Quantcast
Channel: Miss BaNu StoRy
Viewing all 2771 articles
Browse latest View live

Jom Join November Giveaway By CP

$
0
0


Assalammualaikum..
Aku ada jadi salah sorang sponsor untuk November Giveaway By CP yang tengah dijalankan sekarang. So korang semua tunggu apa lagi, meh ramai2 join GA nih k. Tarikh Tamat Giveaway ini adalah pada 30 November ini, jadi pastikan korang semua join k. Hadiah2 nyer juga menarik untuk pemenang bertuah. Syarat penyertaan juga tak susah, Nak Join boleh klik banner k..


Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah TV9 & TV3

$
0
0
Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Ainur Mardhiyah adalah drama terbaru di Slot Azalea TV9 & TV3 menggantikan drama Amsyar yang telah tamat episodnya. Drama ini mula disiarkan pada 22 November yang lalu, setiap Selasa hingga Ahad. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Sura Sojangi sebagai watak Dhiya, Zahiril Adzim sebagai Saiful, Khaty Azean, Niezam Zaidi sbg Kiflie, Fara Mendoza, Neera Azizi, Rahim Kidol, Delimawati, Bella Nazari, Ahya Rosli, Zaryn Zaryn, Ramli Salleh dan ramai lagi. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Apapun nampak menarik gak drama ni, jom tengok sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah

Mengisahkah Ainur Mardhiyah (Dhiya), seorang anak luar nikah yang lahir selepas ibunya diperkosa. Selepas dilahirkan ibunya Mar meninggalkan Dhiya kepada orang tuanya dan dia tidak diakui sebagai anaknya sendiri. Mar merantau ke Kuala Lumpur bagi memulakan kehidupan baru dan membuka perniagaan butik. Sejak itu, dia tidak lagi pulang ke kampung. Dhiya yang dibesarkan oleh datuk dan neneknya mempunyai dua sahabat baik iaitu Saiful dan Kiflie yang masing-masing menunggu keputusan masuk ke universiti. Dalam diam, Saiful menaruh hati terhadap Dhiya. Namun hubungan mereka tidak disenangi Maya yang turut menaruh hati pada Saiful. Maya kemudian menghasut ketua kampung dan isterinya Che Yam untuk membenci Dhiya. Maya dan ayahnya Malim, punya agenda tersendiri terhadap keluarga Saiful yang banyak harta dan tanah itu.


Keadaan menjadi lebih rumit apabila datuk dan nenek Dhiya meninggal dunia akibat kemalangan. Segala harta diwariskan kepada Dhiya dibolot Mar. Sedikit pun tidak dipedulikan akan nasib Dhiya. Hidup Dhiya sehelai sepinggan sehingga dia terpaksa melarikan diri akibat difitnah. Saiful dan Kiflie cuba mencari Dhiya namun tidak ketemu. Setelah empat tahun, barulah Dhiya meneruskan pelajaran selepas bekerja dahulu untuk mengumpul wang. Dia berkenalan dengan Aina, anak kandung Mar dari suami barunya. Aina tertarik untuk membantu walaupun Dhiya berat untuk menerimanya. Mereka belajar di tempat sama dan mulai rapat tanpa menyedari mereka adik-beradik. Aina juga tawarkan Dhiya kerja di butik ibunya ketika ibunya ke luar negara untuk satu projek jangka panjang. Sejak itu, butik tersebut maju. Ketika itulah, Dhiya bertemu Saiful dan Kiflie semula. Saiful cuba yakinkan Dhiya akan perasaannya. Aina pula menaruh hati pada Kiflie dalam diam. Namun, dia rasa cemburu akan hubungan rapat Kiflie dan Dhiya. Akhirnya, dia malu sendiri bila tahu hakikat sebenarnya. Mulai saat itu, mereka berempat jadi rapat dan bekerjasama dalam beberapa projek.



Lagu Tema / OST Ainur Mardhiyah
💗 Menatap Dalam Mimpi Nyanyian Dato Siti Nurhaliza
💗 Biar Nyanyian Najwa Latiff
💗 Andai Ku Bisa Nyanyian Iskandar
💗 Luar Biasa Nyanyian Diana Danielle

Sinopsis Drama Cinta Roller Coaster

$
0
0
Sinopsis Drama Cinta Roller Coaster Slot Dahlia TV3

Assalammualaikum..
Drama Cinta Roller Coaster adalah drama terbaru Slot Dahlia Tv3 yang akan mula disiarkan pada 26 November ini. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Nasi Minyak Kuah Cinta yang telah tamat episodnya. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Syazwan Zulkifly, Puteri Aishah, Arissa Afrina, Nadzmi Adhwa, Nas T, Natasha Elyzza, Eyra Hazali dan ramai lagi. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Tengok dari iklan, nampak macam menarik gak drama ni, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Cinta Roller Coaster

Mengisahkan Syakir dan Ziany yang berkahwin pada usia muda. Mereka melalui pelbagai suka duka hidup berumah tangga selepas berkahwin sejurus tamatnya SPM. Pelbagai masalah dan isu timbul sehingga mereka menyambung pengajian ke universiti dan akhirnya bercerai. Bagaimanapun mereka merahsiakan perceraian mereka daripada pengetahuan ibu bapa masing-masing selama lima tahunDalam perjalanan kisah hidup Syakir dan Ziany. Mereka bertemu dengan ramai sahabat antaranya Izat (Nas-T), Muzammil (Nadzmi Adhwa), Athirah (Natasya Eliza), Nana (Eyra Hazali) dan ramai lagi yang masing masing mempunyai kisah dan impian tersendiri. 

Lagu Tema / OST Cinta Roller Coaster
⇰Polaroid Nyanyian Sakura Band
⇰Kamulah Wanita Nyanyian Nadzmi Adhwa
⇰Stay Nyanyian Ir Radzi

SEGMEN BLOGLIST #1 DECEMBER CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY

$
0
0

Jom Join Ramai2
Due Date- 30/11/2016
Nak Join boleh Klik Banner k..

