Quantcast
Channel: Miss BaNu StoRy
Viewing all 2771 articles
Browse latest View live

Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular 3.0

$
0
0
Keputusan Pemenang ABPBH 3.0, Image result for abpbh 3.0, Senarai Top 5 dan Pemenang Anugerah Bintang Popular 3.0 (ABPBH 3.0)

Senarai Top 5 dan Pemenang Anugerah Bintang Popular 3.0 (ABPBH 3.0)

Assalammualaikum..
Anugerah Bintang Popular Berita Harian kembali lagi, ABPBH ini akan disiarkan di Tv3 dan bertemakan Futuristik serta akan dihoskan oleh Faizal Ismail, Zulin Aziz dan Fauziah Ahmad Daud. Kalau tahun lalu Neelofa berjaya menjad Bintang Paling Popular, adakah tahun ini, Neelofa akan mengulangi kejayaannya lagi. Nama Fattah Amin turut disebut - sebut untuk menjadi pencabar kuat. Walaubagaimanapun, susah nak jangka siapa yang akan menang kerana semuanya berdasarkan undian peminat. Pihak Anugerah Bintang Popular 3.0 juga telah membuat pembaharuan dalam cara pengundian untuk edisi kali ini dengan membolehkan semua peminat mengundi secara online saja tanpa ada bayaran. Malah tiada lagi undian menerusi surat khabar seperti sebelum ini. Jadi bila dah buat undian secara online ini memang lebih memudahkan peminat untuk mengundi. Apa pun Good Luck untuk semua artis yang bertanding. Di bawah ini, aku senaraikan semua calon top 5 Anugerah Bintang Popular 3.0.Aku akan highlight nama artis yang menang dalam senarai top 5 dibawah ini setelah keputusan pemenang diumumkan pada malam nanti.

KATEGORI UTAMA ABPBH 3.0

ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR
1. AIMAN TINO
2. HAQIEM RUSLI
3. KHAI BAHAR
4. TAJUL ARIF
5. ALVIN CHONG

ARTIS BAHARU WANITA POPULAR
1. AZIRA SHAFINAZ
2. ELVINA MOHAMAD
3. WANY HASRITA
4. SWEET QISMINA
5. MAWAR RASHID

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
1. ALIF SATAR
2. IZZUE ISLAM
3. REMY ISHAK
4. SYAMSUL YUSOF
5. ZUL ARIFFIN

PELAKON FILEM WANITA POPULAR
1. ERRA FAZIRA
2. FAZURA
3. NELYDIA SENROSE
4. REEN RAHIM
5. SITI SALEHA

PELAKON TV LELAKI POPULAR
1. AIMAN HAKIM RIDZA
2. ASHRAF MUSLIM
3. SHUKRI YAHAYA
4. FATTAH AMIN
5. SYAFIQ KYLE

PELAKON TV WANITA POPULAR
1. AYDA JEBAT
2. JANNA NICK
3. MIA AHMAD
4. MIRA FILZAH
5. NEELOFA

PENYANYI LELAKI POPULAR
1. AIMAN TINO
2. ALIF SATAR
3. FAIZAL TAHIR
4. KHAI BAHAR
5. TOMOK

PENYANYI WANITA POPULAR
1. AMIRA OTHMAN
2. AYDA JEBAT
3. SITI NORDIANA
4. STACY
5. WANY HASRITA

ARTIS KOLABORASI / DUO / BERKUMPULAN POPULAR
1. AKIM & THE MAJISTRET
2. BUNKFACE
3. FORTEEN
4. KHALIFAH
5. PROJECTOR BAND

ARTIS KOMEDI POPULAR
1. ABAM
2. ISSEY
3. JEP SEPAHTU
4. JOHAN
5. ZIZAN RAZAK

ARTIS VERSATIL POPULAR
1. ALIF SATAR
2. DIDIE ALIAS
3. IFA RAZIAH
4. ZIZAN RAZAK
5. ZULIN AZIZ

PENGACARA TV POPULAR
1. ALIF SATAR
2. MIRA FILZAH
3. NABIL AHMAD
4. ZIZAN RAZAK
5. NEELOFA

PENYAMPAI RADIO POPULAR
1. DJ LIN (SURIA)
2. HAIZA (KOOL)
3. IKHWAN (KOOL)
4. JOHAN (ERA)
5. RADIN (ERA)

KATEGORI ONLINE ABPBH 3.0

GANDINGAN SERASI DRAMA
1. ALIF SATAR & SITI NORDIANA (DIA SEMANIS HONEY)
2. FATTAH AMIN & NEELOFA (SURI HATI MR PILOT)
3. RAJA AFIQ & NIENA BAHARUN ( SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ)
4. SHARNAAZ AHMAD & AYDA JEBAT ( AWAK SANGAT NAKAL)
5. SHUKRI YAHAYA & SITI SALEHA (7 HARI MENCINTAIKU)

GANDINGAN SERASI FILEM
1. AWIE & ERRA FAZIRA (WARNA CINTA IMPIAN)
2. IZZUE ISLAM & JULIANA EVANS (ALIF 7 DIMENSI)
3. KEITH FOO & FAZURA (LANGIT CINTA)
4. SYAMSUL YUSOF & NABILA HUDA (MUNAFIK)
5. ZAHIRIL ADZIM & SHERA AIYOB (JUVANA 3)

PERSONALITI MEDIA SOSIAL
1. LUQMANPODOLSKI
2. MAKHLOKMACHO
3. MAT LUTHFI
4. NIZAM RAHMAN
5. VIVY YUSOF

ARTIS BERPENGARUH DI LAMAN SOSIAL
1. AYDA JEBAT
2. DATUK SITI NURHALIZA
3. NEELOFA
4. NORA DANISH
5. ZIZAN RAZAK

ARTIS SENSASI
1. ADIRA
2. ELLY MAZLEIN
3. NEELOFA
4. FATTAH AMIN
5. UQASHA SENROSE
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,

Fattah Amin Menang Bintang Paling Popular ABPBH3.0

$
0
0
Fattah Amin & Janna Nick Di ABPBH30, Pelakon TV Lelaki & Wanita Popular,
Fattah Amin Menang Bintang Paling Popular ABPBH3.0

Assalammualaikum..
Nampaknya populariti Fattah Amin tidak dapat disangkal lagi apabila merangkul beberapa anugerah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 ( #ABPBH30 ). Fattah Amin turut dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular edisi kali ini sekaligus menewaskan saingan terdekatnya Neelofa yang menang Bintang Paling Popular edisi tahun lalu. Selain itu Fattah Amin juga turut menang Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular, Gandingan Serasi Drama Bersama Neelofa dan juga Artis Sensasi (kategori Online). Tak lama lagi drama terbaru Fattah Amin dan Fazura akan disiarkan di Astro dan mampukah drama Hero Seorang Cinderella akan mengulangi kejayaan Suri Hati Mr Pilot?. Sama - sama kita tunggu ye. Berbalik pada ABPBH 3.0 kali ini untuk persembahan nyanyian para penyanyi tu semua aku tiada masalah. Dari segi hos pula, ramai penonton yang tidak puas hati dengan Ogy Ahmad Daud jadi pengacara bersama dengan Zulin dan Faizal Ismail. Apa pun dah rezeki masing - masing kan. Tahniah buat Fattah Amin dan semua pemenang Anugerah Bintang Popular 3.0 ini.
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,

Segmen: Blog Eyja Dot Com Carik Bloglist

$
0
0
Segmen: Blog Eyja Dot Com Carik Bloglist, segmen blogger,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 12/6/2017
Nak Join boleh Klik Banner diatas ye..
Good Luck untuk semua..
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story

The King - Korean Movie Review

$
0
0
Korean Movie Review - The King, Filem Korea The King, Sinopsis, Suspen, Open Ending, Pelakon, Jo In Sung, Jung Woo Sung, Bae Sung Woo, Ryoo Joon Yeol, Kim Eui Sung, Kim A Joong, Han Soo Yeon,
Review Movie Korea - The King

