Quantcast
Channel: Miss BaNu StoRy
Viewing all 2771 articles
Browse latest View live

Sinopsis Filem Bo-Peng

$
0
0
Sinopsis Filem Bopeng Lakonan Nabil & Johan As'ari

Assalammulaikum..
Filem Bopeng / Bo-Peng telah ditayangkan di pawagam pada 22 Disember yang lalu dan dilakonkan oleh Nabil Ahmad, Johan As'ari Zulin Aziz, Soffi Jikan, Wanna Ali, Fauzi Nawawi, Along Ezandy, Kila Fairy, Juzzthin dan ramai lagi. Filem Bo-Peng ini bergenre komedi suspen dan diarahkan oleh Helmi Yusof yang sebelum ini merupakan pengarah Bikers Kental dan diterbitkan oleh Pencil Pictures And Records Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis filem BoPeng ini memang nampak menarik jer filem ni, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem BOPENG

“Bo” dan “Peng” merupakan dua orang sahabat baik yang tinggal bersama dan bekerja di sebuah restoran makanan segera yang sama iaitu Opiel Secret Pizza. “Peng” (Johan Asa’ri) yang terkenal dengan sikap peramah dan mesra setiap kali menjawab panggilan yang dari pelanggan untuk membuat pesanan pizza; manakala“Bo” (Nabil Ahmad) terkenal dengan kepantasan dan kecekapannya menghantar pesanan pizza kepada pelanggan. Suatu hari, “Peng” dihubungi pelanggan tetap Opiel Secret Pizza; Mira Idora Senrose (Zulin Aziz). Ketika Mira Idora Senrose sedang berjalan kaki seorang diri di kawasan letak kenderaan, Mira Idora Senrose telah diekori oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan Mira Idora Senrose telah meminta bantuan“Peng” untuk menyelamatkannya. “Peng”mencari idea dan memberikan arahan kepada Mira Idora Senrose untuk menyelamatkan diri namun panggilan akhirnya terputus dan “Peng” gagal menghubungi Mira Idora Senrose semula. Di atas rasa perikemanusian, Peng” telah meminta “Bo”menemaninya membuat laporan polis mengenai misteri kehilangan Mira Idora Senrose. Pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana kekurangan maklumat mengenai kes kehilangan Mira Idora Senrose. Selepas beredar dari balai polis, mereka terus pulang ke Opiel Secret Pizza.“Peng” sekali lagi menerima panggilan dari Mira Idora Senrose yang mendakwa dirinya telah diculik dan dihumban kedalam sebuah but kereta. 
Mira Idora Senrose menangis ketakutan dan meminta “Peng” menyelamatkannya.Peng” cuba memberikan idea untuk Mira Idora Senrose menyelamatkan diri. Dengan berbekalkan pengetahuan yang diperolehinya dari novel-novel jenayah yang pernah dibacanya“Peng” menyuruh Mira  Idora Senrose membuka lampu brek dan menghulurkan tangan keluar dari but kereta. Dalam masa yang sama, Bo” telah menunjukkan  video seseorang yang melambai-lambai tangan dari  but sebuah kereta yang diperolehinya dari Instagram kepada “Peng” dan “Bo” yakin itu ialah Mira Idora Senrose. Sementara itu, pihak polis juga turut menerima video yang sama dan mengesyaki ia ada kaitan dengan kes penculikan Mira Idora SenroseAtas bantuan pihak polis, Mira Idora Senrose telah menuang cat kejalan raya bagi memudahkan lagi pihak polis menjejakinya. Tetapi malangnya, Based (Sofi Jikan) menyedari perkara itu selepas ditegur oleh seorang pemandu kereta lain mengenai cat yang tumpah dari kereta. Apakah kejadian yang akan menimpa Mira Idora Senrose sementara “Bo”, “Peng” dan pihak polis akan sampai menyelamatkannya? Saksikan kesudahannya dalam“Bo-Peng.

Oh My Geum Bi - Review Drama Korea

$
0
0
Korean Drama Review - Oh My Geum Bi

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Oh My Geum Bi / My Fair Lady yang aku tonton baru - baru ini. Aku selalu tengok Drama ni kat TV jer kat channel KBS tu dan jarang layann cite ni kat internet. Drama Oh My Geum Bi ini release pada 16 November 2016 dan tamat pada 11 Januari 2017 serta mempunyai 16 episod. Antara pelakon yang membintangi cite ni terdiri daripada Heo Jung Eun, Oh Ji Ho, Park Jin Hee, Oh Yoon Ah, Lee Jee Hoon, Kim Dae Jong dan ramai lagi. Drama ini unik sikit bila pelakon utamanyer kanak - kanak gitu iaitu Heo Jung Eun. Tak silap aku umur die ni baru 9 - 10 tahun jer tapi dah dapat watak utama dan banyak berlakon drama - drama popular seperti Wonderful Mama, Temptation, Hyde Jekyll and Me, My Lawyer Mr Jo, Love In The Moonlight dan banyak lagi. Aku ingat lagi masa die berlakon dalam drama Wonderful Mama tu, umur die baru dalam 6 tahun camtu tapi dah pandai berlakon, petah je bercakap hehehe. Suka tengok hubungan Geum Bi dengan bapanya iaitu Mo Hwi Chul, mula2 diorang ni kerap gaduh pastu dah timbul rasa sayang antara anak dan bapa ni, sweet jer. Banyak gak babak - babak sedih dalam cite ni yang boleh buat penonton menangis gitu. 
Geum Bi ni macam ada aura positif gitu dan sesiapa yang dekat dan rapat dekat die akan turut berubah jadi positif dan baik jugacontohnya macam yang berlaku pada bapa die Mo Hwi Chul, Cha Chi Soo dan juga mak kandung Geum Bi iaitu Yoo Joo Young. Awalnya memang dah yakin yang Geum Bi tu anak kandung Mo Hwi Chul tapi boleh plak ada twistnyer yang mana bapa kandung Geum Bi adalah orang lain. Tapi still hubungan anak beranak tu tak tergugat pun tapi jadi lebih rapat gitu. Bila Geum Bi ni ada penyakit yang ala2 Dementia tu, aku ingatkan ending cite ni pasti sedih giler nyer tapi nasiblah stil happy ending walaupun xdelaa happy sangat pun kan hehe. Apapun Geum Bi berjaya buat ramai orang sayang kat die, ini ditambah lagi dengan gelagat rakan sekelas Geum Bi yang sangat bertimbang rasa lepas dapat tahu yang Geum Bi sakit membuatkan penonton bertambah terharu gitu. Mula - mula tengok cite ni memang agak pelik dan benci gak la dengan gelagat Cha Chi Soo yang merupakan musuh M.Hwi Chul tu, die sentiasa cari peluang nak kenakan Hwi Chul tu, sampaila die jumpa Geum Bi dan mula berubah jadi baik, serta berkawan semula dengan bapa Geum Bi tu iaitu Mo Hwi Chul.  
Sama juga dengan mak GeumBi iaitu Yoo Jung yang awalnya hidupnya tak terurus serta kaki botol, tapi lepas die tinggal serumah dan rapat dengan Geum Bi, perangai die juga mula berubah. Aku juga suka tengok sikap Kang Hee yang baik hati tu, die ni akan jadi mak angkat Geum Bi dan sangat sayang serta ambil berat pada Geum Bi. Adegan paling sedih dalam drama ni mestilah masa Geum Bi mula sakit tu, sampai die tengok cermin pun tak kenal diri sendiri dah, memang sedih giler, plus bila Geum Bi sakit, die mula tertekan dan buat perangai sehingga menyukarkan Kang Hee nak jaga die. Nasiblah mak bapa Geum Bi ni penyabar dan tak putus asa dan terus cari jalan untuk mengubatinya. Apapun ending Oh My Geum Bi ni agak suspen gak la sebab ingatkan Geum Bi ni akan mati tapi nasib die terus hidup sampai remaja gitu, cuma bila dah remaja tu diorang tukar pelakonlah kan hehe dan semua orang yang sayang kat Geum Bi tu hadir masa birthday Geum Bi yang ke 17 tahun kot kalau aku tak silaplah. Apapun drama ni memang best, walaupun ada scene2 sedih tapi masih menghiburkan gitu. Pelakon kanak - kanak tu memang berbakat besar gitu, jadi untuk drama korea ini, aku bagi 8.8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.