Nora Tersingkir Di Separuh Akhir GV2016

$
0
0
Nora Tersingkir Di Separuh Akhir Gegar Vaganza 2016 (GV3)

Assalammualaikum..
Diam tak diam, minggu depan dah final pun, tak sangka juga yang Nora tersingkir di Separuh Akhir Gegar Vaganza 2016 ni. Ingatkan die dapat sampai ke final, apapun rezeki masing2 kan. GV3 kali ni memang banyak betul kontroversi kan, yang terbaru mestilah kontroversi tentang Nora, kesian jugak bila tengok die menangis. Apapun semua peserta dah bagi yang terbaik, vokal semua pun mantap2. Nora menyanyikan Lagu Untukmu berduet dengan Aizat, aku rasa konsep persembahan macam tak berapa kena manakala lagu kedua pula, Nora menyanyikan sedikit je lagu Sandiwara sebelum menyambung ke lagu lain iaitu lagu English, x silap aku lagu Adele kot hehe. Datin Seri Tiara Jacquelina menjadi juri jemputan untuk minggu separuh akhir ni. Aku suka dengar lagu Sejarah Mungkin Berulang dalam version baru tu. Azharina mendapat markah tertinggi untuk minggu ini diikuti Zarul, Siti Sarah, Intan Sarafina dan Ameng. Gmie dan Nora berada dalam kedudukan bottom two. Apapun nasib menyebelahi Gmie apabila berjaya ke final. Good Luck buat semua finalis.
Antara artis yang turut berduet dengan peserta GV3 untuk semi final ini terdiri daripada Black, Marsha, Misha Omar, Ezad Lazim, Aris Ariwatan, Tomok dan Aizat.
Finalis Gegar Vaganza 2016 (GV3)
👏 Azharina
👏 Zarul
👏 Siti Sarah
👏 Intan Sarafina
👏 Ameng
👏 Gmie

Senarai Lagu Final Gegar Vaganza 2016

$
0
0
Senarai Lagu Final Gegar Vaganza 2016

Assalammualaikum..
6 Finalis akan berentap di Konsert Akhir Gegar Vaganza 2016 dan agak2 korang sape yang akan jadi juara?. Lagipun saingan memang sengit habis, konform semua pun all out di final nanti. Final GV kali nampaknya peserta kan menyanyikan 2 lagu berbanding musim2 sebelumnya yang perlu menyanyikan satu lagu dan satu lagu lagi dinyanyikan secara Battle. Musim ni nampaknyer takde Battle Round la pulak. Kan best kalau ada pusingan Battle tu, baru betul2 menguji kebolehan peserta gitu. Apapun jom tengok senarai lagu yang akan dinyanyikan oleh peserta untuk Konsert Akhir Gegar Vaganza 2016 kat bawah ni k..

1) Siti Sarah -- I Will Always Love You dan Matahariku. 

2) Zarul - Gerhana dan Dendangan laguku
3) Azharina - Mama Aku Ingin Pulang dan Izinkanlah
4) Ameng - Bougenvilla dan Romantis
5) Intan Sarafina -Sedetik Lebih dan Kemelut Di Muara Kekasih
6) Gmie - Bila Bulan berwarna Biru dan Salam Terakhir.

Sinopsis Drama Love You Mr Arang

$
0
0
Sinopsis Drama Love You Mr Arang Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Drama Love You Mr Arang adalah drama terbaru di Slot Iris Tv3 menggantikan Drama Tak Beli Tak Cinta yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Amirul Faqeem, Hanna Aqeela, Maria Farida, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamaruddin, Ieda Moin, Zalif Sidek, Ani Maiyuni, Mustapha Kamal, Zarina Zainuddin, Ikhlas Jalil dan ramai lagi. Drama Love You Mr Arang ni dah disiarkan sejak 23 November yang lalu dan mempunyai 20 episod serta diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Promeworks Studios Sdn Bhd. Agak kelakar bila tengok tajuk drama ni hehe, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Love You Mr Arang

 Mengisahkan Irma (Hanna Aqeela) yang didesak oleh ibunya untuk kahwin secepat mungkin. Irma sangat tertekan kerana perlu mencari pasangan hidup dalam masa yang singkat untuk mengelakkan berkahwin dengan pilihan ibunya. Hanna berkata bahawa dia sudah ada pilihan hatinya sendiri. Selepas berjumpa, pilihan hatinya langsung tidak menepati ciri-ciri ibunya. Ibu Irma, Datuk Sherry (Maria Farida) yang berangan untuk mempunyai menantu yang kulitnya cerah dan putih melepak itu terus hanyut apabila Irma memperkenalkan bakal suaminya, Fariz (Amirul Faqeem). Tidak puas hati dengan pilihan Irma, Datuk Sherry terus menggelar Fariz yang berkulit gelap sebagai Mr. ArangFariz pula berasal dari kampung dan merupakan sumber pendapatan bagi keluarganya. Satu hari, Fariz terlanggar kereta Irma. Irma terus mengamuk dan meminta ganti rugi sebanyak RM 5 ribu. Fariz terkejut dimarahi oleh Irma walaupun dia yang bersalah. Bagi Fariz, maruahnya seperti tercalar dan egonya tercabar. Selepas insiden kemalangan itu, Irma tidak menerima apa-apa berita daripada Fariz. Irma didesak oleh ibunya lagi dan mahu dikahwinkan dengan sepupunya, Imran. 

