↧
Giveaway Kad Raya by Zafirah Nazri
↧
Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz
Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!
1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye.
2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau.
Syarat-syarat
Baca syarat-syarat lain di Entri Official Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz (Klik Disini)
SELAMAT BERSEGMEN

↧
↧
Drama Adaptasi Novel Biniku Ninja
Drama Adaptasi Novel Biniku Ninja
Assalammualaikum..
Novel Biniku Ninja karya Novelis Azlan Andi, akan diadaptasikan menjadi drama bersiri yang akan disiarkan di Astro Oasis / Maya HD bermula 29 Mei ini. Drama Biniku Ninja ini akan dilakonkan oleh pasangan suami isteri iaitu Jihan Muse sebagai watak Sabatini dan juga Ungku Hariz sebagai Azlan. Selain mereka berdua, Mark Adam, Zain Hamid turut berlakon dalam drama Biniku Ninja ini. Rasa macam menarik drama ini kan, jadi haruslah tonton nanti kan. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini dibawah ye. Selamat Membaca.
Sinopsis Novel Biniku Ninja (Drama Adaptasi Novel)
Tidak semua Ninja itu bawa samurai. Tidak semua Ninja juga pandai Kungfu. Tidak semua Ninja itu kasar. Yang terlihat hanya matanya nan menyeramkan. Ada satu ninja yang sebenarnya dia bukan Ninja,akan tetapi ia rela disebut Ninja kerana rasa malu dan demi kehormatannya, Biarlah dia dipandang oleh mata jiwa lain sebagai Ninja, Akan tetapi pada saatnya nanti ia akan menunjukkan bahawa dirinya adalah bidadari hanya kepada yang telah terHalalkan baginya. Tentunya dengan ia yang telah bersiap terhadap julukan beristikan Ninja. Mengisahkan tentang Penulis sebagai watak utama - Seorang pelajar yang susah yang akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran di UK dalam bidang seni. Dia bertemu dengan gadis berniqab bernama Sabatini semasa terlibat dengan aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu, beliau menikahi gadis tersebut, dan bermulalah kisah nikah ketika usia muda yang mencabar.Mereka mengembara di negara asing dan kemelut yang dihadapi dalam perjalanan hidup di luar negara.)

↧
SEGMEN "SAYA NAK KAD RAYA" BY DUNIASHIDA.COM
↧
Sinopsis Drama Andainya Takdir (Samarinda TV3)
Sinopsis Drama Andainya Takdir Slot Samarinda TV3
Assalammualaikum..
Drama Andainya Takdir adalah drama terbaru di Slot Samarinda TV3 bagi menggantikan drama Hajah Heahthrow Kembali yang telah tamat episodnya. Drama 16 episod ini dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Annie Ariffin, Adibah Yunus, Sabhi Saddi, Idris Md Diah, Dilla Ahmad, Putra Amaris, Ikhlas Jalis dan ramai lagi. Drama Andainya Takdir ini sudah mula disiarkan di tv3 bermula 29 Mei yang lalu dan drama ini diarahkan oleh Along Kamaludin serta diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Sebelum ini Shukri Yahaya berjaya membawakan suami yang penyabar dan romantik dalam drama 7 Hari Mencintaiku dan dalam drama Andainya Takdir pula, dia akan membawakan watak suami yang garang dan panas baran gitu, Wah memang versatil tu. Aku suka tengok Nina Iskandar ni, sebab dia comel dan cantik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat Membaca..
Sinopsis Drama Andainya Takdir (Samarinda TV3)
Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang tidak disukai Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam. Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya.
Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir. Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga. Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu. Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?