Miss France Menang Miss Universe 2017

$
0
0
Miss France Menang Miss Universe 2017

Assalammualaikum..
Miss Universe 2017 menjadi milik Ratu Cantik dari France, kelihatan dalam gambar Miss Universe 2016 dari Filipina meletakkan crown / mahkota di atas kepala Miss Universe yang terbaru. Susah nak ramal sape yang akan menang Miss Universe ni sebab peserta dari negara - negara lain pun cantik - cantik belaka. Malah wakil Malaysia iaitu Kiran Jassal juga cantik tapi tak dapat tembus dalam Top 13. Berlainan pula dari negara2 jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina yang lepas ke Top 13. Tak silap aku ada undian dibuka untuk mengundi Miss Universe ni kat Twitter kot.
Ini lah Kiran Jassal yang merupakan Miss Universe Malaysia yang menjadi wakil Malaysia untuk pertandingan Miss Universe, cantik kan, dah macam pelakon Bolywood gitu :)

Keputusan Pemenang Miss Universe 2016/2017 
Tahniah buat Iris Mittenaere dari France yang dinobatkan sebagai Miss Universe 2017

Senarai Pemenang Miss Universe

Senarai Yang Di-Pertuan Agong Dari 1957 Hingga Kini

$
0
0




















Senarai Yang Di-Pertuan Agong Dari 1957 Hingga Kini

Assalammualaikum..
Gambar kat atas tu memaparkan Senarai Yang Di-Pertuan Agong Dari Tahun Malaysia Merdeka hinggalah sekarang. Jadi pada yang tak ingat tu atau perlu hafal ker kan bolehla rujuk gambar kat atas ini. Boleh klik gambar di aatas untuk besarkannya ye. Semoga bermanfaat :)

