Quantcast
Channel: Miss BaNu StoRy
Viewing all 2771 articles
Browse latest View live

Notebook Giveaway By Eeca Shyaa

$
0
0

Jom Join Ramai2
Due Date- 6 Ogos 2016
Nak Join boleh Klik Banner k..

Tag


Entertainer - Korean Drama Review

$
0
0
Entertainer - Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Entertainer yang telah tamat episodnya pada 16 Jun yang lalu. Drama 18 episod ini dibintangi oleh Ji Sung, Kang Min Hyuk (CNBLUE), Hyeri, Chae Jung An dan ramai lagi. Gandingan Ji Sung dan Hyeri dalam drama ni sememangnya dinantikan ramai, selepas kedua-duanya suksess dengan drama mereka yang terdahulu seperti Kill Me Heal Me dan Reply 1988. Awalnya aku ingatkan watak Ji Sung dan Hyeri ni akan sama2 jadi artis, kiranya mereka dalam kumpulan band yang sama tapi rupanya tak, sebab diorang hanya jadi orang di belakang tabir jer seperti jadi manager dan CEO Syarikat. Kalau diorang pun jadi artis mesti lagi menarik jalan ceritanyer hahaha. Dah nama tajuk drama pun Entertainer kan, so jalan cerita drama ni mestilah berkisarkan pasal dunia hiburan, tentang bagaimana susahnya nak berjaya menjadi artis di Korea tu disebabkan persaingan yang sengit dan macam2 masalah lain lagi. Ikutkan jalan cerita drama ni bukanlah jenis kesukaan aku, tapi disebabkan ada Ji Sung dan Hyeri dalam drama ni, aku gagahkan diri gak laa untuk layann drama ni, walaupun ada gak episod2 drama ni yang aku skip hehehe.
Sepatutnya watak Jo Ha Neul yang dipegang oleh Kang Min Hyuk tu ditawarkan terlebih dahulu kepada pelakon Park Bo Gum yang turut berlakon dengan Hyeri dalam drama mereka sebelum ini iaitu Reply 1988. Tapi Park Bo Gum dah tolak watak tu, bagus gak die tolak watak tu sebab dalam drama ni watak Jo Ha Neul tu akan selalu banyak masalah dan sedih jer, tambahan lagi die bertepuk sebelah tangan jer, nasib laa masa episod akhir, die akan bertemu pengganti baru. Pelakon Park Shin Hye turut buat kemunculan khas dalam drama ni untuk episod 3. Begitu juga dengan Seo Kang Joon yang buat special appearance untuk episod 7 dan 8. Selain itu, Lagu-lagu tema / OST Entertainer ni memang sedap2 dan best untuk didengar.Aku juga suka tengok ragam dan gelagat budak2 Enterteiner ni macam Kyle yang giler2, Yun Soo yang suka tersenyum dan baik hati serta Jae Hoon yang bijak dan cute tu. Kesian juga kat Jo Ha Neul yang suka pada kakak angkatnya tu iaitu Geu Rin tapi tengok dari cara layanan die pada J.Ha Neul tu memang dah boleh agak yang die anggap J.Ha Neul tu sebagai adik die jer.
Tapi aku suka part yang Geu Rin mula sedar yang Jo Ha Neul ada hati kat die selama ni, tapi Jo Ha Neul dah sedar lebih awal lagi yang hati Geu Rin hanyalah pada Shin Suk Ho. Agak menarik juga konflik-konflik yang terpaksa Entertainer Band ni atasi terutamanya masalah Jo Ha Neul difitnah dan ada rekod jenayah, diikuti dengan kes lagu abang Jo Ha Neul dicuri dan diciplak oleh orang lain sekaligus membuatkan abang Jo Ha Neul membunuh diri dan membuatkan Shin Suk Ho berasa amat bersalah. Scene2 ni semua memang beremosi betul lah, terutama pasal kes abang Jo Ha Neul tu. Tak sangka juga yang Direktor Yeo Min Joo yang merupakan kawan lama Shin Suk Ho tu pun ada hati juga dengan S.Suk Ho tu cuma S.Suk Ho tu yang tak sedar tapi nasiblah nanti Yun Soo yang merupakan salah sorang ahli kumpulan Entertainer Band tu akan jatuh hati gitu kat Min Joo. Bagi aku drama ni bolehlaaa kalau nak layannn kalau boring2 tu tapi setakat tu jerlaa sebab drama jenis gini bukan favourite aku. Pelakon dah best2 tapi jalan cerita drama ni agak biasa-biasa jer bagi aku, xdelah menarik or best giler2 kan, setakat gitu-gitu jerla.
Review ni pun aku buat simple jer, dan aku bagi 5.5 Bintang dari 10 bintang untuk drama Entertainer ni.