Assalammualaikum..
Hari ini aku nak buat Review Filem Korea pula yang bertajuk The King, Filem ini masih baru lagi, sebab ianya release pada 18 Januari 2017 yang lalu. Filem ini bergenre Jenayah dan Drama serta dilakonkan oleh ramai pelakon terkenal dan popular Korea seperti Jo In Sung, Jung Woo Sung, Bae Sung Woo, Ryoo Joon Yeol, Kim Eui Sung, Kim A Joong, Han Soo Yeon dan ramai lagi. Selain dibarisi oleh ramai pelakon hebat, jalan cerita filem The King ini juga menarik dan sukar nak jangka endingnya. Memang berbaloi menonton movie ini, dulu aku selalu keliru antara Joo In Sung dan Jung Woo Sung ni, nama mereka berdua dahlah dekat - dekat, lepas itu, ketinggian dan wajah mereka adalah sikit - sikit persamaan tu hehehe sampai aku konfius nak bezakan, tapi sekarang aku dah tak keliru lagi sebab aku dah boleh beza nama dan senarai movie / drama yang diorang lakonkan. Bila mereka berdua digandingkan dalam movie yang sama memang makin menariklah jalan cerita filem ini. Filem The King ini berkisarkan tentang dunia peguam, pendakwaraya, kuasa politik, dunia jenayah, salah guna kuasa dan pengkhianatan. Gandingan 4 pelakon utama iaitu Jo In Sung, Jung Woo Sung, Bae Sung Woo dan Ryoo Joon Yeol sememangnya berjaya menghidupkan jalan cerita filem ini. Aku suka tengok hubungan persahabatan antara Park Tae Soo lakonan Jo In Sung dan Choi Do Il lakonan Ryoo Joon Yeol yang saling membantu dan setia antara satu sama lain.
Korean Movie Review - The King, Filem Korea The King, Sinopsis, Suspen, Open Ending, Pelakon, Jo In Sung, Jung Woo Sung, Bae Sung Woo, Ryoo Joon Yeol, Kim Eui Sung, Kim A Joong, Han Soo Yeon,
Paling sedih mestilah tentang Choi Do Il yang tetap setia dalam persahabatan mereka walaupun terpaksa mengorbankan nyawanya sendiri, Park Tae Soo memang nampak terkesan dengan ketiadaan dan pengorbanan Choi Do Il padanya dan akhirnya membawa perubahan pada dirinya secara drastik. Jung Woo Sung dan Bae Sung Woo membawakan watak jahat / negatif dalam filem The King ini. Part paling geram sekali bila diorang mengkhianati Park Tae Soo macam tu je, sedangkan sebelum ini diorang bertiga sangat rapat dan sering enjoy dan bekerja bersama - sama. Aku juga suka semangat Park Tae Soo untuk berjaya dan mencapai cita - citanya walaupun dirinya berasal dari keluarga miskin dan mempunyai pelbagai masalah sosial, namun siapa sangka remaja nakal tersebut mampu menjadi seorang peguam. Aku suka dengan sikap Park Tae Soo diawal cerita yang nampak berani untuk tegakkan kebenaran walaubagaimanapun sikap dan personalitinya mula berubah bila dia berjumpa dan bergaul dengan Han Kang Sik yang merupakan seorang pendakwaraya hebat dan orang kanan Han Kang Sik iaitu Yang Dong Chul. Park Tae Soo terpaksa melupakan prinsipnya dan juga segala kebenaran ketika bekerja dengan Han Kang Sik yang mementingkan duit dan kuasa tanpa mempedulikan apa yang betul dan apa yang salah.
Korean Movie Review - The King, Filem Korea The King, Sinopsis, Suspen, Open Ending, Pelakon, Jo In Sung, Jung Woo Sung, Bae Sung Woo, Ryoo Joon Yeol, Kim Eui Sung, Kim A Joong, Han Soo Yeon,
Aku memang suka jalan cerita filem ini walaupun ianya berlatarbelakangkan tahun 1980 an dan juga tahun 1990 an dan seterusnya, memang tak rugi menonton filem ini dan ada banyak pengajaran dalam movie The King ini. Ending Filem ini juga memang tak dapat dijangka dan happy ending juga bila semua yang jahat akhirnya mendapat pembalasan, manakala Park Tae Soo pula berjaya bangkit semula dan memulakan hidup baru, malah ending filem The King juga suspen dan open ending, di mana endingnya agak tergantung, kerana menyuruh penonton untuk memikirkan sendiri ending yang mereka suka mengenai Park Tae Soo itu. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini ini dibawah ye.
Korean Movie Review - The King, Filem Korea The King, Sinopsis, Suspen, Open Ending, Pelakon, Jo In Sung, Jung Woo Sung, Bae Sung Woo, Ryoo Joon Yeol, Kim Eui Sung, Kim A Joong, Han Soo Yeon,
Sinopsis The King ( Korean Movie)

Mengisahkan Park Tae Soo yang berjaya menjadi seorang pendakwaraya, namun dirinya kurang berpuas hati dengan gajinya yang kurang lumayan. Dirinya kemudian berkahwin dengan anak orang kaya yang bernama Lim Sang Hee, selepas berkahwin hidupnya mula berubah menjadi senang. Suatu hari Park Tae Soo mendapat tugasan untuk menyiasat satu kes rogol pelajar sekolah dan sekaligus mendakwa perogol tersebut yang bernama Song Baek Ho. Park Tae Soo bertegas untuk menghukum perogol itu walaupun S.Baek Ho mempunyai kuasa dan duit. Disebabkan kes ini, Park Tae Soo telah berpeluang untuk berjumpa dan bekerja dengan idolanya iaitu Han Kang Sik tapi dengan satu syarat, dimana syaratnya adalah dia perlu menarik diri dari kes berkenaan. Walaupun agak keberatan pada awalnya, Park Tae Soo akhirnya bersetuju dan mula bekerja dengan Han Kang Sik dan Yang Dong Chul. Ketika bekerja dengan Han Kang Sik, dia mula memperoleh banyak duit dan juga kuasa, segala kes yang mereka wakili akan berjaya. Park Tae Soo mula hanyut dengan dunianya lalu dirinya juga mula curang dengan isterinya sekaligus menjadi punca penceraiannya dengan isterinya. Kawan Park Tae Soo iaitu Choi Doo Il akan menjalankan kerja - kerja haram untuk kawannya itu serta untuk Han Kang Sik. Walaubagaimanapun Han Kang Sik menasihati Park Tae Soo agar tidak terlalu rapat dengan Choi Doo Il kerana Choi Doo Il hanyalah seorang ketua samseng.
Korean Movie Review - The King, Filem Korea The King, Sinopsis, Suspen, Open Ending, Pelakon, Jo In Sung, Jung Woo Sung, Bae Sung Woo, Ryoo Joon Yeol, Kim Eui Sung, Kim A Joong, Han Soo Yeon,
Hidup Park Tae Soo mula tidak tentu arah apabila Han Kang Sik dan Yang Dong Chul mengkhianatinya dan memberi amaran agar dirinya tidak lagi membabitkan diri dalam dunia pendakwaraya. Tidak cukup dengan itu, Han Kang Sik juga merancang untuk membunuh Park Tae Soo. Hal ini diketahui oleh Choi Doo Il dan dia cuba menyelamatkan Park Tae Soo dengan melanggar kereta yang dinaiki Park Tae Soo dan Han Kang Sik itu. Kemudian Choi Doo Il pula dibunuh oleh ketua kongsi gelap yang bersubahat dengan Han Kang Sik itu. Hal ini kemudiannya didedahkan oleh pembantu Choi Doo Il kepada Park Tae Soo. Akhirnya Park Tae Soo memutuskan untuk membalas dendam pada Han Kang Sik dan juga orang kanannya itu. Park Tae Soo bekerjasama dengan seorang lagi pendakwaraya yang bernama Ahn Hee Yeon yang sudah lama memburu Han Kang Sik. Park Tae Soo kemudiannya cuba berbaik - baik dengan bekas isterinya itu dan cuba meminta bantuan mertuanya untuk membantunya memasuki bidang politik. Park Tae Soo juga cuba mendedahkan kegiatan jahat Han Kang Sik dan konco - konconya itu, malah Park Tae Soo juga membuat keputusan drastik untuk bertanding dalam pilihanraya. Segala hal yang dilakukan Park Tae Soo memberi kesan pada Han Kang Sik dan orang kanannya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya.? Aku memang enjoy menonton Korean Movie The King ini dan aku bagi 9 bintang dari 10 bintang untuk filem ini.
My Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,

Segmen BLOGLIST Jun-September 2017

$
0
0
Segmen BLOGLIST Jun-September 2017, segmen blogger,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 31 Mei 2017
Nak Join boleh Klik Banner diatas ye..
Good Luck untuk semua..