Weightlifting Fairy Kim Bok Joo - Korean Drama Review

$
0
0
Review Drama Korea - Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

Assalammualaikum..
Hari ni giliran Drama Korea Weightlifting Fairy Kim Bok Joo untuk direviewkan, ianya mempunyai 16 episod dan release pada 16 November 2016 hingga 11 Januari 2017. Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Lee Sung Kyung, Nam Joo Hyuk, Kyung Soo Jin, Lee Jae Yoon, Lee Joo Young, Cho Hye Jung, Ahn Kil Kang dan ramai lagi. Drama Korea Weightlifting Fairy Kim Bok Joo ini disiarkan bagi menggantikan Drama Shopping King Louis yang telah tamat episodnya dan kemudiannya akan digantikan dengan Drama Missing Nine. Pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama popular yang lain seperti Dr.Jin, 7th Grade Civil Servant, A New Leaf dan banyak lagi manakala penulis skrip cerita ni pula pernah menulis skrip untuk Drama King Of High School, Oh My Ghost dan lain - lain lagi. Pelakon popular Lee Jong Suk turut membuat kemunculan khas dalam drama ni manakala hero dan heroin drama ini iaitu Lee Sung Kyung dan Nam Joo Hyuk dah pernah berlakon sekali dalam Drama kegemaran ramai iaitu Cheese In The Trap. Walaubagaimanapun mereka tidak banyak scene bersama sebab masing - masing memegang watak pelakon pembantu dalam drama tersebut. Selain itu, Nam Joo Hyuk juga dah pernah membawa watak sebagai seorang atlet renang dalam dramanya yang terdahulu iaitu School 2015: Who Are You?.
Nampak lakonan Lee Sung Kyung sebagai Kim Bok Joo ada sedikit kelainan berbanding drama - dramanya yang terdahulu, dia tak perlu jadi gila - gila mahupun perlu feminin dan make up tebal - tebal sebaliknya perlu jadi sedikit tomboy, kuat dan kasar gitu, maklumlah atlet angkat berat gitu. Gelagat Bok Joo dan kawan - kawannya iaitu Lee Sun Ok dan Jung Nan Hee yang sehati sejiwa tu turut membuat drama ni jadi lebih menarik. Awalnya agak menyampah juga dengan perangai bekas kekasih Jung Joon Hyung tu iaitu Song Shi Ho yang merupakan atlet Gimnastik. Dia tak boleh terima hakikat yang Jung Joon Hyung dah tiada hati pada dirinya, siap cuba kenakan Bok Joo lagi sebab cemburu, tapi nasib baiklah selepas tu Song Shi Ho ni mula sedar dan jadi lebih baik. Jalan cerita drama ni mula jadi menarik bila Bok Joo buat pertama kalinya jatuh cinta pada Dr Jung Jae Yi yang juga merupakan abang kepada Jung Joon Hyung. Banyak perkara kelakar yang berlaku masa ni, aku juga suka bunyi suara lelaki yang sebut perkataan What!? tu, terutamanya bila ada scene - scene kelakar tu. Bagi yang dah tengok drama ni pasti tahu apa yang aku maksudkan tu hehe. Satu lagi scene kelakar bila berat badan Bok Joo sekejap berkurang sekejap bertambah disebabkan Bok Joo tersepit kat tengah - tengah antara arahan jurulatihnya untuk tambah berat badan dan juga Dr Jung Jae Yi yang cuba membuatkan berat badan Bok Joo turun.
Aku juga suka karakter Jung Jae Yi yang sangat baik tu sampai Bok Joo pun boleh jatuh hati, tapi itulah Jung Jae Yi ni pun naif juga, sebab terlebih baik dan langsung tak nampak tanda - tanda Bok Joo tu sukakan dirinya. Kelihatan Ji Soo dan juga Seohyun (Girl Generation) turut jadi cameo dalam drama ni, mereka ni serta hero drama ni iaitu Nam Joo Hyuk pernah berlakon sekali dalam Drama best iaitu Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo. Walaubagaimanapun Nam Joo Hyuk tidak ada scene berlakon bersama dengan Seohyun tu cuma dia ada berlakon sekali dengan Ji Soo jer. Tak sangka juga yang kawan baik Jung Joon Hyung iaitu Jo Tae Kwon tu boleh ada hati pula pada kawan baik Bok Joo yang sedikit tomboy tu iaitu Lee Sun Ok. Terfikir juga macam mana laa reaksi Jung Nan Hee, bila tahu kawan baik dia sorang lagi pun dah ada kekasih tapi die masih lagi single. Sayangnya sampai ke last episod pun, Jung Nan Hee tak tahu pasal ni, manakala Lee Sun Ok dan Jo Tae Kwon tu macam bercinta senyap - senyap dan akan cover line depan Nan Hee tu. Bila Bok Jo dan Joon Hyung tu dah start dating, memang sakan betul lah diorang bercinta kan sampai susah nak bercinta secara senyap - senyap. Akhirnya kantoi juga bila kawan - kawan mereka dapat tahu juga pasal hubungan cinta diorang tu.
Bila dah bercinta tu, nampak Bok Joo yang kuat cemburu sebab Joon Hyung sangat handsome dan ramai perempuan yang suka dekat Joon Hyung. Jadi Bok Joo risau kalau - kalau Joon Hyung berubah hati tambah - tambah kalau dia dan Joon Hyung berjauhan lagi la Bok Joo risau. Apapun nasiblah Joon Hyung ni jenis yang setia gitu. Gelagat bapa saudara Kim Bok Joo iaitu Kim Dae Ho juga kelakar bila dia ada hati pada jurulatih Bok Joo tapi jurulatih tu pula sukakan orang lain. Nasiblah last sekali dia jumpa juga kekasih baru tu. Pelakon Kim Seul Gi turut jadi cameo dalam drama ini dan dialah juga yang akan jadi kekasih baru Kim Dae Ho. Lagu Tema / OST Weightlifting Fairy Kim Bok Joo biasa - biasa je bagi aku. Manakala ending drama ni mestilah happy ending kan dan ramai yang suka menonton drama ni sebab jalan ceritanya yang ringan dan simple. Konflik dalam drama ni juga tak begitu berat apapun drama ni menghiburkan juga walaupun aku lebih sukakan drama yang banyak konflik, suspen dan banyak twist berbanding drama yang ringan. Aku bagi 7 Bintang untuk drama ini dari 10 Bintang.

GIVEAWAY : INI BLOG SIAPA?

$
0
0

Jom Join Ramai2
Due Date- 13/2/2017
Nak Join boleh Klik Banner yer..
Saya Miss BaNu dan berasal dari Pulau Pinang. Salam Perkenalan :)

Sinopsis Drama Namaku Bedah

$
0
0
Sinopsis Drama Namaku Bedah Slot Kelakarama TV9

Assalammualaikum..
Drama Namaku Bedah akan mula disiarkan pada 5 Feb di slot Kelakarama Tv9menggantikan Drama Sumpah Ibu yang telah tamat episodnya. Drama 20 episod ini dilakonkan oleh Nadzmi Adhwa, Aishah Azman, Syainie Aida, Niezam Zaidi dan ramai lagi. Kalau tak silap aku, drama Namaku Bedah ni juga merupakan adaptasi daripada Novel dan akan bersiaran pada setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam. Apapun jom layann sinopsis cerita ni kat bawah okey..