Mengetahui niat Imran sebenarnya mempunyai agenda untuk mengambil alih syarikat ibunya, Irma tolak serta-merta. Tidak mempunyai pilihan lain, Irma hanya boleh memikirkan Fariz seorang sahaja lagi yang boleh menyelamatkannya daripada paksaan Datuk Sherry. Fariz dijadikan mangsa buat Irma dengan perjanjian hutang Fariz dapat dilangsaikan jika Fariz bersetuju untuk menjadi teman lelakinya. Irma juga berjanji dia tidak akan mengganggu Fariz lagi selepas itu. Fariz terpaksa bersetuju. Datuk Sherry yang langsung tidak menyukai Fariz mengesyaki hubungan sebenar anaknya dengan Fariz lalu mendesak Irma untuk berkahwin kerana dia ingin menguji. Namun, Encik Azman, ayah Irma sangat sukakan cara Fariz kerana Fariz menyerupai hidupnya masa muda dulu. Akhirnya Irma mahu mengupah Fariz sebagai suami kontrak untuk tiga bulan. Manakala, Fariz pula mendapat idea untuk mengenakan Irma. Fariz meletakkan syarat bahawa Irma perlu ikut dia balik ke kampung. Fariz membuat beberapa permintaan yang melampau dengan harapan Irma akan insaf dan membatalkan niatnya. Irma hanya menuruti semua permintaan Fariz. Di kampung, Irma terharu dengan layanan baik oleh Mak Tom, ibu Fariz. Bagaimanakah hidup rumah tangga mereka? Adakah cinta bakal hadir di antara Fariz dan Irma? 

Sinopsis Filem Rock Bro

$
0
0
Sinopsis Filem Rock Bro

Assalammualaikum..
Filem Rock Bro telah mula disiarkan di pawagam pada 27 Oktober 2016 yang lalu dan mendapat sambutan hangat daripada penonton. Filem Rock Bro ini dilakonkan oleh Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Bahron, Kamarool Hj Yusof, Amy Jueliet, Hasnul Rahmat, Shuib Sepahtu, Juliana Iskandar dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh Mamat Khalid dan diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd. Filem trilogi ini merupakan filem terakhir yang mengisahkan tentang perjalanan kumpulan Rock Rimba Bara. Apapun jom layann sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Rock Bro

Filem Rock Bro! mengangkat kisah perjuangan rockers tanah air sekitar era 80-an serta 90-an, melalui penceritaan yang disulami dengan lawak jenaka dan drama kehidupan. Dalam trilogi terakhir ini, diceritakan dari sudut pandangan ketua Rimba Bara, Jijoe (Khir Rahman), di mana pada zaman itu era rock telah berada di kemuncaknya dan seakan menanti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik baharu seperti rap dan hip hop pada awal 90-an. Kumpulan Rimba Bara sudah lama tidak membuat persembahan, menyara hidup dengan melakukan kerja sambilan dan menjayakan gig di tapak ekspo tani. Mereka dibayar dengan durian dan sayur-sayuran termasuklah petai dan terung daripada penganjur. Mereka hilang taring apabila Zul Kapan menyertai kumpulan rap 4URU.

Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella (Amy Jueliet) semasa terserempak di studio rakaman King’s Studio. Jijoe terlalu menyayangi Ella hingga sanggup meninggalkan kehidupannya sebagai rockers untuk menjadi seorang kontraktor kelas F sebagai bukti yang dia benar-benar sayangkan Ella dan mahukan hidup yang lebih terjamin. Keputusan Jijoe membuatkan Rimba Bara semakin goyah hingga tercetus konflik antara anggota. Apa kesudahan kisah cinta Ella dan Jijoe? Dan ke mana arah Rimba Bara selepas ini? Mampukah Rimba Bara menuju ke puncak demi mempertahankan kewujudan mereka di persada muzik tanah air?

Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena

$
0
0
Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Lara Cinta Ameena adalah drama terbaru di Slot Samarinda TV3 menggantikan Drama Umairah yang telah tamat episodnya. Drama Lara Cinta Ameena akan mula bersiaran pada 30 November ini dan dilakonkan oleh Tiz Zaqyah, Raja Afiq, Zarina Zainoordin, Fazlina Ahmad Daud, Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq serta ramai lagi. Drama 15 episod ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd. Tajuk drama ni hampir sama dengan Drama Lara Ameena yang disiarkan di RTM dulu tapi jalan ceritanyer berbeza lah kan hehehe tapi yang bestnyer Zarina Zainoordin menjadi pelakon untuk kedua-dua drama ni hehehe. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena

Mengisahkan pahit getir kehidupan Ameena, seorang yatim piatu yang sentiasa diuji dengan ujian - ujian yang semakin berat. Kehidupan Ameena mula senang apabila berkahwin dengan seorang hartawan yang bernama Ridhuan. Namun kebahagiaan perkahwinan mereka tidak kekal apabila ditentang oleh Ibu Radhuan, Puan Kirana. Hasutan demi hasutan, fitnah demi fitnah dilemparkan kepada Ameena oleh Puan Kirana sehingga Radhuan termakan hasutan ibunya dan akhirnya menceraikan Ameena. Walaubagaimanapun Ridhuan tidak tahu yang Ameena sedang hamil akan anaknya dan diceraikannya pula. Selepas itu Ameena hidup sendirian di Sabah kerana ingin mententeramkan fikiran walaupun sering dihujani dengan segala kepayahan. Dapatkah Ameena menggapai kebahagiaan hidup seperti wanita lain?

BLOGLIST TAHUN BARU 2017

$
0
0

Jom Join Ramai2
Due Date - 31/12/2016
Nak Join boleh Klik Banner k..