↧
↧
Sinopsis Drama Seharum Mawar (TV1)
Sinopsis Drama Seharum Mawar Slot Widuri TV1
Assalammualaikum..
Drama Seharum Mawar telah mula disiarkan pada 26 Mei 2017 yang lalu diSlot Widuri TV1, drama 30 episod ini disiarkan setiap hari, jam 7.00 malam sepanjang bulan Ramadan ini. Drama ini dilakonkan oleh ramai pelakon hebat seperti Ika Nabila, Fezrul Khan, Hafidz Roshdi, Jaslin Puasa, Atikah Suhaime, Bil Azali, Usop Wilcha, Noniswara, Aishah Atan, Putri Qaseh dan ramai lagi. Drama Seharum Mawar ini diarahkan oleh Amie Maziah dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Aku memang jarang buka TV1, tapi drama Seharum Mawar ini aku tengok juga dan aku rasa jalan cerita dia best dan sesuai disiarkan pada bulan Ramadan ini. Pelakon - pelakon drama ini juga memang berpengalaman dan berbakat besar gitu. Kalau korang terlepas nak tengok drama ini di TV1, korang boleh menonton online di laman web RTM iaitu di myklik.rtm.gov.my. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Sinopsis Drama Seharum Mawar (Widuri TV1)
Mawar tinggal dengan datuknya dan ibu bapanya telah lama tiada, Hidup Mawar makin susah setelah datuknya meninggal dunia. Manakala mak saudaranya tidak begitu mempedulikannya, sebaliknya menginginkan Mawar berkahwin saja dan menjadi isteri kedua pada seorang lelaki kaya di kampung mereka, Walaupun keputusan SPM Mawar, cemerlang, namun disebabkan kesempitan hidup, hasrat untuk menyambung pelajaran perlu dilupakan. Mawar akhirnya melarikan diri dari kampung dan terpaksa bekerja sebagai orang gaji di rumah Puan Hafifah. Di sana, bermula satu kehidupan baharu, dia terpaksa menghadapi kerenah anak-anak Puan Hafifah iaitu Farhan, Armin dan Syakir. Air mata sentiasa mengiringi hari-harinya. Farhan seorang yang panas baran dan sentiasa memarahi Mawar manakala Syakir pula mengalami tekanan emosi dan sentiasa berkurung dalam biliknya. Emosi Syakir yang tidak menentu membuatkan dirinya marah - marah pada Mawar dan kadangkala hanya diam dan memerhati Mawar. Armin pula lebih bertolak ansur dan baik dengan Mawar. Puan Hafifah pula seorang majikan yang baik pada Mawar, dirinya senang dengan personaliti dan sikap Mawar yang rajin dan baik hati itu. Armin pula sudah ada tunang bernama Syirin namun Syirin sentiasa memberikan alasan untuk mengelak dari berkahwin dengan Armin. Apa yang akan berlaku seterusnya? adakah anak - anak puan Hafifah akan jatuh hati pada Mawar?.
Watak Pelakon Dalam Drama Seharum Mawar
Ika Nabila sebagai Mawar
Hafidz Roshdi sebagai Farhan
Fezrul Khan sebagai Syakir
Jaslin Puasa sebagai Armin
Usop Wilcha sebagai Tuan Jamal
Atikah Suhaime sebagai Syirin
Noniswara sebagai Puan Hafifah
⏩Kembali Ke Pangkal Kasih Nyanyian Fatin Afeefa

↧
'GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU
↧
Giveaway Annivesary Dan Duit Raya
↧
Baca Online Novel Semusim Rindu
Baca Online Novel Semusim Rindu (Drama Adaptasi Novel)
Assalammualaikum...
Selepas Novel Arluna diadaptasikan menjadi Drama Bersiri dan disiarkan di Astro Prima & Maya HD, kali ini giliran Novel Semusim Rindu karya Novelis Aleya Aneesa pula yang akan diadaptasikan menjadi drama bersiri 40 episod. Drama Semusim Rindu ini telah mula disiarkan di Astro Prima & Maya hd bermula 30 Mei 2017 yang lalu. Intan Ladyana akan memegang watak sebagai Hajar Adira, Ben Amir akan melakonkan watak Ikhman, Aizat Hassan sebagai Eddie, Haliza Misbun sebagai Datin Nasriah, Kartina Aziz sebagai Nazimah, dan ramai lagi. Jadi sambil - sambil tengok Drama Semusim Rindu ini di kaca TV, boleh juga baca online drama Semusim Rindu ini, caranya cuma klik je link di bawah ini ye. Walaubagaimanapun tak semua bab / muka surat yang ada ye, kalau nak baca novel lengkap, korang kenalah dapatkan Novel Semusim Rindu ini dipasaran ye. Aku sertakan sekali sinopsis lengkap Novel Semusim Rindu ini di bawah, link sinopsis di bawah credit pada blog penulis novel ini iaitu Aleya Aneesa. Selamat Membaca.