Sinopsis Drama Namaku Bedah

Mengisahkan Bedah (Aishah Azman), seorang gadis pintar dan lincah namun mempunyai perwatakan yang gedik dan sentiasa ingin bergaya. Wajah cantik dimilikinya telah membuatkan ramai jejaka tertarik dengan Bedah namun mereka mentertawakannya apabila mendapat tahu nama sebenar Bedah malah dijadikan bahan ejekan. Bedah adalah gabungan nama tanda kasih sayang ibunya iaitu, Hamidah dan ayahnya, Bedul. Selepas tamat persekolahan, Bedah telah melanjutkan pengajian ke kolej. Di kolej, Bedah menjadi perhatian ramai pelajar lelaki. Sehinggakan ada yang tidak tidur malam, dan bergaduh semata-mata nak berebut mendapatkan hati Bedah. Suatu hari secara tidak sengaja Bedah bertemu dengan Zuhairi (Nadzmi Adhwa), seorang anak jutawan terkenal. Bedah terpegun dengan ketampanan Zuhairi. Rupa-rupanya Bedah tidak bertepuk sebelah tangan, kerana Zuhairi juga turut meminati Bedah. Mengetahui status Zuhairi Bedah menggunakan nama samaran sebagai Puteri Anis. Bedah sangat teruja sehingga apa yang dilakukannya serba tak kena. Bedah juga telah berjanji dengan dirinya sendiri untuk tidak melepaskan Zuhairi dalam hidupnya sehinggakan dia berfikir untuk berhenti belajar dan terus berkahwin. 
Dia menceritakan perihal ini kepada Tasha (Syainie Aida), teman karibnya sejak dari kampung lagi, tetapi ideanya itu ditentang oleh Tasha yang merasakan perjalanan mereka masih jauh dan tidak perlu untuk berhenti belajar. Bedah sudah lupa diri, dia juga nekad untuk menukar namanya agar tidak diketahui Zuhairi. Bedah meminta pertolongan Iskandar yang mempunyai kenalan untuk menukar nama pada kad pengenalannya. Bedah mahu dikenali sebagai Puteri Anis. Kerana mempunyai kekasih yang kaya, Bedah juga mengubah penampilannya, bergaya mewah dan tidak lagi seperti gadis kampung. Bedah juga sudah mula bercakap besar dan bersikap sombong dengan orang-orang di kampung. Apabila Puan Hamidah mengetahui keputusan Bedah untuk berhenti belajar dan berkahwin, keputusan itu ditentang sekeras-kerasnya. Puan Hamidah turut meminta Zuhairi untuk datang berjumpa dengannya terlebih dahulu. Walaupun Zuhairi tidak biasa dengan suasana kampung, dia sanggup kerana ingin mengambil hati bakal mertuanya itu. Bedah risau kerana jika Zuhairi menemui ibunya, segala rahsia bakal terbongkarDapatkah Zuhairi menerima Bedah setelah mengetahui dia telah ditipu oleh Bedah? Adakah ibunya juga dapat memaafkan Bedah?

Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors

$
0
0
Jom Join Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors

Assalammualaikum..
Bagi yang suka join Giveaway yang dianjurkan oleh blogger, aku nak ajak korang join Giveaway Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors. Seramai 45 Pemenang dicari dan ada pelbagai hadiah gitu. Rugi kalau tak join, korang hanya perlu Klik Banner diatas untuk sertai Giveaway ini. Aku jadi salah sorang sponsor untuk Giveaway ni, so jemputlah Join beramai - ramai yer. Ramai pemenang dicari jadi peluang untuk menang pun mestilah cerah kan. Jadi jangan lupa join G.A ni ye. Good Luck..


Sinopsis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

$
0
0
Sinopsis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen (Astro)

Assalammualaikum..
Drama Urusan Hati Cik Drama Queen sudah pun mula disiarkan pada 6 Februari yang lalu, menggantikan Drama Sayang Papa Saya Tak yang telah tamat episodnya. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Scha Al -Yahya, Aiman Hakim Ridza, Randy Pangalila, Adriana Adnan, Shalma Ainaa, Isyariana, Ozlynn Wati, Ungku Hariz, Ziha Salleh, Nazrief Nazri dan ramai lagi. Seperti drama - drama yang terdahulu, drama ini juga diadaptasikan daripada Novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya Novelis Areila Sahimi. Drama 16 episod ini diarahkan oleh Michael Ang & Hadith Omar dan diterbitkan oleh Darkwave Pictures Sdn Bhd. Menarik dan kelakar juga jalan ceritanya terutamanya watak Syazlin (Scha Al Yahya) yang sangat drama queen tu hehe. Apapun jom layann sinopsis drama ini kat bawah k..
 Sinopsis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Mengisahkan bagaimana Syazlin yang sangat 'drama queen' dalam apa jua situasi. Setiap perkara yang berlaku dalam dirinya dianggap masalah besar. Pada masa sama, Syazlin sering tidak bernasib baik dalam hubungan cinta. Pada suatu hari Syazlin berjumpa dengan Faris dan jatuh cinta. Namun cintanya ditolak kerana Faris bakal berkahwin dengan orang lainSyazlin kemudian bertemu dengan Fadhlan. Mereka berkawan baik dan Syazlin mula jatuh hati. Sekali lagi dia menggunakan pendekatan sama iaitu ingin mengejar dan mendapatkan cintanya itu. Syazlin meluahkan perasaanya melalui surat cinta berserta taburan bedak wangi. Siapa sangka Syazlin hanya bertepuk sebelah tangan kerana Fadhlan hanya menggangap dia sebagai kawan. Ketika itu Syazlin mendapat tahu Fadhlan adalah tunangan orang iaitu Hanissa. Ketika pernikahan mereka semakin hampir, tragedi malang menimpa Hanissa. Fadhlan mula menadi muram dan dingin. Syazlin pula cuba untuk menceriakan si dia. Dapatkah Syazlin bertemu dengan putera idamannya itu?
Lagu Tema / OST Urusan Hati Cik Drama Queen
-->Urusan Hati Nyanyian Sarah Fazny

Gelagat Pesakit Di Malaysia

$
0
0
gelagat pesakit di malaysia
Gelagat Pesakit Di Malaysia

Assalammualaikum..
Nak tergelak juga bila tengok gambar dekat atas ni, ubat oren bulat - bulat tu memang punchline betul lah hehehe. Yela kan nama ubat pun kadang - kadang bukan main pelik lagi, dah la nak sebut pun susah, pastu ada juga nama ubat yang panjang betul dan buatkan kita sebagai pesakit susah nak ingat nama ubat, tambah - tambah ubat yang jarang kita makan kan. Tapi kalau ubat tu memang selalu kena makan, memang patut ingatlah juga kan. Kalau yang muda pun susah nak ingat nama ubat, apatah lagi orang tua. Jadi pengajarannya di sini cuba - cubalah ingat nama ubat yang selalu kita kena makan. Paling kurang pun tulislah nama ubat yang kita ambil tu kat dalam buku ke, kertas ke jadi senanglah nak rujuk atau nak jawab bila doktor tanya, mahupun memudahkan kita nak membeli ubat dekat farmasi ke kan.

Autism Misconceptions

$
0
0
salah faham tentang autism
Salah Faham Tentang Autism 

Assalammualaikum..
Terjumpa gambar diatas dekat Facebook, kawan aku yang post pasal autism ini kat Facebooknya, jadi aku share juga laa dekat blog aku ni, moga - moga boleh menambah ilmu pengetahuan kita semua tentang salah faham yang sering terjadi bila kita sebut tentang Autism ini.

