Yoon Sang Min tu sangat familiar bagi aku, fikir punya fikir baru teringat yang nama dia adalah Yoon Tae Young, dan die ada berlakon dalam drama The Night Watchman sebelum ni, patutlah muka die familiar lagipun dalam drama Neighborhood Hero ni, watak die ala2 gangster moden gitu, pakaian pun cantik2 hehe. OST drama ni boleh tahan gak laa, manakala ending drama ni kira okeylaa cuma ending die tak dijangka jugalah terutamanya untuk watak Baek Shi Yoon tu.
Ingatkan selepas semua selesai B.Shi Yoon tu akan terus stay di kawasan Neighborhood Bar tu tapi tidak, die masih teruskan penyamarannya menjadi "Shadow" dan menolong orang2 di tempat lain, disamping disitu takde siapa yang mengenalinya. Manakala C.Chang Gyu pula dah berjaya jadi polis begitu juga dengan Bae Jung Yeon yang dah berjaya jadi penulis buku terkenal. Namun kisah percintaan antara C.C.Gyu dan B.Jung Yeon tu macam tergantung sikit, setelah sekian lama pun masih macam tu jer hubungan diorang berdua ni. Tapi aku rasa best bila B.Shi Yoon tu dapat menarik 2 bekas spy yang lain untuk bekerjasama dengannya untuk menyiasat dan mencari bukti tentang dalang yang menyebabkan pembunuhan ex agen yang lain. Apapun aku rasa drama ni best dan seronok ditonton, ditambah dengan jalan ceritanya yang suspen dan aku bagi 8 Bintang dari 10 bintanguntuk drama ini.
P/s - Kalau korang nak baca Review Drama Korea yang lain jangan lupa Klik kat Menu Tab Review Korean Drama kat belah atas blog ni ye..

Segmen bloglist bulan jun-julai by HBJ

$
0
0

Jom Join Ramai2
Due Date- 10 Jun 2016
Nak Join boleh Klik Banner yer..







Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

$
0
0

Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy, bulan Ramadhan Al Mubarak,  dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. 

GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN 

Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin




SYARAT WAJIB UNTUK GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN


Syarat-syarat Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin kali ini mudah je. 

1. Buat satu entri blogyang bertajuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin


2. Hanya like dan follow

Facebook : Rina Salleh Clothing
Instagram : Rina Salleh Clothing
Facebook : beautysweet2u
Instagram : beautysweetglobal

3. Jangan lupa, tinggalkan komen link entri blog di ruangan komen entri INI

SYARAT-SYARAT LAIN UNTUK MINI GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN :-

Syarat- syarat tak wajib follow dan like. Tapi, kalau nak follow dan like pun boleh. sangat di alu-alukan.

Follow blog azlindaalin,   Add To Circle Google+ Azlindaalin ,  Follow Instagram Azlinda Alin , Like Fanpage azlindaalin.com

Antara hadiah yang di tawarkan untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin ini ialah :-


* 1 kotak BS Fibre dari Beauty Sweet + Kad Raya Azlinda Alin untuk3 Pemenang

* Tudung Raya dari Rina Salleh Clothing + Kad Raya Azlinda Alin untuk2 Pemenang

* Duit Raya RM10 + Kad Raya Azlinda Alin untuk 2 Pemenang

* Brooch Tudung / Butang Baju Melayu + Kad Rayauntuk 2 Pemenang

Bloglists(untuk daily blog walking) + Kad Rayauntuk 5 Pemenang


      Tarikh Mula Giveaway : 
      2 Jun 2016 (Anniversary / Ulang Tahun Perkahwinan)

      Tarikh Tamat Giveaway :  
      25 Jun 2016 11.59 malam (Hari Jadi Dzal Aidi Fiqry) 

      Tarikh keputusan pemenang akan di umumkan pada : 
      27 Jun 2016 (Isnin)

      Terima kasih kerana sudi sertai Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. Semoga berjaya ;)

      Segmen Blogwalking #1 by www.syahidahfadilah.com

      $
      0
      0

      Jom Join Ramai2
      Due Date- 30 Jun
      Nak join bolek klik banner yer..