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com

$
0
0
MINYAK WANGI BRAVEHEART

Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.

MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014


SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? 30 tahun 
  2. Jantina anda? (Perempuan)
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana saya ingin mencuba sesuatu yang baru, tambahan lagi saya dapati banyak kelebihan yang ada dalam minyak wangi Sweetheart ni seperti boleh dibawa solat serta harumannya tahan lama. Ini membuatkan saya tak sabar untuk mencuba minyak wangi ini. 
Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh

$
0
0

Jom Join Ramai2, rugi kalau tak join tau :)
Due Date- 31/7/2016
Nak Join boleh Klik Banner k..

Simple Giveaways by Snek Lazat... Popia free dek nooooonn...

$
0
0
Jom Join Ramai2..
Jarang dapat hadiah makanan kalau join mana2 GA yang lain, so haruslah join GA ni kot2 boleh menang ker kan :)
Nak Join boleh Klik Banner yer..

Sinopsis Filem Anak Mami Nasi Kandaq

$
0
0
Sinopsis Filem Anak Mami Nasi Kandaq

Assalammualaikum..
Filem Anak Mami Nasi Kandaq adalah sebuah filem Komedi yang telah pun ditayangkan di Pawagam pada 6 Julai 2016 (1 Syawal) yang lalu. Filem ini diarahkan oleh Prof Datuk A.Razak Mohaideen dan dilakonkan oleh Qi Razali, Fasha Sandha, Nur Risteena, Ezzaty Abdullah, Maria Farida, Azmir RL, Chik Pak Man Telo, Sheila Mambo dan ramai lagi. Adik Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha turut berlakon dalam filem ini. Filem Anak Mami Nasi Kandaq ini mengisahkan tentang persaingan dalam perniagaan Nasi Kandar antara keluarga Mamu Nizam dan Mami Kalsom. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Anak Mami Nasi Kandaq

Mamu Nizam (Chik Pak Man Telo) seorang pengusaha Restoran Nasi Kandaq Al Basheer seorang duda yang bekerja keras untuk memajukan perniagaannya. Mamu mempunyai kehidupan yang bahagia bersama 5 orang anak perempuannya iaitu Fuziah (Fasha Sandha), Fitri (Nur Risteena), Farah (Ezzaty Abdullah), Fatin (Amylia Nastasha Aziz) dan Fify (Elisya Sandha). Namun perniagaan Mamu Nizam merosot setelah kemunculan gerai Mami Kalsom (Sheila Mambo). Lebih memeningkan Mamu Nizam ialah walaupun Mami Kalsom berniaga tanpa lesen dan keadaan gerainya yang agak kotor, para pelanggan tetap memilih gerai Mami Kalsom. Mamu Nizam yang tertekan mendapatkan khidmat nasihat Mamu Hussin (Azmir Cuit) dan Tuan Akhlak Khan (Azhari Zain). Mamu Hussin mencadangkan Mamu Nizam untuk mengeksploitasi kejelitaan kelima-lima anak perempuannya sebagai tarikan. 
Merisaukan Mamu Nizam ialah kesemua anak perempuannya bersifat manja dan tidak pernah bekerja. Namun kerana terpaksa, Mamu Nizam berjanji kepada anak-anaknya untuk menunaikan apa sahaja impian mereka asalkan mereka sanggup berkhidmat dan menjayakan perniagaan keluarga merekaTernyata taktik perniagaan Mamu Nizam berkesan dan secara langsung menaikkan kemarahan Mami Kalsom. Ada sahaja rancangan jahat Mami Kalsom bagi memusnahkan perniagaan Restoran Nasi Kandar Al-Basheer tetapi semuanya gagal. Kini Mami Kalsom cuba mempergunakan anak lelakinya Farid (Qi Razali) untuk bekerja di Restoran Al-Basheer bagi mencari rahsia kejayaan Restoran Al-Basheer. Mamu Nizam tidak membenarkan pekerja lelaki bekerja di restorannya bagi menjaga anak perempuannya sehingga Farid terpaksa menyamar sebagai seorang wanita bernama Faridah.

Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia

$
0
0
Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia (Astro) (Drama Adaptasi Novel Mamat Muka Selenga)

Assalammualaikum..
Drama Lelaki Macam Dia sudah mula disiarkan di Astro Ria mulai 18 Julai yang lalu menggantikan drama Dia Semanis Honeymoon yang telah tamat episodnya. Drama Lelaki Macam Dia ni adalah adaptasi daripada Novel Mamat Muka Selenga karya Novelis Aliesha Kirana dan dilakonkan oleh Azrel Ismail sebagai watak Fahmi, Izreen Azminda sebagai Husna, Akhmal Nazri sebagai Aydan Danial, Zera Hariz, Sharisa Hariz, Elya Miera, Zulkifli Ismail, Aleza Shadan, Mak Wan serta ramai lagi. Syazwan Zulkifli dan Ika Nabila turut membuat kemunculan khas dalam drama ni. Aku ada gak layann drama ni, memang lawak gak la tengok perangai Fahmi dan Husna tu hehe. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia

Mengisahkan tentang Fahmi dan Fatihah Husna yang tinggal berjiran. Apa sahaja yang dilakukan oleh si suara petir itu tidak kena dimata Husna. Sehingga digelar Mamat Muka Selenga kerana Husna lebih tertarik kepada bos ditempat kerjanya, Encik Aydan yang mirip pelakon Korea yang diminatinya. Lama kelamaan timbul perasaan sayang. Tetapi keduanya ego untuk mengakuinya. Segalanya berubah setelah sekembalinya Husna dari Korea setelah tamat pengajiannya. Fahmi didepannya sekarang bukanlah si Mamat Selenga yang dikenalinya dulu. Konflik mula timbul apabila mereka hampir bertunang dengan pilihan sendiri. Tetapi akhirnya bersatu kembali setelah satu kejadian lucu dikampung Fahmi.

Lagu Tema / OST Lelaki Macam Dia
-->Jangan - Jangan Nyanyian Wani Kayrie 

GIVEWAY PERTAMA edisi Raya

$
0
0

Jom Join Ramai2
Due Date- 31 Julai 2016
Nak Join boleh Klik Banner k..


Sinopsis Drama Surah Buat Maisarah

$
0
0
Sinopsis Drama Surah Buat Maisarah Slot Zehra TV3

Assalammualaikum..
Drama Surah Buat Maisarah telah mula disiarkan di Slot Zehra Tv3 setiap Rabu hingga Jumaat bermula 20 Julai yang lalu, menggantikan drama Ketupat Palas Mr Handsome yang telah tamat episodnya. Drama ini terlebih dahulu disiarkan di portal Tonton dan kemudian barulah disiarkan di Tv. Drama 15 episod ini dilakonkan oleh Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Bella Dally, Shah Iskandar, Azri Iskandar, Beego, Zarina Zainuddin, Abby Nadzri, Yusri Salleh, Ku Faridah dan ramai lagi. Nampak macam menarik gak drama ni, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Surah Buat Masisarah

Mengisahkan mengenai seorang gadis melayu, Maisarah atau Sara (Syatila Melvin) yang mengagungkan budaya barat hanya kerana pernah menetap di Amerika untuk beberapa tahun. Bagaikan buku bertemu ruas, apabila dia terpaksa bekerja dengan pemuda Melayu yang sering menggunakan petikan ayat-ayat Al-Quran dalam menegur dan menyedarkannya.


Sekembalinya ke Malaysia, Sara terkejut melihat Zalikha telah bertudung. Bagi Sara, hanya gadis kampung saja yang bertudung. Lalu Sara persendakan Zalikha. Meskipun sakit hati, Zalika hanya bersabar. Merasakan dirinya hebat dan lebih moden, kelakuan dan percakapan Sara sering sahaja menjengkelkan orang disekelilingnya. Perangai kasar dan sombong Sara turut menjengkelkan pekerja di Indah Cipta, lebih-lebih lagi Nazim (Shukri Yahaya) seorang arkitek muda di syarikat itu. Nazim tidak senang melihat kelakuan Sara dan mula menghantar surah-surah Al-Quran sebagai teguran kepada Sara.



Akan tetapi, teguran Nazim hanya menambah bara dan membuatkan Sara merasa lebih tercabar sehingga memecat Nazim dan terus berhubungan dengan Fikri. Bagaimanakah nasib Nazim dan berjayakah dia mengubah Sara?