Review Filem Dorm Melati

$
0
0
Review dan Sinopsis Filem Dorm Melati

Assalammualaikum,.
Baru - Baru ini aku berkesempatan juga menonton Filem Seram yang bertajuk Dorm Melati. Filem ini baru saja ditayangkan di pawagam pada 12 Januari yang lalu. Filem ini dilakonkan oleh Aedy Ashraf, Ardell Ardyana, Julia Marin, Nadia Aqilah, Sabrina Ali, Syaa Nasir, Adam Shahz, Aizat Hassan dan ramai lagi. Filem Dorm Melati ini berdasarkan kisah benar yang berlaku di sebuah universiti tempatan dan diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Metrowealth. Aku suka tagline Filem ini iaitu "Jangan sampai tak terjumpa diri sendiri" unik dan misteri tagline tu. Pada pendapat aku, filem Dorm Melati ini tidak seram mana pun, sesuai untuk ditonton oleh semua orang.Tarikan utama filem ini mestilah sebab penonton nak tahu tentang kisah Melati dan kenapa dia bunuh diri dan menganggu ramai penghuni di dorm Melati itu. Ada satu babak yang buat aku terfikir, kenapa mereka tak lari atau buat sesuatu, bila tahu kawan - kawan dia dah dibunuh oleh Melati tu dan boleh pula releks2 jalan - jalan seorang diri di waktu malam tanpa ditemani rakan. Jadi memang senang - senanglah Melati tu bunuh hehe. Bila masuk tentang kisah 5 sekawan tu nampak dah makin menarik jalan ceritanya, sebab kelima - lima mereka mempunyai perangai dan personaliti yang berbeza. 
Ada yang memang penakut, ada yang jenis cool dan tenang tak kurang juga ada yang terlebih berani seperti watak Adam tu. Ketika menghadapi situasi yang menakutkan, mereka berlima memang panik tapi boleh pula mereka ni semua masih ikut cakap Adam tu, patutnya biarkan Adam tu pergi cari hantu Melati tu seorang diri manakala yang lain patutnya minta pertolongan ke, tapi semua boleh ikut Adam buat kerja gila, iaitu cari Melati yang dah mati. Hantu dalam filem ni memang ada warna temanya yang tersendiri iaitu baju hitam, lipstik hitam, muka putih dan matanya yang paling scary sekali hehe. Ikutkan sebelum Melati tu jadi hantu lagi, memang dia dah suka pakai baju hitam dan make up macam tu. Jadi tak nampak perbezaannya sebelum dan selepas jadi hantu cuma mata Melati tu jerla yang macam menakutkan sikit. Aku ingatkan ada banyak konflik atau pun twist di penghujung cerita tapi biasa - biasa saja. Mereka berlima selamat dan sempat keluar dari Dorm Melati tu. Apa pun lokasi shooting filem ni memang sangat cantik, kat atas bukit gitu, penuh dengan pokok - pokok hijau. Apa pun jom layan sinopsis movie ini kat bawah ye..
Sinopsis Filem Dorm Melati

Mengisahkan tentang 5 sahabat baik iaitu Adam, Zafira, Eddy, Raihana dan Carol yang baru sahaja menamatkan peperiksaan STPM mereka dan memutuskan untuk melakukan aktiviti ‘Summer Camp’. Lokasi ditetapkan oleh Adam yang sememangnya menyukai cabaran dan luar dari kebiasaan. Maka beliau memutuskan untuk memilih Dorm Melati sebagai lokasi percutian Summer Camp mereka. Lagipun, beliau ingin mengetahui misteri dan rahsia tentang wanita bernama Melati Putih yang dikaitkan dengan Dorm Melati yang digembar-gemburkan dalam internet. Ada yang mengatakan Melati mati bunuh diri selepas diperkosa, ada juga yang menyatakan beliau dibunuh. Bagaimanapun tiada sesiapa tahu ke mana Melati menghilang. Tidak lupa juga dengan peristiwa kematian misteri beberapa orang pemuda yang dikaitan dengan kes perkosaan Melati Putih. Walaupun niat beliau ditentang habis-habisan oleh 4 orang temannya, namum mereka terpaksa akur dengan keputusan Adam. Dan ketibaan mereka di sana, disambut dengan gangguan demi gangguan selepas Adam mencabar Melati untuk muncul di depannya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
P/s- Seram lagi Filem Jengka dari filem ni hehehe
my signature