      Episod Akhir Drama Akadku Yang Terakhir

      $
      0
      0
      Episod Akhir Drama Akadku Yang Terakhir

      Assalammualaikum..
      Episod akhir drama Akadku Yang Terakhir lakonan Amar Baharin dan Tiz Zaqyah ni telah pun disiarkan pada 3 Jun yang lalu selama 2 jam berturut-turut gitu. Puas hati dapat tengok episod kemuncak cite ni selama 2 jam sekaligus hehehe. Di Permulaan drama ni memang agak menarik juga jalan ceritanyer, namun bila masuk part Irham asyik mengayat dan mengorat Rania tu aku tak berapa tengok sangat hihi namun bila Irham start cemburu giler dengan Rania dan mula jadi psiko lepas diorang kahwin tu tu buat jalan cerita drama Akadku Yang Terakhir ni makin best plak hehehe. Selain itu di penghujung episod drama ni ada tunjuk scene2 yang tak berapa nak jadi tu, memang tergelak gak tengok hihi. Selepas ini Drama Cinta 11 Syarat akan menggantikan drama ini. Episod akhir drama ini bermula dengan Irham telah sedar kesilapannya yang salah sangka pada Rania tu, Dia sangka Rania telah pun berkahwin lain dan mempunyai anak, jadi sebab itulah die tak menghiraukan Rania bila Rania datang mencarinya di pejabat beberapa kali.
      Manakala Rania pula terasa hati dengan sikap Irham padanya lalu memutuskan untuk cuba menerima lelaki lain dalam hidupnya iaitu Iskandar (Hafreez Adam). Rania memutuskan untuk merima pelawaan Iskandar untuk keluar makan malam bersama. Irham pula cuba memujuk dan meminta maaf pada Rania namun Rania pula tidak mempedulikannya. Kemudian Irham pergi berjumpa dengan ayah dan ibu Rania untuk meminta maaf serta menerangkan keadaan sebenar disamping meminta restu mereka untuk die kembali bersama dengan Rania semula. Iskandar juga tidak berputus asa untuk memikat Rania serta melamar Rania untuk menjadi isterinya. Aku suka scene ni bila Irham dan Iskandar jumpa face to face kat tempat kerja Rania dan meminta Rania memilih siapa diantara mereka yang die terima untuk menjadi suaminya nanti secara tiba2 hehe. Pastu boleh plak dua2 kelam kabut dok mengayat Rania semua hehe, Rania yang keliru serta malu dengan kelakuan diorang berdua tidak dapat membuat keputusan pada masa itu lalu meminta mereka berdua untuk pulang saja.
      Walaubagaimanapun setelah Rania berfikir semasak-masaknya, die akhirnya memilih Irham juga sebagai suaminya. Cintanya untuk Iskandar tidak ada, seterusnya berlangsunglah majlis akad nikah antara Irham dan Rania. Manakala Iskandar pula menerima sepucuk surat dari Rania yang diberikan oleh pembantu Rania. Dalam surat itu Rania menerangkan segalanya pada Iskandar dan akhirnya Iskandar terpaksa redha dengan keputusan Rania memilih Irham. So ending drama Akadku Yang Terakhir ni memang happy endinglah gitu, last scene bukan main sweet lagi siap ada bentuk love bagai dengan bunga ker ape ntah jatuh dari atas semua hahaha. Apapun memang layannn gak drama ni hehehe.