Tag
1 & 2

Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,

Review Filem Bollywood - Kaabil (2017)

$
0
0
Review Filem Bollywood - Kaabil (2017) Lakonan Hrithik Roshan, Bollywood, Hindi, Movie, hindi movie, Sinopsis Kaabil,  Pelakon Filem Kaabil, Pelakon, Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Rohit Roy, Sahidur Rahman, Narendra Jha, Suresh Menon, Akhilendra Mishra, Girish Kulkarni, Watak Utama, Rohan Bhatnagar, Supriya,
Review Filem Bollywood - Kaabil (2017) Lakonan Hrithik Roshan

Assalammualaikum..
Hari ini aku nak buat Review Filem terbaru Hrithik Roshan yang bertajuk Kaabil yang release pada 27 Januari 2017 yang lalu. Kaabil bermaksud "Capable" dan filem Kaabil ini dilakonkan oleh Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Rohit Roy, Sahidur Rahman, Narendra Jha, Suresh Menon, Akhilendra Mishra, Girish Kulkarni dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh Sanjay Gupta dan diterbitkan oleh Rakesh Roshan (FilmKraft Productions). Dalam filem Kaabil ini, Hritihik Roshan akan membawakan watak Rohan, bila dengar nama Rohan ni, terus aku teringat watak Rohan yang dilakonkan Hrithik Roshan dalam filem Kabhi Khushi Kabhi Ghum hehehe. Kalau dalam filem K3G, Hrithik membawakan watak Rohan Raichand tapi dalam filem Kaabil ini, dia membawakan watak Rohan Bhatnagar yang buta namun sangat berdikari dan bahagia dengan hidupnya. Heroin filem Kaabil ini adalah Yami Gautam, kalau korang tengok iklan Fair And Lovely kat TV, mesti ada muka Yami Gautam ini sebab dia model dan dutanya, cuma sekarang ini aku tak pasti sama ada dia masih jadi duta atau tidak untuk Fair and Lovely ini. Yami Gautam ini memegang watak sebagai Supriya Sharma / Su yang juga buta. Kiranya kedua - dua watak utama dalam movie ini adalah buta ye. 
Review Filem Bollywood - Kaabil (2017) Lakonan Hrithik Roshan, Bollywood, Hindi, Movie, hindi movie, Sinopsis Kaabil,  Pelakon Filem Kaabil, Pelakon, Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Rohit Roy, Sahidur Rahman, Narendra Jha, Suresh Menon, Akhilendra Mishra, Girish Kulkarni, Watak Utama, Rohan Bhatnagar, Supriya,
Watak jahat dalam filem Kaabil ini memang ramai okey, termasuklah polis, kesian betul pada watak Rohan dan Su ini yang kena aniaya dan menderita manakala pihak polis dalam filem ini pula jahat dan tidak menjalankan tugas mereka, sebaliknya makan rasuah dan bersubahat pula dengan penjahat. Hal ini seterusnya membuat Rohan bertindak sendiri untuk mencari keadilan dan membalas dendam dengan caranya sendiri untuk isterinya yang tercinta. Kelebihan Rohan yang dapat meniru suara orang membuatkan dirinya bekerja sebagai Voice Over Artist dan kelebihan ini digunakan sebaik mungkin dalam usahanya untuk membalas dendam. Aku paling suka scene ketika Rohan datang ke balai polis dan memberi satu cabaran pada Inspektor Chaubey dan pembantunya, dialog Rohan ketika ini memang best sampai polis pun terdiam, ini dialognya "You will know who did it, but will be able to do nothing about it, just like you do nothing about Supriya's rape".Di awal cerita filem ini memang happy dan sweet je sebab menunjukkan tentang kisah percintaan antara Supriya dan Rohan, walaubagaimanapun kisah cinta mereka berdua akan bertukar menjadi tragis dan sedih. Memang suspen filem ini terutamanya scene ketika Rohan mula menjalankan misi membalas dendamnya. Walaupun buta, dia masih mampu melaksanakan dendamnya dan membuat perancangannya dengan teliti.
Review Filem Bollywood - Kaabil (2017) Lakonan Hrithik Roshan, Bollywood, Hindi, Movie, hindi movie, Sinopsis Kaabil,  Pelakon Filem Kaabil, Pelakon, Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Rohit Roy, Sahidur Rahman, Narendra Jha, Suresh Menon, Akhilendra Mishra, Girish Kulkarni, Watak Utama, Rohan Bhatnagar, Supriya,
Ada ketikanya rancanganya tidak begitu menjadi dan hampir - hampir memakan dirinya sendiri, namun nasib menyebelahinya, apabila dia berjaya membalas dendam. Lagu tema / OST Filem Kaabil ini boleh tahan, tapi aku tidak begitu minat manakala ending filem ini memang happy ending bila semua yang jahat mendapat pembalasannya. Memang berbaloi menonton filem ini, tambah - tambah ada Hrithik Roshan pula memang harus tontonlah kan. Dekat bawah ini aku sertakan sekali sinopsis filem ini, selamat membaca ye hehe.
Review Filem Bollywood - Kaabil (2017) Lakonan Hrithik Roshan, Bollywood, Hindi, Movie, hindi movie, Sinopsis Kaabil,  Pelakon Filem Kaabil, Pelakon, Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Rohit Roy, Sahidur Rahman, Narendra Jha, Suresh Menon, Akhilendra Mishra, Girish Kulkarni, Watak Utama, Rohan Bhatnagar, Supriya,
Sinopsis Filem Kaabil (Bollywood Movie)

Atas desakan kawan dan orang - orang disekelilingnya Rohan bertemu dengan Supriya, mereka berdua awalnya tidak mahu berkahwin kerana selesa hidup berdikari sendiri. Rohan dan Supriya akhirnya menjadi kawan baik saja, namun begitu, semakin lama mereka kenal, semakin mereka jatuh cinta antara satu sama lain, lalu memutuskan untuk berkahwin. Perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah, walaupun kedua - dua mereka buta, namun mereka hidup bahagia. Kebahagian Rohan dan Supriya mula dicemburui oleh Amit dan Wasim kerana Supriya merupakan seorang wanita yang cantik. Pada suatu hari ketika Rohan keluar pergi bekerja, Amit dan Wasim telah datang dan merogol Supriya. Rohan dan Supriya kemudiannya membuat laporan polis dan Supriya kemudiannya disuruh untuk membuat pemeriksaan perubatan. Ketika dalam perjalanan ke klinik, Rohan dan Supriya telah diculik dan dikurung selama 36 jam kemudian dilepaskan di dalam air di tepi pantai. Selepas itu, Rohan dan Supriya terus ke klinik dan balai Polis untuk membuat pemeriksaan dan laporan namun polis disitu memarahi mereka kerana lewat dan menghalau mereka berdua dari situ. Rohan sangat marah dan tidak dapat menerima kenyataan namun Supriya pula kelihatan lebih tenang.
Review Filem Bollywood - Kaabil (2017) Lakonan Hrithik Roshan, Bollywood, Hindi, Movie, hindi movie, Sinopsis Kaabil,  Pelakon Filem Kaabil, Pelakon, Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Rohit Roy, Sahidur Rahman, Narendra Jha, Suresh Menon, Akhilendra Mishra, Girish Kulkarni, Watak Utama, Rohan Bhatnagar, Supriya,
Suatu hari selepas Rohan pulang dari kerja, dia mendapati Supriya telah mati kerana membunuh diri, Rohan berasa bersalah atas kematian isterinya itu. Tak lama lepas itu, abang Amit iaitu Madhavrao Shellar yang juga merupakan seorang ketua parti politik yang kaya raya datang melawat Rohan dirumahnya, seterusnya mengugut Rohan supaya tidak mengambil apa2 tindakan pada adiknya itu. Sebelum pulang, Madhavrao sempat bertanyakan pada Rohan tentang sebab Supriya membunuh diri selepas dirogol kali keduanya bukan pada kali pertama. Selepas itu baru Rohan sedar yang Supriya membunuh diri kerana telah dirogol oleh Amit dan Wasim buat kali keduanya selepas membaca surat Supriya itu. Supriya tahu jika dia tidak membunuh diri, perkara yang sama akan terus berulang dan seterusnya mengambil keputusan drastik. Rohan yang berasa amat marah memutuskan untuk membalas dendam. Dia berjaya menimbulkan salah faham antara bapa Wasim dan Amit yang akhirnya menyebabkan Amit menikam bapa Wasim tanpa sengaja. Hal ini secara tidak langsung telah membuatkan bapa Wasim bermusuh dengan abang Amit. Kemudian dengan meniru suara Amit, Rohan dapat membuat Wasim datang ke suatu tempat lalu membunuh Wasim dan membuat kejadian itu seolah - olah dilakukan oleh Amit. Inspektor Chaubey seperti dapat mengagak ini semua dilakukan oleh Rohan tapi tidak tahu bagaimana Rohan melakukannya kerana Rohan buta.
Review Filem Bollywood - Kaabil (2017) Lakonan Hrithik Roshan, Bollywood, Hindi, Movie, hindi movie, Sinopsis Kaabil,  Pelakon Filem Kaabil, Pelakon, Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Rohit Roy, Sahidur Rahman, Narendra Jha, Suresh Menon, Akhilendra Mishra, Girish Kulkarni, Watak Utama, Rohan Bhatnagar, Supriya,
Kemudian Rohan cuba mengumpan Amit untuk datang ke suatu tempat lalu cuba mencederakan Amit namun rancangannya kurang berjaya kerana Amit berjaya melawannya. Walaubagaimanapun disebabkan satu hal, Rohan berjaya mencederakan Amit lalu membuatkan abang Amit yang berasa bersalah atas kematian Amit. Inspektor Chaubey datang ke rumah Rohan lalu mengetahui akan kelebihan Rohan yang boleh menyamar dengan meniru suara orang lain, lalu memberi amaran pada Rohan. Selepas itu Rohan dan seluruh kawasan perumahannya dikawal ketat oleh polis bagi menghalang Rohan dari melakukan sesuatu pada abang Amit pula. Walaubagaimanapun dengan bantuan kawan Rohan iaitu Zafar, Rohan berjaya keluar dari rumahnya tanpa dilihat oleh polis. Kemudian Rohan berjumpa dengan abang Amit iaitu Madhavrao Shellar di tapak pembinaan rumah Rohan yang baru dan berlaku aksi pergaduhan dan tembak - menembak antara mereka disitu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, dapatkah polis mencari bukti pembunuhan yang dilakukan oleh Rohan itu?. Kalau nak tahu kenalah tengok Movie Kaabil ini nanti ye. Aku bagi 8 Bintang dari 10 Bintang untuk filem Bollywood Kaabil ini.  
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story,

GIVEAWAY BUSYRA TAKIYUDIN: SAYA NAK SHOPPING CREDIT RM1000!!