↧
↧
Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals
SILA KLIK BANNER DI ATAS JIKA MAHU MENANG DUIT RAYA!
Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati sekalian dengan secara rasminya melancarkan Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan duit raya dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:
RM20 X 11 pemenang
RM10 X 13 pemenang
Selendang Rindu X 2 pemenang
Stokin Tangan dan Stokin Silvy X 2 pemenang
Pre-loved Novel X 2 pemenang
Pre-loved Novel X 2 pemenang
Topup RM5 untuk peserta terpantas dan terakhir!
Kesemuanya 32 orang pemenang bakal kami cari!
Syarat-syarat penyertaan:
1. Follow blog dan Google+ penganjur dan penaja-penaja berikut:
* Abam Kie
* Ceritera Ibu
* Shafyqah Azahar
* Dearies Couple
* Jiakreatifelt
* Lovely Sunshine
* Saghah Cheeky Lady
* Sedetik Seketika
* Lea Azleeya
* Queen Bee
* irrayyan.com
* Kasihku Amani
* Hazrina Halim
* Mia Liana
2. Follow instagram berikut. (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)
*Najiah Shaharain
*Abam Kie
*Mardhiyyah Rosli
*Shafyqah Azahar
* Afdilah Ceritera Ibu
* irrayyandotcom
* mialiana
3. Like Facebook berikut.
*Ina Azzahra
* Ayuni Dibble
* Handsock Murah dan Cantik
* Mialiana.com
4. Buat entri bertajuk Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals
5. Salin dan tampal kod HTML yang disediakan
6. Terbitkan
7. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri SINI sahaja
8. Siap!
Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini. Selamat maju jaya dan selamat menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini!
Jom klik di SINI jika nak join Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals.
Jom klik di SINI jika nak join Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals.

↧
Sinopsis Drama Menantu Bilal (Slot Dahlia TV3)
Sinopsis Drama Menantu Bilal Slot Dahlia TV3
Assalammualaikum..
Drama Menantu Bilal adalah drama terbaru di Slot Dahlia Tv3, drama ini mula disiarkan pada 2 Jun 2017 yang lalu bagi menggantikan Drama Cucu Tauke Beras yang telah tamat episodnya. Drama 11 episod ini dilakonkan oleh Amar Asyraf, Nazeera Sardi, Syazwan Zulkifli, Ruhainies, Talha Harith, Chacha Maembong, Idris Md Diah, Elly Suriaty, Man Raja Lawak dan ramai lagi. Drama Menantu Bilal ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd. Wah drama ini ada ramai pelakon best, memang meriah habis, ini ditambah dengan pelbagai ragam dan kerenah 3 menantu Bilal Brahim dan Mak Esah ini. Memang seronok tengok drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Sinopsis Drama Menantu Bilal (Dahlia TV3)
Memaparkan kerenah tiga menantu iaitu Marlisa dari Negeri Sembilan, Normala (Pulau Pinang) dan Norain (Terengganu) yang masing-masing cuba memenangi hati mentua dengan pendekatan tersendiri. Bilal Brahim dan Mak Esah adalah orang yang disegani dan menjadi tempat penduduk kampung mengadu serta mendapat nasihat. Daripada masalah ayam itik hinggalah masalah bercerai-berai. Semuanya berjaya diselesaikan mereka. Pasangan ini mempunyai tiga anak lelaki iaitu Rahim, Rahman yang tinggal di Kuala Lumpur, manakala Rashid tinggal bersama mereka. Ketiga-tiga mereka mengambil keputusan berkahwin serentak dengan pasangan masing-masing yang berasal dari tiga negeri berlainan. Keadaan menjadi kecoh apabila buat pertama kali mereka menyambut Ramadan dan mengadakan persediaan Aidilfitri.
Semua menantu bersaing bagi mengambil hati Lebai Brahim dan Mak Esah antaranya berebut-rebut memasak walaupun ada di antara mereka tidak tahu memasak dan terpaksa mempelajarinya melalui buku resipi dan pelbagai hal lagi. Selain isu itu, pasangan ini turut berdepan masalah membabitkan penduduk kampung seperti soal pertentangan idea dalam membuat keputusan mengenai imam jemputan untuk solat terawih, moreh, khatam al-Quran dan soal berapa rakaat solat Tarawih yang patut dilakukan. Tidak ketinggalan mereka juga berdepan masalah sikap penjual yang tidak mematuhi syarat berjualan ketika Ramadan, masalah mercun dan meriam sehinggalah ke soal penduduk yang makin berkurangan mengerjakan solat Tarawih.
Lagu Tema / OST Menantu Bilal
⇨ Lagu Boleh Blah Nyanyian Nanasheme