Review Drama Korea - Monster

$
0
0
Korean Drama Review - Monster

Assalammualaikum..
Semenjak dua menjak ni banyak pula Drama Korea yang habis serentak, kadang - kadang sampai 3 hingga 4 drama habis serentak dalam minggu yang sama. Makin bertambah review yang kena buat nanti hehehe. Apapun kali ni aku nak buat review untuk Drama Korea yang bertajuk Monster. Drama ni release pada 28 Mac dan tamat episodnya pada 20 September 2016 dan mempunyai 50 episod. Memang panjang episodnyer tapi not bad gak la sebab setiap episod penuh dengan suspen gitu dan buat penonton tertunggu - tunggu episod seterusnya. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Kang Ji Hwan, Sung Yu Ri, Park Ki Woong, Soo Hyun, Jung Bo Suk, Jo Bo Ah, Park Young Gyu, Lee Deok Hwa, Jin Tae Hyun, Kim Hye Eun, Jung Woong In, Lee El dan ramai lagi. Semua pelakon dalam drama ni hebat2 belaka dan berjaya melakonkan watak masing2 dengan baik sekali, kalau watak jahat tu memang nampak jahat betul, manakala watak baik pula memang berkesan lakonannya. Drama Monster ini disiarkan menggantikan drama Glamorous Temptation dan kemudian digantikan pula dengan drama Women With a Suitcase. Pelakon Seo Kang Joon dan Hwang Jung Eum ditawarkan terlebih dahulu untuk watak hero dan heroin drama Monster ni namun diorang tolak dan akhirnya watak tersebut menjadi milik Kang Ji Hwan dan Sung Yu Ri.
Rating drama Monster ini boleh tahan tinggi juga dan episod akhir drama ini mendapat rating tertinggi gitu. Drama ini juga berjaya menghimpunkan kembali beberapa pelakon watak jahat dalam drama2 lain sebelum ini seperti I Hear Your Voice, Shine Or Go Crazy, Rosy Lovers, Angry Mom dan lain - lain lagi. Selain tu Chen Bolin dan Ki Kwang dari kumpulan kpop Beast turut jadi cameo dalam drama ni sebagai watak hero ketika remaja manakala ketika dewasa akan diambil alih oleh Kang Ji Hwan. Manakala penulis skrip drama ini pernah menulis skrip untuk drama2 best yang lain seperti Empress Ki, Incarnation Of Money, History Of Salaryman. Drama ini dipermulaannya memang menarik juga mengisahkanGuk Cheol yang buta telah dianiaya oleh pakciknya sendiri iaitu Byun Il Jae hingga menyebabkan hidup Guk Cheol menjadi sangat derita dan berazam untuk membalas dendam pada pakciknya. Pertemuan semula dengan Ok Chae Ryung yang membantunya telah membuka lembaran baru dalam hidup Guk Cheol yang kini menukar namanya kepada Kang Gi Tan dan menjalani pembedahan untuk melihat semula. Dalam proses untuk membalas dendam itu die bertemu dengan cinta hatinya Oh Soo Yeon dan musuh ketatnya Do Gun Woo. Episod 1 hingga 20 drama ini menarik juga tapi bermula episod 20 hingga 30 agak boring bagi aku, banyak kali gak aku skip hehehe tapi start dari episod 30 hingga ke episod 50 memang wow okey, sangat best dan penuh suspen.
Aku suka tengok perubahan karakter setiap watak dari takde apa2 sampaila jadi matang dan berani gitu. Paling ketara adalah watak Oh Soo Yeon yang awalnya nampak desperate nak cari kerja dan mengalami pelbagai kesukaran hinggalah adik kesayangannya dibunuh oleh Byun Il Jae membuatkan Oh Soo Yeon berubah menjadi lebih berani dan berusaha sehingga dirinya menjadi peguam dan mencari pelbagai jalan untuk menghukum Byun Il Jae. Begitu juga dengan watak Do Gun Woo yang awalnya nampak macam budak mentah yang suka memberontak dan panas baran berubah menjadi seorang yang bijak, serta fokus dalam usahanya mendapatkan apa yang die nak. Sayangnyer watak Do Gun Woo ni dalam kategori jahat. Ingatkan die berubah jadi baik apabila die rapat dengan Oh Soo Yeon tapi die tak pernah jadi baik, die selalu menipu dan berpura - pura jadi baik depan O.Soo Yeon, kat belakang Soo Yeon die boleh plak berpakat dengan Byun Il Jae. Cuma Do Gun Woo ni sangat cintakan Oh Soo Yeon tapi die lebih pentingkan impiannya yang nak rampas kekayaan ayahnya tu. Sama gak dengan watak Kang Gi Tan yang beberapa kali tewas dan dirinya cuba dibunuh oleh Byun Il Jae namun setiap kali dirinya dapat bangun semula dengan lebih kuat dari sebelumnya. Kang Gi Tan juga berjaya mendapatkan kuasa dan juga wang untuk membolehkan dirinya bersaing, berlawan dan menghukum Byun Il Jae yang tamak dan jahat tu.
Walaubagaimanapun drama ni tak dapat lari dari kisah cinta antara watak2 utamanya, Oh Soo Yeon awalnya nampak biase2 jer tapi lepas die dah jadi peguam, cara makeup pun dah berubah, makin cantik plak die masa ni hehe sampai 3 lelaki suka kat die antaranya adalah Kang Gi Tan, Do Gun Woo dan Do Gwang Woo. Manakala Kang Gi Tan juga tak kurang hebatnya apabila Oh Soo Yeon turut mencintainya, disamping Do Shin Young dan Ok Chae Ryung turut ada hati padanya. Malah kelihatan rakan sepasukannya iaitu Yoo Sung Ae juga macam suka kat Kang Gi Tan ni. Kadang - kadang tu terhibur gak dengan telatah Do Shin Young yang giler2 tu, personalitinyer yang ceria tu boleh buat Kang Gi Tan jadi pening hahaha, malah Do Shin Young ni senang2 hati die tukar nama Kang Gi Tan menjadi Kang Ga Ding hehe. Die tahu family die banyak buat salah kat Kang Gi Tan sebab tu die berusaha untuk menolong dan menyenangkan hati Kang Gi Tan. Antara scene yang aku suka adalah ketika Oh Seo Yeon cuba untuk memujuk orang kanan Byun Il Jae iaitu Oh Choong Dong yang masuk penjara untuk menjadi saksi dan memberikan keterangan menentang Byun Il Jae di mahkamah nanti namun tidak semudah yang disangka kerana Oh Choong Dong seorang yang sangat setia pada Byun Il Jae. Namun Soo Yeon tidak mudah putus asa, dirinya melawat O.Choong Dong tiap2 hari di penjara dengan membawa makanan yang sedap2 yang dimasaknya sendiri.
Sambil melawat dan membawa makanan kepada Oh C.Dong tu, Oh Soo Yeon juga akan cuba memujuk dan menasihati Oh Choong Dong. Awalnya agak sukar juga kerana O.C.Dong tidak mahu bekerjasama namun lama kelamaan hati Oh Choong Dong mula lembut dan mula terbuka menerima kehadiran Oh Soo Yeon. Walaupun die tak berubah jadi baik serta merta selepas keluar penjara tapi nampak die mula bimbang dan risau dengan keselamatan Oh Soo Yeon. Satu lagi scene yang aku suka adalah scene2 yang melibatkan mak Do Shin Young iaitu Hwang Gi Ja, bagaimana die boleh berubah 100 peratus menjadi seorang yang jahat dan tamak namun nasib masa episod akhir die dah berubah jadi baik dan berbaik dengan suaminya tu serta cuba merubah perangai anak sulung mereka iaitu Do Gwang Woo. Rasanya yang paling beruntung dalam drama ini adalah watak Hwang Jae Man yang merupakan bekas bapa mertua Byun Il Jae, die akhirnya menang pilihanraya dan dapat jadi presiden gitu. Walaupun di peringkat awal die berada di pihak Byun Il Jae tapi Kang Gi Tan berjaya memisahkan kerjasama dan hubungan diorang. Lagu Tema / OST Monster ni boleh tahan gak laa, sedap jer dengar lagu2 nyer. Ending drama ni happy ending gak la bila akhirnya Byun Il Jae mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya, dimana die akan dihukum gantung.
Manakala Do Gun Woo pula akan mati ketika menyelamatkan Oh Soo Yeon dari ditembak oleh Byun Il Jae. Walaubagaimanapun Oh Soo Yeon mula berasa bersalah atas kematian Do Gun Woo dan mula menjauhkn diri dari Kang Gi Tan. Do Shin Young juga membawa diri ke luar negara dengan melakukan kerja2 sukarelawan bagi menebus kesalahan keluarganya pada semua orang. Manakala ending bagi watak Kang Gi Tan juga agak sedikit konfius hahaha, sebab Kang Gi Tan kembali kepada keadaan asalnya. Rasanya endingnyer open ending dan aku rase happy ending jer bila Kang Gi Tan akan bersama juga dengan Oh Soo Yeon tu. Menonton drama Monster ni seperti menaiki Roller Coaster hahaha, jalan cerita bermula dengan perlahan sebelum memecut laju dengan pelbagai adegan suspennyer dan membuatkan penonton terpaku dan tertunggu - tunggu episod seterusnya. Tak rugi menonton sampai 50 episod sebab jalan ceritanyer memang best dan aku bagi 8.6 Bintanguntuk drama Monster ni dari 10 Bintang.