$
0
0
giveaway, Featured, shoppingcredit, blogger, voucher,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 28 Mei 2017
Nak Join boleh Klik Banner diatas ye..
Ikutkan ada banyak barang yang menarik dalam SGshop ini dan salah satunya adalah baju.
Kalau menang shopping credit ini memang sakan shoppinglah jawabnya kan hehe,
Good Luck to me hehehe..

Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,

Tips - Tips Untuk Elak Soalan Sensitif Dari Saudara - Mara Ketika Hari Raya

$
0
0
Tips, Cara - Cara, Soalan Sensitif, Soalan Cepu Emas, Saudara Mara, Musim Perayaan, Hari Raya, Aidilfitri, Aidiladha, Berkumpul, Semua Family, Sepupu, Sanak Saudara, Bila Nak Kahwin, Bila Nak ada Anak,
Tips - Tips Untuk Elak Soalan Sensitif Dari Saudara - Mara Ketika Hari Raya

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun pernah mengalami situasi seperti di dalam gambar diatas tu kan, hehehe. Selalunya ketika hari rayalah soalan - soalan cepu emas seperti bila nak kahwin?, bila nak ada anak? bila nak tambah anak?, bila nak dapat anak lelaki? dan lain - lain lagi akan ditanyakan. Ada sesetengah orang yang tak berapa kisah pun kalau ditanyakan tentang soalan - soalan seperti ini, mereka ni jenis releks, cool dan tak mudah mengambil hati. Namun ada sesetengah orang yang tidak suka ditanyakan soalan - soalan seperti ini, kerana bagi mereka, soalan - soalan tersebut agak sensitif, dah macam takde soalan lain je nak ditanyakan, betul tak? soalan - soalan tu lah yang wajib ditanya jika bertemu saudara mara ketika hari raya. Lagi pun masa hari rayalah yang boleh berkumpul beramai - ramai, dapat berbual - bual mesra gitu hehe. Dibawah ini aku nak bagi tips - tips atau pun cara - cara korang nak mengelak dari ditanyakan soalan - soalan yang dangerous itu hahaha..

Tips - Tips Untuk Elak Soalan Sensitif Dari Saudara - Mara Ketika Hari Raya

➤➤ Buat - buat sibuk di dapur bila tetamu datang beraya di rumah, bila korang sibuk di dapur, tolong masak apa - apa yang patut, mahu pun tolong hidang, tolong susun kuih raya ke, tolong basuh pinggan dan sebagainya di dapur tu. Kiranya macam no eye contact gitu hehehe. Tapi selalunya kalau tetamu dah datang rumah, memang susah nak mengelak pun, sebaiknya cekalkan hati dan redha sajalah hehehe.

➤➤ Bila kena pergi beraya pula, bawalah adik - adik, cousins korang yang masih kecil tu untuk bagi lebih meriah, kalau budak - budak kecik tu jenis lasak lagi bagus sebab korang akan busy menjaga dan melayan kerenah diorang je hehehe. Jadi bila ada yang nak ajak korang bersembang pasal bila nak kahwin ke?, bila nak dapat anak ke?, bolehlah korang menolak dengan alasan nak jaga budak - budak tu, muahahaha.

➤➤ Bila kena tanya soalan - soalan cepu emas tu contohnya bila nak kahwin ke?, korang tanya pula soalan yang sama pada orang yang tanya korang tu, jadi dua - dua kena jawab hahaha, tapi kalau yang bertanyakan soalan tu dah kahwin atau lebih tua dari korang tu, pandai - pandai koranglah prepare apa - apa soalan yang patut ditanyakan hehehehe..

➤➤ Tips yang seterusnya yang lagi best, korang boleh baca disini ➔ Cara - Cara Paling Selamat Untuk Elak Soalan Cepu Emas Dari Sedara Mara Bila Time Raya. Ha!
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,

Sinopsis Telemovie Aku, Mawar & Makhluk Asing

$
0
0
Sinopsis, Review, My Favorite, Telemovie, Telefilem, Astro Citra, Aku Mawar Dan Makhluk Asing, sweet, Alien, UFO, kapal angkasa, cinta, fantasi, lawak, Pelakon Terbaik, Prequel, Kekasih Elektrik, Pengarah, Razaisyam Rashid, Watak, Mawar, Bart, Pelakon, Beto Kusyairi, Tiz Zaqyah, Anas Ridzuan, Megat Sharizal, Julia Marin,
Sinopsis Telemovie Aku, Mawar Dan Makhluk Asing

Assalammualaikum..
Telemovie Aku, Mawar Dan Makhluk Asing sudah pun disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD pada 20 Mei yang lalu. Telemovie ini dilakonkan oleh Beto Kusyairi, Tiz Zaqyah, Anas Ridzuan, Megat Sharizal, Julia Marin dan ramai lagi. Telefilem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan diterbitkan oleh Playground Productions Sdn Bhd. Razaisyam sebelum ini pernah mengarah Telemovie Kekasih Elektrik yang turut disiarkan di Astro Citra, malah telemovie Aku, Mawar dan Makhluk Asing ini dan telemovie Kekasih Elektrik mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Watak - watak tertentu dalam Telemovie Kekasih Elektrik turut muncul semula dalam telemovie ini. Ini bermakna telemovie Aku, Mawar & Makhluk Asing ini adalah prequel kepada Telemovie Kekasih Elektrik. Bagi yang dah tengok kedua - dua telemovie tersebut, pasti faham yang jalan cerita kedua - dua telemovie itu mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Aku rasa idea telemovie ini memang unik, kreatif dan best dan aku juga sukakan perkaitan antara dua telemovie yang diarahkan oleh pengarah Razaisyam Rashid itu. 

Berbalik pada telemovie ini, ada banyak scene menarik dalam telemovie ini, antara scene yang paling lawak adalah ketika alien mengambil alih tubuh Mawar dan kemudian Mawar mula berkelakuan pelik, seperti tiba - tiba bercakap bahasa Indonesia dengan semua orang hahaha, kemudian tunangnya iaitu Bart menegur dan bertanya pada Mawar, kenapa tiba - tiba bercakap dalam bahasa Indonesia ni?, terus Mawar panik hehe dan kemudian Mawar tukar lagi bahasanya, kali ini dia bercakap dalam bahasa Melayu Klasik pula, siap kekanda, adinda, sayutia semua hahahah, makin terkejut Bart hahaha, lawak scene ni. Nasib lepas itu, bahasa Mawar dah okey. Selain itu, dalam telemovie ini juga wujud watak storyteller iaitu tukang pencerita yang akan menceritakan lebih lanjut tentang jalan cerita telemovie ini. Apa pun memang seronok layan telemovie ini, jom tengok sinopsis telemovie ini dibawah ye.
Sinopsis, Review, My Favorite, Telemovie, Telefilem, Astro Citra, Aku Mawar Dan Makhluk Asing, sweet, Alien, UFO, kapal angkasa, cinta, fantasi, lawak, Pelakon Terbaik, Prequel, Kekasih Elektrik, Pengarah, Razaisyam Rashid, Watak, Mawar, Bart, Pelakon, Beto Kusyairi, Tiz Zaqyah, Anas Ridzuan, Megat Sharizal, Julia Marin,
Sinopsis Telefilem Aku, Mawar dan Makhluk Asing

Mengisahkan Mawar yang sering memarahi tunangnya iaitu Bart Ahmad yang sering bersikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Bart yang bekerja di bawah Mawar mula memikirkan untuk memutuskan hubungan mereka kerana dia tidak tahan dengan sikap Mawar yang garang itu. Selepas bergaduh dengan Bart, Mawar ingin pulang kerumahnya, dalam perjalanan pulang, kereta Mawar rosak dan kemudian Mawar menyaksikan satu kejadian pelik, iaitu Mawar ternampak UFO serta makhluk asing yang menuju ke arahnya. Seterusnya Makhluk Asing itu mengambil Alih badan Mawar. Selepas itu Mawar mula berkelakuan pelik dan Aneh, Mawar juga mula bersikap lebih tenang dan tidak lagi garang dan suka marah - marah seperti dahulu. Disebabkan perubahan sikap Mawar yang tiba - tiba menjadi lemah - lembut itu membuatkan Bart tidak mahu berpisah dengan Mawar malah Bart makin suka dengan perubahan sikap Mawar yang baru ini. Walaubagaimanapun kawan Bard akhirnya mengetahui tentang identiti sebenar Mawar dan Mawar menyuruhnya untuk menyimpan rahsia. Kemudiannya Mawar menggunakan kuasanya untuk menyembuhkan seekor kuda yang sakit dan menyebabkan dirinya makin baik dengan kawan Bart itu. Namun hal itu diketahui pula oleh rakan yang lain dan menyebabkan keadaan menjadi sedikit kecoh.