↧
Resepi Biskut Almond London
Resepi Biskut Raya Almond London
Assalammualaikum..
Biskut Almond London ini adalah biskut popular yang menjadi kegemaran ramai, setiap rumah pasti ada biskut ini. Rasa macam tak lengkap Raya kalau biskut Almond London ni takde hehehe. Pada yang nak buat sendiri Biskut Almond London ini bagi tujuan untuk berniaga mahu pun untuk kegunaan sendiri, aku kongsikan resepi biskut ini di bawah ini. Walaubagaimanapun Resepi di bawah ini bukanlah dari aku tapi credit pada Owner resepi ini iaitu Mariana Zainal dan aku ambil resepi ini dari Facebook Jom Belajar Buat Biskut. Jadi selamat mencuba ye..
Resepi Biskut Almond London
⧫ Bahan - Bahan
250g Butter
450g Tepung Gandum
2 sdt emplex ( perangup biskut)
140g Gula Aising ( gula caster pun boleh)
2 biji Kuning Telur
150- 200bj Badam ( lebih kurang)
(Badam goreng tanpa minyak atau panggang 15 minit - 20 minit hingga masak, saya suka goreng tanpa minyak lebih lemak) biarkan badam betul2 sejuk yer, baru guna..
1/ 2 kg Coklat Masakan (untuk celup biskut)
Sedikit Cocoa Butter (Takde pun takpe)
Badam cincang secukupnya
Paper Cup secukupnya..
⧫Cara - Cara Membuat Biskut Almond London
Pukul Butter + Gula + Kuning Telur hingga sebati, sebati jer tau, dalam 2 minit pun dah cukup.
Masukkan Tepung dan uli hingga tak lekat di tangan, amik doh sebesar duit sepuluh sen dan masukkan Badam.
Bulatkan secara membujur, buat hingga siap, bakar selama 25- 30 minit..api atas dan bawah 180*c, dah siap biarkan sejuk.
Cairkan coklat secara double boiler, kemudian, masukkan Butter Coco, celup biskut dan masukkan dalam paper cup.
Tabur badam cincang, biarkan coklat mengeras, saya nak bagi coklat tu cengkam biskut dengan elok jadi saya letakkan dalam peti sejuk 6 - 7 minit (masa ini kena hati - hati, lebih masa biskut dalam peti sejuk, coklat boleh berpeluh dan tak cantik)
Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa :)