Lagu Tema / OST Surah Buat Masisarah
---> Hanya Namamu nyanyian Caliph Buskers

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi

$
0
0

Nama Blog - http://mulan-sahbanu.blogspot.my/
Jantina - Perempuan

Jom Join Ramai2
Due Date- 31/7/2016
Nak Join boleh Klik Banner k.

Sinopsis Telefilem Tercipta Untukku

$
0
0
Sinopsis Telefilem Tercipta Untukku (Astro First)

Assalammualaikum..
Bermula 6 Julai yang lalu, Astro First Exclusive membawakan Telefilem Tercipta Untukku yang diadaptasikan daripada Novel Tercipta Untukku karya Novelis Marissa dan diarahkan oleh Jamal Khan. Telefilem Tercipta Untukku ini dilakonkan oleh Remy Ishak, Nabila Huda, Marissa Yasmin, Octavia Melrose, Haeriyanto dan ramai lagi. Kalau tengok dari sinopsis telefilem ni, memang sedih laa kan jalan ceritanyer, Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Telemovie Tercipta Untukku

Mengisahkan tentang kisah percintaan antara Thia dan Adil, bermula dengan insiden Thia diragut dan kemudiannya diselamatkan oleh Adil yang kebetulan berada di lokasi berhampiran. Menginginkan dirinya dikasihani oleh Adil oleh kerana kejadian malang itu, sangkaan Thia ternyata meleset apabila beliau dimarahi Adil dek kerana kecuaiannya. Pertemuan kali kedua di klinik yang sama pada malam kejadian mengeruhkan lagi keadaan apabila kedua-duanya dilihat bergaduh dan terus menyalahkan diri masing-masing di atas apa yang berlaku. Pertemuan Adil buat kali ketiga di sekolah ketika menghantar anak buahnya, Alif merubah segalanya apabila Adil kini tidak dapat melupakan Thia. Thia yang merupakan guru kepada Alif dilihat begitu istimewa di mata Adil dan beliau nekad untuk memenangi hati Thia. 

Pelbagai dugaan dan rintangan mendatang dari saat perkenalan dua hati ini, episod percintaan mereka sehinggalah ke gerbang perkahwinan. Thia dan Adil telah disahkan mengidap barah otak tahap keempat dan diberikan jangka masa enam bulan sebelum ajal datang menjengah. Hati mana yang tidak luluh terutamanya apabila kedua-duanya mengimpikan perkahwinan terindah hingga ke usia emas.
‘Ya, selamanya saya tercipta hanya untuk awak seorang’…. Sebuah ungkapan yang sangat mendalam, tulus dan kuat. Sekuat cinta Thia dan Adil. Mereka berpegang kepada ungkapan ini, sehinggalah nyawa mereka dijemput Penciptanya.
Lagu Tema / OST Tercipta Untukku
--->Sedetik Lara Nyanyian Hazama

Sinopsis Filem Zack Kapcai

$
0
0
Sinopsis Filem Zack Kapcai

Assalammualaikum..
Filem Zack Kapcai adalah filem terbitan MIG Pictures dan telah ditayangkan di pawagam bermula 14 Julai yang lalu. Filem Zack Kapcai ni dibintangi oleh Fad Bocey, Rahim Sepahtu, Shuk SYJ, Julia Marin, Serina Redzuawan, Epy Kodiang, Shafiez dan ramai lagi. Filem ni bergenre komedi aksi dan diarahkan oleh Azaromi Ghozali, Rosli Mohd Taib. Macam lawak jer jalan cerita filem ni hehehe, apapun jom layannn sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Zack Kapcai

Zack Kapcai mengisahkan tentang Raja Kapcai lakonan Rudy (Rahim Sepahtu) yang telah tinggal sejarah apabila gelaran tersebut menyebabkan Rudy bercerai dengan isterinya, Minah (Serina Redzuawan). Rudy telah membawa anaknya Tasha (Julia Marin) jauh daripada kampung manakala Zack (Fad Bocey) tinggal dengan ibunya. Zack juga suka berlumba seperti ayahnya dan telah berlumba dengan sahabat baiknya, Roy (Shuk SYJ) dengan mempertaruhkan motor kesayangan Roy sendiri. Ini menyebabkan hubungan persahabatan antara Zack dan Roy berantakan. 