Disebabkan sikap Mawar berubah menjadi lemah - lembut, perangai pemalas dan sikap sambil lewa Bart makin menjadi lebih teruk dan seterusnya menyebabkan beberapa insiden serius berlaku di tempat kerjanya. Tidak lama kemudian, Mawar terkejut apabila mengetahui yang Bart sudah tahu mengenai identiti dirinya sebenar iaitu dirinya bukanlah Mawar yang sebenarnya. Namun Bart tak kisah mengenainya malah suka dengan personaliti dan sikap Mawar yang baru ini. Lama kelamaan Bart mula menyedari akan kesalahannya dan sedar sikapnya itu telah menyusahkan orang lain dan mula insaf. Dirinya juga mula merindui Mawar yang asal, kemudian berlaku satu insiden yang menyebabkan Bart ditikam namun Mawar telah menyembuhkannya, seterusnya Mawar ingin pulang ke tempat asalnya dan mengembalikan Mawar yang sebenar. Ketika semuanya kembali kepada asal, hubungan Mawar yang sebenar dan juga Bart makin baik, malah Bart telah mendapat kerja yang baru iaitu menjadi seorang wartawan. Kalau korang tengok telemovie Kekasih Elektrik, korang akan nampak Bart disitu yang menyiasat tentang kes peguam hebat Puspa yang juga adik tiri Mawar kalau aku tak silaplah hehe.
miss banu, signature, tandatangan, blog miss banu story,

Novel Hero Seorang Cinderella ( Baca Online )

$
0
0
Baca Online Novel, Novel Hero Seorang Cinderella, Novelis Anjell, Drama Adaptasi Novel, Astro, Pelakon, Fattah Amin, Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Ezette, Aedy Ashraf, watak, Nura Medina, Tengku Ian Uzzam,
Baca Online Novel Hero Seorang Cinderella (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Dah banyak Novel karya novelis Anjell telah diadaptasikan menjadi drama bersiri antaranya adalah Eksperimen Cinta, Tundukkan Playboy Itu dan Suamiku Paling Sweet. Terbaru sekali Novel Hero Seorang Cinderella akan dijadikan drama dan disiarkan di Astro Ria. Rasanya semua pun tahu kot, yang Fattah Amin akan menjadi hero drama adaptasi novel ini iaitu sebagai watak Tengku Ian Uzzam. Neelofa awalnya dipilih untuk menjadi heroin drama ini namun atas sebab - sebab tertentu ianya tidak dapat dilakukan dan akhirnya watak Nura Medina menjadi milik Fazura. Lagi pun memang lama Fazura tak berlakon drama bersiri selalunya Fazura berlakon filem saja. Kalau aku tak silap kali terakhir Fazura berlakon drama bertajuk Kisah Cinta (Tv3) sekali dengan Shaheizy Sam masa tu. Rindu juga nak tengok Fazura berlakon drama pula kan, plus Fattah Amin dan Fazura sama - sama menang masa Anugerah Bintang Popular hari itu, jadi makin ramai pula tak sabar nak tengok gandingan Fattah dan Fazura pula. Zizie Izette akan melakonkan watak Puan Sri Mawar manakala Uqasha Senrose akan melakonkan watak sebagai Puteri Emallyn. Berbalik pada novel ini, aku suka tengok kulit buku / muka depan Novel Hero Seorang Cinderella ini sebab cantik dan menarik. Jadi sambil - sambil tengok drama ini nanti di TV, jom baca novel ini secara online, just klik je link kat bawah ni ye. Link - link di bawah ini credit untuk blog penulis novel ini iaitu Anjell.

Baca Novel Online Hero Seorang Cinderella Bab 1 hingga Bab 25

Fattah Amin & Fazura #Fattzura Hero dan Heroin Drama Hero Seorang Cinderella, Pelakon Utama,
Sinopsis Novel Hero Seorang Cinderella

Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya. Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura MedinaSeratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian UzzamMacam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam. 
Fazura dan Fattah Amin Dalam Drama Hero Seorang Cinderella, Drama Adaptasi Novel, Pelakon, Watak, Nura Medina, Tengku Ian, Novel, Astro,
“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM
Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia. 
“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA 
In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM 
Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,

Sinopsis Telemovie Mengharap Sebuah Keredhaan

$
0
0
Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Mengharap Sebuah Keredhaan, TV9, Slot Skrin Di 9, Isu Dadah, Pelakon Aeril Zafrel, Nad Zainal, Nam Ron,
Sinopsis Telemovie Mengharap Sebuah Keredhaan Lakonan Aeril Zafrel & Nad Zainal

Assalammualaikum...
Telemovie Mengharap Sebuah Keredhaan telah pun disiarkan di slot Skrin Di 9 (TV9) pada 22 Mei yang lalu. Telemovie arahan Sabri Yunus ini dilakonkan oleh Nam Ron, Aeril Zafriel, Nad Zainal, Fana Azizan dan ramai lagi. Telemovie Mengharap Sebuah Keredhaan ini diterbitan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Nad Zainal nampa cute dan comel dalam telemovie ini sebab gaya rambutnya yang berubah jadi pendek tu hehe. Jalan cerita telemovie ini berkisarkan tentang dadah yang menghancurkan segala impian Syima. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini dibawah ye..
Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Mengharap Sebuah Keredhaan, TV9, Slot Skrin Di 9, Isu Dadah, Pelakon Aeril Zafrel, Nad Zainal, Nam Ron,
Sinopsis Telemovie Mengharap Sebuah Keredhaan

Mengisahkan Syima yang merupakan seorang anak yang baik, namun hidupnya sengsara kerana bapanya Talib merupakan seorang penagih dadah. Tanpa mengetahui siapa Amir yang sebenarnya, Syima berkahwin dengannya. Syima merasakan Amir seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Talib kemudiannya mengetahui yang menantunya itu merupakan seorang pengedar dadah. Amir menyuruh Talib untuk membantunya mengedar dadah dan Talib agak keberatan kerana dia hanya seorang penagih dan bukannya pengedar. Namun akhirnya Talib mengikut saja arahan Amir itu. Kawan Syima yang kecewa melihat Syima berkahwin memberitahunya yang Amir bukanlah seorang lelaki yang baik kerana dia merasakan Amir itu pengedar dadah. Namun Syima langsung tidak mempercayainya. Setelah Syima pulang ke rumah, Syima mengetahui kebenarannya, apabila suaminya Amir juga terlibat dengan dadah. Syima mengamuk dan memutuskan untuk keluar dari rumah itu, ketika tengah mengemas bajunya, dia terjumpa dadah dibawah katil lalu bertindak membuang semua dadah itu ke dalam sungai. Selepas itu Syima ke balai polis dan melaporkan kegiatan ayahnya dan suaminya itu. 
Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Mengharap Sebuah Keredhaan, TV9, Slot Skrin Di 9, Isu Dadah, Pelakon Aeril Zafrel, Nad Zainal, Nam Ron,
Amir mula marah apabila dadahnya yang disimpan di rumah itu hilang dan akhirnya bergaduh besar dengan Talib. Ketika Amir ingin membunuh Talib itu, polis datang tepat pada masanya. Syima kemudiannya menziarahi kubur ibunya dan berjanji untuk setia menunggu ayah dan suaminya pulang di suatu hari nanti.
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Miss Banu, Blog Miss Banu Story

Sinopsis Drama Ku Kirim Cinta ( Akasia TV3)