↧
Redeem Barang Dari 8Share & Astro Circle
Redeem Barang Dari 8Share & Astro Circle
Assalammualaikum..
Baru - Baru ini aku ada redeem barang dari 8Share dan juga Astro Circle, kedua - dua barang tu sampai pada tarikh yang sama iaitu 26 Mei 2017, sehari sebelum puasa. Posmen pun datang serentak pula tu, barang dari Astro Circle sampai dulu, lepas 5 minit, barang dari 8Share pula sampai hehehe. Seronok pula bila semua barang sampai serentak hehehe. Dekat Astro Circle tu, aku redeem pencil case warna kuning macam gambar diatas tu. Comel je pencil case tu, ikutkan awalnya aku nak redeem botol air yang cute tu, tapi point tak cukup pula, so aku redeem pencil case sajalah. Lagi pun bila dah habis belajar ni, pensil case masa belajar dulu, memang dah tercampak ke mana ntah hahaha, jadi aku memang memerlukan juga pensil case ni untuk simpan pen, pendrive dan segala macam yang lain. Ini kali kedua aku redeem barang dari Astro Circle, sebelum ini aku pernah redeem DVD Frozen. Barangan kedua yang aku redeem adalah dari 8Share iaitu IKEA Food Container (Set Of 17) dan ini adalah kali pertama aku redeem barang dari 8Share.
Sebelum ini aku dah pernah cash out dari 8Share, tapi ini adalah kali pertama aku redeem barang dari 8Share. Memang teruja dapat redeem IKEA Food Container ini, berbaloi - baloi gitu, sebelum ini aku tak tahu nak redeem barang apa dari 8Share ni. Awalnya aku berkenan dengan voucher KFC itu, tapi susah betul nak redeem voucher KFC tu sebab sentiasa habis. Lama kelamaan, makin banyak barang best yang boleh diredeem dari 8Share tu, bila nampak Ikea Food Container ini, terus aku redeem dan akhirnya ianya menjadi milik aku hehehe. Apa pun kalau nak berjaya dapat duit dan tebus hadiah / barang - barang best dari 8Share ni, korang kena rajinlah sikit. Kadang - kadang aku pun rasa malas juga, tapi aku rajinkan diri dan dapatlah tambah pendapatan sikit - sikit kan.
Jadi pada yang belum mendaftar dengan 8Share ini, tunggu apa lagi, jom daftar 8Share beramai - ramai dan buat duit dengannya, caranya mudah saja, korang hanya perlu klik disini ➔ Buat Duit Dengan 8Share.. semoga berjaya dan semoga kita semua dimurahkan rezeki, amin..

↧
↧
Sinopsis Drama Semusim Rindu (Astro)
Sinopsis Drama Semusim Rindu Slot Tiara Astro Prima
Assalammualaikum..
Drama Semusim Rindu sudah mula disiarkan di Slot Tiara, Astro Prima & Maya HD bermula pada 30 Mei 2017 yang lalu, bagi menggantikan Drama Arlunayang telah tamat episodnya. Drama 40 episod ini diadaptasikan daripada Novel Semusim Rindu Karya Novelis Aleya Aneesa. Drama Semusim Rindu ini dilakonkan oleh Intan Ladyana, Ben Amir, Haliza Misbun, Kartina Aziz, Aizat Hassan, Dayang Areeda, Syaa Nasir, Elly Arifin, Donna Muslim, Roslan Salleh dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Ejump Zahir dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Nampak menarik juga drama ini kan, plus dah lama tak tengok Intan Ladyana berlakon, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Sinopsis Drama Semusim Rindu (Astro)
Mengisahkan Hajar Adira yang kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilalui selama 5 tahun, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar hilang punca tanpa mengetahui arah untuk dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat. Bagaimanapun, nasibnya bertambah malang apabila ibu angkatnya meninggal dunia, manakala bapanya pula lumpuh. Situasi itu secara tidak langsung membuatkan segala tanggungjawab terletak di bahunya untuk membesarkan adik-beradiknya yang lain.
Muncul pula Ikhman, lelaki yang suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun keegoannya menjadi penghalang untuk berterus-terang. Pertemuaan mereka itu juga membuka jalan untuk Hajar bertemu dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar. Hajar dan Ikhman pula setuju disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka berlangsung dengan syarat, mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin. Bagaimanapun, satu demi satu konflik muncul sehingga membuatkan mereka bergolak dengan perasaan masing-masing apabila bersikap ego. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatlah perkahwinan Hajar dan Ikhman bertahan?
Lagu Tema / OST Semusim Rindu
⏩ Warkah Untukku Nyanyian Ara AF2016
Baca ini jugak ➔ Baca Online Novel Semusim Rindu