Review K-Drama “Incarnation of Jealousy” (2016)

$
0
0
Ini dia K drama terbaru yang bakal mencuri perhatian kamu, tayang mulaibulan Ogos 2016 yang lalu “Incarnation of Jealousy” atau “Jealousy Incarnate” yang akan memberikan warna tersendiri sebagai salah satu drama korea romantis tahun 2016 ini. Sebenarnya drama korea yang satu ini sudah banyak kamu dengar desas desusnya. Awalnya siri drama ini memang sudah akan disiarkan pada bulan Jun yang lalu, tapi kerana satu dan lain hal akhirnya diundur hingga bulan Ogos 2016.

Bagaimana dengan jalan ceritaatau sinopsis drama korea ini? sudah tak sabar nak tahu?
 Kalauanda masih ingat dengan serial drama Korea berjudulPasta" yang ditayangkan beberapa tahun yang lalu, mungkin anda akan mendapatkan inti cerita yang hampir sama, namun dengan detail yang berbeza. Intinya memang masih berkisarkan tentang kisah cinta yang terjadi di tempat kerja (cinta lokasi)
Kalau dalam drama Korea"Pasta" cinta lokasi terjadi di dapur restoran, kalau dalam dramaterbaru ini akan mengambil setting di pejabat berita sebuah stesyen TV. Kisah cinta yang terjadi adalah antara seorang penyampai berita dan penyampai ramalan cuaca.
Gambar: youtube.com

Dalam salah satu drama Korea terbaik tahun 2016 ini anda akan berjumpa kembali dengan pelakon hebat Gong Hyo-jin yang cantik,  berbakat besar dan kemas sentiasa(seperti dalam serial "Pasta"). Dialah yang akan berperanan sebagai pengacara/ penyampai berita kaji cuaca bernama Pyo Na-Ri.  Ia akan bergandingan dengan Jo Jung-seok yang berperanan sebagai penyampaiberita bernama Lee Hwa-shin. Sebagai seorangreporter yang berdedikasi dan juga macho, ia juga memiliki skill, kecerdasan, dan ketampanan dalam semua aspek, sehingga kariernya sebagai seorang penyiar beritapun semakin menyinarSama seperti cerita "Pasta", kisah cinta antara watakutama tidak serta merta muncul di awal, namun berlangsung dengan serangkaian proses dan kejadian yang berliku-liku. Jadi pada awalnya nanti andaakandapat melihatpersaingan sengitdi antara mereka sebagai rakan kerja di tempat kerjanya. Mereka bersaing untuk mendapatkan posisi dan prestasi yang terbaik dengan berbagai macam cara. 

Maka justeru itu, dalam persaingan tersebutlah, cinta mereka akhirnya bersemi. Tapi kebanyakan jejaka dan gadis Korea dengan ego setinggi langit, maka mereka berdua tidak ada yang mahu terlebih dahulu mengakui perasaan mereka masing-masing. Keseronokkan drama ini bukan hanya ada pada watak  Gong Hyo-jin dan Jo Jung-seok saja, malah ada Beberapa Pelakon lain yang membuat ceritanya menjadi lebih best. Siapa saja mereka? Lee Mi-sook (Kye Sung-Sook), Lee Seong-jae (Kim Rak), dan Park Ji-yeong (Bang Ja-Young) adalah antara tiga watak utama lainnya yang akan terlibat dalam cinta segitiga yang juga seronok untuk ditontonSo, daripada makin tidak sabar, lebih baik anda tonton sendiri drama yang satu ini mulai bulan Ogos 2016 yang lalu dan kemungkinan baru akan selesai pada akhir tahun 2016 nanti. Catat tanggal mainnya, Rabu dan Kamis di SBS pada pukul 22.00 (waktu korea setempat) ataupun tonton online saja. Drama ini kemudiannya akan diganti dengan drama The Legend Of The Blue Sea lakonan Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun.