$
0
0
sinopsis, drama melayu, slot akasia, tv3, ku kirim cinta, ramadan, poster, pelakon, ayda jebat, redza rosli, Fahad Iman, Julia Marin, Roy Azman, Nadia Mustafa, Shahrolnizam, Wilma Muhammad, cinta,
Sinopsis Drama Ku Kirim Cinta Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Ku Kirim Cinta adalah drama terbaru di Slot Akasia, bagi menggantikan drama Shhh I Love You yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah pun disiarkan di Tv3, bermula 22 Mei yang lalu dan dilakonkan oleh Ayda Jebat, Redza Rosli, Fahad Iman, Julia Marin, Roy Azman, Nadia Mustafa, Shahrolnizam, Wilma Muhammad dan ramai lagi. Drama Ku Kirim Cinta ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Kalau tengok Sinopsis drama ini memang nampak menarik jalan ceritanya dan gandingan Ayda Jebat dan Redza Rosli ini memang dinantikan juga sebab ada yang kata, kedua - duanya memang tengah hangat bercinta gitu selepas membintangi drama ini. Kalau tak silap aku, Drama lakonan Redza Rosli iaitu Seindah Takdir Cinta ditayangkan pada Ramadan tahun lalu manakala Ramadan tahun ini juga, drama lakonan Redza Rosli yang disiarkan, bezanya dalam drama ini dia jadi hero utama, murah rezeki Redza Rosli ni :) Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
sinopsis, drama melayu, slot akasia, tv3, ku kirim cinta, ramadan, poster, pelakon, ayda jebat, redza rosli, Fahad Iman, Julia Marin, Roy Azman, Nadia Mustafa, Shahrolnizam, Wilma Muhammad, cinta,
Sinopsis Drama Ku Kirim Cinta ( Akasia TV3)

Zarul dan Nisha terkenal sebagai pasangan paling romantik di kolej mereka. Kehebatan Zarul merangkai ayat-ayat cinta memang memukau. Selepas menamatkan pengajian Diploma, Nisha ditawarkan belajar di Australia, manakala Zarul meneruskan pengajian ijazah di tanah air. Ketika Nisha di Autsralia, percintaan mereka diteruskan lewat e-mail dan WhatsApp. Setahun kemudian, Zarul disahkan menghidapi leukimia tahap kritikal dan hayatnya tidak lama. Zarul menyembunyikan penyakitnya daripada Nisha dan membalas kiriman rindu Nisha seperti biasa. Apabila keadaan Zarul makin kritikal, Zarul meminta sepupunya Farhan menyamar sebagai dia untuk membalas e-mail dan WhatsApp Nisha kerana tidak mahu pelajaran Nisha terganggu. Jika dia ditakdirkan meninggal, Zarul mahu Farhan terus melayani Nisha sehingga Nisha habis belajar.
tandatanganku, miss banu, blog miss banu story, my signature,

Kisah Drama Hero Seorang Cinderella (Astro)

$
0
0
drama adaptasi novel, drama popular, astro, hero seorang cinderella, novelis anjell, sweet, cinta, ost, pelakon, bintang paling popular #ABPBH30, Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Izette, Fikri Ibrahim, Aedy Ashraf, Lisdawati,
Sinopsis Drama Hero Seorang Cinderella (Astro)

Assalammualaikum..
Drama yang hangat diperkatakan kini menemui penonton, bermula pada 22 Mei yang lalu. Drama Hero Seorang Cinderella sememangnya dinantikan ramai kerana dikatakan akan mengulangi kejayaan Drama Suri Hati Mr Pilot. Ini ditambah lagi apabila pelakon utama drama ini iaitu Fattah Amin baru saja menang Bintang Paling Popular di ABPBH30 dan pertama kali juga digandingkan dengan pelakon cantik manis Nur Fazura. Lagi pun dah lama tak nampak Fazura berlakon drama bersiri sebab Fazura lebih banyak berlakon filem berbanding drama. Aku rasa Fattah Amin dan Fazura sesuai membawakan watak Nura Medina dan Tengku Ian Uzzam itu. Tak sangka juga Fikri Ibrahim (Lawak Solo) yang start sebagai pelawak lepas itu pengacara dan sekarang ini pelakon pula. Cepat betul karier seni Fikri ini berkembang, murah rezeki gitu. Berbalik pada drama Hero Seorang Cinderella ini, drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Hero Seorang Cinderella karya Novelis Terkenal Anjell. Selain pelakon utamanya, drama 24 episod ini turut dilakonkan oleh Uqasha Senrose, Zizie Izette, Fikri Ibrahim, Aedy Ashraf, Lisdawati, Jasmine Suraya, Nina Juren, Azhar Amir, Ahmad Fauzee, Anne Abdullah, Ziha Salleh, Iswan Ismail dan ramai lagi. Apa pun jom tengo sinopsis drama ini dibawah ye.
drama adaptasi novel, drama popular, astro, hero seorang cinderella, novelis anjell, sweet, cinta, ost, pelakon, bintang paling popular #ABPBH30, Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Izette, Fikri Ibrahim, Aedy Ashraf, Lisdawati,
Sinopsis Drama Hero Seorang Cinderella

Kisah seorang Cinderella bernama Nura Medina dan hero, Tengku Ian Uzzam. Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina. Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam. Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat. Namun ada rahsia disebaliknya? Apakah rahsianya? 

Lagu Tema / OST Hero Seorang Cinderella
Hero Seorang Cinderella Nyanyian Fattah Amin dan Fazura

Miss Banu, Tandatanganu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story,

Sinopsis Drama Turki Magnificent Century (Astro)

$
0
0
Drama Turki Magnificient Century / Muhteşem Yüzyıl, Sinopsis, Astro Prima, Abad Kejayaan, Malaysia, Ottoman Empayar, Kerajaan Turki Uthmaniyah, Sultan Sulaiman, Sulaiman Al Qanuni, Alexandra, Hurrem, Mahidevran, Raja, Sultan, Sejarah, Sejarah Turki, gundik, Permaisuri, Sultanah, Astro Prima, Cinta, Watak, Pargali Ibrahim, Hatije, Kisah Benar, Khalifah Islam, Perempuan Simpanan, Sequel, The Magnificent Century: Kösem, Pelakon, Halit Ergenç, Meryem Uzerli, Nebahat Çehre, Okan Yalabık, Nur Fettahoğlu, Selma Ergeç, Selim Bayraktar, Filiz Ahmet
Sinopsis Drama Turki Magnificent Century (Astro)