Review Drama Korea - Goblin

$
0
0
Goblin - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Okey hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Goblin, rasanya semua pun tahu yang Drama Goblin ini sangat popular, sangat diminati ramai disebabkan jalan ceritanya yang unik, misteri dan best. Memang tak dapat dinafikan jalan cerita Goblin ini tak logik tapi drama bergenre fantasi dan misteri seperti ini memang seronok untuk ditonton. Bila dapat tahu senarai pelakon drama Goblin ini jer, dah berjaya buat penonton rasa teruja dan tak sabar nak menonton drama ini. Ini ditambah lagi dengan Gong Yoo dan Lee Dong Wook berada dalam satu drama yang sama, memang woww gitu. Selain Gong Yoo dan Lee Dong Wook, drama ini turut dilakonkan oleh Kim Go Eun, Yoo In Na, Yook Sung Jae, Lee El, Joo Woo Jin, Kim Byung Chul dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 16 episod, alangkah bagusnya kalau episod drama ini dipanjangkan lagi menjadi 20 episod mahupun 50 episod hehe. Tak puas tengok drama ini sebab ada 16 episod je, Drama Korea Goblin ini disiarkan bagi menggantikan drama The K2 dan kemudian akan digantikan dengan drama Tomorrow With You yang dilakonkan oleh Shin Min Ah dan Lee Je Hoon. Pengarah dan Penulis Skrip drama Goblin ini juga adalah orang yang sama mengarah dan menulis skrip untuk Drama Popular Descendants Of The Sun. Pelakon Kim Min Jae dan Kim Soo Hyun turut membuat kemunculan khas dalam drama ini sebagai King and Queen ketika remaja (muda).
Tarikan utama drama ini pastilah sebab jalan ceritanya yang unik, selain itu ramai juga yang suka tengok bromance antara Kim Shin dan Grim Reaper (Wang Yeo) tu. Selain bromance antara diorang, aku juga suka semua scene yang melibatkan Lee Dong Wook, Gong Yoo dan Sung Jae, bila ada diorang bertiga memang lawak kot hehe. Ingatkan dalam drama jer yang nampak bromance diorang ni tapi masa kat luar drama pun memang diorang baik, siap bergurau lagi, memang gandingan yang serasi gitu. Kalau korang nak tengok apa yang berlaku di belakang tabir drama Goblin ni, pastikan korang tonton Goblin Special Part 1 & 2 : The Summoning. Ada banyak benda best yang boleh korang tahu lepas menonton special episod drama Goblin tu. Antaranya scene - scene tak jadi dalam drama ni serta korang boleh lihat sendiri keserasian antara Gong Yoo dan Lee Dong Wook on and off screen. Selain itu, dalam episod special tersebut Yoo In Na dan Lee Dong Wook turut jadi ala - ala hos dalam Goblin special tersebut. Paling menarik perhatian aku bila Lee Kwang Soo turut melawat sekejap ke dalam set Goblin dan bertemu dengan Gong Yoo. Ketika penggambaran di hospital pula, kelihatan pelakon Yoo Yeon Seok di hospital yang sama, rupa - rupanya dia juga turut shooting di situ tapi untuk drama yang lain iaitu Romantic Doctor, Teacher Kim. Sempat juga dia singgah sekejap dan bertemu dengan Lee Dong Wook dan krew yang lain. Alang - alang dah jumpa tu, patutnya dia buat cameo terus jer dalam Goblin tu tambahan lagi dia dah berpakaian ala - ala doktor dah hehe.
Lokasi shooting drama ini juga sangat cantik dan indah, diorang juga turut shooting di Canada.Lagu Tema / OST Goblin ini juga sangat best, semua lagu sedap - sedap belaka, aku pun siap download kot lagu - lagu OST dari drama Goblin ni, selalunya aku memang jarang nak mendownload lagu - lagu OST Drama Korea kecuali kalau lagu itu sangat best. Babak - babak kelakar dalam drama ni memang terbaik sampai penonton pun boleh tersengih sekali hehe. Selain babak kelakar, babak sedih pun mestilah tersangat sedih kan, antara scene yang paling sedih masa Kim Shin lenyap tu, sayu dan sebak je dengar Ji Eun Tak menangis teresak - esak, Lepas 9 tahun, Kim Shin datang balik tapi semua dah lupa tentang dia. Sampaila dia terjumpa Grim Reaper dan nasib baik Grim Reaper / Wang Yeo masih ingat pada dia. Masa Grim Reaper minta maaf pada Kim Shin dan Kim Shin pun memaafkannya tu juga sedih dan sebak. Lepas diorang dah berbaik, bromance pun kembali juga hehe, scene ketika Grim Reaper berpisah dengan Sunny juga sangat sedih. Selain itu scene - scene suspen dalam drama ini juga sangat best antaranya ketika Eun Tak cuba untuk menarik pedang yang ada di dada Kim Shin tu, scene ketika roh jahat Park Joong Hun yang dilakonkan oleh Kim Byung Chul, datang berjumpa Eun Tak buat pertama kalinya, memang nampak menakutkan mukanya, pandai diorang makeup rupa Park Joong Hun jadi scary macam tu. 
Apa pun tak sangka juga pelakon Kim Byung Chul akan bawa watak jahat dalam drama ini sebab sebelum ini dia ada pegang watak komedi dalam Drama Shopping King Louis. Dari komedi terus ke watak jahat dan lakonannya sememangnya berkesan, malah berjaya menimbulkan rasa benci penonton pada wataknya. Selain itu scene ketika Yoo Duk Hwa berubah jadi orang lain tu pun memang best hehe, tak leh blah tengok reaksi Kim Shin dan Grim Reaper yang terkejut tengok Duk Hwa masa ni. Gelagat Secretary Kim yang baik dan pandai menari tu juga kelakar, nasiblah watak dia baik je dalam drama ni, sebab sebelum ni , dia ada pegang watak jahat dalam Drama Police Unit 38. Aku juga suka tengok Eun Tak berkawan baik dengan hantu - hantu tu semua, paling tak sangka bila makcik Eun Tak yang suka mendera Eun Tak tu pun jadi hantu dan masih menyusahkan Eun Tak walaupun dah jadi hantu. Aku juga tak faham kenapa Sunny nak seksa diri dia dengan menjauhkan / menghilangkan dirinya dari Kim Shin, Eun Tak dan Grim Reaper tu. Lagipun Kim Shin tu dah memaafkan Grim Reaper dan tak kisah kalau Sunny nak berkawan semula dengannya. Ending Goblin ini tak begitu happy ending bagi aku sebab masih sad ending juga. Lagipun Eun Tak mati dan Kim Shin terpaksa bersendirian terlalu lama untuk menunggu Eun Tak dilahirkan semula. 
Bertambah sedih bila Wang Yo / Grim Reaper juga meninggalkan Kim Shin dan bersama Sunny untuk ke alam lain. Kesian pada Kim Shin yang terpaksa hidup seorang diri untuk menunggu Eun Tak. Aku teringin juga nak tahu apa jadi dengan Duk Hwa tu, nak tahu juga dengan siapa dia kahwin semua kan, tapi di episod akhir drama Goblin ini tak diceritakan pula pasal kisah Duk Hwa selepas Kim Shin bersendirian tu. Grim Reaper dan Sunny juga turut dilahirkan semula dan menjadi orang lain dan kedua - duanya juga kelihatan bahagia gitu. Tapi macam tak seronok pula bila mereka berdua memang tak kenal dengan Kim Shin dan Kim Shin pula hanya dapat memerhati mereka berdua dari jauh saja. Alangkah baiknya kalau Kim Shin cuba berkawan dengan mereka berdua kan, jadi tak adalah hidup dia sunyi sentiasa kan. Apa pun Korean Drama Goblin ini memang menghiburkan dan seronok untuk ditonton. Pada yang belum menonton cerita ini lagi, aku rekomenkan drama ini untuk korang tengok danaku bagi 9.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini. 
my signature

Wajah Baru Blog Miss BaNu Story 2017

$
0
0
 Wajah Baru Blog Miss BaNu Story 2017

Assalammualaikum..
Setelah sekian lama, Blog aku bertukar wajah juga akhirnya. Design dan Template gambar diatas memang dah lama aku gunakan sejak tahun 2014 hingga 11 Februari 2017. Aku tempah design diatas dari blogger Cik Rose Cute, sekarang ni nampak dia dah tak aktif berblogging dah. 