Sinopsis Telemovie Tangisan Izara

$
0
0
Sinopsis Telemovie Tangisan Izara (Cerekarama TV3)

Assalammualaikum..
Telemovie Tangisan Izara akan disiarkan di Slot Cerekarama Tv3 pada 3 Disember 2016 ini. Telemovie ini dilakonkan oleh Raja Afiq, Janna Nick, Puteri Balqis, Ku Faridah dan ramai lagi. Telemovie / Telefilem Tangisan Izara ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production. Kalau tengok daripada sinopsis telemovie ni, memang kisah sedih ni, so sedia siap2 tisu okey, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Telemovie Tangisan Izara (Cerekarama TV3)
Telefilem ini mengisahkan seorang eksekutif bernama Haikal (lakonan Raja Afiq) dan isterinya Raihana (Janna Nick) yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta. Pasangan muda itu mula berkenalan ketika mereka berdua mendapatkan rawatan terhadap penyakit mereka di hospital sama. Haikal mengalami masalah jantung manakala Raihana pula menghidap barah. Daripada pertemuan biasa yang pada mulanya berkongsi rasa mengenai penyakit yang mereka hadapi, kemudian timbul rasa cinta. Mereka berdua amat serasi kerana Haikal dan Raihana yatim piatu. Selepas tiga bulan terjalin persahabatan, Haikal melamar Raihana untuk menjadi isteri.
Raihana cuba menolak cinta Haikal kerana dia tidak mahu lelaki itu turut menanggung penderitaannya. Pada masa sama, Haikal sangat memerlukan sokongan Raihana untuk menghadapi penyakit yang dideritainya lalu mereka berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Izara(Puteri Balqis). Ketika mereka keluar bekerja, Izara dijaga pengasuhnya, Mak Dah (Ku Fridah). Apa yang bakal berlaku seterusnya? Apakah nasib Izara setelah ibu bapanya meninggal dunia?.

#MyTravelokaEscapade : Percutian Idamanku Di Pulau Langkawi

$
0
0
#MyTravelokaEscapade : Percutian Idaman Di Pulau Langkawi

Assalammualaikum..
Dalam dok fikir2 dan pilih tempat kat mana nak bercuti kalau Traveloka tunaikan impian aku ni, terdetik dihati nak pilih Langkawi. Yela nama je duduk Malaysia tapi belum berkesempatan menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi yang sememangnya terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong dan juga tempat percutian yang menarik. So kalau Traveloka tunaikan impian aku ni memang shopping sakanlah nanti sambil - sambil bercuti gitu. Bagi yang belum tahu Traveloka ni apa, ataupun mungkin korang dah pernah dengar tentang Traveloka ni, cuma tak ambil tahu jer, so meh sini ramai2 aku terangkan pasal Traveloka ni. Traveloka ni adalah satu website online yang memudahkan pengguna membuat pesanan untuk tempahan hotel dan tiket penerbangan. So lepas ni korang dah tak perlu nak buat pesanan ataupun tempahan hotel dan tiket penerbangan secara berasingan dah. Memang sangat senang dan mudah, sebab kita boleh lakukan kedua-duanya sekali. So kalau korang nak bercuti lepas ni atau nak ke mana-mana saja, jangan lupa menggunakan perkhidmatan Traveloka ni okey sebab ianya murah dan korang juga dapat berjimat, disamping tiada caj tersembunyi dimana apa yang korang lihat adalah apa yang korang bayar. Antara manfaat menggunakan Traveloka adalah seperti Transaksi dalam talian yang selamat, hasil carian yang paling meluas, TravelokaQuik - tempahan cara terpantas, khidmat pelanggan 24/7 (hubungi pada bila - bila masa saja) dan banyak lagi. Jadi kalau korang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Traveloka ni bolehla ke sini ⏩⏩ http://www.traveloka.com.my/ dan juga menggunakan hashtag #MyTravelokaEscapade untuk memudahkan pencarian korang tu nanti.
Aku memilih Pulau Langkawi kerana kat situ ada banyak tempat - tempat menarik dan juga tempat bersejarah gitu. So sebagai bekas pelajar Jurusan Sejarah sememangnya Pulau Langkawi akan menjadi pilihan aku kerana di situ sangat banyak sejarahnya disamping mitos dan lagendanya yang tersendiri dan unik. Kalau tengok nama - nama tempat sekitar Langkawi tu pun unik - unik belaka kerana setiap nama tempat di sekitar Pulau Langkawi itu ada mitos dan kisahnya yang tersendiri. Kat bawah ni aku senaraikan sebab dan juga tempat - tempat menarik di Pulau Langkawi yang akan aku lawati sekiranya aku berpeluang untuk ke sana.