Assalammualaikum..
Drama Turki yang bertajuk Magnificient Century / Muhteşem Yüzyıl tengah hangat disiarkan di Astro Prima, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam dan ulangannya pada pukul 1 pagi. Ini juga adalah kali pertama aku menonton drama bersiri Turki. Drama Turki Magnificent Century ini adalah drama yang berlatarbelakangkan sejarah Turki, Sejarah Kerajaan Uthmaniyah dan kisah Sultan Sulaiman yang merupakan Sultan Kerajaan Uthmaniyah yang kesepuluh dan paling lama memerintah dari tahun 1520 sehinggalah kematian beliau pada tahun 1566. Walaubagaimanapun drama ini lebih memfokuskan tentang masalah dan konflik yang berlaku dalam istana Sultan Sulaiman, part perang - perang semua itu tak banyak pun sebab cerita ini lebih fokus tentang gundik Sultan Sulaiman yang bernama Alexandra / Hurrem Hatun yang bermula dari seorang hamba sebelum diangkat menjadi permaisuri. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Halit Ergenç, Meryem Uzerli, Nebahat Çehre, Okan Yalabık, Nur Fettahoğlu, Selma Ergeç, Selim Bayraktar, Filiz Ahmet dan ramai lagi. Drama Turki ini mempunyai 4 season dan kesemuanya mempunyai 139 episod. Musim pertama mempunyai 24 episod, musim kedua pula mempunyai 39 episod, musim ketiga ada 40 episod dan musim terakhir iaitu musim ke-4 mempunyai 36 episod. Aku tak pasti sama ada Astro akan menyiarkan 139 episod itu sekaligus atau pun dia siarkan ikut musim juga hehe. Apa pun aku lagi suka Astro siarkan kesemua 139 episod sekaligus, baru lebih seronok menontonnya.
Drama Turki Magnificient Century / Muhteşem Yüzyıl, Sinopsis, Astro Prima, Abad Kejayaan, Malaysia, Ottoman Empayar, Kerajaan Turki Uthmaniyah, Sultan Sulaiman, Sulaiman Al Qanuni, Alexandra, Hurrem, Mahidevran, Raja, Sultan, Sejarah, Sejarah Turki, gundik, Permaisuri, Sultanah, Astro Prima, Cinta, Watak, Pargali Ibrahim, Hatije, Kisah Benar, Khalifah Islam, Perempuan Simpanan, Sequel, The Magnificent Century: Kösem, Pelakon, Halit Ergenç, Meryem Uzerli, Nebahat Çehre, Okan Yalabık, Nur Fettahoğlu, Selma Ergeç, Selim Bayraktar, Filiz Ahmet,
Disebabkan aku memang minat hal - hal sejarah ini, jadi mestilah kena tonton drama ini kan, plus aku juga pernah belajar tentang Sejarah Timur Tengah yang memang aku dah lupa pun apa yang aku belajar masa kat Universiti dulu hehehe. Tapi yang pasti memang aku ada belajar pasal Kerajaan Uthmaniyah ini. Walaubagaimanapun drama ini tidaklah menceritakan tentang details pasal kerajaan Uthmaniyah ini sebab lebih fokuskan tentang hal - hal menarik yang berlaku  dalam istana sajaDalam season pertama drama ini yang tengah ditayangkan di Astro, dapat dilihat persaingan sengit antara gundik kesayangan Sultan Sulaiman iaitu Alexandra / Hurrem yang ingin menjadi permaisuri dan juga isteri Sultan Sulaiman iaitu Sultanah Mahidevran. Kadang - kadang kesian juga dengan Mahidevran ini, disisihkan macam tu je, sebab suaminya dah berkenan dengan perempuan lain. Macam - macam kes jadi antara Mahidevran dan Hurrem ini antara kes curi cincin, kes pukul, kes meracun dan sebagainya. Aku juga suka tengok kisah percintaan antara Orang Kanan Sultan iaitu Pargali Ibrahim dengan adik perempuan sultan iaitu Hatije. Comel je diorang bercinta senyap - senyap, tapi bila aku baca sinopsis drama ini untuk semua season, memang tragis betul kisah cinta mereka berdua nanti, sebab Ibrahim akan curang dengan Hatije dan ada skandal pula dengan Nigar Kalfa. Kemudian Sultan akan bunuh Ibrahim dan Hatije pula akan memutuskan hubungan persaudaraan antara dirinya dengan Sultan Sulaiman dan macam - macam perkara tragis yang akan berlaku dalam musim kedua, ketiga dan keempat nanti.
Drama Turki Magnificient Century / Muhteşem Yüzyıl, Sinopsis, Astro Prima, Abad Kejayaan, Malaysia, Ottoman Empayar, Kerajaan Turki Uthmaniyah, Sultan Sulaiman, Sulaiman Al Qanuni, Alexandra, Hurrem, Mahidevran, Raja, Sultan, Sejarah, Sejarah Turki, gundik, Permaisuri, Sultanah, Astro Prima, Cinta, Watak, Pargali Ibrahim, Hatije, Kisah Benar, Khalifah Islam, Perempuan Simpanan, Sequel, The Magnificent Century: Kösem, Pelakon, Halit Ergenç, Meryem Uzerli, Nebahat Çehre, Okan Yalabık, Nur Fettahoğlu, Selma Ergeç, Selim Bayraktar, Filiz Ahmet,
Drama ini juga dah disiarkan di banyak negara - negara lain. Di Indonesia, drama ini dah disiarkan pada tahun 2014 dengan nama drama ini ditukar kepada Abad Kejayaan. Dekat Malaysia baru sekarang nak disiarkan, kiranya ketinggalan kereta api jugalah ni hehe. Lepas Drama Magnificent Century ini tamat, akan ada pula sequelnya yang bertajuk The Magnificent Century: Kösem, yang mana jalan ceritanya bermula, 37 tahun selepas kematian Sultan Sulaiman. Berbalik pada drama yang disiarkan di Astro Prima ini, Lepas baca keseluruhan sinopsis drama ini, macam tak percaya pula Ibrahim itu akan curang, dah lah kisah percintaannya dengan Hatije tu sweet je sebelum keduanya akan berkahwin. Tak sangka juga yang Nigar Kalfa memang ada hati pada Ibrahim sejak awal lagi. Aku tak naklah letak spoiler banyak- banya dalam entry ini hehehe aku hanya bagi spoiler sikit - sikit je hehe. Aku akan sertakan sekali sinopsis Drama Turki Magnificent Century untuk musim pertama di bawah ini ye. Selamat membaca dan selamat menonton ye.
Drama Turki Magnificient Century / Muhteşem Yüzyıl, Sinopsis, Astro Prima, Abad Kejayaan, Malaysia, Ottoman Empayar, Kerajaan Turki Uthmaniyah, Sultan Sulaiman, Sulaiman Al Qanuni, Alexandra, Hurrem, Mahidevran, Raja, Sultan, Sejarah, Sejarah Turki, gundik, Permaisuri, Sultanah, Astro Prima, Cinta, Watak, Pargali Ibrahim, Hatije, Kisah Benar, Khalifah Islam, Perempuan Simpanan, Sequel, The Magnificent Century: Kösem, Pelakon, Halit Ergenç, Meryem Uzerli, Nebahat Çehre, Okan Yalabık, Nur Fettahoğlu, Selma Ergeç, Selim Bayraktar, Filiz Ahmet,
Sinopsis Drama Magnificent Century

While hunting in the woods, a young 26-year-old Süleyman is informed that his father Sultan Selim has died. He rides to Constantinople alongside his best friend, Pargalı İbrahim, to take the throne. Meanwhile, a Ukrainian girl named Alexandra gets kidnapped in a Tartar slave raid. Her parents and sister are killed. She is finally sold to the Topkapı Palace in Istanbul, and accepted into the Sultan's harem. Nigar (one of the main Harem leaders) explains to Alexandra that if she behaves herself and does as she is told, she will be summoned by the Sultan, and if she gives him a son, she will rule the world as a Sultana. After capturing the Sultan's attention, she spends a night with him and eventually falls in love with him. After converting to Islam, Süleyman changes her name to Hürrem ("who brings joy to one's face"). Subsequently, she gives birth to her first son, Şehzade 
Mehmed, and rises to the top of the court. 
Drama Turki Magnificient Century / Muhteşem Yüzyıl, Sinopsis, Astro Prima, Abad Kejayaan, Malaysia, Ottoman Empayar, Kerajaan Turki Uthmaniyah, Sultan Sulaiman, Sulaiman Al Qanuni, Alexandra, Hurrem, Mahidevran, Raja, Sultan, Sejarah, Sejarah Turki, gundik, Permaisuri, Sultanah, Astro Prima, Cinta, Watak, Pargali Ibrahim, Hatije, Kisah Benar, Khalifah Islam, Perempuan Simpanan, Sequel, The Magnificent Century: Kösem, Pelakon, Halit Ergenç, Meryem Uzerli, Nebahat Çehre, Okan Yalabık, Nur Fettahoğlu, Selma Ergeç, Selim Bayraktar, Filiz Ahmet,
At the same time, Mahidevran, a senior hatun (lady) and mother of the Sultan's eldest son, Mustafa, gets worried when she notices Süleyman is not spending time with her anymore. A year later, Hürrem gives birth to her first and only daughter, Mihrimah Sultan. Meanwhile Süleyman departs for his campaign in Belgrade and kills the husband of a woman name Victoria, who will be later sent to kill the Sultan. Also, Leo, Hürrem's fiance during her early life in the Crimea, arrives in an attempt to find her. Hürrem who discovers his presence tries to hide the truth, but İbrahim decides to use it as against her. Victoria who has been renamed to Sadika following entering the harem, becomes a favourite of everyone, and a trusted servant. After many intrigues, she attempts to assassinate Süleyman, by holding a dagger on his throat. Meanwhile, because of the rivalry and developing hatred between İbrahim and Hürrem, he tries to blackmail and poison her but Leo saves her by eating the poisoned Turkish delight and dies, proving his love and honor.

*Tak silap aku Meryem Uzerli yang melakonkan watak Hurrem itu akan berlakon sehingga musim ketiga saja atas sebab - sebab tertentu. Untuk musim ke-4 wataknya akan digantikan dengan pelakon lain yang lebih berusia.
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Miss Banu, Blog Miss Banu Story,

Selamat Berpuasa & Salam Ramadan

$
0
0
Selamat Berpuasa, Ramadan, Bersahur, Berbuka, Hadis Nabi,
P/s- Selamat Bersahur & Selamat Berbuka Puasa nanti yer..
Miss Banu, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,


GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS

$
0
0
Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.comyang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.
Giveaway, Blogger, Raya, Duit, Cash, Money, Hadiah, Blog, Lucky Draw,
Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.
Miss Banu Signature, Miss Banu, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,

Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani

$
0
0
Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani, Blogger, Hadiah, Kad Raya, Pemenang, Sampul Raya, Aidilfitri, Puasa,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 7 Jun 2017
Nak Join boleh Klik Banner diatas ye..
Good Luck untuk semua peserta..
Salam Ramadan Buat semua..

Miss Banu Signature, Tandatanganku, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,

Resepi Biskut Raya Semperit Susu

$
0
0
resepi, kuih raya, biskut, semperit, semperit susu, biskut raya, bahan - bahan, cara - cara na buat semperit susu, hari raya, ramadan, aidilfitri,
Resepi Biskut Raya - Semperit Susu

Assalammualaikum..
Sempena bulan puasa ini, mesti ramai yang tengah cari - cari resepi untuk buat kuih raya / biskut raya untuk dijual mahu pun untuk dimakan sendiri hehehe. Biskut Semperit ini antara biskut raya kegemaran aku, sedap betul, masih terbayang - bayang lagi rasa sedapnya itu hehe. Biskut semperit ini setakat 2 balang je memang tak cukup, harus berbalang - balang hahaha. Walaubagaimanapun Resepi Semperit Susu yang aku kongsikan dalam entry ini bukanlah resepi dari aku ye. Sebaliknya aku ambil resepi ini dari facebook. Credit untuk owner resepi ini beserta gambar resepinya sekali ye. Aku ambil resepi ini dari FB Jom Belajar Buat Biskut. Kebiasaannya, kuih raya ini semua aku beli saja, jarang buat sebab aku tak beli oven lagi, Nanti kalau ada ada oven bolehlah aku try resepi Semperit Susu ini nanti kan. Untuk bahan - bahan dan cara nak membuat Biskut Semperit Susu ini, bolehlah lihat di bawah ye. Selamat Mencuba. 