↧
Top 5 K-Drama Spots To Visit For Your Korean Holidays
Korean dramas (K-dramas) has enthralled most nations with their captivating formula that has fuelled an instant addiction and growing popularity in Asia, superseding local dramas in Japan, Hong Kong, Thailand, India and even the United States, especially in Hawaii!. Since the phenomenal explosion of fame around the world, K-dramas have initiated many trends ranging from fashion, food, gadget, cars, hair, accessories, décor, furniture; you name it, and it probably could be ordered online to appease the raging cravings of hard core K-drama fans. However, there is one thing that K-drama fans cannot order through the Internet – that is the appealing attraction of the locations that these K-dramas were filmed. Fans can probably relate to these places that have seized their memories and tugged their emotional strings when their favourite TV characters are making them laugh, cry, fear, etc. So if you are one of those hard core K-drama junkies that would like to set foot on some of the filming sites to do a little re-enacting of your own, here are top 5 popular locations to visit for your Korean holidays:
1. Namiseom Island
One of the most noteworthy K-drama filming sites, Namiseom Island is most renowned for its scenes from the global megahit, Winter Sonata, that even a bronze statue of the drama’s leads are erected. Top of the list that fans should visit are Metasequoia Lane and Gingko Tree Lane, two walking paths that are frequently featured in the drama, however, there are also numerous locations where filming occurred but not to worry, they are clearly indicated with markers throughout the island!
2. N Seoul Tower
This tall and pointy tower located on Namsan Mountain in the city centre is a must-visit attraction for K-drama fans, having being featured in dramas like My Love From The Stars, Legend Of The Blue Sea and Boys Over Flowers. The cable car service that takes you directly to the tower’s entrance is where Geum Jan Di (Goo Hye Sun) and Goo Jun Pyo (Lee Min Ho) of Boys Over Flowers forgot to get off the cable car and were locked in, forcing them to spend overnight in the cold, chilly weather overlooking the panaromic view of the city.
3. Korean Folk Village
The Korean Folk Village in Yongin, Gyeonggi province is where many K-drama fans will recognise it because it always appear in historical dramas such as Jewel In The Palace, Moon Embracing The Sun, Jumong, Arang And The Magistrate and The Sungkyunkwan Scandal. Picturesque Joseon-era houses can be viewed at every angle and fans can participate in Korean folk performance and games as well as try on various historical costumes similar to the dramas!
4. Petite France
A small area located in Gapyeong-gun, Gyeonggi province, this French cultural village is the epitome of the famous work ‘Le Petit Prince’, inspiring a romantic countryside of the Alps that has appeared in many K-dramas scenes such as Beethoven Virus, Secret Garden and My Love From The Stars. In Secret Garden, it is the location where Kim Joo Won (Hyun Bin) first met Gil Ra Im (Ha Ji Won) and fell in love with her as she performed stunts during a filming session. Avid fans of Beethoven Viruscould re-enact the lovey-dovey atmosphere when Du Re-Mi (Lee Ji Ah) and Kang Geun-Woo (Jang Geun Seok) shared their first kiss. Visitors strolling around the fountain plaza could even catch a traditional French puppet performance!
5. Gyeongbukgung Palace
One of the five Grand Palaces in Korea, prominent during the Joseon Dynasty, Gyeongbokgung Palace is no stranger to fans that have watched K-dramas like Personal Taste, Rooftop Prince, Queen In-Hyun’s Man and Empress Myeongseong. It is also the backdrop of the latest K-drama, Chicago Typewriter where the ghost Yoo Jin-Oh (Ko Gyung-Pyo) disappears to when strolling with Han Se-Joo (Yoo Ah-In) and Jeon Seol (Lim Soo-Jung). The quaint palace grounds and timeworn structures bring K-drama junkies back in time to relive their favourite drama scenes. However, if you desire to visit more K-drama locations, why not take a look at somedrama reviews hereand get some ideas while you’re watching your favourite scenes. Don’t forget to make your trip to Korea fun and enjoyable without any worries by ensuring that you’re comprehensively covered with AIG travel insurance. Purchase now before you venture off to your Korean holidays, Saranghe Korea!