1) Pekan Kuah
Kat pekan Kuah ni lah terdapat Jeti, Feri, Dataran Lang dan yang paling best mestilah boleh shopping sebab ianya merupakan tempat membeli - belah bebas cukai dan bila dah bebas cukai mestilah barang - barang tu lebih murah dari biasa kan. Kat sini haruslah beli Coklat banyak - banyak kan hehe, Set Pinggan Mangkuk juga memang popular kat sini dan juga Minyak Gamat.
2) Pantai Cenang
Kalau bercuti kat Pulau Langkawi tu memang tak seronoklah kalau tak ke pantai yang cantik - cantik tu. Antara pantai yang terkenal dan sering dikunjungi ramai adalah pantai Cenang. So mestilah aku pun akan singgah kat pantai ni dan jalan - jalan kat tepi pantai gitu. Kat pantai Cenang ni gak terdapat banyak restoran dan Resort yang memudahkan pelancong untuk makan dan juga menginap. Selain pantainya yang terkenal, ada juga aktiviti water sport yang boleh dicuba gitu. Tapi rasanya aku tak berani lah kot nak cuba aktiviti water sport tu hehe, dapat jalan - jalan tepi pantai pun dah cukup bagi aku hehehe.
3) Island Hopping
Aku juga teringin nak melawat 3 pulau utama yang lain di Langkawi ni dengan menaiki Bot iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah. Bila dah sampai kat Pulau Dayang Bunting tu harus lah ke Tasik Dayang Bunting yang popular tu, bertambah menarik bila kita tahu mitos dan lagendanya yang tersendiri mengenai Tasik Dayang Bunting ni. 
4) Makam Mahsuri
Kat Pulau Langkawi ni memang tak sah kalau tak melawat Makam Mahsuri ni betul tak?. Lagipun dari sekolah lagi kita dah diajar tentang kisah lagenda Mahsuri ni, darah putih serta sumpahan Mahsuri. So mestilah aku tak kan lepaskan peluang untuk melihat sendiri Makam Mahsuri ni. Tambahan lagi aku memang penggemar cerita - cerita berkaitan sejarah ni semua.
5) Cable Car Langkawi
Teringin juga nak merasa naik kereta Kabel / Cable Car Langkawi ni, disamping dapat menikmati panorama dan pemandangan indah gitu. Sebelum ni asyik naik Cable Car Bukit Bendera yang ada kat Pulau Pinang ni jer, sekali sekala nak merasa gak naik Cable Car Langkawi pula.
6) SkyBridge
Pastu mestilah aku teringin nak berjalan - jalan kat SkyBridge ni yang merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan 2 puncak bukit yang mana kat sini akan memudahkan pengunjung untuk berjalan dan melihat pemandangan secara 360 darjah dan SkyBridge ni juga antara jambatan melengkung terpanjang di dunia. Untuk ke SkyBridge ni, kena naik kereta kabel dulu, jadi bila dah sampai kat jambatan ni boleh berselfie, berwefie sepuas hati.
7) Telaga Air Hangat
Telaga Air Hangat adalah tempat yang best untuk dilawati, dikatakan Kolam Air Panas ni dapat merawat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kulit. Kat sini memang syok berendam di dalam kolam air panas ni sambil bersantai - santai gitu. Tempat ini juga mempunyai kisah lagendanya yang unik sekali.
8) Laman Padi
Kat Laman Padi ni, aku boleh merasai pengalaman dalam sawah padi yang betul disamping menikmati suasana kampung gitu. Maklumlah kat Penang ni susah dah nak jumpa padi, sawah mahupun kampung, semuanya bangunan tinggi- tinggi jer ada hehe. Sambil - sambil tu boleh gak ke Muzium Padi yang ada kat situ dan boleh juga belajar sikit tentang proses tradisi pemprosesan padi tu. Kat Laman Padi ni juga ada Seashells Restaurant yang terkenal dengan makan malam di tengah sawah gitu, istimewa betul kan..
9) Langkawi Wildlife Park
Dah nama pun bercuti kan, jadi haruslah ke sini yang merupakan Taman Hidupan Liar yang ala - ala mini zoo gitu. Disebabkan aku ni memang jenis yang sangat sukakan binatang, mestilah aku tak sabar untuk ke Bird Paradise yang mana kat sini terdapat pelbagai jenis spesies burung yang jinak yang boleh disentuh dan diberi makan. Woww best kan, seronok layann binatang - binatang comel dan jinak ni.
10) Air Terjun Telaga Tujuh
Di samping terkenal dengan mitosnya yang tersendiri, ianya juga adalah satu destinasi mandi air terjun yang menarik untuk aku lawati gitu. Dikatakan air terjun ini dinamakan telaga tujuh kerana di sepanjangnya terdapat kawasan tadahan kecil yang berbentuk seakan - akan telaga yang terbentuk secara semulajadi. Memang antara tempat menarik yang harus dilawati ni.

Tak sangka dah 10 tempat aku senaraikan hehehe, ikutkan ada banyak lagi tempat menarik yang ada kat Pulau Langkawi ni. Tapi cukuplah 10 tu, ni pun dah banyak sangat dah ni hehehe.
Kalau korang teringin nak bercuti di tempat pilihan masing - masing, apa kata korang join contest yang Traveloka buat ni, kot -kot ada rezeki ker kan, untung - untung boleh gi bercuti kan. Korang hanya perlu klik link ni ➔ https://blog.traveloka.com/en/online-contest/ untuk korang join contest yang dianjurkan oleh Traveloka ni. Jom ramai - ramai meriahkan kontest Traveloka ni, hadiah pun boleh tahan lumayan tu. Lastly terimalah pantun daripada aku untuk semua hehehe.

Berjalan - jalan ke rumah Mak Wan,
Berehat Sekejap diatas Titi
Langkawi Jadi Destinasi Pilihan,
Traveloka pula mestilah pilihan hati

Giveaway Hand & Body Lotion By Suriaamanda

$
0
0

Jom Join Ramai2
Due Date- 15 Disember 2016
Nak Join boleh Klik Banner k..


Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina

Kedudukan Markah Final Gegar Vaganza 2016 (GV3)

$
0
0
Azharina Juara Gegar Vaganza Musim Ketiga

Pentas Akhir Gegar Vaganza Musim Tiga berlangsung dengan sengit kerana persembahan dari setiap peserta yang sangat memukau. Azharina Azhar yang dinobatkan sebagai Juara pertandingan akhir Gegar Vaganza Musim Ketiga dengan kutipan markah keseluruhan sebanyak 82.4 berjaya menewaskan lima peserta akhir iaitu Ameng, Intan Sarafina, Siti Sarah, Zarul dan Gmie sekali gus berjaya membawa wang tunai sebanyak Rm100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian Eropah, trofi dan peluang rakaman sebuah single baru terbitan Astro. Manakala Siti Sarah yang merangkul tempat kedua dengan 76.3 markah dan juga memenangi Persembahan Pilihan Penonton yang turut membawa pulang wang tunai sebanyak Rm5000. Zarul yang menduduki tangga ketiga dengan markah sebanyak 73.1 dan diikuti dengan Ameng dengan markah 54.3, Intan Sarafina dengan 52.8 markah dan di tempat ke-6, Gmie dengan kutipan markah 52.1." (Sumber)..
Gambar Throwback ketika Azharina di Final Bintang RTM 2001

Dari awal aku dah agak yang Azharina akan jadi juara n aku pun memang suka dengan suara die. Tapi bila die bercakap memang nampak pelik sikit sebab suara die besar tapi bila die menyanyi memang woww sedap suara die. Ikutkan Masa Azharina masuk Bintang RTM 2001 tu sekali dengan Siti Sarah, Misha Omar dan Farawahida aku ada tengok hehe. Ketika tu aku heran dengan juri bila Misha tak masuk dalam top 3, apapun tu semua kisah lama kan. Berbalik pada GV2016 ni memang semua finalis best2 dan agak terkejut gak bila Gmie dapat nombor 6 dan aku rasa ni mesti sebab Battle Round tu. Apapun rezeki masing2 kan. Moga semua finalis terus menyinar selepas GV2016 ni tamat.