Header & Design berwarna Pink Blog Miss Banu Story 2012-2013
Design & Template Blog Miss BaNu StoRy 2012 - 2013
Manakala Design / Template kat atas ini aku gunakan pada tahun 2012 hingga tahun 2013. Paling best design ini, sebab ianya percuma sebab aku ada menang satu giveaway anjuran blogger dan hadiahnya merupakan edit blog. Jadi merasalah juga blog diedit dan jadi lawa. Malah kedua - dua header diatas ini juga adalah percuma. Blogger yang buat design ini ada buat entry tentang ini so bolehlah baca kat --> Klik SiNi.. Aku pun tak pasti sama ada aku ada download template di atas ini atau pun tidak or mungkin juga template diatas ini aku save di laptop lama. Jarang pula guna laptop lama sebab keyboard hurufnya banyak yang dah hilang angkara kucing aku yang duduk atas laptop itu lalu mencakar dan mengorek keyboard aku hehehe, nasib comel tak jadi nak marah kucing aku tu ;)
Design Baru Blog Miss Banu Story Bermula 11 Feb 2017

Bahagian Footer Bawah Sekali

Bermula 11 Feb 2017 inilah rupa baru Blog Miss BaNu Story, template / design baru blog ini direka dan dihasilkan oleh Sis Hawa. Aku merupakan customer pertama sis Hawa gitu, Kalau korang nak design yang best2 dengan harga yang berpatutan bolehlah tempah dengan Sis Hawa ni. Selain full edit blog aku juga turut menempah watermark / Logo untuk Blog Miss BaNu Story ini serta Menu Tab Khas yang di design oleh beliau juga. Kebetulan, sis hawa juga turut membuat entry tentang blog aku, jadi bolehlah korang singgah baca yer ➔ Klik SiNi.. Kat Bawah ni pula adalah watermark / logo Blog Aku yang lama hinggalah yang terbaru.
Old Watermark / Logo For My Blog
Selain gambar diatas, sepatutnya ada satu lagi watermark / logo yang berbentuk Teddy Bear, tapi entah kemana menghilang, aku cari tak jumpa - jumpa pula watermark itu. So watermark kat bawah ini adalah yang paling terbaru.
Watermark / Logo Blog Miss BaNu StoRy 2017

Tiada Musim Kedua Buat Goblin (Korean Drama)

$
0
0
Lee Dong Wook, Sung Jae and Gong Yoo
No Season 2 For Korean Drama Goblin

Assalammualaikum..
Nampaknya hajat dan hasrat semua peminat Drama Bersiri Korea Popular iaitu Goblin tidak kesampaian apabila Drama Goblin tidak akan disambung ke musim kedua. Walaupun ada beberapa persoalan yang tak terjawab dalam episod akhir Drama Korea Goblin ini namun drama ini tetap menjadi fenomena dan ramai yang berharap agar drama ini akan disambung ke musim kedua tapi akhinya Pelakon utama drama Goblin ini sendiri iaitu Gong Yoo telah mengumumkan serta mengesahkan yang tiada musim kedua buat Goblin di Twitternya.
3 Pelakon Utama Drama Korea Goblin
Sedihnya tiada musim kedua, aku rasa jalan ceritanya tetap akan best jika disambung ke musim kedua kan, tapi mungkin ada sebabnya kenapa mereka semua tidak mahu sambung ke season 2. Jarang sebenarnya drama Korea ada musim kedua, kalau ada pun tak banyak, ada beberapa drama yang disambung ke musim seterusnya antaranya seperti Mrs Cop dan lain - lain lagi. Dulu selepas drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo tamat, ramai yang menggesa agar pihak penerbit, produsi dan pelakon drama tersebut meneruskan drama itu ke musim kedua sebab ramai yang kecewa dengan ending drama itu, tapi sampai sekarang senyap juga hehe. Walaubagaimanapun bagi peminat Drama Korea Signal, mungkin ada harapan sedikit, sebab penulis skrip drama berkenaan pernah buat statement yang dirinya berminat dan akan cuba membuat skrip untuk musim kedua Signal. Tapi tak tahulah sama ada ianya akan menjadi kenyataan atau pun tidak.
Friendship and Bromance Lee Dong Wook and Gong Yoo

Quote From Goblin
Quote From Kim Shin Goblin

Maharaja Lawak Mega 2017 Bertemakan Empayar Lawak

$
0
0
Poster MLM2017
Maharaja Lawak Mega 2017 Kini Kembali Dengan Bertemakan Empayar Lawak

Assalammualaikum..
Bermula 17 Februari ini, Maharaja Lawak Mega 2017 / MLM2017 akan kembali bersiaran setiap jumaat dengan menampilkan barisan peserta yang mantap dari tiga negara. Bekas Juara MLM 2014 & MLM 2016 iaitu Zero dan Bocey turut bertanding untuk edisi kali ini. Manakala Tema untuk MLM kali ini adalah Lanun / Empayar Lawak. Kalau pelawak - pelawak hebat seperti Sepahtu, Jozan, Nabil turut bertanding mesti lagi gempak kan, tapi nampaknya mereka seperti tidak berminat untuk bertanding lagi, sebaliknya memberikan ruang dan peluang untuk pelawak - pelawak baru menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega ini. Tapi itulah, ramai peminat yang merindui mereka semua kan, terutamanya Jozan. Sepahtu ada program sendiri di TV seperti Sepahtu Reunion Live yang baru saja tamat dan juga program baru iaitu Meja Bulat Sepahtu. Manakala Nabil pula akan kelihatan di rancangan MeleTOP jadi tiap - tiap minggu diorang akan muncul di TV berbanding Jozan betul tak?. Apapun berbalik pada MLM 2017 ini, pasti semua tertanya - tanya siapakah barisan juri untuk MLM kali ini?. jadi apa - apa pun jom kita lihat Senarai Peserta MLM 2017 kat bawah ni ye.
Senarai Peserta MLM2017
Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2017