↧
Sinopsis Drama My Sweet Lavender (Azalea TV9)
Sinopsis Drama My Sweet Lavender Slot Azalea TV9
Assalammualaikum..
Drama My Sweet Lavender telah mula disiarkan di Slot Azalea TV9 bermula 2 Jun 2017 yang lalu, setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam. Drama ini dibarisi ramai pelakon hebat seperti Adi Putra, Zara Zya, Aeril Zafrel, Nadia Brian, Ramona Zam Zam, Haliza Misbun, Ijoy Azahari, Amanda Misbun, Alis Mariya, Aishah Atan, Erry Putra, Zila Bakarin, Idzham Ismail, Afifah Nasir dan ramai lagi. Ramai pelakon best tu, memang harus tengoklah kan, Drama 20 episod ini diarahkan oleh Bahri Umar dan Azmi Hatta serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Bila ada berderet pelakon hebat dalam drama ini, memang rugilah kalau tak tengok drama bersiri My Sweet Lavender ini kan. Apa pun jom layan sinopsis drama ini di bawah ye.
Sinopsis Drama My Sweet Lavender Slot Azalea TV9
Mengisahkan Laila, seorang wanita berusia 25 tahun bertugas sebagai pegawai insurans dan sedang mencipta nama dalam industri ini. Beliau mempunyai seorang kekasih bernama Danish, anak kepada Datuk Azman, seorang tokoh korporat yang terkenal. Walaupun sedang dilanda percintaan, Danish juga dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan bernama Sara hinggakan ada masanya membuatkan Laila tidak selesa dengan situasi ini. Sara pandai mengambil hati Danish khasnya ibu Danish yang bernama Datin Salmah. Bagi Datin Salmah, Sara adalah calon menantu yang paling sesuai walaupun suaminya, Datuk Azman meragui keihkhlasan hati Sara. Bagi Datuk Azman,
Sara mungkin mempunyai agenda yang lebih besar dan menggunakan Danish untuk mencapai impiannya. Khabar angin yang bertiup kencang tentang hubungan Sara dan Danish menyebabkan Laila berasa tertekan. Untuk menghilangkan stress,Laila ingin mencari kedamaian seketika dengan bertugas selama tiga hari di Kuala Pilah. Dalam perjalanan ke sana, Laila terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian seorang wanita yang bernama Kalsom. Tragedi ini telah mengubah kehidupannya. Dua minggu berlalu dan Laila sedar dengan disahkan dia hilang ingatan. Apabila bertanya, dia mendengar suara seorang lelaki mengatakan bahawa Laila isterinya dan ibu kepada tiga orang anaknya yang bernama Aishah, 17 tahun, Muhammad 10 tahun dan Yusof 7 tahun. Apakah reaksi Laila? dan apa yang berlaku seterusnya?.