Pada suatu hari, Zack telah menemui keratan akhbar yang disimpan oleh ibunya mengenai ayahnya sebagai Raja Kapcai. Zack telah memujuk ibunya untuk mencari ayah dan adiknya. Pada mulanya ibunya membantah tetapi akhirnya ibunya bersetuju untuk melepaskan Zack mencari Raja Kapcai. Pada hari Zack ingin ke Kuala Lumpur, motor Roy yang dimenanginya semasa perlumbaan telah dicuri. Maka, ibunya telah mengeluarkan motor lagenda Raja Kapcai untuk digunakan Zack bagi mencari ayahnya.

Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkan Zack mencari Rudy dan Tasha? Bagaimanakah hubungan persahabatan antara Zack dan Roy? Adakah Raja Kapcai akan muncul kembali?

Cara Baiki Diri Untuk Jadi Lebih Baik

Alice : Boy From Wonderland - Korean Movie Review

$
0
0

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Filem / Movie Korea yang aku dah tonton iaitu Alice: Boy From Wonderland. Ikutkan dah lama juga tonton movie ni, tapi baru sekarang ada masa nak buat reviewnyer. Filem Alice: Boy From Wonderland ni dah release sejak Disember 2015 lagi dan dilakonkan oleh Hong Jong Hyun, Jung So Min, Jung Yeon Joo, Lee Seung Yeon, Park Hyun Suk dan ramai lagi. Sesuai dengan tajuk filemnyer, jalan cerita filem ini memang ada misteri2 sikit, seram dan cinta namun banyak juga scene yang tak logik dan tak masuk akal hehe. Movie ni akan buatkan korang berfikir sedikit dan ending die juga tak jelas, maknanya memang korang kena berfikir dan buat ending sendiri, namun filem Alice: Boy From Wonderland masih menghiburkan, suspen, dan buat kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi?. Aku takde masalah dengan hero dan heroin movie ni, rasanya diorang sesuai dan berjaya bawa watak masing2. Bila tengok Jung So Min ni teringat plak kat Yoon Eun Hye, ramai cakap wajah diorang ni nak sama, ada iras2 gitu.
Aku suka dengan elemen2 seram dan suspen yang ada dalam movie ni, ceritanya bermula dengan Hye Joong yang hilang semua ingatannya ketika berusia 4 tahun dan dirinya kerap diganggu dengan mimpi ngeri yang berulang-ulang. Atas nasihat seorang bomoh, Hye Joong dikehendaki untuk pergi ke sebuah Villa yang dikenali dengan nama Wonderland dan Villa berkenaan pernah didiami oleh keluarga Hye Joong 24 tahun yang lalu, dan die perlu menyelesaikan misteri mimpinya itu dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Kalau die gagal menyelesaikan misteri mimpinya itu, maka die akan mati. Di Villa tersebut, Hye Joong bertemu dengan Hwan, Soo Ryun dan seekor Arnab Putih. Hwan kelihatan gembira dan suka bertemu Hye Joong berbeza pula dengan Soo Ryun yang kelihatan benci betul dengan Hye Joong. Aku awalnya konpius gak apa hubungan Hwan dan Soo Ryun ni, ingatkan diorang ni kekasih dan mungkin Soo Ryun ni cemburu bila Hwan nak rapat dengan Hye Joong, rupanya bukan, Soo Ryun tu sebenarnya emak Hwan, seriously bukan main muda mak Hwan ni hehehe.
Hwan kelihatan cuba nak melindungi Hye Joong dari ibunya Soo Ryun yang ingin membunuh Hye Joong. Hye Joong cuba menyiasat misteri di Villa tersebut namun gagal, die juga langsung tidak mengingati apa yang terjadi di villa berkenaan ketika die berusia 4 tahun. Kat sini dah boleh agak yang Hwan tu sebenarnya adalah hantu / Roh begitu juga dengan ibunya. Part tak leh blah sekali bila Hye Joong dan Hwan tu boleh terjatuh cinta bagai la plak hahaha sedangkan diorang ni adik-beradik sebenarnya. Rupa-rupanya Soo Ryun tu orang gaji kat Villa tu dulu n ada affair dengan bapa Hye Joong dan kemudian lahirlah Hwan. Hye Joong yang berumur 4 tahun ketika itu, bermain-main dengan pisau kemudian membunuh Hwan yang masih bayi. Soo Ryun pula membunuh dirinya sendiri selepas kehilangan Hwan. Part yang tak logik tu, boleh plak Roh Hwan yang masih baby tu membesar menjadi lelaki kacak hahaha pastu tersuka plak dengan kakaknya sendiri yang membunuhnya.
Roh Soo Ryun (ibu Hwan) bertekad nak membalas dendam dan ingin membunuh Hye Joong namun berjaya dihalang oleh Hwan. Rasanya ni semua salah Soo Ryun jugak sebab ada satu scene tu, Hye Joong yang masih kecil ada bertanyakan soalan tentang luka di jari Soo Ryun akibat terkena pisau tu namun jawapan Soo Ryun pada Hye Joong yang masih kecil tu tak berapa logik dan mungkin itulah yang buatkan Hye Joong berani bermain dengan pisau sekaligus membunuh Hwan. Lepas tu boleh plak die salahkan Hye Joong seratus peratus, sedangkan die kecik lagi masa tu. Tapi memang ngeri gak laa fikir dan tengok budak 4 tahun boleh membunuh bayi tu. Rasanya semua pun komen benda yg sama sebab macam tak percaya yang Hwan adalah Roh yang boleh membesar kemudian boleh plak bercinta dengan kakak sendiri, sedangkan penyebab dan cara kematiannya ketika masih bayi pun dah tragik giler. Bila Hye Joong dah ingat semuanya, memang die sedih gilerlah kan, Hwan pula mengajak ibunya untuk pergi dari situ dan meninggalkan Hye Joong sendirian.
OST Filem ni aku dah tak berapa ingat, best ke tak lagu2 dalam cite ni, entahlaa, aku rase ost cite ni biase2 jer kot. Ending filem ni berakhir dengan kedatangan Hwan di Kolej Hye Joong. Hwan bernyanyi dan bermain gitar dan Hye Joong ternampak Hwan dan juga arnab putih di dalam sangkar dan kemudian filem ni tamat. Aku pun tak dapat nak mengagak apa yang jadi sebenarnya masa ending tu, adakah Hwan tu dah jadi manusia? boleh plak tetiba datang situ hahaha. Ending filem ni memang pening sikit hahaha. Apapun filem ni masih seronok dan best untuk ditonton dan aku bagi 7 Bintang dari 10 bintanguntuk filem ini. 