Baca Online Novel Isteri Tuan Ihsan

$
0
0
Baca Online Novel Isteri Tuan Ihsan (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum
Novel Isteri Tuan Ihsan karya novelis Sara Kyoko telah diadaptasikan menjadi drama bersiri yang tengah hangat disiarkan di Astro Ria. Watak Tuan Ihsan dilakonkan oleh Aaron Aziz manakala watak Seroja Irdina dilakonkan oleh Amyra Rosli. Jadi sambil2 tengok Drama Isteri Tuan Ihsan kat Tv tu, jom laa baca gak Novel Isteri Tuan Ihsan secara online, just klik jer link kat bawah ni k.
Baca Novel Isteri Tuan Ihsan Secara Online


Review Blog Pemenang Bertuah - Anzrarizal

$
0
0

Review Blog Anzrarizal - Pemenang November Giveaway By CP

Assalammualaikum..
Hari tu aku ada jadi salah sorang sponsor untuk November Giveaway By CP, pemenang2 yang menang untuk bloglist tu, dah pun aku masukkan link blog diorang dalam bloglist, boleh check di sidebar dan satu lagi pemenang akan aku review blognya. So pemenang bertuah tu adalah Anzrarizal, cantik blognya tapi sorry yer, laptop aku ni ada problem plak nak print screen so tak dapat la nak letak header atau pun gambar keseluruhan blog Anzrarizal ni. Walaubagaimanapun Blog Anzrarizal ni nampak simple dan kemas gitu. Rasanya blog Anzrarizal ni masih baru. kerana entry / post baru dalam 40 lebih gitu dan nampaknya Anzrarizal ni start berblogging pada September 2016, so korang semua jom gi follow Blog Anzrarizal ni ramai2 k just klik sini k ➺ http://anzrarizalbuddy.blogspot.my/
Niche blog Anzrarizal ini adalah personal blog yang berkaitan dengan kecantikan, fesyan, gaya hidup dan makanan. Selain itu Anzrarizal juga gemar menulis entry2 nya dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu kira campur2 gitu. Anzra ni juga sering membuat review tentang produk2 yang digunakannya seperti produk kecantikan di dalam blognya. Kelihatan juga yang Anzrarizal ni rajin join segmen / Giveaway yang dianjurkan oleh blogger lain. So sape2 yang ada buat segmen ataupun giveaway nanti, bolehla invite Anzrarizal ni k. Apapun to Anzrarizal / Anzra, teruskan berblogging yer dan semoga terus aktif di dunia blog ini. 

Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan

$
0
0
Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan Lakonan Aaron Aziz & Amyra Rosli

Assalammualaikum..
Drama Isteri Tuan Ihsan sudah mula disiarkan di kaca tv bermula 5 Disember yang lalu. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Awak Sangat Nakal yang telah tamat episodnya. Drama Isteri Tuan Ihsan ini dilakonkan oleh Aaron Aziz sebagai watak Tuan Ihsan Iskandar, Amyra Rosli sebagai Seroja Irdina, Harris Baba, Gambit Saifullah, Nadia Mustaffa, Mardiana Alwi, Ruzana Ibrahim, Qazem Nor, Shah Rezza, Ungku Ismail dan ramai lagi. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Isteri Tuan Ihsan karya Novelis Sara Kyoko, kalau nak baca online novel tersebut boleh Klik ➼ SiNi.. 
Drama 20 episod ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampaknya setiap kali drama ini disiarkan memang akan trending di Twitter. Rata2 penonton suka dengan drama ni, aku suka tengok Amyra Rosli dalam drama ni sebab die nampak comel sangat ditambah dengan wataknya yang gedik n manja tu. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k.,

Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan

Drama Isteri Tuan Ihsan ini mengisahkan tentang dua individu yang berlainan cara hidup. Tuan Ihsan adalah seorang yang berusia dan kaya. Tetapi hidupnya sering bergelumang duka. Akibat duka lama, dia seolah mengelak dari bercinta lagi. Segala harta kekayaan tidak mampu untuk membahagiakannya. Seroja Irdina pula adalah seorang gadis remaja yang masih menuntut di universiti. Sebagai remaja yang membesar di ibu kota, dia sering ke kelab malam untuk mencari hiburan. Pakaiannya mengalahkan artis antarabangsa. Biarpun hidupnya sentiasa ditemani kawan-kawan dan penuh dengan hiburan, tetapi hatinya seringkali resah.
Suatu hari dua individu yang berbeza gaya hidup ini bertemua kerana sekeping wasiat. Ibu Seroja telah mengamanahkan Tuan Ihsan untuk menjaga Seroja. Ibu Seroja pernah menjadi seorang gadis yang istimewa dalam hidup Tuan Ihsan satu tika dulu. Seroja yang kini hidup sendirian, tiada pilihan dan terpaksa berpindah ke banglo mewah Tuan Ihsan semata-mata untuk memenuhi permintaan ibunya itu. Adakah pertemuan itu, akan merubah dua hati yang mempunyai gaya hidup yang sangat berbeza?
Lagu Tema / OST Isteri Tuan Ihsan Bukan Yang Pertama Nyanyian Faizal Tahir
Viewing all 2771 articles
Browse latest View live