↧
Sinopsis Drama Filipina Forevermore (Astro Bella & Prima)
Sinopsis Drama Filipina Forevermore (Astro Bella)
Assalammualaikum..
Drama Bersiri Filipina yang bertajuk Forevermore telah mula disiarkan di Astro Bella dan Mustika hd sejak 22 Mei yang lalu. Drama Filipina Forevermore ini telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu, jadi korang tak perlu lagi nak tukar bahasa atau tukar subtitle dah, sebab memang dah dalam Bahasa Melayu gitu. Drama ini bergenre romantik dan sudah disiarkan di Filipina pada Oktober 2014 hingga May 2015. Drama Forevermore ini dilakonkan oleh Enrique Gil sebagai watak Alexander Grande III (Xander), manakala heroin drama ini adalah Liza Soberano yang melakonkan watak sebagai Maria Agnes Calay. Selain itu, drama ini turut dilakonkan oleh Diego Loyzaga, Sofia Andres, Lilet, Zoren Legaspi, Marissa Delgado, Irma Adlawan, Joey Marquez, Beverly Salviejo, Yves Flores dan ramai lagi. Lokasi shooting drama ini sangat cantik okey, dekat ladang Strawberry gitu, disamping itu, drama ini juga turut menang beberapa anugerah di Filipina. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Sinopsis Drama Filipina Forevermore (Astro Bella)
This is the story of Alexander "Xander" Grande III (Enrique Gil), the rebellious, broken only child of a hotel magnate, and Maria Agnes Calay (Liza Soberano), the humble, beautiful and hardworking daughter of a strawberry farmer in La Presa, Benguet. They cross paths when Xander crashes into Agnes' strawberry truck while base jumping. After the incident, his parents force him pay for the damages and his recklessness by having him work in the strawberry farm without any comfortable amenities under the guidance of Agnes, alongside her strawberry farm community. The journey towards Xander's immersion within a totally different world was not easy for both, however, due to Agnes and the La Presa community, he transforms from a broken boy into a very charming, understanding, and caring man loved by everyone.
Xander and Agnes soon fall deeply in love with each other, but unknown to Agnes, Xander has unfinished business with his first love, Kate Saavedra (Sofia Andres). Aside from this, Xander and Agnes' love is further challenged when they get entangled in the strawberry farm land dispute between their families. Realizing what is important, Xander makes the greatest sacrifice for Agnes, the woman he loves the most, and that it's best for them to part ways. As fate would have it, after two years of separation, they meet again.
Update:-
Selain disiarkan di Astro Bella & Mustika HD, Drama Filipina Forevermore ini juga mula disiarkan di Astro Prima bermula 6 Jun 2017 bagi menggantikan Drama Turki Magnificent Century yang telah dihentikan tayangannya oleh Astro atas sebab bantahan dari banyak pihak.

↧
↧
Dapat Hadiah Giveaway Dari Mai
Dapat Hadiah Giveaway Dari Mai
Assalammualaikum..
Masa bulan April hari itu aku ada menang Giveaway yang dianjurkan oleh Sis Hawa iaitu I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors. Alhamdulilah aku terpilih sebagai salah seorang pemenang yang bertuah dan menang Notebook yang disponsor oleh Mai / Mayy Jie yang merupakan pemilik Blog https://missobsesi.blogspot.my. Aku selamat menerima hadiah diatas ini pada 1 Jun 2017 yang lalu, ikutkan aku hanya menang Notebook, tapi Mai bermurah hati untuk menambah hadiah iaitu Beg comel seperti gambar diatas tu, dah lah Notebook tu sendiri pun dah cantik and cute, lepas tu dapat beg lagi. Terima Kasih buat Mai kerana sudi menambah hadiah dan kini aku dapat memiliki beg dan notebook yang cantik itu hehehe.

↧
GIVEAWAY KAD RAYA SS 2017
↧
Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Sedap
Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Sedap
Assalammualaikum..
Rasanya semua pun suka makan Ayam Goreng Berempah ini kan, nak buatnya pun senang, gambar diatas ini aku ambil dari google ye dan resepi Ayam Goreng Berempah yang aku kongsikan dalam entry ini aku ambil dari Akhbar Kosmo edisi 9 Jun 2017. Jadi selamat berbuka puasa dan selamat mencuba resepi ini.
Bahan - Bahan
Bawang Merah 6 Biji
Bawang Putih 3 Ulas
Lengkuas 3 Inci
Serai 6 Batang
Kunyit Hidup 2 InciTelur 2 Biji
Daun Kari 1 lembar
Biji Ketumbar 10 gram
Jintan Putih 10 gram
Jintan Manis 10 gram
Ayam 1 ekor dipotong 16
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan Ayam Goreng Berempah
1- Kisarkan Bawang Merah, Bawang Putih, Lengkuas, Serai, Kunyit Hidup, Biji Ketumbar, Jintan Manis, Jintan Putih
2- Masukkan Daun Kari, Telur dan Garam secukup rasa
3- Gaulkan bersama Ayam dan perap selama 1 hingga 2 jam.
4- Panaskan minyak dan gorengkan ayam tadi sehingga garing dan kemudian hidangkan.

↧