Resepi Biskut Raya - Semperit Susu

Bahan - Bahan & Cara - Cara nak membuat Semperit Susu

3 cawan Butercup
1 cawan Susu Pekat Manis
(Satukan semua bahan ni dan kacau sebati guna senduk)

Masukkan 2 sdb Tepung Beras
Kacau lagi..
Masukkan 4sdb Tepung Kastard
Masukkan pula 4 1/ 4 cawan Tepung Jagung dan uli sebati.

Adunan mestilah agak lembut,  kalau masih keras, tambah butter. .

Terap dan biarkan 20 minit dan bakar..
Suhu 160 selama 20 minit
Api atas dan bawah..

*Adunan saya buat ini dapat dalam 200pcs
Kalau nak buat sikit boleh bahagikan 2
Tandatanganku, miss banu, blog miss banu story,

Resepi Agar - Agar Milo Susu Yang Lazat

$
0
0
Resepi, Agar - Agar, Milo, Susu, Makanan, Pencuci Mulut, Dessert, Recipe, Lazat, Sedap, Manis,
Resepi Agar - Agar Milo Susu Yang Lazat

Assalammualaikum..
Alhamdulilah Ramadan datang lagi, Marhaban Ya Ramadhan.
Masa bulan puasa inilah yang teringin nak makan macam - macam kan, selalunya masa berbuka puasa aku memang suka makan Agar - Agar Milo Susuini selain nasi, sedap sangat, nak menyediakannya juga mudah, senang dan tidak mengambil masa yang lama pun. Di bawah ini aku sertakan sekali resepinya.
Resepi Agar - Agar Milo Susu, Buku Resepi, Resepi, Dessert, Pencuci Mulut, Raya, Ramadan, Puasa, Makanan, Berbuka Puasa,
Resepi Agar - Agar Milo Susu

BAHAN-BAHAN:
  • 1 paket serbuk agar- agar
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 7 sudu besar Milo
  • 1 cawan susu pekat
  • 500ml air panas
  • 500ml air kosong
CARA-CARA :
  1. Bancuh Milo, susu pekat dengan 500ml air panas dalam jug.
  2. Dalam periuk yg sesuai, masukkan serbuk agar-agar & gula & 500ml air kosong. Kacau hingga rata.
  3. Campurkan bancuhan Milo kedalam periuk.
  4. Letakkan periuk atas api sederhana. Kacau hingga mendidih. Tutup api.
  5. Tuang dalam bekas agar-agar. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan dalam peti ais (Gambar dan Resepi credit to -> Buku Resepi )
Berita Baik buat semua, ada sale besar - besaran di Lazada iaitu Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya Sale yang berlangsung pada 19 May ini hingga 30 June 2017, dimana korang boleh dapat special discount hingga 90% tau. Berbaloi - baloi Shopping Di Lazada ini, harga semua berpatutan. 
Delicious Ramadhan(link) : Kitchen Appliances
Bazaar Ramadhan(link) : Groceries 

Resepi Agar - Agar Milo Susu ini tidak memerlukan bahan yang banyak pun, sebab ianya mudah disediakan, malah korang boleh dapatkan bahan - bahan untuk memasak resepi ini di Lazada gitu.
Milo, Murah, Diskaun, Lazada, Shopping Online,
Milo antara bahan wajib untuk resepi ini, ada diskaun kalau korang beli Milo di Lazada ini

Susu, Susu Pekat, Susu Pekat Manis, Krimer Manis,
Stainless Steel Milk Pot With Bakelite Handle di Lazada, Shopping Online,

Stainless Steel Multipurpose Conditioning Pot Stock, Periuk, shopping online, lazada,
Selamat Membeli - Belah di Lazada..
Miss Banu Signature, tandatanganu, Blog Miss Banu Story, Blogger,

Sinopsis Telemovie Nota Silam (Astro)

$
0
0
Sinopsis, Telemovie, Astro, Citra Exclusive, Telefilem, Nota Silam, Surat Cinta, Cinta, Komedi, Sweet, Love, Watak, Azrul, Munirah, Azhan, Suraya, Pelakon, Aeril Zafrel, Nadiya Nissa, Syakila Khoriri, Mustaqim Mohamed, Zaidi Omar, Kathy Azean, Redza Minhat, Ahmad Iswazir Ismail,
Sinopsis Telemovie Nota Silam Lakonan Aeril Zafril & Nadiya Nisaa

Assalammulaikum..
Telemovie Nota Silam telah pun disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD pada 27 Mei yang lalu. Telemovie arahan Nik Amir Mustapha ini dilakonkan oleh Aeril Zafrel, Nadiya Nissa, Syakila Khoriri, Mustaqim Mohamed, Zaidi Omar, Kathy Azean, Redza Minhat, Ahmad Iswazir Ismail dan ramai lagi. Telemovie Nota Silam ini diterbitkan oleh Lumatic Films. Aku suka jalan cerita telefilem Nota Silam ini kerana ianya unik dan menunjukkan kisah cinta dua zaman iaitu zaman dulu dan zaman sekarang. Selain itu, scene flashback dalam telemovie ini juga best dan kelakar, especially part Munirah berangan - angan tu. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..

Sinopsis Telemovie Nota Silam (Astro)

Mengisahkan tentang Munirahyang menjumpai sebuah nota cinta / surat cinta di dalam sebuah buku yang diperolehi secara rambang dari "Blind Date With a Book". Munirah mula berasa teruja dan memutuskan ingin menyiasat dan menemukan pasangan di dalam nota tersebut. Munirah akhirnya berjumpa dengan Azrul yang merupakan anak kepada Azhan yang mana Azhan ini adalah lelaki yang dimaksudkan di dalam nota cinta tersebut. Munirah cuba memujuk Azrul untuk membantunya dalam misi menemukan ayah Azrul dengan kekasih lamanya yang bernama Suraya. Awalnya Azrul berasa pelik dan sedikit rimas dengan perangai Munirah yang sangat berminat dengan kisah cinta ayahnya itu. Namun dia akhirnya setuju dan turut berasa ingin tahu tentang kisah cinta ayahnya dengan Suraya itu. Azrul dan Munirah mula mencari dan mengumpul semua surat - surat cinta antara Azhan dan Suraya itu dan cuba mengetahui apa sebenarnya yang berlaku antara Azhan dan Suraya itu. Tidak banyak maklumat yang mereka dapat berdasarkan nota - nota cinta itu lalu memaksa Azrul untuk bertanya sendiri pasal Suraya pada ayahnya. Ayah Azrul ada menceritakan sedikit tentang Suraya pada Azrul dan akhirnya Azrul dan Munirah mengetahui yang Suraya ada membuka warung di tepi jalan dan mereka selalu berkunjung ke situ dan turut membawa ayah Azrul bersama mereka.

Walaubagaimanapun penerimaan Suraya tidak seperti yang mereka jangkakan, Suraya kelihatan tidak begitu suka dengan niat Azrul dan Munirah untuk menyatukannya dengan Azhan kembali. Dia selesa hidup sendirian, kemudian Azhan dan Suraya menasihati Munirah dan Azrul agar melupakan semuanya kerana mereka bahagia dengan kehidupan masing - masing. Selepas itu, Azrul mula putus asa untuk menyatukan ayahnya dan Suraya dan memutuskan untuk move on. Berbeza pula dengan Munirah, kerana dia masih dengan misinya untuk menyatukan Azhan dan Suraya. Berlaku pergaduhan kecil antara Azrul dan Munirah kerana hal ini dan akhirnya Munirah pengsan. Azrul akhirnya mengetahui yang Munirah sebenarnya sakit dan tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Munirah mempunyai satu hajat, iaitu untuk menyatukan semua kisah cinta. Azrul akhirnya menyedari yang dirinya jatuh cinta pada Munirah dan meluahkan isi hatinya itu, namun Munirah menolak dan mula menjauhkan diri dari Azrul, Ayah Azrul mencadangkan pada Azrul supaya menulis surat cinta pada Munirah. Manakala Azhan juga mula menulis surat pada Suraya seperti waktu dulu - dulu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Miss Banu Signature, miss banu, blog miss banu story, tandatanganku, blogger,
Viewing all 2771 articles
Browse latest View live