2 Giveaway Chocolate + Pencarian Bloglist

$
0
0

Jom Join Ramai2
Due Date- 31/8/2016
Nak Join boleh Klik Banner k..


GIVEAWAY PERTAMA by FARAH SANUSI

$
0
0

Jom Join Ramai2
Due Date- 31/8/2016
Nak Join boleh Klik Banner yer..


Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman

$
0
0
Assalamualaikum
hye semua ^_^ 

*sticky post*

Jom join Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Syarat :

1. Follow blog atau google +


2. Follow instagram *jika ada 

3. Follow twitter *jika ada


4. Like sahaja fanpage 
Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"
3. Letak banner dekat entry. 
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

Wang tunai RM30 x1 
Wang tunai RM20 x1 
Tapak Iklan free selama sebulan x1 
Topup RM5 x1 
[SyiraLokman]


(TOP REFERRAL)
 Wang tunai RM50 x1 
[nurfuzie] 


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)

jom ramai2 memeriahkan Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !  ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula : 1 Ogos 2016 
Tamat : 21 Ogos 2016

Another Miss Oh - Korean Drama Review

$
0
0
Review Drama Korea - Another Miss Oh

Assalammualaikum..
Okey macam biasa nak buat Review Drama KoreaAnother Miss Oh / Another Oh Hae Young yang telah aku tonton baru-baru ini. Drama ini dilakonkan oleh Eric, Seo Hyun Jin, Jeon Hye Bin, Ye Ji Won, Kim Ji Suk, Lee Jae Yoon dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 18 episod dan habis disiarkan pada 28 Jun 2016 yang lalu. Ramai juga yang suka menonton drama ni sebab drama ni cute, lawak, sedih semua ada. Baru aku perasan yang heroin drama ni iaitu Seo Hyun Jin pernah berlakon drama Three Musketeers, patutla muka die macam familiar jer hehehe, bezanya dalam drama tu die jadi Queen zaman dulu2 manakala dalam drama Another Oh Hae Young / Another MissOh plak, wataknyer moden giler hehe. Suka tengok watak Seo Hyun Jin sebagai Oh Hae Young dalam drama ni sebab watak die sangat giler2, ceria, walaupun ada gak moment2 die sedih semua cuma kadang2 nampak die ni obses giler dengan cinta hehehe. Aku suka gak tengok Eric berlakon tapi watak die sebagai Park Do Kyung agak boring sikit sebab die sentiasa serius, komited dengan kerja, sentiasa memendam segala emosi. Aku lagi suka kalau Eric bawa watak yang giler2 hahaha, apapun gandingan hero dan heroin drama ni memang nampak sepadan dan serasi gitu.
Selain itu aku gak suka tengok watak Jin Sang dengan Soo Kyung sebab diorang ni giler2 pastu lawak habis hahaha, gandingan diorang berdua nampak pelik tapi kelakar, Watak diorang berdua ni memang jadi penyeri dalam drama ni, banyak scene2 lawak datang dari diorang, x leh blah bila diorang dua2 ni cakap bahasa Perancis tu hahaha. Ada ramai gak pelakon yang buat special appearance dalam drama ni macam pelakon Yeon Woo Jin (Marriage Not Dating), Seo Ye Ji, Lee Yu Ri dan Lee Pil Mo (Super Daddy Yeol) dan ramai lagi. Agak kesian jugak lah dengan Oh Hae Youngsebab asyik dibandingkan dengan sorang lagi rakannya yang mempunyai nama yang sebijik sama dengannya, sampai kena ada nickname untuk diorang berdua untuk dibezakan, kalau tak semua akan konfius Oh Hae Young yang mana satu nyer. Ingatkan Pretty Oh Hae Young ni jenis yang berlagak dan sombong tapi die sebenarnya sangat baik, ceria dan peramah, malah sentiasa menjadi favourite semua orang, sebab tu Oh Hae Young sangat cemburu dengan Pretty Oh Hae Young sebab die nampak sempurna dalam segala segi. Namun di pertengahan cerita, barulah penonton dapat tahu yang pretty Oh Hae Young juga berasa cemburu dengan Oh Hae Young kerana ada keluarga yang sangat happening dan best. 