      Sinopsis Drama Imam Mudaku Romantik Astro Oasis

      $
      0
      0
      Drama Adaptasi Novel Imam Mudaku Romantik Lakonan Hisyam Hamid & Syatilla Melvin

      Assalammualaikum..
      Sepanjang bulan Ramadan ni, Astro Oasis akan menyiarkan sebuah drama 16 episod yang bertajuk Imam Mudaku Romantik, yang akan disiarkan setiap isnin hinggan khamis, jam 9 malam. Drama ini merupakan adaptasi daripada NovelImam Mudaku Romantikkarya novelis Izzah Haneefa dan dilakonkan oleh Hisham Hamid sebagai Ustaz Faqih, Syatilla Melvin sebagai Laila Khalisa, Faye Kusairi sebagai Adrianna, Rahim Omar, Zarina Zainuddin dan ramai lagi. Kira jalan ceritanyer macam kisah cinta islamik gitu. Apapun jomm layann sinopsis drama ni kat bawah yer..
      Sinopsis Drama Imam Mudaku Romantik
      LAILA KHALISAH, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda / ustaz untuk menjadi suaminya. Kemunculan MUHAMMAD FAQIH dalam kehidupannya telah banyak mengubah si keluarga wanita itu.
      Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.
      Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.
      “Khalisah sendiri tak tahu anak siapa yang ada dalam kandungannya sekarang. Sebab selain dengan suaminya, Khalisah sebenarnya dah banyak kali tidur dengan saya, semenjak dia belum berkahwin dengan Faqih lagi.” – Izham 
      Campurtangan kedua ibu bapa mereka menambhkan lagi keperitan hidup rumahtangga mereka. Disebabkan fitnah itu, Faqih dan Khalisah dipisahkan. Khalisah dihalau dari rumah ibu mertuanya. Manakala, mama Khalisah pula meninggalkannya di satu tempat yang asing baginya.
      “Laila, di mana Laila sekarang? Khalifah-khalifah kecil kita dah lahir ke belum? Abang minta maaf sangat kerana abang tak mampu bersama-sama laila menyambut kelahiran khalifah-khalifah kecil kita.” 
      Adakah bahagia milik mereka?
      P/s- Salam Ramadhan Buat Pembaca Blog Ini :)

      Sinopsis Drama Cinta 11 Syarat

      $
      0
      0
      Drama Adaptasi Novel Cinta 11 Syarat

      Assalammualaikum..
      Drama Cinta 11 Syarat adalah drama terbaru yang disiarkan di Astro Prima / Maya HD sepanjang bulan Ramadan ini menggantikan drama Akadku Yang Terakhir yang telah tamat episodnya. Drama ini mempunyai 20 episod dan dilakonkan oleh Aqasha, Bella Dally, Iqram Dinzly, Syamin Azlah, Anne Abdulah, Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Kazar, Delimawati, Helmi Husaini serta ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Cinta 11 Syarat Karya novelis Muna Mahira dan drama ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Aku tak baca novel so nak tahu gak apa yang 11 syarat tu kan hehehe. Nampak macam menarik juga jalan cerita drama ni, apaun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
      Sinopsis Drama Cinta 11 Syarat

      Rasya - Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah. Haziq aka Komeng– Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!

      Bersatulah Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq. Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati. Penerimaan Rasya terhadap Haziq menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya.

      Lagu Tema / OST Cinta 11 Syarat
      -->Katakan Nyanyian Harris Baba

      Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016

      $
      0
      0

      Jom Join Ramai2
      Due Date- 26/6/2016
      Nak join boleh Klik Banner k..

      Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

      $
      0
      0
      Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?
      Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

      Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

      Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

      Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

      Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.
      wide-shawl-exclusive






      Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

      1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
      3 helai RM 100.00 termasuk postage 

      CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!


      Wassap : 0196141393

      Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

      Ig : exclusive_by_papaglamz
      FB : Papaglamz
      Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz

      Review Blog Anabiha - Pemenang GA Mei By Ann

      $
      0
      0

      Assalammualaikum..
      Sebelum ni aku ada jadi salah sorang sponsor untuk Giveaway Mei By Ann, so sekarang ni haruslah tunaikan tanggungjawab seorang sponsor hehehe untuk mengreview blog pemenang bertuah. Nama pemilik blog Anabiha ni bernama Asiah Nabihah dan dari entrynyer aku dapat tahu die akan ke tingkatan 6 amik STPM, Wow best pe masuk form 6 tu all the best and good luck k. Blog Asiah Nabihah ni simple and sweet, sidebar die padat dan takde widget2 lain yang boleh memberatkan blog, loading pun okey. Bila dok godek2 entry2 adik Asiah Nabihah ni, aku dapat tahu yang die sendiri design blog die ni dan rajin tukar2 design / background blognyer. Bagusnyer sebab rajin main coding dan kreatif gitu. Aku sendiri pun pening dan tak berapa reti nak design blog jadi lawa, kadang2 jeles gak tengok blogger2 yang pandai dalam bab2 ni semua hehe.