1) Bocey - (Achey, Fad dan Abam)
2) Zero - (Syaiful, Syariff dan Atu)
3) Shiro - (Ajak dan Shahrol)
4) XOXO - (Chot, One dan Wan Gegau)
5) Nice - (Tauke, Ropie dan Achong)
6) Pistol - (AG Hafiz dan Raja Azri)
7) Puteh - (Mamak dan Ali)
8) Mad (Naib Juara Lawak Solo) - Peserta Solo MLM2017
9) Mamu - (Abu dan Ajo)
10) Masin - (Vicha Saywho, Mamat Bora dan Jiggy)
11) Dzawin - (Indonesia) - Peserta Solo MLM2017
12) Hobit - (Amir, Bocil Saywho dan Dinn Lawak Solo)
13) Joras - (Rahim, Shuk dan Joey)
14) Danial (Juara Lawak Solo) - Peserta Solo Maharaja Lawak Mega 2017
15) Abioso (Indonesia) - Amin, Sarip dan Mamad

Jom kita imbas kembali Senarai Juara dan Naib Juara MLM Ini

Juara - Juara Maharaja Lawak Mega

1) OSBON (2011)
2) JOZAN (2012)
3) SEPAHTU (2013)
4) ZERO (2014)
5) BOCEY (2016)

Naib Juara Maharaja Lawak Mega

1) BOBOI (2011)
2) JAMBU (2012)
3) SHIRO (2013)
4) SEPAHTU (2014)
5) JORAS (2016)

Segmen Review Blog By Syahirah Valiant

$
0
0
Gambar untuk segmen review blog by syahirah valiant

Jom Join Ramai - Ramai
Due Date - 12 Mac 2017
Nak Join, Boleh Klik Banner ye..

Baca Online Novel Suamiku Paling Sweet

$
0
0
drama adaptasi novel suamiku paling sweet
Baca Online Novel Suamiku Paling Sweet (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Novel Suamiku Paling Sweet Karya Novelis Anjell telah pun diadaptasikan menjadi Drama Bersiri dan akan disiarkan di Slot Akasia TV3 bermula 13 Februari 2017 ini. Shafiq Kyle akan melakonkan watak Izz Haikal manakala Mawar Rashid pula sebagai Qisya Iris. Jadi sambil - sambil menonton Drama Suamiku Paling Sweet di TV, jom baca juga Novel Suamiku Paling Sweet secara online. Korang hanya perlu Klik je link kat bawah ni ye. Selamat Membaca.

Baca Online Novel Suamiku Paling Sweet Bab 1 - Bab 28

Bab 1, Bab 2,Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7
Bab 8Bab 9Bab 10Bab 11Bab 12Bab 13Bab 14
Bab 15Bab 16Bab 17Bab 18Bab 19Bab 20Bab 21
Bab 22Bab 23Bab 24Bab 25Bab 26Bab 27Bab 28.


➔ Semua link diatas ini credit untuk Blog Penulis Novel Suamiku Paling Sweet (Anjell)

Hadiah Giveaway Yang Aku Menang

$
0
0
Bantal Hiasan
Hadiah Giveaway Yang Aku Menang

Assalammualaikum..
Dalam asyik menjoinkan diri untuk sertai Giveaway - giveaway yang dianjurkan oleh Blogger tu, ada ketikanya aku bertuahlah juga bila terpilih sebagai pemenang. Contohnya macam hadiah diatas ini, yang mana aku menang bantal hiasan tajaan Cik Renex ketika join Giveaway Mellya manakala Teddy Bear comel kecil tu adalah hadiah sebab menang Giveaway Penselduabee. Kedua - dua hadiah ini dah lama aku menang tapi baru hari ini nak buat entry.
Hadiah Buku Nota & Fridge Magnet From Giveaway Abam Kie
Manakala Hadiah diatas ini baru sampai pada 14 Februari 2017 yang lalu. Hadiah Buku Nota dan Fridge Magnet ni aku menang dari Back To School Giveaway By Abam Kie. Jadi inilah antara hadiah yang aku menang setakat ini hasil dari join giveaway anjuran blogger. Hope lepas ini bertuah lagilah ye, boleh menang Giveaway yang lain pula hehe Aminnn..

Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet

$
0
0
Poster Drama Suamiku Paling Sweet Lakonan Syafiq Kyle & Mawar Rashid
Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Suamiku Paling Sweet adalah drama terbaru yang akan disiarkan di Slot Akasia Tv3 bermula 13 Februari ini, menggantikan Drama Biar Aku Jadi Penunggu yang tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Syafiq Kyle, Mawar Rashid, Nik Adam Mika, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Fazlina Ahmad Daud, Liza Abdullah, Amirul Faqeem, Lia Natalia dan ramai lagi. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Zul Huzaimy dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd serta merupakan adaptasi daripada Novel Suamiku Paling Sweet Karya Novelis Anjell. Sepatutnya Drama ini dah disiarkan pada tahun 2016 yang lalu tapi asyik ditunda dan baru sekarang akan ditayangkan di Tv3. Apa pun jom layan sinopsis drama ini kat bawah ye.
next poster drama suamiku paling sweet lakonan shafiq kyle dan mawar rashid
Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet (Akasia Tv3)

Mengisahkan tentang Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah). Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan. Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey. Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua. Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang muda. 
Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet
Pelbagai emosi mula mengaburi hati Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci. Qisya langsung tidak dapat menerima kenyataan yang dia bakal berkahwin. Malahan dia juga tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada Hafiey. Dia juga tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama dengannya. Qisya mula memberontak sehingga dia sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya. Malahan, dia kerap memujuk dan memberikan ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri. Izz tidak pernah berhenti memujuk isterinya. Akhirnya, Qisya lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. Qisya telah meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin. Namun, peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Kali ini, Qisya nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar? 

Lagu Tema / OST Suamiku Paling Sweet
⏩ Cool Love Nyanyian Ippo Hafiz

Viewing all 2771 articles
Browse latest View live