Tambahan lagi lelaki paling dicintai oleh pretty Oh Hae Young kini mencintai Oh Hae Young dan membuatkan Pretty Oh Hae Young berasa sangat sedih walaupun hakikatnya dia yang meninggalkan Park Do Kyung di hari perkahwinan mereka. Bagi aku episod pertama dan kedua drama ni agak sedikit boring, jalan cerita bergerak agak perlahan dan membuat aku tertanya-tanya kenapa Oh Hae Young menarik diri dari berkahwin dengan kekasihnya Han Tae Jin. Kemudian baru tahu yang sebenarnya Oh Hae Young berbohong pada semua orang, sebab dia malu kalau orang lain tahu yang dirinya ditinggalkan atas alasan yang tak logik dan menyakitkan hati. Han Tae Jin tu pun satu, patutnya die jujur jer dengan Oh Hae Young tapi boleh plak buat alasan yang bukan2. Bila masuk episod ketiga barulah drama ni menjadi lebih best bila Park Do Kyung nampak ambil berat kat Oh Hae Young. Agak stress gak tengok watak Park Do Kyung yang sentiasa pendam apa yang die rasa n serius memanjang tapi aku suka tengok dengan gelagat adik dan pekerjanyer tu, diorang ni jenis setia dan sentiasa bersama-sama dalam susah dan senang dengan P.Do Kyung tu. Gelagat kakak Park Do Kyung iaitu So Kyung tu pun lawak gak, masa pergi pejabat bukan main bergaya lagi tapi balik dari pejabat dah tak nampak macam orang dah hahaha. So Kyung ni orang atasan Oh Hae Young, die ni sentiasa suka cari pasal dengan OHY tu sampai akhirnya die jadi baik dengan OHY. 
Perwatakkan dan karakter Mak dan Bapa Oh Hae Young tu pun lawak gak, mak die jenis garang sikit dan bapa die jenis pendiam dan baik, manakala perangai Oh Hae Young tu lebih ikut mak die berbanding bapa die hehe. Jalan cerita drama ni unik dan menarik namun di pertengahan jalan cerita, drama ni dah jadi sedikit meleret terutamanya kisah cinta Oh Hae Young dengan Park Do Kyung. Diorang ni sekejap sweet pastu bergaduh dan berpisah lepas tu berbaik semula then gaduh2 lagi. Pusing2 tang situ jer. Pastu dengan Han Tae Jin yang nak balas dendam balik kat Park Do Kyung. Agak menyampah gak dengan perangai lelaki tua kaya yang mak Park Do Kyung nak kahwin tu, disebabkan dielah timbul salah faham antara Park Do Kyung dan Han Tae Jin tu. Orang tua tu dari awal lagi memang tak nak melabur dalam syarikat Han Tae Jin tu tapi lepas Park Do Kyung muncul dan mintak supaya jangan melabur dalam syarikat Han Tae Jin tu boleh plak die berpura-pura bersetuju tak nak melabur demi memenuhi permintaan Park Do Kyung. Maknanyer Park Do Kyung ni dah jadi mangsa keadaan. Bila Han Tae Jin tanya kenapa orang tua tu buat macam tu, bolehla die salahkan Park Do Kyung tu seratus peratus dan membuatkan Han Tae Jin menjadikan Park Do Kyung tu musuhnya.
Ditambah lagi dengan Bekas Girlfriendnyer yang dah jatuh cinta kat Park Do Kyung membuatkan Han Tae Jin makin sakit hati. Lagu tema / OST Drama ni rasenyer biase2 jer takdelah sampai aku gi download ker ape kan cuma lagu OST nyer agak comel n happy go lucky hahaha. Ending drama ni memang happy endinglah bila hero dan heroinnyer akan kahwin nanti, cuma sebelum tu, Park Do Kyung akan kemalangan. Ingatkan die berjaya mengelak daripada apa2 kemalangan sebab die dah berjaya mengubah dirinya namun ianya terjadi gak. Part bila semua orang tengah cemas menunggu berita mengenai P. Do Kyung di hospital tu berlaku satu perkara menarik, bila diorang semua boleh berpura-pura bergaduh mengenai isu kahwin antara Park Do Kyung dan Oh Hae Young, diorang bergaduh pasal hantaran lah dan macam2 lagi bagi menghilangkan rasa stress dan cemas tu. Lawak gak masa ni, kalau ikut situasi normal pastinya diorang akan rasa sedih, cemas, gelabah, takut apa2 jadi kat Park Do Kyung tu kan, tapi ni boleh plak diorang semua bergaduh pasal isu kahwin hahaha, part ni buat aku tergelak gak laa, sporting sungguh diorang ni semua bila just go with the flow dan masing2 ikut bergaduh dan cakap apa saja, janji bergaduh hehehe.
Apapun drama ni memang banyak sweet2 moment antara hero dan heroinnyer, sape2 yang suka tonton drama cinta dan ada sedikit lawak memang akan suka drama ni. Bagi aku drama ni kira okeylaa tapi takdelah berjaya buat aku suka giler dengan drama ni, setakat biase2 jer, apapun aku bagi 6.5 Bintang untuk drama korea Another Miss Oh ni.