      Adik Asiah Nabihah ni juga rajin join segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh blogger2 lain, so nanti boleh laa korang jemput die untuk join segmen/ giveaway yang korang buat nanti. Selain itu beliau juga sering juga update tentang entry2 mengenai dirinya, so serba sedikit boleh laa kita tahu tentang diri adik ni. Kalau tengok dari segi jumlah entry yang diupdate di blognyer, adik asiah nabihah ni dah pun berblogging sejak tahun 2012, 2013, cuma tak berapa aktif masa ni. Tahun 2016 baru nampak banyak entry2 yang diupdate di blog Anabiha ni. So kalau korang nak berkenalan dengan adik Asiah Nabihah ni bolehla ke blog die di sini --> http://anabiha.blogspot.my/ Kat blog die juga ada alamat Twitter, IG, email Asiah Nabihah ni, so bolehlaa korang add die nanti kan. So jangan lupa singgah2 ke blog Anabiha ni dan sorry juga kalau review yang dibuat oleh akak ni tak berapa best yer. Selamat Berpuasa & Salam Ramadan :)

      Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru

      $
      0
      0

      Jom Join Ramai2
      Due Date - 28 Jun 2016
      Nak join boleh klik banner yer..

      Baca Online Novel Cinta 11 Syarat

      $
      0
      0
      Baca Online Novel Cinta 11 Syarat

      Assalammualaikum..
      Drama Cinta 11 Syarat tengah hangat disiarkan di TV sepanjang bulan Ramadan ini, rasanya ramai yang tahu drama Cinta 11 Syarat ini merupakan adaptasi daripada novel karya novelis Muna Mahira. Antara pelakon yang membintangi drama 20 episod ini adalah Aqasha sebagai Haziq / Komeng, Bella Dally sebagai Rasya, Iqram Dinzly sebagai Syahrie, Anne Abdullah sebagai Saodah, Kazar sbg Omar dan ramai lagi. So aku dah jumpa bab2 awal gitu dari blog penulis novel nyer, namun xdela banyak mana, sikit jer. Jadi kalau korang nak baca online novel ni bolehla klik link kat bawah ni k..

      Kebaikan Dan Penghargaan

      Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey

      $
      0
      0

      Jom Join Ramai2..
      Due Date- 18 Jun 2016
      Nak Join boleh Klik Banner k..


      FIRST GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BY AYU BARBYDOL

      $
      0
      0

      FIRST GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BY AYU BARBYDOL bersempena bulan ramadhan yang mulia nie.  Ayu mencari TIGA PEMENANG BERTUAH !! yang akan memenangi 
      TUDUNG & SIMKAD ONE XOX. Giveaway terbuka kepada semua blogger di Semenanjung Malaysia dan dapat mengeratkan lagi silratulrahim bulan ramadhan yang mulia ini.  Bermula pada
       07 June 2016 ~ 30 June 2016 dan tamat pada jam 12.00 pm
      Syarat-syaratnya ialah :-
      1. Buat 1 entry yang bertajuk FIRST GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BY AYU BARBYDOL
      2. Follow Blog : Ayu Barbydol , De' Ayu Boutique  & Macam-macam cite
      4. Follow Instagram : Ayu Barbydol , De'Ayu Boutique & MMP
      5. Copy code dibawah dan paste diruangan HTML okey !!
            
      6. Tinggalkan link di Comment di bawah ini
      7. Giveaway terbatal jika penyertaan kurang daripada 30 orang
      Viewing all 2771 articles
      Browse latest View live