Diam Wanita Lebih Bahaya Dari Bebelannya

Super Spontan Superstar 2016 - Senarai Peserta

$
0
0
Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2016

Assalammualaikum..
Super Spontan kembali lagi Super Spontan Superstar, dengan barisan peserta yang baru dan juga lama, sebelum tu jom kita imbas balik siapa juara Super Spontan musim2 terdahulu:-

Juara Super Spontan Musim Pertama (2012)- Zizan Razak
Juara Super Spontan Musim Kedua (2013)- Jep Sepahtu
Juara Super Spontan Musim Ketiga (2014)- Johan
Juara Super Spontan All Stars (2015)- Zizan Razak
Juara Super Spontan Superstar (2016)- ????

Dah nak masuk 5 musim Super Spontan ni, ada peserta yang maintain masuk tiap2 musim macam Johan dan Tauke dan kali ni memang mereka yang akan jadi Kapten untuk pasukan masing2. Rahim nampaknya tak masuk SS kali ni, ikutkan die juga rajin join SS cuma musim ni die takde pula. Kali ni nampak lebih meriah dengan pesertanya yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, personaliti media sosial dan juga pelawak. Manakala Dato Ac Mizal kekal sebagai Hos Super Spontan untuk dua musim berturut-turut, bermula dengan SS All Stars dan kali ni SS Superstar 2016. 16 Peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan / Team Monyet Mafia dan juga Team Harimau Hipster. Jom tengok senarai peserta dan kumpulan mana yang diorang wakili kat bawah ni k..

#- Team Harimau Hipster
1- Tauke
2- Abam Bocey
3- Fad Bocey
4- Syuk Joras
5- Zulin Aziz
6- Ozlynn
7- Waris
8- Jamal
#- Team Monyet Mafia
1- Johan
2- Achey
3- Ali Puteh
4- Amyza Aznan
5- Kamal Adli
6- Julia Ziegler
7- Altimet
8- Zuki
Viewing all 2771 articles
Browse latest View live